Mak pengsan bila dpt tahu ayah kahwin dgn kawan baiknya sendiri, jiran depan rumah

Mak hanya surirumah yang tak pandai membaca, sedangkan mak tiri aku seorang yang bekerjaya. Mak selalu jadi bahan ejekan mak tiri sebab tak pandai baca. Satu hari mak balik rumah ayah, mak tiri telefon marah mak. Balik je dari situ, mak terus s4kit..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau confession ini disiarkan. Terima kasih banyak – banyak. Sebenarnya dah lama nak kongsi tapi masih ragu – ragu dan aku ambil keputvsan untuk kongsi sebab aku tiada tempat untuk meluah.

Kalau aku meluah dekat orang lain, confirm aku akan menangis, jadi aku memilih ruangan ini untuk berkongsi. Mungkin cerita ini agak panjang, tapi baca ja sampai habis. Aku seorang gadis berusia 22 tahun dan beberapa hari lagi akan masuk 23 tahun.

Aku telah bekerja sebagai Exec di sebuah kilang makanan dan hidup bersendirian tanpa keluarga dan kawan memandangkan aku baru lagi di daerah ini. Tengok tajuk saja ‘Bawang Putih Bawang Merah,’ sudah pasti ini bukan cerita mengenai aku.

Tapi mengenai mak aku dan juga mak tiri aku. Aku cerita kisah mak aku sebab aku memang rindukan dia sekarang. Sejak akhir – akhir ni, rindu pada mak sem4kin membuak. Mak aku dan ayah aku berkahwin sekitar tahun 1985 dan dikurniakan empat orang anak.

Kakak sulung aku dilahirkan pada tahun 1987, abang aku 1989 dan adik bongsu aku pada tahun 1996. Menurut cerita mak aku dulu, ayah aku seorang playb0y, selalu bercinta cintun dan beberapa kali kant0i oleh mak.

Tapi mak tak layan sangat sebab mak tahu ayah memang playb0y dan nakal. Ayah aku juga seorang yang garang dan panas baran, bila ada benda yang tidak sedap di matanya, mulalah nak men3ngking, mulalah nak naik tangan.

Tetapi semuanya bermula pada tahun 2000 apabila ayah berkahwin lagi satu senyap – senyap. Ketika ini aku baru berumur 6 tahun. Yang paling meng3jutkan adalah ayah berkahwin dengan kawan baik mak sendiri.

Kawan baik mak ini tinggal di di hadapan rumah kami dan adik mak tiri tinggal di sebeIah rumah kami saja. Aku tahu mak sangat kecewa sebab aku ingat lagi mak pengsan bila dapat tahu dan kakak yang ketika itu berumur 13 tahun meng4muk macam orang giIa.

Keesokan harinya, adik kepada mak tiri pula meng4muk di rumahnya apabila tahu kakaknya berkahwin dengan ayah. Aku ingat lagi masa tu, adik dia marah – marah tapi dia boleh duduk santai depan rumah dia dengan adik bongsu dia sambil mer0kok. Aku ingat sangat.

Masa tu aku tidak faham kenapa ayah pilih makcik tu jadi mak tiri aku. Makcik tu bukannya cantik pun, berbadan besar, jauh beza dengan mak yang kurus. Dia mempunyai 6 orang anak dengan suami pertama dan 2 atau 3 orang cucu waktu itu.

Makcik tu lagi tua daripada mak aku. Bila aku dah besar, baru aku faham. Nanti aku cerita. Beberapa hari selepas kejadian itu, mak ambil keputvsan untuk berpindah rumah tapi masih di kawasan yang sama memandangkan ayah bekerja di situ.

Ayah masih tinggal bersama kami dan kadang – kadang saja akan ke rumah mak tiri. Tapi mak tiri ni jenis yang kuat cemburu. Datang meng4muk dekat rumah bila ayah tak pergi rumah dia, mer0yan bila ayah cuma bagi RM500 setiap bulan dan selebihnya ayah bagi dekat mak sedangkan RM500 pada tahun 2000 tu dah kira banyak sangat.

Mak pernah cerita lagi yang mak tiri pernah ser4ng dia di tepi jalan tanda tidak berpuas hati. Habis mak kena cak4r oleh dia. Muka tak tahu malu tu selalu jadi kontr0versi di kampung kami. Pada tahun 2001, adik tiri aku dilahirkan.

Seorang perempuan. Orang cakap tu adik aku tapi bagi aku dia tetap adik tiri aku sebab kami tak kongsi mak yang sama. Mak tiri aku ni waktu tu bekerja kampung dan mak aku pula suri rumah sepenuh masa. Waktu mak tiri aku pergi kerja, mak akulah yang jaga budak tu.

Mak aku bagi makan, mandi, tidur, semua mak aku uruskan. Kakak aku sampai bising sebab mak aku sanggup jaga budak tu. Tapi mungkin mak aku rasa budak tu tidak bersalah, yang bersalah tu mak dia sebab sudah mer4mpas ayah padahal mak lah yang banyak bantu mereka sekeluarga dulu memandangkan mereka bukan orang senang dan bukan orang tempatan.

Mak aku selalu makan hati. Kadang – kadang bila ayah marah, ayah akan naik tangan dengan mak. Bila mak ada salah sikit, mak dipanggil b0doh memandangkan mak seorang yang tiada pelajaran. Mak tidak pandai membaca sebab dulu nenek tak hantar mak ke sekolah.

Mak juga selalu jadi bahan ejekan mak tiri dengan kawan baiknya sebab mak tidak pandai, sebab mak tidak tahu membaca. Pernah sekali mak ke rumah kawan baik mak tiri sebab nak hantar kad jemputan kahwin dan kebetulan waktu tu mak tiri ada dekat situ.

Mak kena sindir macam – macam, diejek, digelakkan beramai – ramai dan mak cuma cakap, “Kalau nak datang, datanglah.” dan beredar dari situ. Kawan aku yang cerita. Waktu tu aku tingkatan 2. Ayah juga selalu berat sebeIah antara mak dan mak tiri.

Bila lapar, dia akan balik rumah makan. Kadang – kadang aku fikir, mak tiri tak masakkah? Di rumah kami ayah selalu marah – marah. Pernah sekali di rumah tiada sayur, jadi mak tak masak sayur. Ayah meng4muk siap baIing benda dekat mak.

Aku tengok mak keluar dari pintu belakang rumah dalam pukuI 9 malam pegi cari sayur pucuk ubi di belakang rumah padahal waktu tu dah gelap giIa dan masakkan untuk ayah. Mak selalu jadi tempat ayah lepaskan kemarahannya.

Aku tahu mak tahan hati saja untuk anak – anaknya. Pada hujung tahun 2009, ada sesuatu yang terjadi dalam keluarga kami disebabkan oleh kakak sulung aku. Apa kejadian tu, aku senyapkan memandangkan ceritanya agak panjang.

Dan dari situ, mak mula bertegur dengan mak tiri. Kadang – kadang mak tiri awal pagi dah sampai rumah untuk tolong mak. Kadang – kadang tengah malam baru balik ke rumahnya. Tapi cuma sekejap saja dan mereka bermasam muka semula.

Beberapa bulan selepas itu iaitu pada tahun 2010, mak ambil keputvsan untuk berpisah dengan ayah dan tinggal bersama kakak sulung dan membawa aku dan adik sekali memandangkan kami masih bersekolah. Waktu itu ayah cakap, “betulkah nak tinggalkan abang?”.

Dan aku tengok ayah tunduk sebab mak dah nekad untuk berpisah. Mak sudah tidak tahan dengan hidupnya selepas ayah berkahwin dengan mak tiri. Tapi ayah tidak pernah ceraikan mak. Ayah mungkin sedih bila mak ambil keputvsan berpisah tapi ayah tidak menghaIang.

Mak tinggal dengan kakak sulung sekejap saja dan kemudian mak tinggal dengan nenek. Suatu hari tu, mak balik ke rumah ayah sebab nak ambil mesin jahit. Waktu tu ayah pergi kerja dan telefon tertinggal di rumah.

Mak tiri call dan mak yang jawab. Tahu apa perempuan tu cakap? “Kau buat apa datang lagi? Kau nak buat apa dengan laki aku? Kau tak tahankah tidak tidur dengan dia?” Ya Allah, h4ncur hati mak waktu tu sedangkan dia yang r4mpas suami mak.

Mak cuma cakap nak ambil barang dan lepas tu terus balik. Selepas balik dari rumah ayah, mak tiba – tiba tidak boleh bangun. Badan dia kebas dan terasa sangat berat. Mak tidak dapat menggerakkan badannya kecuali tangan dan kepala.

Setahun lebih mak s4kit tak dapat bangun. Kami fikir mungkin disebabkan oleh k4nser rahim mak tapi k4nser mak sudah pulih memandangkan k4nser mak dikesan awal waktu 2006. Macam – macam ikhtiar yang dilakukan sampailah pernah sekali tu ada benda yang masuk dalam badan mak aku dan dia mengaku bahawa dia adalah mak tiri aku.

Mak tiri aku hantar benda tu pada mak aku sampai mak aku tak boleh bangun selama setahun lebih. Mak hanya baring, makan, buang air di tempat yang sama. Semasa mak s4kit, mak tiri ambil kesempatan berpindah masuk ke rumah kami yang dulunya kami sekeluarga tinggal.

Dia hebohkan sekampung yang dia belikan mak pampers, bagi mak RM500 sebulan, selalu jenguk mak padahal semua tu bohong. Sedangkan ayah pun dah tunduk dengan dia sebab dia ada pelihara something. Ayah cuma bagi mak RM50 sebulan dan kadang – kadang tak bagi padahal ayah lebih daripada mampu.

Waktu tu aku di tingkatan 5 dan aku tinggal bersama kakak aku. Mak aku, nenek aku yang jaga sebab nenek nak jaga. Selepas habis SPM, aku pulang ke kampung untuk jaga mak. Aku tanya mak, ayah selalu datang tak.

Mak cakap dalam sebulan dalam 2 kali jenguk mak tapi jarang tidur teman mak, mesti akan balik. Nenek cakap pernah sekali ayah bawa adik tiri jumpa mak, dan selepas mereka balik, mak langsung tak boleh bangun sedangkan sebelum ni mak dah boleh duduk sendiri.

Pada tahun 2012, sa4kit mak m4kin teruk. Mak dah seperti m4yat hidup. Mak terlalu kurus, tuIang mak semua nampak padahal mak kuat makan, selera tinggi tapi badan dah macam tengk0rak. Mak pernah pesan, “nanti jangan kahwin dengan suami orang, jangan buat orang macam dia buat dekat mak. S4kit sangat bila diduakan.”

Aku ingat sangat pesanan mak. Pada 06.06.2012, waktu tu maghrib, mak panggil nenek dan tanya pukuI berapa. Nenek cakap dah maghrib. Mak panggil nenek dan minta maaf. Kami yang waktu dekat ruang tamu terdengar nenek seperti nak menangis cakap dia maafkan mak.

Waktu tu hanya abang yang tak ada dekat rumah nenek. Kami dah menangis minta maaf dengan mak, adik bongsu dah menangis teruk peIuk mak dan mak cuma cakap “Janganlah nangis, belum masanya lagi ni.”

Waktu tu kami call abang dan ayah, cakap mak dah macam lain. Ayah dan abang datang, kawan – kawan mak semua datang tengok mak. mak cakap mak kenal semua kawan – kawan dia yang datang. Malam tu mak dah nyanyuk, mak dah tak ingat banyak benda.

Mak minta kami buang semua pampersnya malam tu jugak dan kami pun buang. Lepas tu mak bangun lagi, tanya kalau pampers dah buang. Mak minta minum, 5 minit lepas tu dia cakap haus lagi, lepas tu haus lagi.

Esoknya, mak banyak tidur. Mak tak nak makan tapi waktu tu mak cir1t banyak sangat dan kami bersihkan mak macam biasa tapi kami tengok mak dah lain sangat. Lepas bersihkan mak, mak tidur lagi. Mak langsung tak nak makan.

Mak bangun, mak panggil aku. “k0pekkan Iuka mak tu.” Mak minta aku bersihkan Iuka pada kakinya yang kurus tu. Punca Iuka tu kami langsung tidak tahu sebab dia seperti kesan terbakar. Aku cakap dekat mak, tak boleh mak sebab Iuka mak ni basah lagi, nanti berd4rah teruk.

Lepas tu mak diam dan tidur balik. 5 minit macam tu dia panggil lagi dan jawapan aku masih sama. 5 minit di panggil lagi tapi aku tak nak sebab aku kesian dekat mak. Lepas beberapa kali, mak tak panggil aku dah.

Aku masuk bilik nak tengok mak, aku tengok mak bersihkan Iukanya tu dengan batang penggaru belakangnya. Ya Allah, betapa s4kitnya aku lihat mak macam tu. Lepas tu mak tidur lagi, langsung tak nak makan.

Petang itu, kami semua mandi dan kami cerita pasal mak. Di kampung kami ada perigi tapi bertutuplah untuk kami mandi. Kakak cakap kakak rela mak pergi sebab mak dah terlalu lama mend3rita. Tapi aku masih tidak dapat lepaskan mak.

Selepas mandi, aku masuk bilik dan tengok nenek tengah baca yassin dan mak pandang nenek. Aku pergi depan mak, mak pandang aku lama dan mulutnya seperti bergerak – gerak membaca sesuatu. Aku senyum tengok mak sebab mak pandang aku lama sangat dan aku keluar semula.

Dalam 10 saat selepas itu, nenek panggil dan cakap mak dah tiada. Ya Allah, baru tadi mak pandang aku lama, baru tadi aku senyum dekat mak, baru tadi mata mak masih terbuka. Tak sampai seminit pun dan sekarang mak dah tiada.

Mak telah pergi untuk selamanya tinggalkan kami semua. Aku sudah tiada mak. Ya Allah.. 07.06.2012 mak tinggalkan kami semua. Selepas mak meningg4I, ayah call makcik, adik mak dan cakap ayah menyesal sebab jahat dengan mak, ayah menyesal tidak jaga mak dengan sebaiknya, ayah nak cerai dengan mak tiri tapi ayah tak boleh sebab ayah dah terik4t.

Rupanya ayah tahu yang mak tiri telah mengik4tnya. Ayah dapat merasanya. Menangis – nangis ayah menyesal dengan apa yang dia buat dekat mak. Nenek juga telah meningg4I pada 2014. Ayah masih lagi bersama mak tiri yang mun4fik.

Mak tiri pandai bermuka – muka. Depan kami semua baik, bila di belakang kami semua cerita buruk. Dia cerita dekat kawan mak aku, dia bagi aku RM1000 sebulan untuk belanja masa aku belajar padahal yang tanggung aku belajar adalah abang dan ayah aku.

Duit dia satu sen pun aku tak pernah ambil. Bila adik aku masuk hospitaI, dia cakap semalaman dia tidak tidur sebab jaga adik aku padahal aku yang jaga adik aku dekat hospitaI. Adik aku dulu ada buat hal sedikit dan ayah ambil keputvsan untuk kahwinkan mereka pada bulan September 2015.

Abang pula kahwin pada November 2015. Kami minta adik disandingkan sekali dengan abang sebab kasihan adik tidak duduk pelamin. Mak tiri aku cakap mertua abang aku tak nak. Bila aku tanya kakak ipar aku, dia cakap mak dia memang nak sandingkan sekali tapi mak tiri aku yang tak mahu sebab suami adik aku tidak bagi duit hantaran untuk adik aku.

Dia cakap adik aku tu tak tahu malu nak sanding sekali dengan abang aku. Padahal majlis tu langsung tidak guna duit dia, semua duit adik beradik kami. Ayah aku sekarang hidup tak macam dulu semasa mak masih ada.

Dulu mak masakkan, mak basuh baju, mak kemas rumah dan rumah mak antara rumah yang paling bersih dalam kampung kami. Tapi bila mak tiri tinggal di situ, ayah basuh baju sendiri, kadang – kadang ayah cuma makan maggie kalau mak tiri tak masak, rumah berhabuk dan kadang ayah yang sapu bersihkan rumah.

Adik tiri aku dah besar, dah 15 tahun sekarang. Yang dia ni pun aku tak tahu dari spesis mana, selalu Iawan ayah aku, kadang – kadang besar suara dekat ayah aku sedangkan dulu kami tak berani langsung nak tinggi suara dekat ayah.

Nenek dari beIah ayah aku tak suka dengan mak tiri tapi dia tidak pernah tunjuk. Dia cuma bagitahu aku. Masa abang aku kahwin, nenek dan adik ayah aku datang ke rumah. Nenek hari – hari nangis rindukan mak sebab terakhir nenek datang rumah masa tu kami masih tinggal di rumah itu.

Nenek cakap “patutlah dulu mak kamu tidak mahu nenek balik, dia tidur di riba nenek pujuk nenek jangan balik. Rupanya mak kamu nak pergi.” Kami bawa nenek ke kubvr mak, nenek nangis sebab rindukan mak. Adik ayah cakap dulu mak selalu call dia nangis – nangis sebab ayah.

Sebab tu nenek sayang mak. Dan sekarang aku tinggal sendiri sebab aku sudah tiada tempat nak pergi. Adik beradik aku semua sudah berumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri. Aku pula tidak mahu tinggal dengan mak tiri.

Kalau diikutkan hati, aku tidak mahu langsung tengok muka mak tiri, tapi aku fikir ayah aku. Ayah aku sudah tua dan aku perlu selalu jenguk ayah meskipun tidak selalu. Buat anak – anak mak tiri, aku tahu kamu juga sayangkan mak kamu, semua orang sayang mak tapi tolong nasihatkan mak kamu untuk berubah.

Dia isteri ayah aku sekarang, dia patut jaga ayah aku dengan baik memandangkan dia sudah mer4mpas ayah aku dari mak aku dan kamu juga sudah mer4mpas perhatian ayah aku dari kami adik beradik. Buat mak tiri, bertaubatlah.

Aku tahu makcik masih lagi simpan benda peliharaan makcik. Aku tahu makcik dapat ayah dengan bantuan peliharaan makcik, aku tahu makcik buat mak s4kit sehingga mak meningg4I dengan bantuan peliharaan makcik.

Aku bukan kolot sebab percaya benda begini, tapi makcik sendiri yang cakap makcik nak bagi makan anak makcik dalam bilik padahal bilik tu kosong. Bertaubatlah. Mak aku sudah tiada, jadi makcik jangan risau sebab mak tidak akan ganggu kebahagian makcik.

Mak, anak mak sekarang sudah pandai berdikari. Dulu mak selalu marah sebab aku tak pandai masak, tak reti nak kemas rumah tapi sekarang semua benda tu aku dah boleh buat mak. Sejak akhir – akhir ni, rindu pada mak sem4kin menjadi – jadi.

Asal tengok gambar mak, mesti nak nangis. Mak, anak mak sudah k0nvo dan dapat anugerah pelajar cemerlang akademik. Dulu mak sedih sebab anak tidak pernah dapat anugerah tapi sekarang dah dapat mak meskipun mak tidak dapat hadir masa k0nvo.

Anak mak berjanji bahawa itu bukan jubah terakhir dan bukan pentas terakhir. Ini semua untuk mak. Al-Fatihah buat syurgaku. Semoga mak tenang di sana. Assalamualaikum.. – Anak yang rindukan mak

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?