Mak ser4ng bini kedua ayah depan kedai, ayah terus lari tinggalkan bini2 dia berg4duh

Aku pernah ikut ayah senyap – senyap balik rumah bini no 2 dia. Bila aku pergi dengan mak tengok rumah tu kosong. Kami pergi cari plak ayah dekat tempat dia berniaga. Itulah kali pertama mak jumpa madu dia selama 10 tahun mereka berahsia. Mak terus ser4ng perempuan tu tapi ayah sempat lari..

#Foto sekadar hiasan. Aku seorang perempuan umur dalam lingkungan 20-an. Cerita yang aku nak sampaikan ni berkenaan tentang ayah aku. Tahun lepas, aku dan keluarga baru dapat tahu yang ayah aku madukan mak aku selama 10 tahun.

Maksudnya sejak aku sekolah rendah mak aku telah diduakan oleh ayah aku sendiri. Macam mana boleh kant0i? Panjang cerita dia. Dipendekkan cerita, bila Allah cakap, “satu hari kebenaran akan terserlah”, semuanya akan terb0ngkar.

Janji Allah itu benar. Aku sendiri yang menjadi saksi. Disebabkan oleh itu, mak aku telah pun menfailkan tuntutan penceraian atas sebab ditipu oleh suami sendiri selama 10 tahun. Rata – rata pekerja di mahkamah syariah terk3jut dengan kes mak aku ni.

Sebab ape? Sebab lepas 10 tahun dimadukan baru mak aku dapat tahu. Ohh lupe! Ayah aku ni kahwin dengan orang seberang (indonesia) dan mereka nikah di sana. Jadi memang mak aku dan adik beradik aku tak tahu pasal perihal ayah aku ni.

Cek punya cek, rupanya ayah aku dah kahwin pada 2009 (di Indonesia) dan didaftarkan perkahwinan mereka pada 2016. Majority yang tahu pasal kes ni akan tanye soalan yang sama. Kenapa baru tahu sekarang?

WAllahualam! Allah tak bukak mata kami lagi. Ataupun kami yang terlalu bersangka baik terhadap ayah aku. Dipendekkan cerita, ayah aku dah lama tak balik rumah semenjak mak aku failkan tuntutan cerai. Perbincangan, kata – kata maaf daripada ayah aku memang takde langsung.

Dia hilang dan just balik di rumah bini no-2 sahaja. Kami adik beradik dan mak aku memang tidak diendahkannya. Paling kesian tengok mak aku, sebab dia asyik termenung sana sini mengenangkan nasib dia. Sampailah satu hari, selepas beberapa bulan dia tak balik dan kami diberi arahan oleh pihak mahkamah untuk mencari alamat terkini ayah aku ni.

Kebetulan aku tahu tempat tinggal ayah aku (bini no 2) disebabkan aku pernah ikut dia diam – diam masa nak siasat pasal hal ni. Jadi, aku pun beritahu mak aku yang aku tak tahu alamat penuh tapi aku tahu dia duduk mana.

Jadi, bermulah misi mencari alamat ayah aku yang telah menghilang selama beberapa bulan. Tujuan aku hanya ingin tengok nombor rumah sahaja, tak berniat pun nak ketuk rumah ke, tunjuk muka depan bapak aku ke, tak semua tak.

Sampai – sampai sahaja di rumah dia, aku tengok rumah dia dah kosong! Maksudnya segala perabot, langsir, everything lah takde! Gelap je semua! Dalam kereta aku termenung, sampai hati ayah tak beritahu yang dia dah pindah.

Kalau aku tak cek, sampai sekarang lah aku tak tahu ayah aku dah pindah. Mak aku dalam kereta dah menangis – nangis sebab memikirkan ape yang ayah dah buat. Aku pun kuatkan semngat mak aku dan aku cakap jom cari ayah dekat tempat dia meniaga!

Malam tu jugak kitorang terus menuju dekat tempat dia meniaga. Untuk pengetahuan korang, ayah aku meniaga dengan isteri no 2 dia. Maksudnya diorang meniaga sama – sama. Ayah aku ade kedai pun mak aku tak tahu sebab ayah aku tak pernah beritahu.

Di mata kami, ayah hanya pemandu teksi! Sampai je kedai, tepat – tepat ayah aku memang ade di kedai dia bersama isteri no 2. Masa tu yang ikut hanya aku, adik perempuan aku dan mak aku sahaja. Disebabkan semua tengah marah, jadi memang time tu ayah aku kene ser4ng.

Mak aku pun ape lagi terus ser4ng bini no 2 ayah aku yang mak aku tak pernah jumpa pun. Time ni memang first time diorang bersemuka. Aku hanya mampu menangis. Biarkan mak aku ser4ng madu dia. Sebab bagi aku, perempuan tu layak kene macam tu sebab dia la punca segala – galanya

. Punca kami adik beradik tak dapat kasih sayang seorang ayah, punca ayah tak peduli dekat kami, punca family kitorang jadi h4ncur macam ni. Kenapa aku cakap dia punca? Sebab sebelum kahwin dengan ayah aku, dia tahu yang ayah aku dah kahwin dan ade anak, tapi still laki orang jugak kau ny0ndol!

Kalau dia baik sepatutnya dia dah nasihat dah ayah aku untuk berlaku adil, nasihat ayah aku untuk balik rumah kitorang ingat dekat anak – anak. Dan plus korang tahu ape dia cakap dekat mak aku? Dia cakap (isteri no 2) yang mak aku tak layan ayah aku macam raja sebab tu ayah aku berpaling arah daripada mak aku.

Senang cite dia cakap mak aku tak reti jage laki la!! Masa kes ser4ng menyer4ng berlaku, time tu ayah aku lari. Entah ke mana. Adik aku tengok kereta dia pun dah takde. Means dia larikan diri tinggalkan isteri no 2 dia terkulat – kulat g4duh dengan mak aku.

Lepas tu mak aku suruh dia tutup kedai tunjuk rumah terkini dekat mana sebab memang kitorang pun nak alamat diorang atas perintah mahkamah. Let me told you, jangan buat perempuan marah weh, sebab bile perempuan dah meIetop, dunia ni memang terbalik!

Jadinya naiklah kami berempat (aku, adik aku, mak aku, dan madu mak aku) dalam satu kereta yang uzur (kereta kancil) menuju ke rumah diorang. Sepanjang perjalanan mak aku menjerit – jerit marah madu dia. Aku dan adik aku hanya diam membisu, menangis!

Sebab terlalu perit nak hadap semua ni. Sampai je di rumah mereka, rumah diorang landed house tau, sebelum ni rumah flat je. Alasan perempuan tu sebab diorang nak dapat anak, jadi rumah flat terlalu sempit untuk pasangan yang ade baby!

Hello kitorang adik beradik 4 orang dengan mak aku elok je duduk flat! Overkan dia?? And yes! Isteri no 2 tengah mengandung anak pertama! Jadi, seperti yang disangka, kereta ayah aku memang ade dipark di hadapan rumah mereka.

Maka terjadilah perg4duhan antara ayah aku dan mak aku. Sampailah terkeluar ayat, “aku ceraikan kau dengan taIak satu! Allah menggigiI lutut aku bile aku dengar ayah aku ceraikan mak aku di hadapan aku dan adik aku. Anak – anak dia.

Time tu air mata mencurah – curah macam air paip bocor tau! Laju teruk! Lepas mak aku kene cerai (tempat cerai di rumah isteri no 2), ayah aku haIau mak aku dan kata, “aku dengan kau takde kene mengena dah!”

Time tu aku sedih sangat! Sebab dia haIau orang yang banyak membantu dia ketika susah, orang yang melahirkan anak – anak dia, orang yang sentiasa memikirkan keadaan suami dan anak – anak dahulu sebelum memikirkan perihal dia.

Masa pun berlalu, sudah masuk 2 bulan selepas kejadian tu. Masa bulan puasa dan raya hari tu, sikit pun ayah aku tak ambil tahu pasal kehidupan anak – anak dia. Whatsapp tak dibaca, call tak diangkat, malah dia m4tikan phone lepas aku call dia.

Tujuan aku call bukan sebab nak cakap duit tak cukup, tapi sebab aku rindu dan ingin nak tanya khabar dia. Sedih sebab aku terkenang ayah aku yang dulu. Tapi sekarang ni bayang dia pun dah tak nampak. Khabar berita semua dah takde.

Dalam adik beradik, aku yang paling rapat dengan ayah aku dan of course aku yang paling terkesan dalam kes ni. Rindu tau rindu dengan bayang dia, rindu dengan bebelan dia walaupun aku tak suke. Yang paling sedih bile kau rindu dengan orang yang ade lagi dekat muka bumi ni tapi kau tak dapat jumpa. Bukan orang yang dah meninggaI.

Untuk ayah, walaupun ayah dah tak terima kami sebagai anak – anak, dah buang kami, dah tak ingat kami, ayah tetap di hati kami. Ayah tetap ayah kami dunia dan akhir4t. Doa saya semoga Allah pertemukan kita di syurga ye kalau takde kesempatan kita nak bertemu lagi di dunia ni.

Moga ayah hidup bahagia bersama orang yang tersayang walaupun kami tak tahu dah ayah duduk mana sekarang. Kali terakhir tengok rumah dia yang baru tu, kosong jugak. Ayah lari entah ke mana dengan isteri dia.

Hanya gambar menjadi kenangan. Walaupun mak buang semua gambar ayah sebab benci. Tapi saya kumpul semua gambar ayah dan saya simpan. Saya janji, nanti kalau ade rezeki kahwin dan ada anak, saya akan tunjuk dekat bakal cucu ayah yang ni atuk diorang. Saya janji.

Ayah maafkan kami adik beradik dan mak sebab tak dapat bahagiakan ayah sampai ayah kene cari orang lain untuk bahagiakan ayah. Moga ayah bahagia dengan kehidupan yang baru dan anak baru. Yang benar, – Anakmu (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Chik Pah MeeSee : Jaga diri awak, jaga mak awak baik – baik yer. Bagi sokongan penuh pada mak awak. Bab ayah awak tu, berdoa ler moga dia ingat anak – anaknya. Moga Allah permudahkan urusan awak sekeluarga.

Zad Rabia : Takpe dik. Ada kifarah juga nanti untuk ayah awak ni. Time dia dah tua nnt, time bini muda dia dah buang dia. Baru lah ayah awak akan datang cari anak – anak dia yang dulu. Time muda sihat, memang tak ingat semua tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.