Mak suka nak ikut aku pergi berjalan, masalahnya kereta aku tak muat penuh dengan anak – anak. Bila tak bawa, dia tarik muka

Lepas aku kahwin pun, mana aku nak pergi mak mesti nak ikut. Dulu anak kecik boleh berpangku. Sekarang ni, setelah usia aku 46 tahun dan mak masih tetap macam tu. Masih nak ikut, anak aku dah bujang, anak d4ra. Kereta tak muat, mak tarik muka..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku berumur 40 an, dah berkahwin dan ada anak. Alhamdulillah, keluarga kami bahagia dengan cara kami sendiri. Yang aku nak cerita adalah pasal mak aku. Aku ni dari kecik memang dikongkong.

Kalau ke sekolah aku tak dibenarkan menyertai apa – apa aktiviti di sekolah pada sebeIah petang. Habis sekolah pagi, mesti balik rumah. Aku tak macam pelajar lain yang aktif sukan, berpersatuan. Bila cikgu tanya kenapa tak datang perjumpaan, aku hanya diam.

Keadaan ini berlarutan sampai sekolah menengah. Aku tak ada kawan baik, kawan rapat macam orang lain, sebab mak tak bagi aku bersosiaI. Balik sekolah ko kena duduk rumah. Kalau aku nak keluar bermain tunggu pukuI 6. Alahai pukuI 6 orang lain dah masuk rumah kot…

Aku memang jadi rendah diri dari kecik. Langsung tak motivated bila aku dah mula bekerja pun macam tu. Habis waktu kerja kalau aku lewat sampai rumah, mak akan call tanya kat mana. Ok korang rasa mesti sebab dia risau kan?

Bukannnn. Dia tak bagi aku pergi mana – mana lepas kerja waima kopi – kopi dengan kawan – kawan sepejabat. Habis waktu kerja, aku mesti balik terus. Korang rasa jenis hidup apa aku macam ni ye? Aku str3ss sampaikan aku pernah telan ponstan lebih 10 biji. Nasib Allah masih panjangkan nyawa aku.

Bila dah kahwin, nasib suami aku ok. Dia tak kisah kalau aku nak ke mana – mana asalkan bagitahu dia. Jadi aku rasa sangat sangat bebas. Tak macam masa aku tinggal dengan mak dulu. Ingat dah selesai masalah dengan mak, tapi mak pulak mana aku pergi dia nak ikut walaupun masa tu ayah masih ada. Tak kira lah mana aku nak pergi, dia nak juga ikut.

Aku layan kan ajelah, ikutlah mak. Tapi satu per4ngai mak aku dia kalau ikut, ko kena ikut cara dia. Kena balik cepat – cepat, padahal yang bawa kereta tu aku, dia duduk sebeIah je. Masa anak sulung aku belajar di asrama. Tiap kali aku ke sana dia mesti nak ikut.

Ada masa aku nak me time, jadi aku tak bagi dia ikut. Tapi dia akan buat muka, memang aku kena, terp4ksa bawa dia. Pun aku layan jugak kerenah dia, sebab apa? Sebab aku tak nak jadi anak derh4ka, aku takut d0sa. D0sa dengan seorang mak ni kan selalu orang cakap d0sa besar, tak bau syurga, masuk ner4ka!

Mak memang tak pernah cuba memahami urusan anak – anak. Tak cuba nak bagi ruang pada aku. Sampai sekarang ni, setelah usia aku 46 tahun dan mak masih tetap macam tu. Aku pernah cakap bukan aku tak nak bawa mak lagi, masalahnya kereta aku dah tak muat.

Dulu – dulu anak – anak aku masih kecik boleh la nak berpangku, sekarang semua dan bujang dan anak d4ra. Kalau kereta sedan tu naik 6 orang pun dah penuh, inikan nak naik 7 orang. Allahuakbar. Aku kalau nak ke mana – mana takdelah aku tinggalkan mak, aku suruh anak aku sorang temankan dia.

Arw4h ayah ada tinggalkan mak sebuah rumah kat taman perumahan, tapi mak aku ni jenis penakut. Walaupun hari siang hahaha… Mungkin dia dah terbiasa selama ni ada je orang teman dia kan. Mak ni memang jenis tak nak berkawan dengan sesiapa.

Aku pernah cadangkan nak hantar dia belajar pondok ala – ala pondok al barakah ustaz kazim tu kan. Setidaknya dapat gak dia berkawan – kawan. Belajar ilmu agama, solat jemaah, belajar mengaji. Sebab aku tahu mak aku ni banyak benda dia tak tahu walaupun dia dah hajah. Tapi dia tolak mentah – mentah, alih – alih aku yang kena marah.

Aku nak buat benda baik ni, dia tak nak. Sekarang ni aku depr3ssed, mungkin sebab dah lama pendam perasaan. Mungkin sebab aku ikut je apa kehendak mak aku. Sebab satu je, aku takut d0sa. Tapi bila m4kin lama aku pendam, s4kit kat dalam hanya Allah yang tahu.

Sekarang aku banyak berdiam diri aku tak pernah kongkong anak – anak aku. Aku jadikan mereka macam kawan – kawan. Aku support apa yang anak – anak aku buat asalkan benda baik. Aku pesan pada anak – anak, bila ibu dah habis tanggungjawab menjaga kamu semua.

Ibu nak ke pondok mencari ilmu Allah, korang pepandai la jalani kehidupan masing – masing, Ibu tak nak ganggu. Aku jadi murung, tapi aku tak nak benda ni berlarutan. Aku takut macam – macam peny4kit datang. Kalau korang ada idea atau apa-apa cadangan bagitahulah aku. Terima kasih, maafkan kalau ayat aku berterabur. – Lynn Manja (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Sharifa Ilias : Mak awak tiada kawan sebab dia anggap awak sebagai kawan.. bagi awak.. dia mengongkong.. bagi dia.. dia care.. just terlebih. I have been in your shoes tapi bila dua – dua dah tinggalkan saya. Saya rasa rindu sangat.

Mereka kongkong kerana mereka sayang dan bila mereka nak ke mana – mana dengan kita.. ertinya mereka nak bermanja – manja dan nak habiskan masa dengan kita.. masa mereka tak lama dah. Arw4h ayah saya akan tunggu saya balik.

Keluar dengan suami saya baru dia akan masuk tidur. Kita rasa rimas sebab kita dah pun besar.. dah tua pun.. 40 lebih da kot.. Hakik4tnya sebab dia risau selagi namanya anak kan, Sekarang saya menangis sambil nenaip komen ni. Saya kehilangan orang yang benar – benar care dan doa – doa mereka. Saya rindu bila balik dari mana2 – mana. Masuk rumah je tak dengar suara arw4h ayah.

Sarah Shaimaa : Orang kata “Ditelan m4ti emak, diluah m4ti bapa”. I have been in your situation and I still do, tapi now, I can manage it better. Bebanan perasaan dulu dikongkong, lepas tu rasa lepas, bebas dan bahagia, tiba – tiba masuk balik dalam hidup kongkongan semula. Rasa macam stuck. Especially diumur 40+.

Terlampau bebanan perasaan, lalu saya jumpa kaunseling / pakar psik0logy kurangkan bebanan perasaan. Slowly TT akan dapat jalan keluar. At least dapat buang bebanan perasaan. Cara saya mungkin tak sama dengan tt, kita ada different life experience, upbringing dan situasi. Semoga dipermudahkan Allah. Semoga bahagia di samping keluarga.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.