Mak tak guna selalu kikis duit bapak. Sampai bapak pinjam Ahl0ng bagi dekat mak. Mak lari ikut jantan. Saya dan bapak kena halau

Kami keluar sehelai sepinggang, berjalan tanpa arah. Kami berteduh di sebuah bangunan lama. Bapak ada bawa saya duduk depan bank untuk minta sedekah. Satu hari, datang seorang ‘kakak’. Dia bagi nasi ayam..

#Foto sekadar hiasan. Dalam hidup kita pasti akan ada 1 hari yang kita tak dapat lupa. Sama macam saya, setiap kali hari jumaat tiba, pasti saya akan teringat dekat satu insan yang menolong kami sewaktu susah. Sebelum itu saya kenalkan diri saya Chandran. Saya seorang indian.

Tujuan saya menulis kat sini dengan satu harapan bahawa kakak yang menolong kami mungkin baca di sini. Saya betul – betul berharap dapat berjumpa dengan dia. Long time ago, keluarga kami dilanda malapetaka. Ayah saya masa tu ada meniaga bunga di satu tempat ni.

Orang selalu cakap, jika dapat isteri yang salah, maka h4ncurlah kehidupan. Saya tak cakap semua orang. Tapi ini adalah ibu saya sendiri. Dia ada hubungan sulit dengan orang lain. Ibu saya surirumah masa tu. Dan tak pernah tolong bapak saya.

Masak pun tak pernah. Bapak saya selalu beli bungkus dan uruskan saya ke sekolah. Bapak saya setiap hari akan serahkan duit meniaga dekat ibu saya. Tapi ibu saya bagi dekat lelaki itu. Ibu selalu la meng4muk – ng4muk dekat bapak walaupun saya tak faham kenapa ibu meng4muk.

Untuk pengetahuan pambaca, bapak saya seorang yang slow sikit dan agak pendiam, tak banyak cakap. Satu hari bapak tak dapat pusing wang meniaga. Dia ada pinjam ahl0ng. Akhirnya menjer4t dirinya sendiri. Padahal wang itu banyak diberi kepada ibu.

Ibu saya tak mau tolong dia dan melarikan diri dengan lelaki itu. Ketika itu saya masih sekolah. Bapak saya memang patah hati dengan keadaan tu. Kami tak punya saud4ra mara. Sebab bapak saya anak yatim. Rumah sewa tak mampu bayar, makan pun tak ada duit.

Akhirnya kami keluar sehelai sepinggang masa tu.. Berjalan tanpa arah. Akhirnya kami berteduh di satu bangunan lama tepi jalan besar di kawasan perai. Di situ ada satu pejabat pos hub. Tapi sekarang dah tak ada. Kawasan tu sekarang dah banyak berubah.

Bapak saya kerap menangis masa tu. Kemudian dia ada la cari – cari besi kotak – kotak untuk dijual. Dia akan tinggalkan saya dalam old building tu. Saya memang langsung tak pergi sekolah dah. Bapak saya pun tak suka mintak bantuan dekat orang. Mungkin otak dia tak mampu fikir macam tu.

Kadang – kadang kami ada roti untuk makan, kadang – kadang berlaparan saja. Saya pernah saja minum air hujan yang saya tahan dengan bekas – bekas mineral akibat terlalu lapar. Bapak saya kemudian sudah tidak keluar pergi cari makan lagi. Hanya tidur saja.

Kemudian bawak saya duduk dekat – dekat bank mintak sedekah. Tapi tak ada jugak pun orang bagi duit. Kalau bagi pun masih tak cukup untuk beli makan. Saya tak suka keadaan ini. Tapi saya sendiri tak faham apa yang sedang berlaku. Mujur la saya tak pernah rapat dengan ibu saya.

Jadi saya tak pernah merindukan orang itu, jauh sekali fikir pasal dia. One day macam tu la. Its friday.. Kan sebeIah bangunan lama tu ada pos office. Masa tu ada seorang kakak ni. Dia seorang muslim. Macam mamak – makam. Tapi dia nampak sangat muda.

Masa tu saya baju pun tak ada. Sebab baju lama dah koyak. Saya macam duduk la di situ. Bapak saya tidur. Saya tak tahu dia dah lama perhati saya ataupun tidak. Sebab saya nampak dia lalu naik motor pergi pos office tu.

Kemudian dia datang semula dengan dua bungkus nasi ayam. Saya kemudian pergi panggil bapak saya. Bapak saya cakap terima kasih.. Itu first time kami berdua dapat makan sedap setelah sekian lama. Masa tu dia ada bagi wang dekat bapak saya jugak. Tapi tak pasti berapa. Bapak ada beli roti masa tu.

Lepas tu, hari Jumaat seterusnya, dia akan datang lagi bawak bungkusan nasi. Perkara ini berlaku agak lama jugak.. Sampai kami pun dah tahu, kalau hari Jumaat mesti kami dapat makan besar. Ada sekali tu dia bawak baju untuk saya. Baju baru beli.

Satu hari, semasa dia datang. Dia bercakap sangat lama dengan bapak saya. Saya tak tahu apa yang dia cakap. Tapi bapak saya nampak sedih kemudian menangis. Saya ada datang sebeIah bapak masa tu. Kakak tu senyum dekat saya dan usap – usap kepala saya.

Dia pesan dekat saya, belajar rajin – rajin. Apabila saya ada ilmu, saya akan ada kehidupan.. Dan tak ada orang boleh tipu saya. Tapi jika saya tak ada ilmu saya tak akan ada apa – apa dalam hidup. Ibarat manusia celik dalam dunia gelap. Ada mata pun tak berguna kalau tak ada ilmu.

Kemudian baru saya tahu, kakak tu masukkan kami dalam rumah perlindungan (home). Tapi home tu pun sudah tiada sekarang ni. Tapi di sana saya dapat pergi sekolah. Dapat makan sedap, tidur yang nyenyak. Satu hari dia datang melawat kami. Dia ada sembang lama dengan bapak.

Akhirnya bapak pun keluar dari home itu dan pergi ke klang dengan bantuan kakak tu. Di sana bapak start meniaga balik dan kami mulakan hidup semula. Dan itu la saat terakhir saya jumpa kakak itu. Saya belajar dengan cemerlang walaupun agak lewat dan tercicir dalam pelajaran.

Kemudian saya dapat scholarship pergi luar negara. Akhirnya sekarang saya dah ada kerjaya dan kehidupan yang stabil dan sempurna. Tapi saya sentiasa ingat kakak itu. Saya sudah kahwin. Dan syukur isteri saya sangat baik.

Bapak saya masih ada. Kami hidup sekali dengan bahagia. Tapi bapak saya sudah tak ingat kata – kata kakak itu.. Tapi bapak saya kata kakak itu selalu suruh bangkit semula. Jangan kenang perkara lampau. Kakak itu suruh fikir masa depan anak.

Kakak itu ada bagi nombor telefon dia dan alamat rumah dia. Tapi kertas itu sudah h4ncur kerana bapak basah dalam hujan masa tu. Bapak cakap dia selalu doakan kakak itu. Bapak saya cakap, banyak kali dia fikir nak m4ti.

Tapi fikirkan saya, dia terp4ksa diam. Kadang – kadang dia fikir nak beli r4cun minum kami berdua. Tapi pada hari itu la kakak itu datang dan mengubah hidup kami. Kalau kakak ada baca ini, harap sangat la bagi respon di sini.

Orang kata kita jumpa orang baik satu kali saja dan tak akan berjumpa lagi for next time. Tapi kami whole family always doakan akak. Mungkin masa itu kami tak dapat berterima kasih atau membaIas budi akak. Tapi andai ada peluang, kami ingin sangat membaIas budi walaupun kami tahu, orang seperti ini membantu dengan ikhlas tanpa harap apa – apa ganjaran. – Chandran (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

H4mba Yang Lemah : Sebenarnya tuan tak perlu mencari kakak tu sebab dia tolong tuan dahulu pun dia memang tak harap apa – apa. Dia pun tak harap tuan cari dia balik. Tapi yang sebaiknya tuan jadila seperti kakak itu, pergi bantu orang – orang yang susah, macam mana kakak tu pernah bantu tuan. Begitulah tuan juga perlu bantu orang lain yang susah seperti tuan ketika dahulu.

Ann Fardan : Moral of the story, bersedekahlah waimah sebijik kurma. Kita tidak tahu walau dengan sedikit itu mampu mengubah keseluruhan hidup seseorang. Semoga Chandran bertemu dengan kakak yang mulia itu.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.