Minta suami tolong jaga anak alasannya penat memanjang. Tapi boleh layan telefon sampai tertidur. Anak terkebil – kebil tengok bapa. Setakat layan anak sejam dua. Lepas tu membuta. Kerja rumah. Buatlah sendiri…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Hi semua. Nama aku Inara, umur dalam lingkungan 30-an. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Aku sedang berputuus asa. Aku rasa tengah down sangat – sangat. Takde tempat untuk aku nak meluah.
Pertama sekali masalah perkahwinan. Mak aku tak suka suami aku. Ada saja yang dikritiknya. Sekarang bila mak dah mula benci, semua adik beradik ikut benci sama. Mungkin inilah puncanya, bila mak tak restu, benci, hidup rasa susah je.
Ya suami aku hanya kuIi. Kerja hari – hari tanpa ada cuti. Duit gaji hanya cukup – cukup makan untuk kami tiga beranak. Aku bekerja juga, tapi gaji kecil. Sem4kin mengecil bila dip0tong gaji kerana kerap cuti. Aku cuti sebab nak kena uruskan keluarga. Keluarga aku dan keluarga suami.
Dua – dua keluarga tanggungjawab atas bahu aku. Aku juga uruskan anak yang masih bayi. Cakap pasal bayi, upah mengasuh pun aku tak mampu nak bayar. Tapi aku gigih cari rezeki lebih. Kalau berhenti kerja jaga anak sendiri, pasti lebih sukar untuk teruskan hidup di bandar besar ni.
Lagipun aku takut anak aku yang high demand dan kuat menangis ni jadi m4ngsa d3ra pengasuh seperti beberapa video yang tular kebelakangan ni. Tak ramai yang mampu bersabar dengan karenah anak aku. Mak kata dia sanggup nak jagakan sebab dia pun takut cucunya diapa – apakan. Aku bagi mak bayaran standard pengasuh.
Tapi yang aku pening, duit upah mengasuh lain, duit belanja bulanan lain, duit belanja jalan – jalan lain. Contohnya kalau merancang untuk bercuti, Aku la yang harus fikirkan belanja sepanjang percutian tu nanti. Duit belanja sampingan (ole-ole) semasa bercuti lain pula. Memang habis semua duit aku kalau kami pergi bercuti.
Kemudian nanti kalau ada ahli keluarga yang lain teringin nak makan apa – apa, duit aku juga yang keluar. Tapi tetaplah aku juga yang dik4takan kedekut dan berkira. Aku ik4t perut. Makan ala kadar sekadar untuk alas perut. Kami belum mampu untuk beli kereta. Rumah pun menyewa.
Di samping bekerja, aku cuba berniaga kecil – kecilan atas talian. Tapi salah aku, tak suka menonjol muka. Jualan aku tak laku. Dapat closing satu pun dah syukur teramat. Suami hari – hari bekerja tanpa cuti. Adakala dari pagi bawa ke esok pagi. Orang rendah kelulusan. Jadi dia dibuIi – buIi.
Nak utarakan ke pejabat buruh pun fikir banyak kali. Itu pun kos juga. Masa, tenaga, nak ulang alik. Mak apa lagi, seronok membahan. Padan muka kahwin dengan orang miskin. Ya betul, simpanan sebelum kahwin dah susut banyak sebab bantu suami.
Mak kata, aku dipergunakan suami. Lebih baik menjanda sebab aku masih bekerja dan mampu sara diri dan anak. Entahlah. Aku rasa bukan suami je pergunakan aku. Mak bapak dan ahli keluarga pun sama. Sebetulnya, aku kecil hati, jauh hati, tawar hati dengan semua orang. Mungkin semuanya memang salah aku.
Siapa suruh tak belajar pandai – pandai dan mohon kerja bagus – bagus, jawatan hebat – hebat. Kahwin dengan lelaki miskin. Padan muka, suami sendiri langsung takde masa nak hadap muka anak bini. Nak check up anak, s4kit anak, pergiIah sendiri kIinik naik grab atau teksi.
Minta suami tolong jaga anak alasannya penat memanjang. Tapi boleh layan telefon sampai tertidur. Anak terkebil – kebil tengok bapa. Setakat layan anak sejam dua. Lepas tu membuta. Kerja rumah. Buatlah sendiri. Aku betul – betul rasa kosong. Kuat demi anak.
Oh iya, per4ngai mentua pun buat s4kit kepala. Seperti kebanyakan suami yang ada, suami sentiasa membela ibu bapanya. Aku cuma mampu menahan marah terhadap semua orang. Aku cuba bersabar. Aku sedang mengumpul duit. Kumpul kekuatan.
Cukup masa, aku akan pergi jauh dari mereka semua. Bawa diri dan anak merantau ke negara lain mungkin. Untuk mak dan adik beradik. Aku cuma mesin atm kaliankan. Jika kalian kesusahan aku membantu dan memberi setulus hati.
Tapi kalian, setiap bantuan yang dihulurkan kepadaku bukanlah percuma seikhlas hati selayaknya untuk ahli keluarga. Semua ada harga bayarannya. Semua kalian kira. Tak mengapa. Untuk suami, cukuplah seorang ni anakku bersamamu. Aku hargai setiap penat lelahmu bekerja demi keluarga kita.
Tapi kau lupa, aku perIukan seorang suami yang bela aku saat aku dibuIi ibu bapamu. Anakku perIukan perhatian bapanya. Kau pun akan kutinggalkan. Bukan kerana aku tak sanggup hidup susah. Tapi sokongan dan bantuan yang aku perIukan. – Inara (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Lenie Rin : Kau jangan fikir penat laki kau je. Kau tak penat ke? Fikirkan diri sendiri dulu. Duit ke tenaga ke fikir diri sendiri dulu. Pastu fikir anak. Kau tak payah fikir nak bagi adik beradik kau duit ke nak belanja makan ke apa.
Kau fikir dulu makan pakai ko dengan anak kau. Ada lebih baru belanja orang lain. Kalau tak kau str3ss nanti. Laki kau tu kau suruh je buat kerja rumah apa semua. Jangan tau nak rehat je. Bukan dia sorang je penat. Dah berkeluarga ni sama – sama la buat kerja. Nak harap kau sorang, tak lama lagi boleh jadi giIa.
Ain Nadhirah : Tolonglah, tak perlu la jadikan bercuti tu satu trend. Tak mampu tak payah pegi bercuti. Tt dengan suami pergi je healing balik hari je nak pergi mana – mana. Boleh je bawa anak pergi taman, pergi pantai, sungai. Tu semua tak perIukan duit yang banyak pun, duit minyak je. Kalau nak makan bawak bekal macam berkelah tu. Pergi balik hari je, tak mampu jangan angkut satu family.
Salina Gunawi : Bincang dengan suami tu pedulikan dua – dua beIah pihak. Suruh mereka berdikari. Cakap kat mak awak, yang awak hanya boleh bayar duit mengasuh anak je. Duit belanja tambahan la, duit nak gi berjalan, duit nak beli buah tangan semua bukan tanggungjawab awak pun. Noktah!
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.