Mak umur 50 tahun kena kejutan budaya bila ada FB. Ayah menangis cerita mak hantar gambar bukan – bukan dekat lelaki

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Mak pergi jumpa lelaki tu siap bawak kakak dan ayah. Mak juga suka bandingkan ayah dengan lelaki lain. Buruk – burukkan ayah depan anak – anak. Mak yang menguasai semuanya…

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua. Tak tahu sebenarnya nak cerita macam mana. Nak start dari mana. Untuk mengelakkan orang tahu siapa mak saya. Saya sendiri malu nak cerita benda ni. Sangat mengaibkan. Tapi saya tak tahu nak selesaikan macam mana.

Sebelum mak saya kahwin dengan ayah saya, mak saya dah pernah kahwin dan berpisah dengan orang lain sebelum ayah saya. Mak saya dari segi agama dia sangat baik. Pandai mengaji. Solat tahajjud selalu. Tapi ada satu kejadian yang sangat terkejut berlaku baru – baru ini.

Sejak setahun ni mak saya dah pandai guna facebook. Umur mak saya 50-an. Tapi dia macam dah terkena kejutan budaya. Kenalan kat facebook kebanyakan lelaki. Bermesej macam – macam dengan lelaki. Sayang cinta rindu dengan lelaki lain.

Sampaikan ajak kakak saya serta ayah saya pergi jumpa lelaki tu tanpa ayah tahu yang lelaki tu kawan facebook. Sekarang dengan lelaki lain pula. Hari ni saya dapat tahu yang ayah saya cerita dan luah kat kakak saya beritahu mak saya ada bagi gambar bukan – bukan kat lelaki.

Bukan gambar selfie je. Hmm sedih sangat. Bukan lelaki hari tu. Lelaki lain pulak. Ayah saya buntu. Untuk pengetahuan semua, dalam keluarga saya, mak lah orang yang banyak buat keputusan. Apa – apa hal, ayah pun akan kalah.

Kalau siapa – siapa tegur mak ke apa ke, mesti akan berakhir kepada perg4duhan. Sampaikan ayah tak boleh cakap apa – apa dan tegur apa – apa. Banyak lagi kelemahan dalam keluarga kitorang. Seolah – olah mak yang menguasai semuanya.

Saya sendiri pun banyak tak sependapat dengan mak. Bila saya tegur mak, mak kata saya meIawan. Bila saya tegur silap mak, pasti ada je yang mak akan cakap yang dia buat semua boleh dan betul. Bila ayah tegur mak, mak kata ayah berkasar dengan mak.

Pendek kata, apa mak buat semua betul. Orang lain buat semua salah. Lelaki pertama yang mak pergi jumpa dengan akak dan ayah saya, mak dah pesan siap – siap jangan beritahu saya pasal tu, sebab mak tahu saya je anak yang berani meIawan.

Mungkin mak takut saya nampak silap dia. Tapi kakak bagitahu saya senyap – senyap. Sampai sekarang saya pendam. Orang luar semua nampak family kami okay, anak – anak berjaya. Tapi serius, family kami banyak masalah.

Saya sendiri dengan ayah saya pun kurang berkomunikasi. Saya tahu ayah pun jadi macam tu sebab mak. Lagipun ayah dah tua. Mak muda 20 tahun daripada ayah. Self-confidence kami rendah disebabkan mak juga. Mak banyak bandingkan kami adik beradik dengan anak orang kampung yang lain walaupun anak sendiri dah berjaya.

Mak juga suka bandingkan ayah dengan lelaki lain. Buruk – burukkan ayah depan anak – anak. Walhal bagi kami ayah tetap terbaik. Kalau nak cerita bab family, banyak. Tapi kami se-family hanya pendam je. Bantu saya. Macam mana nak handle masalah ni.

Kakak saya dah block nombor fon lelaki yang mesej dengan mak saya. Tapi ayah saya bagitahu diorang dapat mesej balik. Mak saya banyak sembunyikan fon daripada ayah. Tapi kadang – kadang ayah dapat juga cari. Please. Bantu saya.

Lupa bagitahu. Mak saya isteri kedua ayah saya. Isteri pertama ayah ada lagi. Yang sulong adik beradik kitaorang 30-an. Paling bongsu belasan tahun. Adik bongsu ada juga mengadu pada saya mak saya bermesej dengan orang lain.

Adik saya ada cek fon. Tapi saya tak tahu macam mana nak beritahu mak saya saya sendiri tak berani nak tegur mak saya sebenarnya. Kadang – kadang saya rasa macam mak saya kena buat rawatan psiki4tri tapi dia okay je solat semua. Entahlah. Saya cuma berharap mak saya ampunkan d0sa saya. Maafkan saya buat confession macam ni. – Insan Lemah (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Nur Asha : Dulu mak aku macam tu gak. Dapat telefon ada whatsapp. Habis terkena kejutan sikit. Masuk pulak group sekolah dulu ni macam – macam nak dibuatnya. Jumpa kawan tu kawan ni. Kawan tu ajak masuk hat tu la hat ni lah.

Ajak beli kosmetik mahal – mahal. Aku kata direct kat mak aku, mak lain kali nak beli apa – apa tanya kami dulu. Jangan dok janji nak beli. Benda boleh dapat murah kawan mak aku jual berganda – ganda harga. Hat tu aku memang marah sungguh.

Mak aku ni dah la cepat terpengaruh jugak. Pastu kawan kawan mak aku ajak pi sana sini. Benda yg melibatkan duit yang banyak. Aku memang geleng kepala ja waktu tu. Sekarang ni ja mak aku dah slow. Mungkin dah dapat beza kawan sekolah yang cari dulu ni nak ambik kesempatan ja.

GiIa ka apa dok ajak mak aku join jadi member ada satu produk ni. Pastu suruh beli filter air la, ubat serbuk tah apa – apa. Beribu habis. Aku cukup tak berkenan kawan hat jenis macam tu. Ambik kesempatan atas dasar kawan.

Ashkann : Ko beli no lain, ko black mail mak ko. Uguut macam – macam. Send balik gambar merepek – repek mak ko tu dan uguut nak sebarkan dan maIukan. So harap mak ko serik. Kalau mak ko wat derk, ko sebarkan gambar tu dalam kalangan family members ko sendiri dulu, contoh ayah dan kakak yang tau pasal mak tu.

Lepas tu suruh dorang pon buat – buat terkezut. Takpon belakon la jadi bini salah sorang laki – laki yang mak ko msg tu. Call m4ki – m4ki mak ko, uguut macam – macam. Tua tak sedar diri, rumah kata pergi kubor kata mari. Ovari dah reput, badan muka dah kedut kene iron. Biar mak ko sentap petala langit.. kot insap.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.