Makcik ambil aku jadi anak angkat, rupanya mereka gunakan aku. Aku jadi h4mba tapi mereka benci aku duduk situ

Kalau aku tak buat, pak sed4ra aku t4ntrum hempas barang, mak sed4ra aku bebel kat telinga aku hari – hari. Anak pungut jadi bibik. Anak – anak kandung dia pemalas buat kerja rumah..

#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Aku tak tahu la rasa diri aku ni aku penat jadi anak sulung. Untuk pengetahuan semua, aku ni anak angkat. Kiranya ada sed4ra take me in to be a part of their family sejak aku kecil. So I was there throughout the whole thing dari anak dia lahir sampai la dah besar panjang.

Aku dulu membesar sorang je sebab adik ikut mak. Ye mak pak cerai. Aku ikut sed4ra lepas beberapa tahun konflik ni. Nak dijadikan cerita aku rasa dorang take me for granted. Part of me rasa bersyukur sebab ada nak jaga aku tapi bila aku dah besar ni aku rasa something is off.

Aku 25 tahun ni dan aku bukannya orang senang. Bapak jual iphone pun aku tak pernah dapat iphone. Aku kerja keras baru dapat rasa iphone. Aku masa sekolah selalu dapat biasiswa. Dari situ tak nampak la contribution mak ayah kandung aku sepenuhnya semasa aku membesar. Sed4ra aku je selalu tolong.

Masa aku nak masuk diploma aku ada dilema yang aku nak ambil stpm, aku ada cita – cita nak masuk bidang kerja sains. Tapi sebab sed4ra aku nasihat ambil je dulu mana – mana kos, aku masuk fesyen dan habis graduasi aku stuck.

Aku habis belajar, malaysia ditimpa pandemk, lockdown dan aku pun takde hasrat nak sambung degree sebab pjj masa tu. Tak menariklah bagi aku. Aku buat freelance, melukis, buat cookies, tolong mak sed4ra aku jual barang online,

Tapi masa aku buat semua ni adalah dalam dua tahun aku tanam anggur, tapi tak la tak buat apa – apa. Aku banyak contribute tolong berniaga semua ni. Nak dijadikan cerita, bapak sed4ra aku ada bagitau mak sed4ra yang aku ni tak buat apa apa dalam rumah ni, aku ni macam orang tak guna.

Dia ada samakan aku dengan pakcik aku yang men4gih d4dah. Aku rasa down. Salah ke aku rasa sedih? Padahal aku banyak buat kerja sebab nak naik nama dunia freelance lagi masa tu. Masa ni banyak habis dalam bilik sebab umpama kerja 8 jam untuk build portfolio dunia freelance aku.

Dua tahun tu aku dalam fasa untuk ced3rakan diri, aku banyak berg4duh juga sebab alasan yang b0doh, alasan aku tak tolong kerja rumah. Aku bukan sorang je anak dalam rumah ni, ada lagi 3 orang, tapi aku kena teruk sebab aku paling sulung.

Aku aku aku dan aku, semuanya aku. Aku nekad la keluar dari rumah masa tu tapi duit takde, aku cari kerja, bila kerja, aku dapat escape suasana rumah, aku tak perlu kena marah. Aku perasan ada pattern dia. Dorang tak suka aku duduk kat rumah tu.

Dah dalam tiga tahun aku kerja, aku decide untuk berhenti sebab aku burn out. Aku balik kerja kena kemas dapur, balik shift malam, semua ada kat rumah kenapa takde sorang pun kemaskan dapur? Kenapa nak tunggu aku? Aku bibik ke?

Sekarang aku tengah juggling nak ambil lesen, muet dan degree untuk future aku. Aku nak keluar dari rumah ni. Aku boleh buat tu cuma masa je. Aku dah 25 tahun ni tapi adik – adik sed4ra aku langsung tak kisah nak tolong kerja rumah.

Semuanya aku kena buat. Kalau aku tak buat, pak sed4ra aku t4ntrum hempas barang, mak sed4ra aku bebel kat telinga aku hari – hari pasal tu dan pasal anak bongsu dorang yang tak reti nak belajar yang b0doh nak m4mpus.

Anak lelaki pulak spm, tutup mata la mak sed4ra aku ni yelah sayang anak lelaki. Anak kedua pulak ntah. Aku yang sulung, dikutip ni la rasa macam aku ni bibik kat rumah. Aku penat.. aku penat. Mak sed4ra aku langsung takde minta anak – anak kandung dia ni tolong buat kerja rumah.

Dia takde pun marah dorang macam dia marah aku. Aku kalau takde dorang mungkin aku takde rumah takde tempat selesa tapi aku boleh surv1ve buat kerja rumah atau cari duit atau belajar. Aku ni anak paling ciIaka dalam family ni, aku pernah rasa nak tarik nyawa sendiri je, nak lari dari kehidupan ni, nak lari dari realiti.

Kadang – kadang aku doa kat Allah, tolong aku hilang rasa beban ni, lembutkan hati aku untuk teruskan hidup demi diri aku. Hasrat aku untuk keluar rumah ni adalah untuk aku rasa bebas dan takde rasa diri ni tak berguna dalam family.

Kalau aku luah pun pada mak sed4ra aku, dia akan diam je. Dia seolah – olah tak nak kisah pun apa aku rasa. Kadang – kadang aku jealous dengar dia cerita pasal anak dia open up to her to talk about their feelings tapi aku rasa dipinggir. Aku rasa aku ni takde apa pun bagi dorang.

Aku ni bukan someone kepada family angkat aku ni. Aku tengah nangis sebab aku rasa sedih yang melampau, yang hati aku rasa sesak bila fikir semua ni dan aku rasa aku seorang je yang faham diri aku dan tak ada pun yang boleh faham apa aku rasa.

Aku kadang – kadang rasa sesak nafas, rasa hopeless, rasa tak nak buat apa – apa langsung sebab benda ni. Aku harap aku dapat lari daripada cycle ni. Aku penat, aku takut aku akan putus asa satu hari nanti. – Tiya (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Ain Ahmad : Awak dah mampu kerja, cari la kerja jauh dari rumah, hilang diri buat hidup baru di tempat lain. Cari kawan or circle yang positive, awak ada pengalaman bisnes online, buat freelance, buat je kat tempat baru. Kalau dah bertahun merantau,r asa nak jumpa ‘family’, balik,datang ziarah je, balik hari tak payah nak tidur situ.

Sya Jacob : Alahai. Sis pon aa jugak, 18 blah keluar rumah, cari kehidupan sendiri. Kerja farmasi, jadi cashier, menyewa bilik. Sekali sekala balik menjenguk, kemas rumah sikit – sikit. Dah 25 duduk situ lagi, dah boleh kot cari kehidupan sendiri, menyewa mana – mana rumah / bilik. Haa lepas tu baru tahu keras ke tak hidup ni.

Nonie Nuralia : Adik manis.. kalau tidak mahu terik4t pada peraturan dalam rumah itu mulakan langkah. Sedarkan diri jika tidak dianggap. Kenapa perlu banyak berfikir perkara yang sudah jelas dan terang. Rancang. Cari kerja. Cari rumah sewa atau bilik sewa. Titik.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.