Malam tahliI arw4h ayah, 12 adik beradik ayah nak tuntut harta. Makcik cakap aku tak layak sbb aku anak perempuan

Masing – masing galak berbincang soal pembahagian harta. Perbincangan jadi tegang juga sampailah makcik marah mak aku. Dia cakap mak aku tak sedar diri. Aku gerun tapi sebelum kami balik mak ada sound semua orang. Mak tak takut langsung…

#Foto sekadar hiasan. Salam warga FB. Ini confession pertama yang aku pernah tulis di sini. Nama aku Amina berumur dalam lingkungan 30-an dan sudah berkahwin. Alhamdulillah aku bahagia dikurniakan suami yang bertanggungjawab dan baik.

Namun bukan suami aku punca aku menulis hari ini. Ibu bapa aku bercerai sejurus melahirkan aku. Hidup aku 30 tahun selepas itu hanyalah dengan mak dan keluarga sebeIah mak sahaja. Daripada tadika, sekolah, universiti, bekerja, sehinggalah sekarang di rumah menjaga anak aku yang masih kecil.

Hanya mak dan keluarga sebeIah mak yang ambil tahu. Jarang aku berjumpa ayah aku kerana hubungan ayah dan emak yang sangat ‘panas’. Sehinggalah ayah aku menghembuskan nafas terakhir ketika aku masih bersekolah.

Memori aku tentang ayah adalah hanyalah secebis. Namun aku akur sahaja dengan takdir. Mungkin amalan dan doaku boleh disedekahkan, sebagai tanda berbakti kepadanya sebagai orang tua aku. Teringat aku kepada memori ketika berita arw4h ayah meninggaI disampaikan kepadaku dan emak, emak langsung tiada reaksi.

Namun aku ingat dengan jelas, keluarga ayah aku mula berbicara soal harta peninggaIan, duit, kwsp dan sebagainya. Semasa malam tahliI, aku hanya mendengar dan memerhati. Aku duduk di sudut dengan emak. Aku dapat rasa emak dan bekas mentuanya tidak mempunyai sejarah yang baik.

Bekas mentuanya (nenek aku) juga melihat aku dengan pandangan penuh benci. Tidak seperti sepupu – sepupu aku yang lain asyik didukung dan diagah. Adik beradik ayah ramai, 12 orang kesemuanya. 7 teratas dan dua terakhir adalah lelaki.

Masing – masing galak berbincang soal pembahagian harta. Ada salah seorang adik beradik perempuan ayah terus cakap pada ibu “kau dah bercerai kan ha takyah nak meminta eh”. Mak jawab “kita tengokla faraid macam mana kak. Yang penting pergi amanah raya dulu. Apa pun Amina anak dia juga, ada hak juga sedikit sebanyak”

Perempuan tu (aku tak nak panggil dia makcik) berang dengan mak aku. Dia cakap “alah anak kau perempuan bukan laki. Dalam islam anak laki saja ada hak besar peninggaIan arw4h! Kalau perempuan dapat sikit saja! Bawak bawak la pegi belajar agama.”

Masa tu aku kecik lagi, tapi aku faham mak sedang dih1na. Dari aku kecik mak aku tak pernah nak jejak kaki balik sini, tapi dia bawak jugak aku balik sekali ni untuk tahliI ayah. Mungkin penghormatan terakhir. Itu pun untuk semalam saja.

Aku tengok adik beradik ayah semua tengok tengok mak. Ada yang tengok sambil siniskan muka. Tapi mak hanya keraskan air muka. Mak memang muka ketat, lebih kepada unapproachable punya airmuka. Orang kata muka sombong la.

Tapi bagi aku mak wanita hebat, anak yang baik kepada nenek dan atuk aku, dan ibu yang penyayang kepada aku. Aku cukup semua dengan hanya ada mak. Malam tu kami tak makan pun, habis tahliI mak terus drive balik rumah tumpangan.

Kami bungkus nasi di tepi jalan. Aku lupa tahun bila, tapi mungkin hanya beberapa tahun lepas ayah meninggaI. Duit bahagian faraid aku dapat. Selepas ditolak semua family beIah ayah yang hampir 10 orang lelaki dan 4 orang perempuan, jumlah bahagian aku lebih kurang 3 ribu.

Aku ingatkan jumlah tu banyak, tapi mak cakap harta arw4h lagi banyak. Mak bawak aku balik jumpa mereka. Perbincangan jadi tegang juga sampailah perempuan tu (aku tak nak sebut dia makcik aku) marah – marah mak aku. Dia cakap mak aku tak sedar diri.

“Anak kau tu kau dah bawak lari awal – awal lagi lepas cerai. Kenapa nak ada hak atas arw4h pulak?”

“Kalau ikut aku kan, kau anak beranak memang takde kena mengena pun dengan arw4h dah”

“Kira ok la dapat jugak sikit”

“Kami ni lagi lama duduk dengan arw4h tau”

“Kami lagi berhak”

Gerun. Aku gerun dengan hari tu. Bila difikirkan balik aku tak tahu mana mak dapat keberanian tu. Mak tak takut langsung. Tapi sebelum kami balik mak ada sound semua orang. Mak cakap, “tapi apa pun harap semua yang dapat pembahagian harta ni kena sedar la, banyaknya harta yang dapat banyak la tanggungjawab dan kebajikan Amina yang kamu kena jaga.

Sebab sepanjang hayat Amina tak pernah dibayar nafkah. Tapi kalau nak abaikan tanggungjawab ni silakan. Tunggu baIasan Allah”

“Eh tak payah nak main nama Allah la”

“Kau tu yang tak tahu hukvm hakam”

“Anak perempuan ikut islam memang terima sikit”

“Kut mana – mana kami lebih berhak ke atas segala harta arw4h berbanding Amina!”

“Dia hanya anak perempuan”

“Kami ni adik beradik!”

Jadi itulah sedikit sebanyak kisah hitam yang aku masih ingat. Sedih sangat bila difikirkan. Al-Fatihah juga untuk mak. Sentiasa berusaha keras untuk aku belajar tinggi – tinggi. Baru – baru ni pihak sana ada hubungi aku.

Katanya aku perlu membayar sejumlah wang pada pihak bank. Arw4h ayah masih ada buat pinjaman dengan satu bank. Namun kesemua mereka berpakat mahu aku yang langsaikan. Padahal berapa lama sudah kami tidak bersua muka. Aku bukan macam mak. Mak berani. Tapi aku cuba juga untuk mempertikaikan.

“Kenapa saya pula kena bayar?” Aku tanya baik – baik

“Dah kau kan anak. Kau la w4ris. Buat – buat tak tahu pulak”

“Ni bukan tanggungjawab kami”

“Kami adik beradik arw4h bapak kau saja”

“Kau tu yang anak dia”

Aku betul – betul terkedu. Kenapa ada orang macam ni wujud dalam dunia ni? Satu keluarga pula tu. Sump4h dengan nama Allah, selepas arw4h meninggaI, tiada satu pun yang bertanya khabar apatah menjaga kebajikan aku.

Suami aku banyak memujuk. Dia cakap tak apa dia boleh usahakan. Apalah sangat nak dibandingkan dengan nilai ketenangan arw4h ayah di alam sana. Suami aku lahir dalam dulang emas, di dalam family yang sangat support antara satu sama lain.

Pendek kata, tidak berkira dan tamak bab duit. Aku sangat tersepit, aku sangat benci mereka dan ingin mereka terima pembaIasan. Namun aku juga cair mendengar nasihat suami aku untuk menjadi anak yang mengambil tanggungjawab walaupun bukan tempatnya kali ini. – Amina (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Zahra An-Nisa : Sis tolong jadi bijak. Hutang lepas ayah dah meninggaI bertahun – tahun kenapa sis pulak kena bayar? Macam tak logik lah. Macam ada yang tak kena. Saya syak adik beradik arw4h ayah sis yg buat hutang guna nama ayah.

Jangan bagi duit membuta tuli je sis. Siasat lah dulu. Kita ni memang bagus sangat kalau nak jadi orang yang baik tapi kena tengok jugak baik dengan siapa, situasinya macam mana. Baik pun bertempat. Biar baik tapi jangan jadi b0doh sampai orang boleh pij4k – pij4k kita sis.. Bertegaslah..

Ameera Aqeela Salleh Huddin : Beratnya.. Sesungguhnya nafkah yang tertunggak juga hutang yang perlu diselesaikan dari pus4ka arw4h. Sebelum pembahagian pus4ka seharusnya dah diselidik jika arw4h ada memiliki hutang – hutang lain.

Sesungguhnya juga w4ris – w4ris lelaki dari keluarga arw4h bapa perlu bertanggungjawab tentang kebajikan anak arw4h yang masih di bawah umur. Menjawab la dekat sana nanti. Yang lain ni masih hidup, cuba cakna sikit ambil tahu, belajar tentang ilmu faraid dan pus4ka.

Nurul Syaffiqah Abd Rahman : Patutnya, sebelum urusan faraid, benda yang nak kena selesaikan adalah hutang. Bila bab duit, semua ikut hukvm Allah katanya. Tapi hampeh. Pada saya, abaikan sahaja. Dah bertahun dah pun ayah tu meninggaI. Lagi satu, beranikan diri, cakap kat makcik pakcik tu, suruh pergi belajar agama. Jangan main pilih – pilih celup – celup je nak amik yang mana dia suka.

Fadhilah Hamil : Bersyukur puan dapat suami yang baik. Pandangan saya, baik mestilah kena pada tempatnya. Siapa yang tidak mahu ketenangan kepada ibu ayah yang telah pergi dahulu mengadap Ilahi. Namun itu tidak cukup.

Kena kenal pasti hutang apa, adakah diIindungi insurans atau tidak dan beberapa isu perundangan yang lain. Dikhuatiri juga ia bukannya pengakhiran tetapi permulaan kepada timbunan hutang lain. Berhati – hati.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.