Malam tu aku merajuk dgn suami, pagi tu bila mandi aku pelik ada kesan cakar panjang di rusuk kiri

Lepas kahwin banyak perkara buruk jadi dekat pejabat. Aku disabotaj dapat emel palsu malah laci aku diumpil dan duit dalam jagaan aku dicuri. Aku dibawa ke balai dan sepanjang malam aku menangis dalam jel. Satu hari aku dapat call dekat pejabat, ada suara lelaki yang tanya ‘oh hidup lagi kau’..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku tak nak kenalkan nama. Tapi aku tau akan ada yang rapat dengan aku akan boleh agak siapa aku. Cerita aku tak lah best mana pun. Cuma nak kongsi keadaan aku sekarang.

Aku nak share kisah hidup yang diuji Allah. Sesungguhnya aku redha. Tidak aku keluh. Aku redha. Cuma aku nak kongsi rasa hati aku. Aku ade berkongsi dengan yang rapat dengan aku. Tapi tak secara detail. Mungkin sebab aku jenis yang agak suka berbual dan suka ketawa.

Jadi orang tak begitu rasa derita yang aku tanggung. Orang rasa aku ok. Tapi Allah lebih tahu. Sepanjang hidup aku diuji. Tapi kali ni aku nak kongsi ujian Allah yang aku rasa agak berat tapi aku terp4ksa berpura – pura kuat untuk anak – anak.

Aku seorang isteri dan ibu pada anak – anak yang sihat dan comel hadiah dari Allah. Sebelum perkahwinan yang ni, aku pernah berkahwin. Perkahwinan lepas aku tak dikurniakan anak walau dah macam – macam diusahakan.

Tapi rahsia Allah. Cantik aturanNya. Bekas suami bukan orang yang boleh bahagiakan aku. Sepanjang perkahwinan yang lama, aku tahan d3rita. Aku dipilih untuk diuji dengan bekas suami yang kaki d4dah, kaki perempuan, kaki jvdi, penipu dan panas baran.

Tapi aku syukur. Allah uji aku masa tu supaya aku belajar kenal manusia. Aku redha. Kami bercerai akhirnya. Syukur. Tiada d3ndam dalam hati aku. Aku anggap bekas suami salah satu cara untuk Allah sampaikan didikan pada aku. Terima kasih.

Masa dalam proses bercerai, aku masih bekerja. Aku punya jawatan dan gaji yang baik. Kami bekerja satu tempat. Cumanya bekas suami masa tu pekerja bawahan. Hal dia skandal di tempat kerja diketahui orang – orang kerja.

Aku dikenali ramai di tempat kerja, termasuk pekerja bawahan. Mungkin sebab jawatan aku jadi ramai yang kenal sebab perlu berurusan dengan aku. Disebabkan keadaan tu, makanya cerita mudah sampai pada aku.

Sampaikan skandal dia datang jumpa aku di office. Aku terima. Aku dah redha. Aku dah lali. Ini bukan yang pertama, kedua, ketiga atau ke berapa pun. Dah terlalu ramai. Sepanjang perkahwinan,terlalu ramai perempuan yang datang dalam hidup kami.

Jadi masa tu aku rasa aku dah tak kuat. Dah lama takde rasa cinta. Penat dikhi4nati. Masa dalam proses bercerai, kecoh jugak lah. Mana dengan fitnah yang ditabur pada orang keliling dan keluarga, mana per4ngai – per4ngai orang keliling.

Masa tu ade sorang manager di tempat aku. Aku tahu dari cara dia, dia ada perasaan pada aku. Tapi aku tak boleh. Beza usia yang jarak 21 tahun buatkan aku anggap dia macam ayah aku. Lagipun dia suami orang. Aku tak suka rampas kebahagiaan orang sebab aku tau rasa dia.

Bermula scene – scene yang aku benci. Aku disalah laku di tempat kerja. Dia selalu ugvt aku untuk berhentikan aku bila aku tak layan dia. Aku dalam persimpangan. Aku sayang kerja aku. Gaji dari kerja tu lah aku tampung kehidupan aku, bayar hutang piutang bekas suami aku sebab guna nama aku, beri belanja pada mak aku dan manjakan mak dan adik – adik aku.

Mak dan adik – adik harta dunia akhir4t aku. Allah. Benci bila diingat perlakuan dia. Sedih dan s4kit bila ingat keadaan aku masa tu. Dia pernah tawarkan aku duit untuk biaya proses penceraian aku. Aku tolak. Alhamdulillah proses cerai aku sangat sangat mudah.

Aku biaya sendiri segalanya. Aku tak tuntut apa – apa. Kata bekas suami dia takde duit. Aku senyum. Aku bayarkan semua. Takpe lah. Manager aku pernah ajak aku bercuti dan suruh aku pilih mana – mana hotel dan suite mewah.

Aku tolak. Dia tabur aku dengan duit dan kemudahan di tempat kerja. Aku tolak. Dalam masa yang sama aku mula rapat dengan adik dia. Awal – awal dia dah pesan pada aku jangan ada hati dengan adik dia. Adik dia cuma nak gunakan aku.

Adik dia jahat dan playboy. Cuma nakkan keseronokan. Aku diamkan. Silap aku adalah kerana aku diam. Diam aku sebab aku perIukan duit dan kerja. Gaji aku masa ni sangat lumayan. Jawatan kerja aku pun bagus. Aku terp4ksa elak – elak dari dia.

Masa berjalan. Krisis di tempat kerja bermula. Antara dia dan adik dia. Dicampur tangan beberapa staff lelaki di sana. Aku bukanlah cantik mana. Tapi masih beberapa lelaki tertarik dan bersaing. Maaf. Bukan meninggi diri.

Tapi itulah keadaan masa tu. Lama – lama aku ambil keputvsan berhenti kerja. Oh ya. Aku bukanlah s3ksi. Aku bertudung. Dua bulan kemudian aku nikah. Beberapa bulan kemudian majlis resepsi. Kenapa amek masa beberapa bulan?

Sebab suami aku disabotaj di tempat kerja. Emel – emel palsu dari anonymous dihantar pada higher management untuk burukkan prestasi suami. Suami disiasat dan kerja diganggu. Suami punya jawatan yang tinggi di syarik4t tu.

Tekanan demi tekanan datang. Akhirnya suami berhenti kerja. Kami tau angkara abang dia. Bertekak jugak lah suami dan abang dia. Abang dia tak mengaku. Masa aku masih keje pun aku beberapa kali disabotaj. File – file dalam komputer aku digodam.

Bila bukak wayar belakang komputer, soket tu bengkok. Must4hil bengkok sendiri melainkan dibengkokkan. Kebetulan pekerja malam ada yang nampak abang suami aku ada datang office malam semalamnya. Drawer aku diumpil.

Duit dalam jagaan aku dicuri. Aku disabotaj pecah amanah sampai aku dijel untuk soal siasat. Aku tak pernah buat apa – apa kesalahan, bila berdepan polis dan jel aku tak keruan. Menangis sepanjang hari dalam jel. Syukur. IO tu nampak yang aku tak salah.

Dan aku ada bukti – bukti. Jenuh suami aku masa tu berulang alik ke rumah dan balai untuk ambil segala dokumen untuk dijadikan bukti yang aku tak pecah amanah. IO tu lepaskan aku dengan jaminan dia. Lepas selesai hal tu, aku slow down.

Aku m4kin takut. Tak lama aku diganggu di office dengan panggiIan – panggiIan pelik. Call main line untuk cari aku. Bila aku jawab, suara lelaki yang tanya ‘oh hidup lagi kau’. Lama – lama aku jadi penat pert4hankan diri.

Terus aku berhenti. Suami aku usaha cari kerja di syarik4t lain. Kalau ikutkan pengalaman dan jawatan yang pernah disandang, bukanlah susah untuk suami cari kerja lain yang sama atau lebih kurang sama. Peliknya semua company yang dia pergi tolak dia mentah – mentah

Lama – lama dapat cerita dari kawan yang bekerja di company yang suami cuba mohon. Katanya abang suami dah burukkan status suami di banyak tempat. Larang mereka terima suami untuk bekerja. Permainan orang yang ada duit dan pangkat.

Terasa dalam drama walau aku bukanlah suka tengok tv lagi – lagi drama. Rezeki mula terasa disekat. Terasa payah setiap keadaan. M4kin dekat majlis resepsi, m4kin macam – macam dugaan datang. Aku tiba – tiba s4kit. Tak boleh berbual.

Pernah wedding planner datang rumah untuk setting rumah, aku tiba – tiba batuk teruk sampai tak boleh bercakap. Nak cakap je batuk. Sampai aku ke toilet larikan diri sebab segan. Batuk teruk sampai d4rah berketul – ketul keluar.

Aku cuak. Allah, s4kit ape pulak nak datang. Tiba – tiba aku tak boleh bangun. Aku terbaring lemah. Aktiviti yang biasa dibuat aku dah tak mampu buat lagi. Macam patung bernyawa. Masa berjalan. Hari m4kin hampir. Majlis berjalan biasa.

Tapi tetamu sangat sedikit. Tak sampai separuh dari jemputan. Lengang. Dewan yang kami sewa untuk adakan majlis bukanlah terceruk. Dewan tu terletak di kawasan yang mudah dicari. Terletak dekat dengan tempat – tempat ikonik di sini.

Tapi ade tetamu yang datang cakap puas berpusing cari tempat tak jumpa walaupun ikut map yang ada pada kad. Ada yang cakap diorang sampai pun sebab ikut kereta yang masuk. Bila sampai dewan baru nampak rupanya ada majlis di situ.

Padahal dewan tu tepi jalan. Suami jadi b3ngang. Tetamu kurang sangat – sangat. Macam – macam rasa. Haywire keadaan masa tu. Makanan terbuang 7 periuk besar. Masa tu kami tak fikir apea – apa lagi. Badan aku tak kuat.

Jadi lepas photosh00t cepat – cepat kami balik. Duit salam kaut cuma beberapa ratus. Boleh bayangkan tak berapa orang yang datang? Habis part majlis resepsi. Selepas majlis kami jalani hidup macam biasa. Dengan suami dah tak bekerja, tapi syukur kami masih ada side income.

Bisnes berjalan macan biasa. Tapi kehidupan agak sesak. Suami dah biasa senang. Sedang aku tak kisah. Aku suka hidup sederhana. Pendapatan berkurang sangat – sangat. Dari berpuluh ribu sebulan cuma tinggal tiga ribu ringgit sebulan.

Tapi kami surv1ved. Alhamdulillah. Tak lama kami dikurniakan sorang anak. Comel. MasyaAllah. Rasa dia Allah je tau. Kami downgrade diri kami. Dari rumah, kereta dan macam – macam lagi. Takpe. Allah nak uji. Masih tak terfikir kami disih1r.

Sampai lah bertalu – talu ujian, rezeki rasa tersekat, rumahtangga jadi panas, jadi benci bila berdepan. Baik aku mahupun suami. Bila kami jauh walaupun cuma keluar kawasan berdekatan, kami boleh berbual walaupun cuma menerusi whatsapp.

Bila berdepan langsung tak bertegur. Sedangkan kami tak berg4duh. Cuma rasa tak suka. Sampai lah mula nampak kelibat, diganggu, Iebam – Iebam pada paha aku. Masa tu aku dah bersalin anak kedua. Layanan suami berubah dari sebelum aku bersalin.

Biasalah hormon perempuan. Aku fikir sebab size badan aku berubah. Rupanya aku salah. Lepas bersalin hijab aku macam terbukak. Aku mula nampak perempuan dalam bilik sebeIah. Duduk diam di tepi birai katil. Tunduk.

Kaku tak bergerak. Pakaian baju kurung putih lusuh. Tapi aura dia aku tak tau nak huraikan. Seram. Takut. Tak tenang. Ade satu kali aku dan suami ada selisih faham. Aku merajuk. Aku bukan jenis suka berg4duh. Bila ada ap – apa, aku lebih suka diam dan menyendiri.

Aku tak baIas amarah suami apelagi nak menjawab. Malam tu aku masuk bilik menangis dan tertidur. Tak sedar bila suami masuk bilik. Sedar – sedar subuh tu da gelap. Pagi tu aku mandi ade kesan cakar yang panjang dirusuk kiri.

Pelik. Mana pulak datang cakar ni. Aku takde kucing. Aku tak jatuh. Tapi sebab kepala tengah s4kit. Aku biarkan. Petang tu baru suami cerita. Malam tu dia masuk bilik, tutup lampu dan tidur. Tapi terjaga tiba – tiba. Dia terpandang ‘aku’ tengah merangkak atas badan aku.

Muka, rambut, badan semua mirip aku. Totally. Benda tu terus pause dari merangkak dan tenung suami aku. Suami aku pelik. Tangan dia raba aku di sebeIah. Nak pastikan tu siapa dan aku ada tak kat sebeIah dia. Bila suami aku pegang tangan aku, benda yang menyerupai aku tu mengundur kebelakang, menyeringai dan perlahan – lahan muka dia berubah jadi buruk macam nenek tua dan ghaib.

Itu bukanlah pengakhiran. Tapi banyak lagi kejadian – kejadian pelik. Sampai suami cakap aku berubah. Ada masa rupa aku berubah. Ade sekali kami bercuti di sebuah resort. Aku suka resort ni. Anak aku pun suka. Cuma satu benda mata aku ni tak boleh lepas pandang.

Hiasan berbentuk gong dalam bilik tu. Petang tu kami main swimming pool. Naik dah agak maghrib. Dalam pukuI 7 da naik bilik. Masa tengah bersiap untuk keluar makan malam dalam toilet, aku perasan muka aku lain.

Macam tua. Kulit muka jadi kendur macam saggy. Aku tenyeh – tenyeh bedak dan blusher bagi seri. Tapi macam takde seri. Tapi aku tak fikir apa – apa. Rupanya benda tu dah mula nak tunjuk diri yang dia dah ada dalam badan aku.

Macam – macam kejadian lagi yang jadi. Suami aku panggil ustaz datang ke rumah. Malam sebelum ustaz tu nak datang, aku terasa macam aku dah nak m4ti. Aku civm anak – anak aku bertalu – talu. Aku rasa macam tu civman terakhir aku.

Aku rasa esok aku m4ti. Esok paginya ustaz sampai. Kami tak cerita apa – apa. Cuma minta ustaz tengokkan kalau ada yang tak kena. Sampai je rumah, ustaz tak pandang langsung aku. Aku kira dia jaga pandangan mata. Tiba – tiba ustaz terus panggil aku dengan keras.

‘Kamu !! Sini !!’

Aku rasa melayang. Menggigil. Seram sejuk. Nak pengsan. Bacaan ruqyah dimulakan. Aku rasa dia ketuk – ketuk manja badan aku perlahan – lahan dengan kayu pendek yang dia bawa. Jujurnya tak s4kit. Tapi tiba – tiba aku rasa lain.

Dan aku terus tak sedar. Bila aku sedar badan aku lemah, Iebam – Iebam. S4kit. Perit. Allahu. S4kit ape ni ya Allah. Aku munt4h berbuih – buih. Ustaz tinggalkan air untuk mandian. Ustaz balik suami aku tunjuk video. Rupanya sempat suami aku rakam.

Aku kerasukan. Allah. Ujian ape ni ya Allah. Mengalir air mata aku. Selepas dari kejadian tu beberapa tempat aku pergi. Dalam negeri atau luar negeri. Aku tak cari b0moh. Aku cari ustaz. Ikutkan hati aku, berat rasanya nak berubat.

Tapi aku kuatkan diri. Aku pandang anak – anak aku. Dulu aku penakut. Sekarang bila aku dapat rasa keberadaan benda – benda tu, aku p4ksa keraskan hati. Kalau aku takut, ape nak jadi pada anak – anak aku. Lagi – lagi bila anak aku yang sulung dah mula nampak dan diganggu.

Hijab aku mula terbukak. Tapi dari yang aku tahu, apa yang aku nampak bukanlah kerana hijab, tapi apa yang aku nampak tu sebenarnya benda yang dalam badan aku nampak. Mata kami sama. Allah. Siksa sungguh hidup ku ya Allah.

Hingga ke hari ni, setiap lepas asar belakang badan aku akan rasa berat seberat – beratnya. Macam aku bawak beban. Pinggang dan perut s4kit. Kadang – kadang sampai membongkok aku jalan. Jantung kerap laju. Aku check ke pakar jantung, scan jantung dan segala macam tapi normal.

Rupanya kata ustaz tu tanda bila dia menganggu. Allah. Beberapa ustaz dan sorang bijak pandai aku pergi. Jawapannya sama. Aku disih1r. Bukan dari satu orang. Tapi dari dua orang. Supaya aku mend3rita. Supaya aku susah sampai m4ti.

Supaya rumahtangga aku berpecah beIah. Peliknya tak diceritakan tentang apa – apa tapi tahu yang aku pernah berkahwin, tahu nama abang ipar aku. Allahu. Jujurnya sampai sekarang perlahan – lahan aku buat rawatan. Tapi setiap kali nak pegi buat rawatan, setiap kali tu ada yang menyusahkan.

Dan sampai ke hari ni masih ada gangguan dan penampakan keliling aku. Perit ya Allah hidup ni. Aku diuji sepanjang hidup aku. Aku disih1r bekas suami dan abang ipar aku. Aku mungkin nampak ok di luar. Dalaman aku sedang tersiksa.

Kalau aku katakan yassin dan surah – surah sering aku baca tapi gangguan masih ada, mesti orang pelik kan. Tapi ustaz cakap mungkin sebab aku orangnya solat dan mengaji. ‘Dia’ jadi lali dengan ayat – ayat tu. Cuma aku tak boleh dengar ayat ruqyah.

Aku akan pengsan dan kerasukan. Jadi aku tau itulah ayat yang melemahkan ‘dia’. Dan aku tau ‘dia’ masih ada. Berkongsi jasad dengan aku. Ada masa aku dapat rasakan ‘dia’. Menggeliat mer0nta dalam badan aku. Aku tetapkan hati, walau ape jadi, walau sekuat mana kuasa yang ada di dunia, aku mohon Allah jauhkan aku dari mereka – mereka.

Aku tak nak dan takkan terima bekas suami aku balik. Kuatkan aku Allah. Aku akan terus untuk keluarga kecil aku walau hasad dengki abang ipar aku setinggi gunung sekalipun. Beri aku lebih kekuatan ya Allah. Doakan aku..

Aku tak pandai karang ayat. Tapi aku cuma nak berkongsi. Doakan aku sembuh. Doakan aku kuat. Doakan aku terus kuat untuk anak – anak. Doakan rumahtangga aku. Doakan rezeki aku. Doakan kesihatan aku. Doakan kesejahteraan aku.

Aku redha. Allah pilih aku. Aku tak berd3ndam. Mungkin ada ganjaran untuk aku. Cuma aku minta doakan aku supaya Allah beri lebih kekuatan untuk aku. Siksa terasa hidup ni. Anak – anak aku masih kecik. Macam disi4t – si4t rasanya tengok anak – anak yang terp4ksa berdepan dengan keadaan aku yang tak menentu sedangkan mereka sangat – sangat perIukan aku sekarang. Doakan aku.. – Aku

Komen Pembaca :

Cik Hana : Allahuakbar. Sekarang keluarga saya diuji dengan keadaan mak yang kena sih1r dengan seorang teman lelaki. Allahuakbar dah pelbagai usaha kami buatkan, berjumpa dengan ramai ustaz dan perawat tapi menemui jalan buntu ataupun dengan cara heal with time.

Sampai kami rasa bersemangat untuk sembuhkan mak tapi kini tinggal rasa “tengok jer lah apa yang terjdi nanti “. Bukan sebab tak sayang mak, sangat sayang lagi – lagi dekat nak puasa dan raya ni. Kami nak sangat – sangat mak kami yang dulu. Tapi apakan daya, semuanya berjalan dengan begitu lambat dan lembap. Hmmmm

Ct Mariam : Allahu sedihnya. Terfikir macam mana anak awak membesar tengok ibu yang macam – macam watak. Semoga Allah pelihara kamu sekeluarga. Teruskn doa hanya pada Allah tempt kita mengadu. Ringankan ujian saudari ini sekeluarga ya Allah. Semoga terus kuat.

Maria Amy Azira Kamaruddin : Arw4h abah saya m4ngsa sih1r dari orang – orang yang iri hati. Taknak tuduh tapi akhirnya terbongkar sendiri dari mulut si pelaku. Perit apa yang ditanggung. Lepas asar je mula lah badan berat sampai nak angkat kepala pun tak boleh.

Berubat ? Macam – macam ustaz jumpa semua dah geleng kepala dah. Surrender! Bukan tak mampu nak tolong tapi dah sehabis daya tolong. Pergi hospitaI Sampaikan doktor pun pelik apa s4kit abah saya, abah saya sihat katanya.

Dah aturan Allah begitu. Kami redha. Tahun ni genap 10 tahun abah meninggaI. Buat confessor berubat lah selagi boleh, semoga kuat sentiasa. Allah ada, bila datang ujian Allah nak beri kita pahala yang banyak. Bersabar dan kuatkan semangat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?