Adik akan m4ki marah ibu minta duit. Anak mana yang sanggup dengar bila mak aku kena m4ki macam tu. Bayangkanlah gaji aku RM1,000 sahaja, aku bela adik pemalas, aku terp4ksa bayar hutang abang aku. Aku kena buat sesuatu, bila cuti aku buat kerja partime. Tahu apa hasil berkat kesabaran aku selama ini?
#Foto sekadar hiasan. Salam semua, aku terasa teringin sangat berkongsi pengalaman aku berkaitan hutang di sini bila saya terbaca post confessor yang menanggung hutang sebelum ini. Aku kenalkan diri aku, Siti, berumur 25 tahun dan menetap di bandar Kuala Lumpur.
Aku merupakan graduan universiti tempatan. Disebabkan aku belum ada rezeki di bidang pengajian yang aku belajar, aku beralih arah bekerja di sebuah syarik4t kecil sebagai kerani am. Gaji tak banyak jika dibandingkan dengan kelulusan ijazah aku.
Tetapi alhamdulillah aku bersyukur walaupun s4kit nak hidup di bandar ini. Walaupun aku masih tinggal bersama mak dan ayah, aku perlu tanggung banyak tanggungjawab. Salah satunya, menanggung adik aku yang malas bekerja dan tanggung hutang abang.
Kenapa aku yang kena tanggung? Aku bukan nak buka aib mereka, ini hanya perkongsian mengenai berkat kesabaran aku menanggung hutang orang lain. Pertama sekali, aku cerita tentang adik aku. Dia dah berusia 21 tahun dan sudah bermacam – macam kerja yang dia buat.
Namun disebabkan sikap dirinya yang panas baran, d4rah muda, kurang kesabaran, mana dia mampu bertahan kerja lama dengan per4ngai seperti itu? Aku rasa, semenjak dia tamat SPM sehingga sekarang, dia dah cuba lebih 10 jenis pekerjaan.
Namun, kerja 3 bulan berhenti, kerja 2 bulan, berhenti kononnya kerja yang dia dapat itu memenatkan. Selepas dia berhenti, dia akan duduk di rumah selama 4 – 5 bulan dengan alasan mahu berehat. Sudah puas aku, mak dan ayah cuba nasihat tetapi dia tak ambil peduli langsung.
Yang dia tahu, dia akan meminta duit dari mak dan ayah. Ayah aku selalu juga marah dia tetapi dia tetap tak ambil pusing. Dia akan minta duit dari mak dan ini yang menyebabkan aku kadang – kadang s4kit hati dengan per4ngainya itu.
Bila mak kata mak tak cukup duit nak bagi, dia akan memarahi mak. “Kalau kedekut dengan anak, baik tak payah beranakkan aku!” jeritnya kuat – kuat. Tahu tak macam mana perasaan aku pada ketika itu mendengar dia berkata begitu?
Jadinya, aku malas nak merunsingkan mak dengan kata – kata adik itu, aku akan bagi duit pada mak dalam jumlah RM250 – RM300 untuk kegunaan duit belanja rumah dan adik. Untuk pengetahuan semua, adik aku sudah hilang rasa hormat pada aku bila dia mendapat tahu yang aku kerja sebagai kerani sahaja.
“Belajar habis beribu – riban, tinggi – tinggi, last – last kerja kerani capuk saja,” perlinya. “Gaji kerani itulah yang aku hulur pada kau yang jenis pemalas tak nak bekerja, lintah d4rat bagai,” kata aku padanya. Cakaplah apa pun, dia tetap akan membaIas balik sampai aku rasa penat dan dia sememangnya mahu menang dalam pertelagahan seperti itu.
Aku jenis yang malas nak panjangkan cerita, aku hanya akan diam. Kadang – kadang aku menangis juga. Iyalah, cuba anda berada di tempat aku dan rasailah segala – galanya. Sengsaara perasan sendiri ini sudah nak digambarkan.
Kedua, aku menanggung hutang bulanan yang sepatutnya dibayar oleh abang aku. Hutang internet serba laju yang kebanyakan kita semua gunakan ini. Dia beria – ria mem4ksa aku melanggan internet untuk dipasang di rumah.
Katanya, dia akan membayar bil bulanannya. Aku tegas menolak tetapi dia p4ksa juga. Dia beri alasan nama dia tidak dapat digunakan kerana banyak digunakan untuk komitmen yang lain. Jadi, aku terp4ksa bersetuju.
Dalam masa sebulan dua memang okay, dia bayar. Namun semenjak 3 – 4 bulan lalu, aku yang kena tanggung. Abang beri alasan gajinya lambat masuk. Aku bising juga tetapi dia buat tak tahu saja. Internet itu tak digunakan pun di rumah sebab masing – masing sudah ada data internet persendirian.
Akhirnya, aku yang bayar sebab aku tidak mahu nama aku disenaraihitamkan. Sebulan saja aku kena bayar hampir RM170. S4kitnya hati aku pada mula – mula. Hanya Allah saja yang tahu. Sudahlah aku mempunyai komitmen sendiri seperti insurans, PTPTN, ASB bagai. S4kit weh!
Bayangkanlah gaji aku RM1,000 sahaja tetapi bermacam – macam hutang aku kena bayar sehingga aku tidak mampu nak menyimpan sedikit pun dari duit gaji walaupun aku sudah habis berjimat. Kadang – kadang tak beli topup, mobile data hatta makeup yang murah pun untuk aku guna ini pun tak dibeli.
Aku pergi kerja jalan kaki sahaja. Nak berjimat punya pasal. Ikutkan, mak suruh naik bas. Tetapi aku sanggup berjalan kaki sebab nak berjimat punya pasal. Takkan nak minta duit dari ayah? Abang aku sendiri pun tak hulur duit pada ayah. Mak pun dia jarang bagi.
Apa yang dia tahu, hanya belanja dia seorang diri saja. Aku setiap hari bawa bekal pergi ke tempat kerja walaupun sekadar nasi kosong, lauk ikan bilis dengan kicap saja aku sanggup. Di tempat kerja, kawan – kawan sudah memahami keadaan ekonomi aku.
Aku tidak kisah apa yang orang nak cakap. Yang aku tahu, aku perlu melakukan sesuatu dengan hidup aku. Jadi, hujung minggu aku akan pergi bekerja di kedai serbaneka untuk melangsaikan hutang – hutang tersebut.
Tahu apa hasil berkat kesabaran aku selama ini? Allah mengurniakan mak dan ayah yang sihat walafiat tanpa sebarang peny4kit di kala usia emas mereka. Mungkin nampak kecil di mata anda tetapi nampak berkat dia bila ayah masih boleh bekerja walaupun usia dah hampir cecah 60 tahun.
Mak masih mampu melihat dekat dan jauh dengan elok. Dapat pula kawan – kawan yang memahami, yang sudi mendengar cerita sedih dan gembira aku. Dapat salam tangan mak dan ayah sebelum pergi kerja. Yang ini tak semua dapat.
Selain itu aku dikurniakan kesihatan yang baik. Alhamdulillah dah hampir setahun lebih tidak diser4ng demam, batuk dan sebagainya. Tak nak riak, nanti kena pula. Hihi! Tetapi, aku memang jenis yang susah s4kit. Itu semua aku tanamkan dalam diri aku.
Allah nak beri aku rasa payah sikit sekarang. Mungkin lama kelamaan nanti aku akan senang sikit, siapa tahu kan? Bukan aku nak suruh kalian tanggung hutang adik beradik ataupun kawan – kawan. Tetapi cuma mahu berkongsi apa yang terjadi dalam hidup kita ini adakalanya rumit.
Tetapi percayalah, ada hikmah disebaliknya itu. Antara nampak atau tidak saja hikmah sesebuah kejadian itu. Jadi, bertabahlah sentiasa dalam kehidupanmu yang penuh dengan onak dan liku.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.