Masa aku 8 tahun, bapak berubah per4ngai binatang. Sampai aku dan adik makan nasi putih, kuah air kosong

Aku ni pandai, masa diploma anugerah dekan je tapi miskin tak mampu nak sambung ijazah. Kenapa hidup aku malang? Apa d0sa mak aku dapat suami macam tu? Masa depan dia cerah, dapat jodoh dengan lelaki macamtu…

#Foto sekadar hiasan. Aku cerita kat sini sebab aku tahu tak ada siapa nak dengar. Aku sebenarnya tengah ragu – ragu. Lama dah. Betul ke Tuhan tu adil? Aku adalah anak sulung. Mak bapak aku orang miskin. Mak aku sebenarnya ada masa depan yang cerah, sijil dia pangkat tinggi tapi tak sambung belajar sebab dia kahwin dengan bapak aku yang tak guna, dia sekarang kerja macam anjing.

Dah tua pun kerja lagi siang malam. Aku kesian kat mak aku. Bapak aku kerja kampung. Mak aku kerja dekat pekan. Bapak aku ni dia okay je mula – mula, banyak kenangan manis masa aku kecik, tapi sampai aku umur 8 bapak aku mula jadi macam binatang, biawak.

Kerja tak nak, mintak duit kat mak aku, berg4duh ngan mak aku. Berg4duh dengan kawan – kawan dia. Siap pernah nak ceraikan mak aku. B0dohkan. Dah la mak aku yang sara kami sekeluarga, ada hati nak cerahkan mak aku.

Mak aku menyara aku dari kecik. Duit belanja, makan pakai semua duit mak aku. Bapak aku? Sampah. Apa pun tak ada. Tapi mak aku tak pernah berbunyi. Menangis aku tengok mak aku, kuat betul dia. Aku masa umur 12 tahun, aku dah kerja.

Macam – macam. Dari kutip tin, sampai la kerja kedai. Sampai la aku sekolah menengah. Sebab apa? Sebab aku nak rasa ada duit. Nak beli mainan ke baju ke. Tak sanggup aku nak mintak pada mak. Bayangkan kau hidup, mak kau je kerja dengan gaji 1200. Menyewa rumah. Besarkan aku dengan adik aku.

Pernah sampai satu masa, aku dan adik makan nasi putih, kuah air kosong je. Kadang – kadang cikgu buat rombongan, tengok je la, jangan haraplah nak ikut. Duit takde mat. Bapak aku batang hidung nampak malam je. Siang merayap. Melepak kedai kopi. Mintak mak aku duit.

Aku tau, sebab kawan – kawan aku (kawan – kawan aku banyak tua dari aku walaupun aku umur belasan) bagitau aku. Aku pun pernah nampak sendiri sebab aku ni panjang langkah masa belasan, kawan pun orang umur jauh dari aku yang belasan, aku jadi kenal dunia walau baru je habis sekolah rendah.

Jvdi, pen4gih, r0kok, perempuan, tapi aku r0kok je la d4dah semua tu aku tak amik. Aku sekolah rendah, sekolah menengah, aku tak pernah rasa mewah. Baju? Bundle. Kasut? Aku masuk umur 15 baru aku pertama kali pakai kasut lain (kasut jalan) selain kasut sekolah eh.

Boot bola ke jersi ke sebelum ni tak pernah tau sebab tak mampu. Semua tak ada brand. Tak pernah jalan jalan mana – mana sebab family aku tak ada kereta, mak aku pun tak ada lesen. Ada motor buruk kat rumah. Aku ambil lesen motor, untuk aku panjang langkah.

Jealous aku dengan mak ayah kawan – kawan, mereka mampu. Aku ni pelajar cemerlang la jugak sebab mak aku suruh aku belajar. UPSR PMR semua straight A. SPM 7A. Tapi nak sambung belajar tu kat universiti adoi bergolok gadai nak bagi aku ada duit.

Aku masuk uni pun makcik aku bagi aku duit. Cuti sem kerja nak ada duit belanja. Banyak kali la aku berlapar. Makan maggi, sebungkus tu kerat dua, minum air kosong water dispenser. Tiap kali ada nak kena beli buku, nak buat printing kompem lari bajet.

Susah hidup aku, adik aku jangan cakap la barang aku semua barang dia, kitar semula je, mana nak beli baru? Tapi bapak aku sayang adik aku sebab adik aku tak member0ntak. Aku masa sekolah menengah dah berg4duh dengan bapak aku.

Aku tengking dia sebab aku pert4hankan mak. Dia nak buat apa? Aku muda. Aku boleh beduk dia. Sampai sekarang aku rasa ada 6-7 tahun tak bercakap. Masa uni aku seronok, kawan ramai. Tapi tu ah, main futsal pun pinjam kasut kawan, cukup duit beli sendiri tu pun cikai je.

Kawan ajak jalan – jalan masa hujung minggu, peh nikmatnya dapat naik kereta. Aku sampai sekarang tak ada lesen kereta. Tak pernah ada orang ajar. Kereta pun takde mat nak belajar? Senang cerita hidup aku siaI la dari kecik bab duit.

Sampai bab cinta. Aku pernah la ada gf. Tapi aku selalu kena tinggal. Bawak gf dating pun pakai duit tabung beb. Duit kerja campur duit ptptn. Biasa bab rupa. Aku ni badan besar. Buruk la hahahah. Tapi ayat manis. Ada gf pun ayat – ayat, dapat lelaki lain kaya ada rupa memang kena tinggal la. Sampai sekarang la aku single. Aku tak minta ye jadi gemuk buruk ni.

Yang paling s4kit, paling meruntuhkan konfiden diri, aku pernah ada talking stage dengan sorang minah ni, tapi lepas jumpa sekali langsung ghosting. Hahahahha aku buruk, tak sanggup dia. Kawan? Ada kawan tapi terms lebih sesuai ialah, kenal ramai orang.

Kawan – kawan yang aku ada sporting semua. Ngam la. Tapi banyak kumpul masa uni. Sebab aku sekolah rendah ngan menengah kena pulau. Yela budak miskin gemuk, siapa nak kawan? Aku okay je. Kadang – kadang sunyi jugak, ye la kawan nak ajak lepak susah, ramai kerja, keluar ngan awek, aku ni nak ajak awek? Hahaha lagiIah.

Sunyi hidup aku, phone aku ni kalau aku buang, yang cari aku mesti mak aku je. Takde yang indah ke hidup aku? Ada. Bila aku tengok mak aku gembira. Aku dekat universiti, memang dapat anugerah dekan je.. Tapi sampai diploma je. Tak mampu sambung degree.

Aku balik dari uni, habis diploma aku terus cari kerja. Dengan hutang RM15k di bahu, Aku pun dapat kerja dah, tapi kuIi je la. Gaji pun heh adoi. Cukup la buat beli r0kok. Pergi kerja pun berulang hujan panas naik motor.

Aku nak tanya je. Apa d0sa mak aku dapat suami macam tu? Masa depan dia cerah, dapat jodoh dengan lelaki macamtu. Susah sampai sekarang hidup dia. Kenapa? Mak aku ni tak pernah sampai luar negeri ya, bapak aku tak pernah bawak keluar jalan.

Aku ni pandai tapi tak boleh sambung jauh, sebab miskin. Kenapa kawan – kawan aku dapat family yang normal? Aku tak? Kenapa orang lain senang aku tak? Kenapa bapak orang lain elok aku tak? Kenapa aku buruk orang lain elok? Kenapa? Betul ke Tuhan tu Adil? – Nn (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Azreen Omar : Sedihnya baca luahan ko dik. Itula kadang – kadang hidup ni kalau kita bandingkan dengan nasib kawan – kawan yang lebih baik, kita akan terasa diri kita ni malang sangat. Tapi kalau kita tengok orang yang lebih susah daripada kita baru lah kita rasa bersyukur dik.

Ingat la dunia ni tempat ujian, Allah uji awak sebab Allah tahu awak mampu dik. Jiwa adik kuat dan kental, adik masih mampu teruskan hidup walaupun dalam keadaan macam tu.. Adik banyak sangat kelebihan, cuma adik lebih fokus pada kekurangan adik.

So mulai sekarang adik belajar bersyukur ye. Insha Allah adik akan rasa Allah itu Maha Adil apabila adik terima segala ketentuan dengan hati yang redha dan bersyukur. Selalu la berbaik sangka pada Allah. Akak doakan hidup adik akan terus berjaya dan bahagia dunia dan akhira4t… Aaminnnn..

Fa Far : Cuma nak nasihat sikit je dik. Belajar redha atas segala ujian yang diberi. Serius. InsyaAllah hidup akan lebih mudah nanti. Selagi tak redha hidup akan sentiasa bertambah susah. Lagi satu kena banyak istighfar dan jangan tinggal solat. Buat dengan ikhlas. Lihatlah la nanti bagaimana Allah bantu adik. InsyaAllah..

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.