Masa aku nak bersalin mak minta duit lagi 500. Sebelum tu, aku dah bagi 200. Mak meng4muk datang hospital dan menyumpah aku s4kit bersalin

Aku ingat lepas aku kahwin, mak dah tak kacau aku tapi mak masih tak puas hati. Mak call bekas teman lelaki aku, mak suruh dia datang melawat aku dekat hospital sedangkan aku dah ada suami. Bekas teman lelaki aku fitnah dekat suami, yang kami pernah bersama sampai aku mengandung..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku nak ceritakan kisah hidup aku. Aku merupakan anak tunggal mama dan ayah, yang lain semua adik beradik tiri. Mama dan ayah bercerai masa aku umur 2 bulan lagi. Aku dibesarkan oleh nenek dan atuk aku di kampung.

Mama hanya balik seminggu sekali atau dua minggu sekali ke kampung sebab dia bekerja di bandar. Waktu kecil dulu aku sangat sayang mama. Kalau dia nak balik rumah sewa dia, aku akan menangis semahunya. Masa kecil lagi mama selalu menuduh perkara yang aku tak buat.

Pernah duit mama hilang 3 ringgit, teruk aku dipukuI dan diherdik. Aku betul betul tak ambil. Dia selalu menyumpah aku dengan perkataan yang tak baik. Dia pernah menyumpah aku bodoh dan cakap aku tak akan masuk universiti.

Mama telah berkahwin sebanyak 3 kali. Masa di sekolah menengah aku ditempatkan di asrama. Alhamdulillah walaupun aku disumpah oleh mama, keputusan UPSR aku sangat baik. Masa di asrama semua w4ris datang melawat, tapi tiap hujung minggu nama aku jarang dipanggil oleh pengawal. Aku ok, cuma kadang – kadang atuk datang menjengah, belikan aku mee rebus.

Dia datang dengan basikal. Murid lain tengok aku semacam saja, tapi aku tak malu sebab aku ada atuk yang sayang sangat dekat aku. Aku sayang atuk aku sangat – sangat. Sampai tamat SPM, alhamdulillah aku dapat masuk universiti.

Semua atuk dan nenek yang bayarkan yuran. Masa di universiti aku dapat mesej dari mama, dia nak pinjam 500 nak bayar bil. Aku bagi duit PTPTN aku dekat dia. Aku juga ambil hati dia dengan beli baju dan kasut, tapi mama marahkan aku pula.

Dia selalu marahkan aku. Dia cakap aku boros. Dia cakap orang lain duit PTPTN boleh bagi mak bapak. Aku hanya menangis. Selalu aku tumpang orang kalau nak balik rumah. Aku minta atuk belikan motor, atuk setuju. Mama meng4muk habis dengan aku.

Dia tak tahu kalau aku nak balik universiti, aku jalan kaki dan atuk kayuh basikal bawa beg aku ke stesen bas yang sangat jauh. Kalau balik cuti semester aku selalu tumpang mak bapak orang. Aku segan sangat. Sampai habis universiti, atuk aku meninggaI dan mama bercerai untuk kali kedua.

Dalam masa yang singkat dia kahwin untuk kali ketiga. Aku tak kisah, tapi adik tiri masih kecil, kesian dia. Kerana sunyi, aku mula kenal dengan lelaki bernama Faris. Dia baik pada mulanya. Walaupun rupa tak seberapa, Faris nak sangat jumpa mama.

Akhirnya dia jumpa mama. Mama kutuk dan halang aku berkawan dengan Faris, tapi nenek aku berkenan dengan sikap Faris yang pandai ambil hati. Aku suruh Faris simpan duit untuk kahwin, tapi dia tahu berseronok saja. Aku perIukan seorang suami sebab aku hanya tinggal dengan nenek masa tu.

Lama kelamaan nampak sikap Faris yang panas baran, suka menipu, tak tahu malu dan tak ada adab langsung. Hubungan kami hanya bertahan dua tahun saja. Kemudian aku kenal dengan suami aku sekarang. Dia sangat baik, sopan, segak orangnya sama seperti per4ngainya.

Kami kenal tak sampai 5 bulan terus bertunang dan kahwin. Mama sangat tak setuju dengan pilihan aku sebab dia nak lelaki yang kaya raya. Bagi aku cukuplah baik, rajin bekerja dan patuh perintah Allah. Aku dapat mak mertua dan bapa mertua yang sangat baik. Adik ipar dan keluarga pun sangat baik. Alhamdulillah.

Aku ingat mama tak kacau aku lepas kahwin, tapi aku silap. Dia selalu hantar mesej minta duit dan sebagainya. Masa aku nak bersalin lagi 5 hari, dia minta 500. Sebelum tu dia minta 200 untuk tebus barang. Aku bagi sebab aku fikir dia ibu aku.

Dia selalu cerita keburukan aku dekat semua orang. Aku sedih sangat. Dia cakap aku sep4k ter4jang dia dekat orang. Aku penat menangis. Aku tak tahu apa yang dia nak. Aku pernah tanya aku ni bukan anak dia ke, sebab dia layan aku macam anak tiri.

Masa aku di bilik bersalin, dia sempat menyumpah aku. Dia cakap padan muka aku biar aku rasa. Dia cakap rumah yang dia beli untuk adik aku. Aku tak nak pun harta dia. Kenapa dia benci aku sangat – sangat. Bila aku di wad, dia datang suap aku makan.

Tapi dia urut badan aku sampai aku rasa macam nak m4ti. Semua orang tengok dan kesiankan aku. Masa dalam pantang dia hantar mesej bukan bukan. Dia suruh aku bayar duit nenek aku, katanya aku ambil. Dia kata aku curi duit nenek aku.

Aku hampir giIa masa dalam pantang sampai gelak seorang diri. Nasib aku ada suami yang banyak ada di sisi. Dia buat semua masa aku dalam pantang. Aku hanya jaga anak saja. Sampai satu tahap aku tak boleh buang air besar, dia yang bantu dan dia yang cuci n4jis aku.

Ya Allah, tempatkanlah suami aku di syurga dan rahm4tilah dia. Dia sangat baik. Dia tak pernah tinggalkan aku walaupun sekejap masa aku dalam pantang. Waktu mengandung juga dia buat semua. Dia tak izinkan aku buat kerja berat.

Suami telefon mama tanya kenapa marah aku masa dalam pantang. Mama terus cakap sebab suami, anak dia jadi macam tu. Aku betul – betul tak faham. Suami dah ambil hati mama, belikan macam macam, bagi duit. Mama cakap suami guna duit hasil isteri, rumah mak mertua buruk, padahal rumah tu tak buruk pun.

Suami aku jadi sangat marah dekat mama sebab masa aku dalam wad, mama telefon Faris suruh datang tengok aku. Padahal dulu mama tak berkenan dengan Faris. Suami aku betul – betul marah sebab dulu Faris pernah cerita dekat mama yang kononnya suami aku ni hisap d4dah, tiada KWSP, rumah buruk dan kereta tak ada. Semua tu tak betul. Itu rancangan Faris untuk gagalkan perkahwinan kami.

Faris juga pernah mesej suami aku cakap aku pernah tidur dengan dia dan kandungkan anak dia. Alhamdulillah suami tak percaya dan terbukti aku masih d4ra masa berkahwin. Masa di wad, Faris datang sebab mama yang suruh. Aku betul – betul marah sebab masa tu suami aku ada. Tambahan pula aku tengah pam susu. Mama tak ada rasa bersalah langsung.

Suami aku tak pernah tinggikan suara. Dia marah mama dengan cara baik. Dia cakap aku isteri dia dan dia ada hak untuk tak bagi Faris datang tengok aku. Tambahan pula Faris pernah fitnah kami macam – macam dulu. Aku betul tak faham dengan mama.

Faris bukanlah kerja besar, malah lagi teruk dari suami aku. Rumah pun menumpang. Mak bapak dia buang dia sebab panas baran. Kerja pula ikut ada pelanggan baru ada duit. Aku betul – betul tak faham. Masa aku mengandung, beberapa kali dia datang rumah masa suami aku tak ada. Aku dah buat laporan polis, tapi dia jenis tak tahu malu.

Mama aku pula suka dengan Faris. Dulu tak bagi aku berkawan dengan Faris, tapi masa dalam pantang dia mesej aku suruh layan Faris sebab aku pernah bagi cinta dekat dia. Suami aku sangat beng4ng dengan mama. Dah tua tapi per4ngai macam tu.

Suami aku tak bercakap dengan mama lepas kejadian tu. Dia taw4r hati dan menangis sebab mama buat aku macam tu. Salahkah dia nak pertahankan isteri dia dari lelaki bukan mahram datang melawat dan pernah fitnah kami dulu. Aku reda dapat mama macam tu.

Tak semua mak dalam dunia ni sayang anak. Aku yang rasa. Sedih, Allah saja yang tahu. Nenek pun sedih sebab mama selalu lawan cakap nenek dan berg4duh dengan nenek. Aku harap mama aku berubah. Aku teringin disayangi oleh mama macam anak yang lain. Salam.

Ulasan pembaca

Umihani Bakar : Nak menangis baca. K3jam seorang ibu kandung. Ibu kau sebenarnya cemburu dengan kebahagiaan kau. Dulu dia buang kau, tapi nenek dengan atuk kau jaga dan beri kasih sayang pada kau. Dia nak kau dibenci orang. Dia tak suka kau disenangi orang sekeliling. Dia mendoakan yang buruk buruk pada kau, tapi sebaliknya yang Allah beri pada kau. Teruskan berdoa untuk ibu kau. Moga hatinya lembut.

PuTeri QaSih : Allah masih sayangkan kau lagi. Syurga kau di telapak kaki suami. Syukur dapat suami yang baik. Allah maha adil. Disaat kau ditindas dan dizaIimi, Allah hadirkan suami sebagai pembela. Disaat kau jatuh tersungkur, suami datang untuk memapah. Disaat maruah kau dipijak, suami datang untuk membela.

Kata – kata ibu dan doa ibu sentiasa Allah makbulkan, tapi Allah bukan k3jam untuk menerima doa ibu untuk keh4ncuran anaknya. Kau jauhkan diri dari ibu macam ni dan jagalah suami kau elok – elok. Jangan satu hari nanti sebabkan emak kau, kau kehilangan suami yang baik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :