Masa aku sarat mengandung, suami cakap dia nak kahwin lain. Dia dan isteri baru itu akan kerja, cari duit untuk tanggung aku dan anak. Aku duduk rumah, rehat, jaga anak je

Lepas aku bersalin, suami hantar aku balik rumah mak ayah aku untuk berpantang. Sebenarnya dia tak izinkan aku berpantang di rumah mak ayah aku. Sepanjang perjalanan dari Taiping ke Kuala Lumpur, dia m4ki mak ayah aku. Aku minta kaunseling di pejabat agama, tapi dia terus ajak cerai.

#Foto sekadar hiasan. Apa yang aku nak kongsikan ini bukan cerita rekaan. Ini kisah hidup aku sendiri, kisah benar yang sampai hari ini masih memberi kesan besar dalam hidup aku, termasuk cara aku memandang lelaki dan perkahwinan.

Aku sekarang berumur 37 tahun. Aku pernah berkahwin, pernah bahagia, dan pernah h4ncur. Aku bukan nak buka aib sesiapa, cuma aku harap apa yang aku lalui ini boleh jadi pengajaran kepada orang lain, terutamanya kaum wanita.

Ceritanya begini. Aku seorang ibu tunggal. Aku bercerai dengan bekas suami aku, Ali (bukan nama sebenar), empat tahun lepas. Kami bercerai masa aku baru lepas berpantang. Dalam erti kata lain, anak aku, Ain (bukan nama sebenar), baru sahaja dilahirkan masa itu.

Punca penceraian kami sebenarnya sangat remeh. Aku cuma minta untuk tinggal berasingan dengan mertua. Itu sahaja. Memandangkan Ali bekerja dengan kerajaan dan boleh memohon kuarters, jadi aku rasa benda itu tidaklah menjadi isu besar atau membebankan. Cuma tinggal nak atau tidak sahaja.

Mak ayah Ali masa itu sihat walafiat, tidak uzur, tidak s4kit, bekerja sebagai medical assistant di hospital Taiping dan orang berada. Anak – anak bujang mereka pun tinggal serumah untuk jaga mereka. Jadi pada aku, tidak salah langsung kalau aku minta tinggal berasingan.

Tambahan pula, memang wujud konflik antara aku dengan mak mentua. Biasalah bila tinggal sebumbung dengan mertua. Dari awal perkahwinan lagi, mak mentua aku pernah berterus terang yang sebenarnya dia ada calon menantu pilihan dia sendiri. Tapi Ali tetap pilih aku masa itu.

Mak mentua aku juga pernah berpesan supaya aku jangan minta apa – apa daripada Ali dan jangan susahkan hidup anak dia. Tapi sepanjang aku tinggal dengan mereka, aku hormat mak mentua aku. Aku tak pernah meIawan, tak pernah tinggikan suara, tak pernah kurang ajar.

Aku kenal Ali hampir lapan tahun sebelum kahwin. Dalam tempoh itu aku belajar sambil bekerja. Sepanjang lapan tahun itu, dia memang nampak sangat baik. Mulut manis, peramah, budi bahasa tinggi. Seluruh keluarga aku suka dia. Mak saud4ra, sepupu, semua berkenan. Mak aku sendiri yang paling berkenan.

Sejujurnya, pada awalnya aku sendiri tidak mahu dengan dia sebab dia belum ada kerja tetap masa itu. Tapi sebab mak aku suka dan yakin, aku ikutkan sahaja. Aku fikir pilihan mak ayah adalah yang terbaik. Sampai satu tahap, dia betul – betul tekad nak kahwin dengan aku.

Masa itu aku belum habis degree lagi, tapi dia kata dia tidak kisah dan benarkan aku habiskan degree lepas kahwin. Aku pegang janji dia dan setuju untuk berkahwin. Tapi apa yang berlaku selepas kahwin memang langsung tidak sama seperti yang aku bayangkan.

Hari pertama kahwin pun dia sudah tunjuk per4ngai sebenar. Lepas habis kenduri, dia ikut mak ayah dia balik Perak. Bukan sebab kerja, bukan sebab apa, tapi sebab dia sendiri nak balik dengan mak ayah dia. Mak saud4ra aku semua tertanya – tanya mana pengantin lelaki. Mak ayah aku terp4ksa cover, kata dia kerja, itu sebab balik awal.

Beberapa bulan lepas kahwin, dia p4ksa aku berhenti belajar, berhenti kerja dan balik Taiping. Masa itu aku tinggal beberapa bulan sahaja lagi nak habiskan degree. Aku sangat keliru masa itu. Nak ikut cakap suami atau nak kejar impian sendiri?

Dia ugvt aku macam – macam. Kata aku nusyuz, derh4ka, isteri tak taat. Tapi ayah aku masuk campur dan pertahankan aku sebab aku tinggal sedikit sahaja lagi nak habis belajar. Lagipun aku bukan tidak balik Perak, aku balik setiap hujung minggu.

Sejak itu, hubungan dia dengan mak ayah aku jadi sangat tegang. Dia mula kurang ajar. Dia bukan lagi Ali yang dulu. Yang mulut manis, yang baik, yang pijak semut tak m4ti. Tapi alhamdulillah, aku berjaya habiskan degree juga. Mak ayah aku sangat gembira sebab aku satu – satunya anak yang ada degree masa itu.

Lepas habis degree, aku ikut cakap dia. Aku berhenti kerja dan balik Perak cari kerja di sana. Aku tolak banyak interview di Kuala Lumpur sebab nak jaga hati suami. Tapi sangat susah nak dapat kerja kalau kau hanya fokus satu tempat sahaja.

Aku menganggur lama. Sampai aku mengandungkan Ain. Dalam tempoh itu juga, barulah Ali dapat kerja tetap dengan kerajaan. Masa aku tengah sarat mengandung, dia minta nak kahwin lain. Dia pujuk aku, katanya aku boleh duduk rumah, rehat, jaga anak.

Dia dengan isteri baru itu akan kerja cari duit untuk tanggung aku dan anak. Bayangkan perasaan aku masa itu. Tengah mengandung besar, hormon tidak stabil, tapi suami sendiri minta nak kahwin lain. Lepas aku bersalin, dia hantar aku balik rumah mak ayah aku untuk berpantang.

Sebenarnya dia tidak izinkan aku berpantang di rumah mak ayah aku. Sepanjang perjalanan dari Taiping ke Kuala Lumpur, dia maki mak ayah aku. Tapi aku tetap nak mak aku sendiri jaga aku masa pantang. Sebab hanya mak kita sahaja yang betul – betul faham macam mana nak jaga kita.

Ali cuma cuti beberapa hari sahaja. Mak mentua aku pula langsung tidak ambil peduli. Jadi salah ke aku berpantang di rumah mak sendiri? Sepanjang aku berpantang, dia langsung tidak hubungi aku. Tidak telefon, tidak tanya khabar, tidak ambil tahu.

Aku minta kaunseling di pejabat agama, tapi dia terus ajak cerai. Masa isi borang cerai, dia yang isi. Dia isi atas nama aku, kononnya aku yang tuntut cerai. Aku cuma datang dan tandatangan sahaja. Yang lebih meny4kitkan, selepas itu aku mesej bakal isteri baru dia.

Aku kata, “Sepatutnya awak nasihatkan dia supaya kekalkan perkahwinan kami demi anak.” Jawapan perempuan itu sangat ringkas, “Saya tak boleh kak, saya memang dah jatuh cinta sejak pertama kali dia masuk kerja lagi.” Habis. Di situ aku tahu semuanya.

Kami bercerai masa aku tidak ada kerja, tidak ada duit dan masih berpantang. Sedangkan dulu aku terima dia masa dia belum ada apa – apa. Yang kelakarnya, selepas kahwin baru, dia boleh pula sediakan rumah asing untuk isteri baru itu. Jadi sebenarnya apa punca penceraian aku dulu?

Empat tahun berlalu. Sepanjang empat tahun itu, dia tidak pernah jenguk Ain. Tidak pernah telefon. Tidak pernah beri nafkah. Tapi setiap kali birthday Ain, dia akan post di Facebook kata rindu, kata sayang, kata doa. Aku pernah tinggalkan komen, aku tulis panjang.

Aku cakap kalau betul sayang, mesti ambil tahu. Mesti telefon, mesti datang jumpa. Kasih sayang bukan sekadar post di media sosiaI. Esoknya, post itu dipadam. Lepas itu dia buat post baru perli aku, perli mak ayah aku pula.

Kemuncaknya, Facebook aku pula kena hack. Hacker hantar gambar Iucah dekat semua kawan aku. Bila check lokasi login, ada satu device dari Kamunting, Taiping. Aku tidak ada bukti kukuh nak tuduh sesiapa. Tapi aku tahu, hidup aku memang tidak pernah tenang sejak kahwin dengan dia.

Pengajaran yang aku nak kongsikan: Jangan jadi lelaki yang tidak guna. Kau mungkin tidak pukuI isteri, tapi kau boleh bvnvh jiwa dia perlahan – lahan. Jangan jadi talam dua muka. Sebelum kahwin baik, lepas kahwin berubah jadi orang lain.

Kalau mak kau tidak suka perempuan yang kau cintai, cari perempuan lain. Jangan jadikan perempuan itu m4ngsa. Sediakan rumah asing untuk isteri. Walau sebaik mana pun, konflik tetap akan wujud bila tinggal dengan mertua.

Kalau nak kahwin lain, tunggulah isteri habis pantang. Hormat sedikit emosi dan maruah dia. Jaga media sosiaI baik – baik. Dunia sekarang penuh orang dengki. Pilih lelaki dengan mata terbuka. Lelaki boleh jadi syurga hidup kau, atau ner4ka dunia kau. Wanita diuji saat lelaki tidak punya apa – apa.Lelaki diuji saat dia memiliki segalanya. Dan aku?Aku cuma satu daripada ribuan wanita yang pernah percaya, pernah berharap, dan akhirnya belajar untuk berdiri sendiri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :