Betullah, lelaki diuji bila dah senang. Dia kena ingat, kehidupan dia naik sebab aku dan anak kami. Lepastu dia buang kami macam sampah. Janda tu dapat suami aku saat suami aku dah ada segalanya..
#Foto sekadar hiasan. Sekarang ni viral kisah sondol menyondol ni. Aku pun nak kongsi kisah aku. Aku baru je lalui. Aku diceraikan bulan Dec 2023 secara luar mahkamah sebab suami curang selepas 7 tahun perkahwinan kami, ex suami aku kahwin dengan janda tua tak bermaruah kerja gomen jawatan PPK KIinik Kesihatan bulan April 2024.
Laju kan? Aku baru sangat abis eddah kot. Terang lagi bersuluh ex suami yang salah. Masa aku tengah eddah mereka kena tangkap khalwat kat rumah sewa janda tu dengan anak lelaki Janda tu kena angkut, umur 16 tahun. Penyondol tu ada 4 orang anak, dah beso – beso.
Masa kejadian lagi 3 orang anak dia tak tahu lah dekat mana. Dorang bersedudukan rupanya lepas ceraikan aku. S4kitnya d4da aku korang. Lepastu dorang cepat – cepat kahwin buat majlis kat beIah perempuan tapi keluarga beIah lelaki takde sorang pun tahu.
Jahat betul janda tu, dahlah berz1na dengan suami aku (masa masih suami), runtvhkan rumahtangga aku, mengadu domba kat suami aku, hasut suami aku ceraikan aku (padahal aku offer untuk poligami tapi perempuan tu taknak, suami aku setuju je),
Kahwin tanpa restu mak bapak lelaki. Teruknya lahai penyondol ni. Aku dulu nak kahwin menggigil – gigil minta restu dan jumpa keluarga mertua. Paling aku ralat, dulu masa dalam pantang anak tunggal kami, bekas suami dapat interview di sebuah syarik4t terkemuka dekat Johor, dan masa habis pantang dia diserap masuk. Rezeki anak kan?
Tapi dia kena tahu, aku yang gigih buat resume untuk dia dulu kat company tu, 2 kali aku hantar dengan harapan suami dapat kerja tetap sebab sebelum tu dia kerja kontrak kat company lain, jadi macam tak secure lah. Gigih tau aku buat resume hantar kat macam – macam company dulu.
Dia dengan aku degree holder, bila dia kerja tu, dia dapat jawatan bagus (dia bos dekat jabatan dia). Kira rezeki betul lah kan. Bersyukur sangat aku masa tu. Happy betul kami dapat upgrade kehidupan sekeluarga kami. Aku pun bekerjaya juga, cuma aku kerja company manufacturing. Jawatan Exec.
Syarik4t suami aku tu best, medical tanggung isteri dan anak sekali. Kalau pergi kIinik tak perlu bayar, bagi nama under company insurans je. Tapi lepas je dia kahwin janda tu, dia cepat – cepat declare dekat company dia, buang nama aku kat medical tu dan ganti nama bini baru dia.
Dengan anak aku sekali dia tak bagi guna medicaI company padahal nama anak aku masih ada. Bini baru dia tu ada slip disc, so bila dapat medicaI ni cepat cepat ye dorang pergi hospitaI swasta, padahal sebelum ni perempuan tu settle kat hospitaI gomen je. Laju buat kerja.
Aku rasa hampa sangat. Sedih sangat. Betullah, lelaki diuji bila dah senang. Dia kena ingat, kehidupan dia naik sebab aku dan anak kami. Lepastu dia buang kami macam sampah je. Nafkah habis dah culas. Masa eddah je dapat. Perempuan tu dapat dia masa dia ada segalanya.
Hampa. Tu je aku boleh kata. Manalah suami aku yang baik dan bertanggungjawab dulu, yang sayang aku dan anak kami. Dia juga block aku kat semua medsos dan nombor aku. Jahatnya mereka ya Allah. Jahat sangat mereka. Aku tak mampu nak kata apa lagi.
Aku sedih bila tengok gambar kahwin dorang. Aku menangis seharian sampai s4kit mata dan s4kit kepala aku. Entah lah, aku hampa tapi aku teruskan je hidup. Kerja aku kerja, anak aku, aku sorang – sorang urus. Aku ni orang dok suruh suruh cari bf baru, aku ni dah lah tak pandai buat tu semua.
Ex suami aku tu lah lelaki pertama yang aku rapat, dan aku kahwin dengan dia. Dia first love aku. Aku pun first love ex suami aku (verified dengan sahabat – sahabat dan ahli keluarga). Sekarang ni aku lalui je kehidupan sehari harian aku.
Setiap kali solat memang wajib lah aku nangis. Tengah – tengah buat kerja termenung. Kejap kang nangis. Tapi aku serius takde merayu kat dia ke apa. Aku hanya luahkan dekat kawan – kawan je. Aku.. sedih.. rasa macam “aku tak pernah musn4hkan hidup orang kot, kenapa aku diuji?”
Takde ke kifarah buat dorang ek? Demi Allah aku tak redha atas perbuatan ex suami aku terhadap aku dan anak aku. Aku bukan Allah, aku bukan malaik4t, aku buat Rasul, aku tak boleh nak maafkan perbuatan mereka. Sumpah tak boleh nak maafkan dorang. Sumpah dorang jahat giIa.
Untuk pengetahuan korang, aku dah buat aduan kat pejabat kesihatan (since pompuan tu kerja gomen) yang dorang kena tangkap khalwat. Tapi lambat ek? Nak kena tunggu keputusan mahkamah bagai. Tarikh mahkamah pun takde lagi. Haih rasa macam, takde ke keadilan buat aku hmmm. Dorang bahagia je aku tengok. Bahagia atas pend3ritaan aku dan anak aku hmmm. – Mimi (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Aspalila Hamzah : Semoga awak terus kuat. Tak perlu fikir pasal bf lagi kang dapat macam ex husband tu pun susah juga. Sekarang fikir untuk diri sendiri dan besarkan anak je. Lelaki macam tu memang elok pergi dari hidup awak semoga allah uji dia pulak dengan bini baru yang s4kit tu. Biar dia melingkup jaga bini baru tu.. geram pulak aku.
Nur Asiah Najihah : Tak berani nak komen lebih sebab diri sendiri pun tengah diuji benda sama. Tengah usaha cari kekuatan. Memang nekad untuk tinggalkan. Tapi, s4kitnya tu Allah je yang tahu. Saya yang susah – susah bersama dia sejak sekian lama, bila senang.
Mak sendiri pun sanggup dia tinggalkan demi penyondol apatah lagi saya. Bukan senang nak bangkit, tapi usaha bangkit. Syukur saya masih ada ayah tempat saya berpaut. Moga akan muncul lelaki lebih baik daripada dia untuk saya 1 day. Saya pasti akan ada kifarah untuk mereka.
Linadin Mas : Puan tak rugi apa – apapun sebenarnya, puan jujur dalam perkahwinan, sayang suami setulus hati, sanggup bertahan hidup susah senang dengan suami dari ‘0’, setia. Tapi yang paling rugi suami sebab dah ada permata di tangan, ‘janda murahan’ juga yang dikejar.
Ex Suami tu ingat senang nak dapat pasangan setia zaman penuh fitnah ni, berapa ramai bini orang kat luar yang berskandal sekarang. Ada hikmah kenapa Allah swt jauhkan orang – orang jahat dari hidup puan. Air dan minyak tak akan mampu bersatu.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.