Bila sampai tengok suami dah siap makan dan tengah basuh tangan. Burger tadi dah habis, dia buat hanya untuk dia sorang. Aku sangat kecewa. Kadang – kadang saya rasa menyesal sangat kahwin dengan dia. Kenapa tak masakkan burger untuk aku..
#Foto sekadar hiasan. Berk0rban dan berkongsi adalah antara asas dalam rumahtangga. Kalau tak sedia nak berk0rban dan berkongsi lebih baik jangan berkahwin sebab nanti akan menyusahkan anak orang. Salam semua. Aku cuma nak meluah.
Saat aku menaip ni, aku baru je lepas habiskan homemade burger aku dengan tangisan dalam hati. Aku sangat sedih dan terasa hati dengan sikap suami. Ceritanya petang tadi kami keluar beli barang dapur. Masa balik tu tengah susun – susun barang kat peti ais aku ternampak daging burger.
Pertama kali aku tengok suami aku beli, dia teringin agaknya. Waktu tu dah maghrib jadi kami cepat – cepat mandi dan solat. Dah siap solat maghrib dan isyak, aku ajar anak – anak mengaji. Masa tu aku nampak suami aku keluar bilik.
Biasanya dia ke dapur minum air dan masuk balik sambung mengaji. Sambil aku ajar anak mengaji tu aku teringat kat daging burger tadi, rasa macam lapar pula. Biasanya aku tak makan dah selepas maghrib tapi petang tadi aku tak makan nasi jadi macam lapar pula.
Lepas je anak – anak selesai mengaji aku perasan suami masih lagi kat dapur. Aku pun tanya anak aku ayah buat apa kat dapur, anak aku kata ayah masak burger. Kelam kabut aku bangun buka telekung semua menuju ke dapur.
Bila sampai tengok dia dah siap makan dan tengah basuh tangan. Burger tadi dah habis, dia buat untuk dia dan kongsi sikit dengan anak. Aku sangat kecewa, bab makan ni sangat sensitif bagi aku. Aku pun cakap kat dia “kenapa abang tak panggil makan?”
Dia jawab, “sayang kan selalu tak makan malam”. Kalau ya pun ajak je la. Bukannya selalu makan burger, hari – hari kita makan nasi. Sekali – sekala makan burger teringinlah juga. Aku kecik hati sangat – sangat tapi macam biasa, dia tak pernah rasa bersalah dan akan buat macam tiada apa yang berlaku.
Sambil menahan air mata aku terus masak dan buat burger sendiri. Sambil aku masak tu aku teringat ni kali ke berapa ratus dia buat macam ni sejak 12 tahun perkahwinan. Tiap kali dia masak, dia akan masak portion untuk dia seorang makan.
Dia tak pernah panggil dan ajak aku makan sekali. Kadang – kadang bila aku ke dapur tengok dah habis dia makan sorang je. Kalau dia teringin nak makan sesuatu dia tak suruh aku buat, dia diam – diam masak dan makan sorang.
Apa salahnya dia cakap, “tolong masakkan nasi goreng, tolong buatkan abang teh.” Aku ada je kat rumah tapi dia taknak minta aku buat sedangkan aku sangat suka masak apatah lagi kalau dia minta. Nampak macam bagus tak nak menyusahkan isteri, tapi sebenarnya dia pentingkan diri, dia tak nak berkongsi hidup dengan isteri.
Dia suka buat semuanya sendiri. Dia taknak masukkan saya dalam hidup dia. Sedih bila ingat kalau aku yang masak memang sentiasa utamakan apa yang dia suka, siap je masak memang terus panggil dia untuk makan sama.
Kalau dia tidur aku k3jut. Kalau dia sibuk kerja, aku akan bawakan hantar kat depan dia. Kadang – kadang aku rasa menyesal sangat kahwin dengan dia, kalaulah boleh putar balik waktu. Bukanlah tak redha dengan takdir Allah, tapi benda ni sangat menguji kesabaran saya.
Aku berkahwin nak ada teman hidup, bukan suami hanya pada nama. Aku mahu berkongsi semuanya dengan orang yang betul – betul sayangkan aku. Makan bersama, berkongsi cerita dan berkongsi segalanya dalam hidup.
Ini baru cerita bab makan, belum yang lain lagi. Malas nak cerita, panjang sangat. Sungguh aku hairan. Kenapa ye manusia macam ni tapi masih nak berkahwin. Tak payahlah ada hati nak kahwin tapi bila dah kahwin nak hidup sendiri – sendiri. Sangatlah meny4kitkan.
Ini memang per4ngai dia sejak awal kahwin tau, bukan dibuat – buat sebab merajuk ka apa tapi memang macam ni lah dia. Aku dah penat slow talk dan g4duh pasal ni tapi tak berubah. Nak berpisah anak dah ramai. Tak tau nak sabar macam mana lagi. Tolonglah bagi kata – kata semangat. – Rani (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Salina Gunawi : Orang lelaki kebanyakannya memang begitu sebab mereka tak suka serabutkan kepala mereka. Kalau dia masak dan panggil isterinya makan pada dia buang masa tambah bila isterinya selalu tak makan malam.
Apa kata selepas ini minta dia beritahu kalau mahu masak apa – apa di dapur. Mungkin Rani kurang mesra atau selalu sebok jadi dia tak mahu beritahu. Rani boleh mulakan dengan bila dia masuk dapur tanya dia buat apa tu. Boleh join tak? Cubalah ye…
Anis Rahiman : Ramai yang komen cakap “benda ni biasa, benda remeh dan lelaki memang macam ni”. Pada saya, ia bukan semata – mata kerana burger atau makanan, tapi lebih kepada kecil hati sebab suami seolah tak menjadikan isteri sebahagian dari hidup dia.
Kenapa pulak nak masak dan makan sorang – sorang. At least ajak la isteri sekali walaupun ajak – ajak ayam. Sedih tau dapat pasangan yang ignorance macam tu. Buat anak pandai pulak ajak bini.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.