Masa anak saya meninggaI, makcik dan sepupu ejek gembira. Selang beberapa bulan satu persatu anak-anak makcik meninggaI

Semasa hari pengkebuumian anak, ramai kawan – kawan, jiran dan anak – anak tahfiz datang membantu, solat jen4zah dan sebagainya. Tapi makcik – makcik saya datang macam tetamu vip dengan spek hitam besar ala – ala artis ke mahkamah. Mereka siap cakap..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum dan hai. Bismillahirrahmanirrahim. Sebenarnya saya banyak kali type dan padam untuk menulis ni. Takut penerimaan negatif atau salah faham. Tapi saya percaya pada nawaitu saya dan berharap ada pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini sementelah terlalu banyak kisah – kisah t0xic family yang kita baca saban hari.

Saya juga dari t0xic family. T0xic family bukan hanya family saya (bapa, ibu dan adik beradik) tetapi berakar umbi dari nenek, pakcik, makcik, sepupu, anak buah sebeIah ibu saya. Biasanya kita dengar ibu pilih kasih dengan anak yang lebih sikit dari segi kepandaian, rupa paras, rezeki – pendek kata yang ada kelebihanlah.

Berbeza situasi saya bila disisihkan kerana saya lebih sikit dari adik beradik yang lain. Ibu sepertinya tak suka dengan rezeki yang saya ada. Inilah per4ngai t0xic yang diw4risi dalam keluarga sebeIah ibu. Mereka ni 10 adik beradik, 7 daripadanya perempuan.

3 orang abang yang atas semua berkahwin dan tinggal jauh. Ayah mereka meninggaI waktu mereka masih kecil. Jadi mereka dibesarkan tanpa figura seorang lelaki. Dari saya kecil, saya dah tengok macam – macam drama perg4duhan mereka adik beradik. Bila berg4duh tu akan ada tag team.

Team Merah- makcik A, B, C dan D. Team Biru- Makcik E, F & G. Team – team ni akan berubah ubah macam parti – parti politik menjelang pilihanraya. Mereka tak pernah stick dalam satu – satu pakatan. Setakat langkah kajang, langkah sheraton apalah sangat pada mereka.

Perg4duhan selalunya berkisar tentang hasad dengki atas kelebihan yang ada antara mereka. Contoh: makcik B beli kereta baru, ada sajaIah makcik lain yang mengata makcik B sombong berlagak dan akan dipulaukan.

Sekecik kecik kelebihan pun boleh mendatangkan iri hati dan rasa s4kit hati. Yang paling sedih, mereka ni percaya b0moh dan benda khurafat. Suami main kayu tiga pun habis diasapnya. Tapi ends up bercerai juga. Saya tahu sebab kami waktu kecil pun dibawa sama ke tempat berubat.

Kadang – kadang untuk minta air penerang hati (air mineral yang dibaca – baca jampi kemudian diasap dan dihembus – hembus oleh perawat). Naik mual kami dip4ksa minum. Saya selalu bohong ibu sebab geli nak minum.

Nak jaga hati ibu, saya bawa jelah pergi sekolah tapi saya tong sampahkan aja. Bila saya atau adik beradik saya dapat keputvsan cemerlang, makcik – makcik akan claim itu berkat minum air “b0moh”yang diorang rekomenlah. Nak jugak kredit. Ameklah cik.

Ketaksuban mereka tu hingga anak nak ambil exam jpj pun mintak tangkal. Tapi 3 kali ambil juga baru lulus. Per4ngai suka berg4duh dan tak boleh ditegur ini berlanjutan hingga tua. Bayangkan sedang menunaikan umrah dan haji di Mekah pun mereka boleh berg4duh mulut dan bermasam muka.

Sehingga di usia tua, makcik – makcik saya ini sebahagiannya ibu tunggal, sebahagiannya pula ibu kena tinggal. Yang masih bersuami hanya ibu dan seorang lagi makcik saya yang saya kira paling tak banyak hal. Kebanyakan anak – anak makcik saya (sepupu) juga sering kahwin cerai dengan pelbagai lah kisah krt nya.

Tapi semua salah menantu. Tak pernah anak mereka yang salah. Yang bestnya, mereka bangga sangat dengan kawen cerai sebab rasa anak – anak mereka laku macam artis. Sepupu – sepupu saya juga berjaya dalam bidang masing – masing – sc4mmer, f0rex, dr** dealer, peny0ndol.

Makcik – makcik saya tak pernah kesah tentang halal h4ram asalkan nampak kaya berjaya. Dan kami (saya dan sepupu – sepupu perempuan) sejak kecil dah didoktrinkan oleh makcik – makcik supaya carik jodoh lelaki yang sudah established, tua kerepot macam mumia pun takpe, janji berharta.

Jadi janganlah tuan / puan naif sangat kalau tengok ade orang sanggup kahwin macam ni. Selain jodoh yang telah ditakdirkan sebenarnya ada keluarga yang memang sudah groom anak – anak untuk cari jodoh begini. Pelajaran memang langsung tak diberatkan.

Ibu saya sebenarnya disisihkan oleh adik beradik dia kerana dalam ramai – ramai adik beradik, ibu saya paling susah hidup tapi direzekikan punya anak – anak yang terang hati. Kesemua kami anak – anak ibu belajar hingga ke universiti dan Alhamdulillah adik beradik saya tiada lagi yang bercerai berai (nauzubillah).

Saya tak tahu, ibu perasan atau tidak, sebenarnya dia dicemburui oleh adik beradik dia. Tapi mak suka brag pasal saya di hadapan adik beradiknya. Contoh: tolong brag kalau apa – apa achievement saya dan suami – naik pangkat, beli aset etc.

Tapi di depan saya, ibu akan buat tak reti seolah tak heran pun dengan apa – apa achievement saya. Untuk nak neutral kan keadaan, mak akan kutuk – kutuk saya juga depan adik beradik dia. Contoh: bagitau rumah saya bersepah, saya gaji besar tapi suka membazir, saya tak pandai kemas rumah etc.

Disclaimer: ibu saya ni ada ocd dan dia memang surirumah dari dulu lagi. Saya pula bekerja. Dan definisi kemas mak saya dan saya berlainan ye puan – puan. Per4ngai mak yang suka berbangga hal saya ni sebenarnya mengundang kebencian makcik – makcik saya kepada saya.

Walaupun saya jumpe mereka kebanyakan waktu raya sahaja dan fb saya pun tak friend pun dengan sed4ra mara ibu saya ni, tapi mereka tetap tahu perkembangan saya melalui ibu. Dan saya sendiri pun tak pernah share hal personal saya dengan mereka.

Beberapa tahun lepas (sebelum c0bid), saya telah diuji dengan kehilangan anak selepas bersalin. Sedih kehilangan ni sangatlah pedih apalagi bila terp4ksa act normal memandangkan seorang anak kami agak terkesan dan perlu diberi perhatian lebih.

Jadi luarannya memang kami suami isteri nampak tenang sahaja dan cepat move on, tapi hakik4tnya Allah sahaja lah yang tahu. Menyorok menangis berdua dalam bilik sebelum tidur dan selepas tiap kali solat memang menjadi kebiasaan.

Semasa hari pengkebuumian anak, Alhamdulillah dipermudahkan urusan kerana ramai sangat kawan – kawan, jiran dan anak – anak tahfiz datang membantu, solat jen4zah dan sebagainya. Manakala makcik – makcik saya hadir macam tetamu vip dengan spek hitam besar ala – ala artis ke mahkamah syariah, dan langsung tak sedekahkan yasin.

Malah makcik – makcik ni cakap “Sorrylah Lea (saya bukan nama sebenar). Family kita dah lama tak ada kem4tian. Taktaulah. kekok nak buat apa. Datang ziarah ajelah ye” Gitu perasan immortal keturunan vampire twilight ke hapa diorang nih kan.

Dipendekkan cerita selang beberapa bulan selepas kem4tian anak, telah berlakulah satu perselisihan faham antara saya dengan seorang sepupu perempuan saya ni. Tak reti saya nak jelaskn sebab takut panjang pula jadi confession nih.

Cukupla saya bagitau berpunca dari iri hati hal anak – anak kami di sekolah (anak sepupu saya ni sekelas dengan anak saya). Jadi macam – macamlah fitnah dilemparkan kepada kami sekeluarga yang berpunca dari hasad.

Bagi rakan terdekat yang tahu kisah sebenar, mereka semua suruh kami saman malu sahaja sepupu saya yang memfitnah tu. Sebab dia sebarkan fitnah kepada cikgu – cikgu di sekolah anak. Mujurlah cikgu – cikgu tak percaya sebab di sekolah pun anaknya yang bermasalah..

Walaupun fitnah dia agak b0doh seperti kami laki bini pemakan rasu4h dan anak – anak kaki buIi, tapi tetap s4kit hati. Dan saya pula mengambil pendekatan berdiam diri tak membaIas. Saya tak suka dan tak pandai g4duh.

Vocab g4duh saya lemah memang tak setanding mereka yang memang forte dan expert dalam bidang g4duh m4ki hamun majoring in sumpah seranah. Jadi, saya cume block saja whatsapp sepupu dan makcik – makcik saya bagi meredakan keadaan.

Tapi mereka tak puas hati, mereka ser4ng pula di fb, email dan lain – lain medium yang mereka boleh sent. Dasar kaki g4duh! Yang paling mengguriis hati saya hingga berbekas adalah ayat “Padan muka kau. Anak kau tu m4ti sebab mak kau tak suka kau”.

Sehingga kini saya tak boleh lupa ejekan mereka itu. Tak sangka kesedihan saya adalah kegembiraan mereka. Seolah – olah puas melihat kami bersedih sekeluarga. Satu kejayaan buat mereka. Selain itu makcik saya juga menyer4ng saya dan mendoakan saya bercerai berai dengan suami.

Dia cakap di depan muka suami “Bini kau ni sebenarnya jahat. Sama macam anak kau. Pandai berlakon. Satu hari kau tau per4ngai sebenar bini kau, ko mesti bercerai punyalah”. “Bini ko ni macam kera dapat cincin. Dulu kecil hidup susah. Dah senang, berlagak”

Fitnah demi fitnah lagi. Mujur suami saya menjawab “Makcik, kalau isteri saya dulu susah, dia kena susah selamanya ke supaya makcik bole terus h1na dia?” Memang itulah per4ngai makcik – makcik saya. Sejak kecil bila kami balik kampung beraya, mereka akan suruh anak – anak sorokkan purse masing – masing sebab kononnya kami susah dan akan ambil duit mereka.

Begitulah per4ngai memandang h1na pada orang susah. Apabila kehidupan kami lebih baik atas usaha kami, mereka jadi hasad dan tak puas hati. H1naan demi h1naan tu saya telan. Malu juga dengan suami tetapi mujur suami amat memahami dan dia lebih mengenali saya.

Tak tergugat seinci pun kepercayaan dia kepada saya malah dia banyak menyabarkan saya dan minta saya cut off hubungan dengan mereka demi kesihatan mentaI kami sekeluarga. Saya pernah berdoa sambil menangis semasa bertahajud, “Ya Allah aku tak mampu membaIas fitnah dan pengh1naan ini. Maka padamulah aku berserah”.

Seterusnya yang ingin saya ceritakan inilah yang paling saya takut sebenarnya. Selang beberapa bulan, saya dapat tahu melalui sepupu yang masih baik dengan saya, anak makcik saya yang memfitnah dan menyumpah depan suami saya itu, meninggaI dunia.

Ironinya dia meninggaI di hospitaI yang sama dengan arw4h anak saya dan peny4kit yang sama. Allahu. Dipendekkan cerita lagi, dalam tempoh cobid itu, beberapa kem4tian silih berganti di kalangan makcik – makcik yang mengh1na dan mengejek saya.

Makcik A – kem4tian anak juga

Makcik B – kem4tian suami

Makcik C – kem4tian ibu (nenek saya yang dijaga)

Makcik D – kem4tian anak juga

Total 5 kem4tian dalam tempoh 2 tahun dan bukan disebabkan cobid tapi lain – lain peny4kit. Anak- anak yang meninggaI semua muda – muda lagi dan mereka pun orang baik – baik. Walaupun ada sepupu yang ikut per4ngai makcik – makcik, tetapi ada juga yang normal.

Setiap kali menerima berita kem4tian itu saya hanya mampu mendoakan dari jauh untuk arw4h – arw4h sebab kami telah pun putvs hubungan. Namun saya sentiasa teringat kata – kata ibu mereka mentertawakan kem4tian anak saya.

Oh ya, sepupu dan makcik saya tu dah pindah juga ke negeri lain sebab dikejar ahl0ng. So anak saya aman dah di sekolah tu. Saya sebenarnya takut, apalah ibrah di sebalik semua yang terjadi ini. Bukan saya nak mentertawakan mereka tapi saya jadi takut dan lebih menjaga lisan saya.

Dan saya syukur saya tak membaIas kejian fitnah dan h1naan mereka dan berserah pada Allah swt. Saya taktau inikah dik4takan kifarah atau doa dari orang yang terani4ya. Wallahuaklam. Tapi ia benar – benar memberi pengajaran.

Bukan niat saya nak memburukkan keluarga sendiri tapi inilah reality. Jika kita dilahirkan dalam family yang sempurna dan baik, janganlah kita ingat orang lain bertuah seperti kita dan kita judge mereka. Bagi yang dilahirkan dalam family seperti ini, janganlah kecewa dan patah semangat.

Break the cycle. Don’t carry your parents’ siins. Move on dan memaafkan. Jarakkan diri jika perlu. Cut off if melampau. Allah tak k3jam dan Allah tau niat kita terhadap sesuatu tindakan yang diambil. Terima kasih membaca nukilan ini. Kalau ada kebaikan, ambillah sebagai pengajaran dan abaikan jika sebaliknya. – Lea (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Chintia Gurney : Aku ade je sepupu sepapat yang t0ksik macam ni. Apa aku buat? Lepaskan diri dari apa – apa media sosiaI yang ada mereka. Bila tak dapat follow hidup masing – masing, hidup aku pun aman. Raya pun aku ngelak jumpa.

Ade yang tak balik kampung. Hidup pun bawak jauh – jauh dari semua orang. Tak payah ambik tahu adalah lebih baik daripada tahu. Ko takkan boleh hentikan apapun makcik – makcik ko nak cakap, kalau boleh, pindahkan anak kau sekolah. Tak payah 1 sekolah dengan anak sepupu tu. Biar aman sikit hidup tu.

Orkead Lilac : Jangan main – main dengan doa orang terani4ya. Jangan juga suka tabur fitnah. Akibat fitnah, m4ngsa dipandang h1na oleh sib0doh yang percaya bulat – bulat kata – kata dari sidungu, silaturrahim aku putvs serta dipulau.

Semua ini bermula dari iri hati, tidak boleh orang lebih dari dia. Aku pernah lalui semua ni. Bertubi – tubi diser4ng dengan kata – kata teruk. Bertalu – talu dimaIukan di media sosiaI. Dijaja fitnah – fitnah. K3jam yakmat. Aku diamkan diri.

Aku blocked semua t0ksik – t0ksik dalam hidup aku. 1st aku buat masa kene tu, aku serah bulat – bulat pada Allah dan berdoa semoga Allah tunjuk kebenaran. Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun… Bertubi – tubi pemfitnah itu menerima ujian silih ganti.. Sabar..

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.