Ibu ada banyak tanah, adik beradik yang lain, ibu offer suruh buat rumah. Nama aku langsung tak disebut. Aku cemburu. Anak aku tak dapat rantai emas dari ibu, macam yang ibu hadiahkan pada anak kakak. Aku cemburu..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Terima kasih admin jika confession ini disiarkan. Nama aku Jasmine (nama rekaan). Seorang ibu dan isteri yang bekerja. Aku mahu berkongsi mengenai aku, ibu aku dan adik beradik aku.
Isu pertama: Layanan ibu. Semasa kecil aku memang nakal tapi aku selalu dapat nombor 1 dalam kelas dan dapat straight A’s. Adik beradik aku pon perform dalam pelajaran cuma mereka tak senakal Aku. Aku selalu kena marah, kena r0tan. Itu biasa. Aku tak heran dan tak makan hati pon sebab aku memang nakal.
Disebabkan aku nakal, ibu selalu bercakap tegas dengan aku. Dengan adik beradik yang lain ibu tak setegas itu, masih ada senda gurau. Cara ibu melayan aku sebegitu berlarutan sehingga hari ini. Aku dah terbiasa tapi aku juga kecil hati kadang – kadang.
Kenapa ibu masih layan aku macam tu? Aku dah tak nakal macam dulu tapi cara ibu bercakap dengan aku tak berubah. Contohnya sekarang kalau ibu tak setuju dengan apa yang aku cakap, ibu akan cakap terus terang dengan aku.
Tapi kalau adik beradik lain ibu akan guna bahasa berlapik siap ada gelak ketawa lagi. Aku cemburu, sumpah aku cemburu. Mungkin ibu dah terbiasa bercakap begitu dengan aku. Entahlah.
Isu kedua: Pembahagian tanah. Ibu ada banyak tanah. Ibu sudah lama berhasrat nak buat rumah sewa tapi ayah tak nak. Jadi ibu berpakat dengan kakak, Hibiscus. Hibiscus bergaji besar, jadi Hibiscus keluarkan sedikit modal untuk pembinaan rumah sewa atas tanah ibu.
Aku tak bertanya sebanyak mana modal yang dikeluarkan, mungkin 50 – 50 dengan ibu, aku tak tahu dan aku tak nak tahu. Jadi sudah tentu tanah dan rumah itu nanti akan menjadi hak milik Hibiscus bila ibu sudah tiada kerana dia yang telah keluarkan banyak modal.
Seterusnya, ibu juga sudah banyak kali menyuruh abang aku, Tuah, mendirikan rumah di tanah ibu yang lain pula. Sudah tentu tanah dan rumah itu akan menjadi milik Tuah jika dia buat rumah si situ. Tapi Tuah Masih tak buat apa – apa.
Kemudian, ibu juga telah menjual tanahnya yang di hujung kampung kepada kakak aku yang lain, Lavender. Aku rasa mesti ibu jual dengan harga yang murah sebab ibu pernah beli tanah dengan arw4h nenek dengan harga yang murah dari harga pasaran, jadi aku agak perkara yang sama berlaku.
Aku juga tak tanya sebab aku bimbang jika aku tahu, aku akan kecil hati. Kenapa aku kecil hati? Sebab aku langsung tak disebut untuk diberi tanah. Ya aku dah ada tanah dan rumah sendiri hasil titik peluh aku sendiri. Tapi Aku mahukan keadilan.
Jika adik beradik aku semua dapat kenapa aku tidak? Kenapa ibu aku tak berlaku adil? Kenapa ibu selalu sebut tanah – tanah yang dia beri kepada adik beradik di depan aku tetapi langsung tak beri apa – apa pada Aku?
Aku pernah luahkan perkara ini pada suami. Suami suruh aku slow talk dengan ibu, tanya ibu kenapa. Aku tak mahu. Aku tak mahu pon tanah tu. Aku taw4r hati. Aku cuma nak ibu berlaku adil antara semua anak, itu sahaja. Aku giIa harta? Aku Rasa tidak. Aku tak melenting pon bila tahu perkara ini semua, cuma aku sedih kerana aku dipinggirkan.
Isu ketiga: Hadiah kepada cucu. Dalam adik beradik aku, Lavender, Tuah dan Aku yang telah berkahwin. Semasa kakak aku Lavender melahirkan anak sulung, ibu hadiahkan anaknya itu rantai emas. Ibu kata itu hasil duit pemberian Lavender setiap bulan kepadanya, jadi ibu belikan rantai itu kepada anak sulung Lavender. Semasa itu aku masih di university.
Untuk anak sulung abang aku Tuah, ibu memberitahu aku dia tidak belikan rantai atau apa – apa barang kemas kerana ibu telah banyak keluarkan modal untuk abang mula berniaga. Ibu kata modal itu juga sudah menjadi pengganti hadiah untuk anak sulung Tuah.
Semasa itu aku belum berkahwin. Sekarang aku juga telah mempunyai anak. Yang sulung juga perempuan. Tetapi langsung tidak diberikan hadiah oleh ibu sehingga sekarang walaupun sepasang baju. Sekarang Aku sudah mempunyai 2 anak.
Dulu aku fikir ibu akan memberikan hadiah kepada setiap anak sulung kepada anak – anaknya, tetapi aku silap. Hadiah hanya untuk anak sulung Lavender dan Tuah sahaja. Bukan anak aku. Tidak mengapa, Aku sudah belikan gelang emas kepada anak aku hasil duit gaji aku sendiri.
Kenapa begini ibu? Aku juga menghulurkan duit setiap bulan kepada ibu sama seperti Lavender. Kenapa ibu tak berlaku adil kepada anak – anak aku juga? Sumpah aku sedih bila anak – anak aku juga kena tempiasnya. Banyak lagi perkara yang aku berkecil hati dengan ibu.
Cukuplah 3 isu itu sahaja yang aku kongsikan. Aku cuma berharap ibu berlaku adil dan aku juga berharap aku tidak berd3ndam dengan adik beradik aku kerana hubungan kami sangat rapat. Cuma layanan ibu aku yang berbeza.
Aku juga tidak mahu memperlakukan anak – anak aku seperti ibu melayan aku. Jika aku peIuk anak sulung aku, aku juga akan peIuk anak kedua. Jika anak sulung aku belikan baju, anak kedua pon aku belikan juga. Aku tak mahu anak – anak aku fikir aku tak Adil.
Semoga aku istiqamah begini melayan anak – anak. Tolong berikan aku nasihat. Berd0sa ke aku fikir ibu aku tak adil? Tolong doakan aku kuat semangat. Banyak kali aku menangis mengenangkan layanan ibu aku. Aku tahu ibu juga sayangkan aku, kalau tidak tak mungkin dia hantar aku sampai university. Aku tak mahu harta ibu. Tanah, barang kemas, aku mampu beli. Cuma layanan ibu terlalu mahal untuk aku. Sekian, – Jasmine (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Adam Sole : Alhamdulillah dengan berkat doa ibu, ko sekarang dah berjaya. Tak perlu lah nak overthinking fasal ibu. Santuni lah ibu sebaik mungkin dan bahagiakanlah keluarga ko sendiri.
Afifah Sumayyah Mohmad Nawawi : Dah jadi ibu kan. Jangan buat benda sama macam ibu buat. Favouristism ni. Sebab dah tau pasti ada yang berkecil hati. Walaupun semua adik beradik lahir dari rahim yang sama. Bila adanya sifat membanding anak kesayangan sekian – sekian pasti ada yang berkecik hati. Nak tau direct kena tanya direct la. Heart to heart. Ibu sendiri kan.
Matt Empat Puluh Enam : Cukuplah dengan ibumu mengandungkan kamu selama 9 bulan 10 hari, dicebuk, disuap, dimandikan. Kamu juga ibu, tahu peng0rbanan seorang ibu, merasai nikmat melahirkan, ibumu tetap ibumu.
Pasang niat untuk memandikan dan menyempurnakan jen4zah ibumu apabila beliau kembali ke Maha Pencipta. Jangan sedih, kerana ibu tetap ibu, manusia seperti kita, pend0sa yang h1na, hanya Allah Maha Penyayang kepada h4mba – h4mbaNya.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.