Masa dlm jagaan keluarga angkat, anak nampak selekeh. Aku menyesal serahkan anak pada keluarga angkat

Masa aku disahkan mengandung anak yang ke-7, aku buat keputvsan nak serahkan anak pada keluarga angkat. Alasan aku, “kita bagi peluang untuk orang yang tak ada anak jadi ibu bapa pula.” Masa baby dalam jagaan aku, memang kemas dan wangi bau baby. Tapi masa mereka jaga, tak berbedung, langsung tak ada bau baby!

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua… Aku disahkan mengandung anak ke 7. Aku terlintas nak bagi anak dalam kandungan ini pada keluarga angkat tetapi bersyarat. Masa tu usia kandungan aku sudah hampir 15 minggu.

Dalam masa tu aku ada berbincang dengan suami, alasan aku, “kita bagi peluang untuk orang yang tak ada anak jadi ibubapa pula.” Biar mereka rasa seronok dan pelbagai lagi niat baik kami untuk bakal keluarga angkat, sekaligus untuk kesempurnaan hidup anak kami itu juga.

Sebelum tu kami bukan la naif sangat sampai tak mampu nak memelihara anak kami, jangan salah faham. Oh ye, sebelum tu suami aku ni berkerja ya bukan tak berkerja. Ok sambung. Dapat bakal keluarga angkat yang baik,

berpendidikkan, bersopan santun, ekonomi kukuh, serta telah berkahwin atas 10 tahun. Kami berjumpa, berkenalan, pada pandangan aku, mereka suami isteri adalah orang yang baik – baik je. Aku namakan si isterinya Kak Zu dan suaminya abang Kamal.

Masa ni Kak Zu bagitahu dia datang dari family yang baik – baik laa, kiranya anak ustaz dan adik beradik dia semuanya baik – baik. Bermulalah rutin check up kIinik, kadang – kadang ada juga Kak Zu ni hulur duit untuk buat belanja.

Dia hantar makanan dekat rumah walau aku tak ada minta – minta. Banyak jugak kebaikkan yang dorang ni buat. Aku suarakan pada keluarga aku untuk bagi anak dalam kandungan aku ni dekat orang, tapi keluarga aku tentang dan marah, emak ayah adik beradik aku semua tak bagi tapi aku dengan keputvsan, tetap nak bagi.

Mungkin aku rasa mereka dah banyak tolong aku, seterusnya aku rasa TERHUTANG BUDI. Kak Zu juga ada berjanji dengan aku untuk tidak putvskan hubungan aku dengan anak aku nanti. Itu membuatkan aku yakin dengan dia.

Aku sem4kin hari sem4kin sarat. Bertambah tertekan bila family aku agak renggang dengan aku. Tapi Kak Zu selalu bagi kata kata semangat. Kak Zu selalu kongsi dekat aku ayat – ayat yang boleh diamalkan waktu mengandung, belikan vitamin dan macam – macamlah.

Aku sem4kin terhutang budi. Bulan berganti bulan, akhirnya tiba la waktu aku melahirkan. Waktu ni Kak Zu asyik whatsapp share doa, katanya buatkan solat hajat untuk aku. Nampak tak kebaikkan dia? Aku lahirkan seorang anak lelaki yang comel, berkulit putih, bibir merah dan rambut lebat.

Bayi aku dan aku tak ada apa masalah dan kami boleh balik. Esoknya tu Kak Zu nak datang dan dia whatsapp aku untuk ambil terus baby ni untuk dibawa balik, kat sini aku nampaklah ketamakkan dia sikit. Tapi aku tak bagi lagi dan suruh dia bersabar, katanya dia tak boleh tunggu lama sebab makan ubat hasilkan susu ada risiko pada dia!

Hasilkan susu untuk mahramkan baby. Checkup baby macam biasa sebabnya baby ada kuning cuma tak tinggi dan tak kena tahan wad pun. Aku pun takde masalah apa bila nurse datang dekat rumah. Sepanjang dalam jagaan aku dan suami baby kami ni ok je, kemas, wangi bau baby, bau minyak telon, baju, bedung semua kemas dan rapi.

Sampai keluarga terdekat yang tengok baby banyak kata, “comel sangat, sayangnya nak bagi orang jaga.” Hampir tak jadi tapi tetap aku berpegang pada janji. Sebab janji dalam masa 2 minggu tiba la waktu untuk aku dan suami tunai janji, kami dibawa ke balai polis buat surat untuk serahkan baby dalam hati ni sayu sangat, teringat lagi langit pun turut menangis.

Penyerahan pun berlaku, ada Kak Zu dan suaminya bagi aku saguhati juga. Kak Zu whatsapp aku hantar gamba baby, pujuk – pujuk aku dan bagi kata kata semangat dan yakinkan aku yang anak aku dalam jagaan yang baik.

Tapi cuma sementara je, dekat sebulan baby duduk dengan keluarga angkat, dah jarang – jarang kak Zu update pasal baby. Ada juga kak Zu wasap tapi sembang pasal lain bila aku tanya pasal baby kadang lambat – lambat dia baIas dan tak baIas langsung.

Takut benar ya dia bila seorang emak tanyakan anak dia. Oh ye, tadi aku ada sebutkan masa dengan aku anak aku dalam jagaan yang rapi tapi berbeza bila dia duduk dengan Kak Zu baju agak selekeh, baju lain seluar lain.

Ini berdasarkan gambar yang dihantar dekat aku. Takde gambar yang elok sikit la, gambar dalam keadaan gerak la, terkilan sangat. Tapi aku masih diam lagi tanpa luahkan kat sesiapa. Terakhir aku jumpa baby aku waktu nak buat surat beranak dan pengangkatan anak angkat.

Masa tu takde bau baby langsung! Kalau tak berbedung, aku faham sebab budak sekarang bukan nak bedung sangat pun, tapi sekurangnya berbalut la sikit baby masih dalam p4ntang waktu tu. Aku sedih waktu jumpa baby ni tapi tak boleh nangis depan orang, cuma pandang baby aku sambil aku cakap dalam hati, “SUNGGUH MAMA RINDU”.

Bila balik tuuu bertambah aku tak ok, asyik menangis je. Adalah jugak aku luahkan dekat Kak Zu tentang kesedihan aku tapi dia just cakap, “ala biasa la tu, masih baru lagi.” Tapi lupa ke kau Kak Zu apa silaturahim aku dengan baby dalam peIukkan kau sekarang.

Dia da tak update langsung pasal baby sekarang, bukan aku suruh update sentiasa tapi sekurangnya sesekali hanta la gambar. Semua orang tahu kan RINDU SEORANG EMAK PADA ANAKNYA, TAK BERKETEPIAN…

Kisah terakhir. Kak Zu bagi tahu anak aku ada masalah kaki ke dalam setelah sebulan dengan Kak Zu, dan dia cakap punca masa duduk dalam rahim aku, aku lagi yang disalahkan. Anak aku ada masalah kuman dalam d4rah di bawah jagaan dia, tu pun dia macam nak salahkan aku, tanya aku ada masalah jangkitan kuman ke masa mengandung,

AKU TAK ADA APA – APA MASALAH LANGSUNG WAKTU MENGANDUNG. Tapi masa sepanjang anak aku dekat wad memang dia update walaupun tak memuaskan hati aku sebab ada yang dia ignore saja soalan aku. Katanya dia penat str3ss jaga anak dekat wad.

Ok lah aku faham. Sem4kin hari aku nampak ketamakkan dia untuk menjatuhkan aku sebagai emak kandung, cuma aku tertanya sampai bila dia sanggup nak menipu diri sendiri. Aku betul – betul menyesal bagi anak pada dia bila tahu sifat tamak dia macam ni.

Aku ada suarakan aku nak ambil anak aku semula dan Kak Zu tegaskan dia da daftarkan kat JKM kalau nak ambil kena melalui JKM dan mahkamah dan kena bayar balik yang dia dah berhabis tu cash! Aku cakap aku bayar bulanan dan aku ok saja ikut prosedur yang ditetapkan!

Dia Whatsapp lagi, “sebenarnya kami disuruh untuk tak payah berbaik – baik dengan family baby ni.” Pada aku Kak Zu dah ada sifat tamak dia, aku sedih, betul – betul menyesal. Mana hilangnya Kak Zu yang aku kenal dulu? Aku betul – betul rindukan anak aku.

Aku harap doa dari semua orang agar Allah lembutkan hati Kak Zu dan suami serah balik pada aku anak tu, tempat selayaknya seorang anak adalah di sisi ibunya. – Cik Mama (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Fadlin Mid : Agak sangsi bila confessor macam kelihatan amat ‘mudah’ membuat keputvsan menyerahkan anak ke-7 seawal kandungan 15 minggu hanya dengan alasan “biar org lain yang takde anak merasa jadi ibu bapa”.

Sedangkan mengaku mampu jaga, mungkin ada cerita yang disembunyikan? Memang silap anda dan suami sendiri. Apa – apalah. Semoga bertemu penyelesaian yang baik.

Sherry Reddy : Saya tak ade anak, jadi saya tak tau apa yang puan fikir masa niat nak beri anak kat org lain. Apatah lagi masih dalam kategori mampu. Kalau pendapat saya sebagai anak, saya akan marah benci ibu kandung sebab begitu mudah nak bagi kat org lain.

Saya ada kawan, mak dia bagi adik paling bongsu pada makcik dia, mak dia tak nak tapi sebab dipujuk – pujuk, dirayu – rayu. Sebab diorang sed4ra, jadi selalu jumpa, kawan saya cakap luaran adik dia nampak ok tapi pernah sekali adik dia nangis – nangis tanya kenapa mak bagi adik pada makcik?

Kau rasa? Sedih tau. Anak tu macam – macam yang difikirkan, rasa tak disayangi, rasa rendah diri, inferiority complex. Kenapa banyak – banyak anak, aku yang dibagi kat orang, gitulah. Apa – apa pon kena la hadap. Itu pilihan yang puan buat sendiri.

Rosjusuziana Jumaat Ali : Anak angkat ni, selagi kita tak buat surat pengesahan dekat JPN tiada jaminan untuk keluarga angkat. Selagi tiada surat pengesahan JPN tu selagi tu la anak tu masih di bawah tanggungjawab ibu bapa kandung walaupun ada surat JKM pun.

Tolonglah jangan buat anak tu macam barang dagangan. Macam piala yang nak direbut. Selalu family kandung dan family angkat takde masalah tapi yang kiri kanan ni suka jadi makhluk perosak, penghasut.

Husna Kamaruddin : Akak masih dalam p4ntang ke? Maaf ye kalau ayat saya menusuk sikit. Saya simpati pada akak dari pandangan seorang ibu tapi saya kurang simpati pada akak dari pandangan seorang manusia.

Akak ingat anak ni kucing? Kalau terlahir anak ramai je kita boleh serah sana sini, alasan nak bagi peluang pada orang lain baik sangat dah. Tapi masalahnya, kita ni manusia kak, hati senang bolak balik.

Benda dah jadi kak, terima la hakik4t hak akak pada anak mesti melalui JKM sebab akak yang nak serahkan. Teguran pada seorang ibu kepada seorang ibu yang lain pasal cara penjagaan anak adalah TIDAK PATUT SAMA SEKALI.

Akak ibu kan, jadi akak pasti marah bila kami k0ndemkan, macam tu lah kami marah sebab akak k0ndem cara penjagaan anak orang lain. Maaf ye kak. Harap akak istiqamah, orang yang bersabar tu selalunya ada habuan lebih tinggi, insyaAllah. Doakan anak akak sihat dengan keluarga baru, amiin. Selamat berp4ntang kak.

Norsilawati Jaminam : Memang la kak Zu tu jadi macam tu, serabut gaknya asyik tanya pasal baby tu. Dia dah anggap baby tu anak dia, kemudian ada yang sibuk – sibuk tanya nak tengok gambar la apa la.

Dia pun rasa ter4ncam la sebagai mak angkat. Puan dah buat keputvsan nak bagi baby tu, bukan Kak Zu tu yang p4ksa. Semua buat ikut prosedur dah pun, jadi puan nak tak nak kena terima hakik4t baby tu dah jadi hak Kak Zu dan suami dia, bukan hak puan lagi dah.

Jadi dia nak bagi gambar ke nak update ke tak kat puan, ikut suka dia. Mungkin dia risau bila bagi gambar baby comel, cantik, sihat puan jatuh sayang nak ambil balik pulak baby tu. Sudah – sudahlah biarlah Kak Zu dan suami dia jaga baby tu.

Puan jagalah 6 orang lagi anak puan yang lain tu baik – baik. Doakan je baby tu selamat dan sihat dalam jagaan Kak Zu dan suami. Doa ibu tak akan putvs, tak perlulah nak tuntut balik baby tu.

Nurulfidzilah Mohamed Jalal : Kepada puan confessor, kaki ke dalam tu biasa jadi dekat baby, cuma ada yang teruk sampai kena pasang pendakap sementara, ataupun yang tak teruk. Dalam rahim baby duduk kaki ke dalam, bila dah lahir jadi habit la.

Rasanya bukan ibu angkat tu salahkan puan pun, dia cuma jelaskan je. Bab jangkitan kuman dalam d4rah tu mungkin dia tanya je. Kot – kot masa mengandung puan ada GBS ke. Puan bagiIah dia peluang menjadi ibu, baru pertama kali kan.

Takut – takut dia rasa ins3cure dengan puan, lama – lama dia terus putvskan hubungan dengan puan. Kan dah tak best macam tu. Bukan senang nak dapat anak angkat tau. Sedangkan baby luar nikah pun susah nak diangkat, ni kan baby yang sah taraf. Kebanyakan orang nak baby yang sah taraf sebab tau asal usul keturunan. Lagi mudah uruskan hal – hal pendaftaran dan lain – lain.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?