Masa hari sukan, sorang pelajar buat pengumuman kat padang yang aku anak banduan

“Dia ni lah, anak banduan. Ayah dia kat penjara”. Sambil menunjuk aku. Aku dengan muka takde perasaan berlalu pergi walhal dalam hati ni berteriak ingin lenyap dari bumi. Terima kasih sangat kerana sudah membuka aib aku. Pandai dia pilih waktu yang sememangnya semua murid tengah berkumpul beramai – ramai..

#Foto sekadar hiasan. Nama aku Nani. Usia aku 25 tahun dan baru habis belajar di sebuah Universiti Awam. Aku bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah swasta. Disebabkan sekarang masih lagi PDPR, maka aku banyak habiskan masa di rumah bersama ibu dan ayah.

Apa yang aku nak ceritakan mungkin tidak menarik tapi ingin aku highlightkan tentang indahnya ‘sabar’. Rata – rata luahan aku baca semuanya mengenai wanita yang terani4ya dengan suami. Tidak terkecuali Ibu aku. Ibu aku seorang wanita yang sangat sabar.

Dua puluh tahun Ibu setia dan sabar dengan suami yang merupakan seorang pen4gih d4dah. Masa aku umur lapan tahun, aku dapat tahu ayah penagih d4dah. Bukan daripada mulut Ayah atau Ibu. Tetapi aku diejek di sekolah sebagai anak pen4gih d4dah.

Aku menyorok di tandas kerana tidak tahan ejekan. Aku menangis. Balik dari sekolah, aku tanya Ibu dan Ibu mengiyakan. Walaupun masih kecil pada waktu itu, hati aku h4ncur luluh. Tambahan, di sekolah cikgu – cikgu seringkali sematkan dalam minda kami pen4gih d4dah adalah sampah masyarakat.

Jadi aku berpikir, aku ni anak sampah masyarakat lah. Sejak hari itu, Aku jadi sangat pendiam. Semua kawan mula menjauh. Ibu dan ayah mereka pun seperti jijik melihat aku. Aku mula membawa diri. Semuanya bersendirian hinggakan aku rasa nak berhenti sekolah.

Budak usia lapan tahun mana tahu apa – apa. Yang mereka tahu, pegi sekolah seronok sebab ramai kawan sebaliknya aku pergi sekolah hanya menempah h1naan, ejekan dan c4cian. Hidup aku menjadi sangat sukar pada waktu tu.

Setahun terasa begitu lama. Pada usia aku sembilan tahun, kami berpindah ke kawasan lain. Pindah sebab dihaIau tuan rumah. DihaIau tanpa beIas ehsan sebab ketahuan ketua keluarga kami pen4gih d4dah. DihaIau keluar pada waktu malam serta – merta.

Aku tak tahu macam mana cerita ayah seorang pen4gih d4dah tersebar luas. Yang aku tahu satu kampung membenci kami. Ayah punya salah, habis anak – beranak dibenci termasuk dengan aku dibenci dipandang h1na. Hebat kan kesan d4dah ni.

Aku ingat dengan perpindahan tersebut, hidup aku dan keluarga bertambah baik malah m4kin teruk. Ayah menghisap d4dah depan aku dan adik – adik. Ibu selalu marah ayah sebab bawak balik benda h4ram kat rumah. Buat benda h4ram kat rumah depan anak.

Jadi hal ni mencetuskan perg4duhan. Hari  – hari berg4duh. Ayah buat tak tahu dan terus menghis4p dan bila dah high dia diam dan tidur. Ibu hanya mampu menangis. Masa tu Ibu sedang sarat pregnant anak yang keempat.

Aku masih ingat, di rumah tu ada sebuah bilik gelap cahaya merah samar – samar sebab ayah mangg4ntungkan selimut sebagai langsir. Dalam bilik itulah ayah membuat projeknya. Tibalah suatu hari ayah mula membawa kawan untuk sama – sama memulakan projek di bilik tu.

Masa ni Ibu dah letih agaknya. Dia haIau semuanya keluar. Lepas tu dia menangis. Ayah bising – bising di luar rumah. Hal yang Ibu sorokkan dari jiran – jiran sudah terbongkar. Kami berpeIukan anak – beranak lepas Ayah pergi bersama – sama kawannya.

Pada waktu tu aku terlalu bencikan ayah. Aku suruh Ibu bercerai dengan ayah. Aku nekad. Usia sembilan tahun aku dah menginginkan ayah ibu aku bercerai. Sebab aku tak tahan hari – hari Ibu ayah berg4duh dan aku jadi bahan ejekan di sekolah.

Ayah lama menghilangkan diri. Entah ke mana pergi. Ibu mula keluar mencari kerja. Ibu dapat kerja di sebuah kilang dalam keadaan sarat mengandung. Ibu gagah jua. Tapi Ibu kerja dalam tiga bulan macam tu, dan Ibu berhenti kerana melahirkan adik.

Kami hidup macam biasa, makan nasi gaul minyak dan garam. Tak beramah mesra dengan jiran, sebab pandangan jiran semuanya negatif. Lebih baik kami berkurung. Tanggal 31 Ogos 2005. Hari merdeka merupakan salah satu hari sambutan yang menyeronokkan bagi semua rakyat Malaysia.

Tapi kami melalui hari tersebut dengan ketakutan. Malam tu, kami duduk dalam gelap gelita. Tiada satu lampu terpasang seolah tiada orang di rumah. Kami tidur dalam keadaan rapat berpeIukan satu sama lain. Rupanya Ibu dah tahu bahawa malam ni ceti atau along akan datang rumah.

Ceti tu berbangsa Cina datang malam merdeka menggegarkan pagar. Aku ingat lagi aku intai di tingkap, ada dua orang Ceti sorang gemok dan sorang kurus. Mereka ugvt bahawa akan pecah masuk jika tak keluar rumah. Setelah mencuba beberapa kali membuat bising sehingga jiran – jiran semua keluar tengok, dua orang cina tu pun berlalu pergi.

Setelah hari itu, kebencian aku terhadap ayah sem4kin menebal. Ayah sanggup biarkan kami dalam keadaan bah4ya. Baru aku tahu, ayah tak balik berbulan bukan sebab Ibu halau tapi sebab lari dari Ceti. Ayah pinjam Ceti RM500 je.

Tapi gaya Ceti tu gegar pagar macam 5 ribu. Mungkin memang kerjanya. Aku memasuki tahun 6, ayah masih sama. Oh ye, kami sudah berpindah ke kawasan baru. Kali ni bukan dihaIau tuan rumah tetapi lari dari Ceti. Tetap pindah pada waktu malam.

Sampai ke harini, aku rasa pindah pada waktu malam ni adalah hal yang tak normal. Mungkin pengalaman sendiri. Perpindahan yang lebih menjurus kepada sebuah pelarian. Kami menjalani hidup macam biasa. Hari – hari melihat Ibu ayah bertengkar.

Tidur dengan nyamuk yang terlalu banyak sebab rumah dikelilingi hutan. Masih makan nasi putih gaul dengan garam dan minyak lauk. Kadang – kadang makan nasi bubur sebab beras abis. Kami selalu berdoa supaya Allah turunkan makanan sedap – sedap dari langit.

Bila terlalu lapar, kami akan lihat majaIah makanan atau buku teks sekolah yang ada gambar makanan dan mula mencubit gambar makanan lalu disuapkan ke mulut. Anehnya, terasa kenyang walaupun cuma lakonan sehingga tertidur.

Begitulah kami menjalani hidup sehari – hari. Aku pun dah lali dikenali sebagai anak pen4gih d4dah. Nak kawan ke taknak kawan ke terpulang. Aku hanya buat hal sendiri. Ayah masuk penjara pada November tahun 2007 selama 6 bulan.

Dan waktu tu aku mula memasuki 12 tahun pada 2008. Ibu menguruskan kami sepenuhnya. Ibu bekerja petik sayur di sebuah kebun cina. Hidup kami sedikit bahagia dengan ketiadaan ayah. Walaupun perit tapi aku tenang sebab Ibu tak perlu menangis dan bertengk4r dengan Ayah.

Tapi aku tahu Ibu rindukan ayah. Isteri mana yang tidak sayangkan suaminya. Seburuk – buruk suaminya, Ibu tetap pert4hankan Ayah. Tiap kali aku meluahkan kebencian aku terhadap ayah, Ibu selalu menasihati aku. Dia ayah aku.

Buruk baik dia tetap ayah. D4rahnya mengalir dalam tubuh aku. Betapa sukarnya untuk seorang kanak – kanak menelan semua kepahitan tersebut. Aku selalu menghasut Ibu bercerai dengan ayah. Tapi Ibu selalu cakap, Ayah boleh berubah.

Walhal dah berapa tahun kami tetap hidup dalam kesengs4raan. Aku hampir putvs asa. Satu hari di sekolah, guru kelas aku dapat tahu ayah masuk penjara tapi dia seolah tak percaya. Aku cuba menyembunyikan sebab cikgu tu tanya secara terbuka di dalam kelas.

Ramai yang memandang t4jam aku sewaktu cikgu tanya “Nani, ayah awak masuk penjara ke atas sebab his4p d4dah?”. Aku rasa d4rah aku terhenti. Tetapi aku cuba kawal keadaan dengan menafikan soalan cikgu. Aku tak nak dih1na lagi oleh kawan – kawan.

Biarlah mereka cuma tahu aku anak pen4gih tapi bukan anak pen4gih dan banduan. Hal itu akan menjadikan aku seorang insan yang h1na lagi dina. Langit tak selalu cerah meskipun langit aku memang sedia mendung. Akhirnya, aku diketahuan bahawa ayah aku berada di penjara,

Tetapi bukan di kalangan guru tetapi di kalangan rakan sekolah apabila salah seorang budak sekolah aku yang merupakan jiran aku membuat pengumuman di padang sekolah sewaktu hari sukan. Pandai dia pilih waktu yang sememangnya semua murid tengah berkumpul beramai – ramai.

“Dia ni lah, anak banduan. Ayah dia kat penjara sebab hisap d4dah”. Sambil menunjuk aku. Aku dengan muka takde perasaan berlalu pergi walhal dalam hati ni berteriak ingin lenyap dari bumi. Terima kasih sangat kerana sudah membuka aib aku.

Sewaktu ayah keluar penjara, ayah dah gemuk dan nampak seperti manusia normal. Aku nampak senyuman di wajah Ibu. Ibu sambut kepulangan ayah dengan bahagia dan Ibu termakan semua janji ayah. Ayah janji ayah berubah. Aku terp4ksa akur pilihan Ibu.

Aku cuba mengikis kebencian aku. Aku belajar terima ayah seadanya dan melupakan kisah lalu. Kami berhijrah lebih jauh. Kali ini, perpindahan kami pada waktu siang. Bagiku, mungkin permulaan yang baik. Aku cuba lupakan tentang niat aku untuk memujuk Ibu bercerai.

Ibu bahagia seharusnya aku juga bahagia. Ibu tetap sabar dan penuh pengharapan bahawa ayah akan berubah. Namun, janji tinggal janji. Aku menjalani hidup yang sama cuma tempat berbeza. Pertengk4ran Ibu dan Ayah dah sebati dalam diri aku.

Kadang – kadang aku marah dengan Ibu sebab tak nak bercerai dengan Ayah. Ibu selalu pesan, Ayah tu tetap Ayah sampai bila – bila. Dia akan berubah. Jangan benci ayah sebab bukan salah dia. Allah sedang uji ayah dan uji kita.

Sehingga kadangkala aku persoalkan kenapa Allah uji aku? Aku jeles tengok kawan – kawan yang bahagia. Aku tak layak ke. Sesungguhnya perjalanan hidup aku dari sekolah rendah hingga menengah takde yang indah. Aku tingkatan tiga, ayah masuk lokap.

Seminggu dan Ibu jamin ayah. Aku memang dah tawar hati. Aku derh4ka kepada ayah kerana menafikan kewujudan ayah. Aku berper4ng em0si sendirian. Bukan senang untuk belajar menerima insan yang hanya memberi Iuka.

S4kit, perit aku telan, aku hadam semuanya. Aku dah muak dengan janji ayah. Aku dah letih dengan perkataan sabar. Aku dah tak larat mendengar perkataan peluang. Agaknya Allah takkan mendengar rintihan aku. Tahun 2014 kami berpindah lagi.

Aku dah habis sekolah dan menyambung STPM. Oh ye, pembiayaan sekolah kami semua guna biasiswa dan pendapatan Ibu. Ayah kerja takde duit. Aku dah malas nak siasat ke mana duit kerja ayah. Kadangkala, duit biasiswa pun ayah minta walau cuma sepuluh ringgit dan kemudiam bergegas ke “port”.

Sem4kin dewasa, aku hanya mampu menitipkan doa je supaya ayah berubah satu hari nanti menjadi Ayah yang sihat daripada naj1s d4dah. Aku ingin ayah seperti orang lain. 2017, Ibu sudah longlai. Ibu hubungi AADK selepas buat solat istikarah.

Ibu cerita, dalam istikarah tu Ibu minta kalau terbaik buat ayah untuk berada di pusat pemulihan, permudahkanlah ayah tertangkap, jika tidak Ibu akan memaafkan ayah dan memberi peluang yang entah ke berapa kali. Pada satu petang, rumah aku diserbu AADK.

Macam serbuan polis dalam rancangan 999 (berdasarkan penceritaan Ibu). Pada waktu ini, aku sedang menjalani semester kedua di Universiti. Mereka membuat ujian air kencing ayah. Disebabkan saringan air kencing negative d4dah maka mereka tak boleh menahan Ayah tetapi mereka berpesan pada Ibu, sekiranya perlu Ibu boleh menghubungi mereka.

Maka, jawapan istikarah Ibu terang lagi bersuluh. Selepas serbuan, Ayah sem4kin berubah. Saban hari ayah menunjukkan sedikit ‘sikap dan peranan’ yang selayaknya seorang ayah. Ayah mula mengikuti program KKM untuk berhenti men4gih d4dah dan mula mengambil ubat secara berdaftar dengan agensi KKM.

Ayah mula bertanggungjawab dan memberikan kasih sayang serta perhatian terhadap Ibu dan kami adik beradik. 2021.. Alhamdulillah ayah telah sembuh 100% daripada naj1s d4dah. Ayah mula melaksanakan perintah Allah. Ayah sering menjadi imam sewaktu solat berjemaah.

Ayah sudah mampu menjadi seperti orang normal. Akhirnya, Allah mendengar doaku. Allah mendengar rintihan Ibuku. Berkat kesabaran Ibu, Allah hadirkan rasa bahagia yang tidak terucap ini. Ibu sangat hebat bahkan Ayah juga.

Kebencian aku terhadap ayah dahulu telah terhakis secara tidak sedar. Ternyata aku masih sayangkan ayah cuma keadaan yang menjadikan aku benci ayah. Aku bersyukur sangat kerana Allah keluarkan kami daripada episod hitam tersebut.

Aku tak nak kembali kepada zaman pend3ritaan dan kesengsaraan. Semoga bahagia yang Allah titipkan ini berkekalan sehingga akhir hayat. Pesanan aku, bagi sesiapa yang sedang berjuang untuk hidup.. berbaliklah pada Allah. Jangan pernah mengalah atas ujiannya. Minta pada Allah.

Sesungguhnya Allah berkuasa membolak-balikkan hati manusia. Tiada yang must4hil. Allah itu ada, Maha melihat, Maha mendengar. In shaa allah, minta yang baik – baik, dapat yang baik – baik. – Nani (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Assalamualaikum, hai. Terima kasih atas semua komentar yang positive dan doa yang baik pada luahan aku tempoh hari. Alhamdulillah, seronok hati tatkala membaca satu per satu komen. Ingin aku betulkan di sini..

Janganlah marah pada guru yang terlibat dalam cerita aku tu. Mungkin beliau terk3jut lantas tak dapat mengawal perasaan bila dapat berita sedemikian. Jadi atas desakan perasaan ingin tahu tanpa berfikir cikgu tersebut terus mengeluarkan soalan sebegitu di hadapan kelas.

Aku sudah memaafkan beliau. Aku juga ada terbaca komentar mengenai anak pen4gih serba sedikit mesti akan terpalit juga kesan buruk dari perbuatan ayahnya. Kalian doakanlah kami supaya menjadi insan yang berguna dan kisah hidup kami menjadi iktibar kepada insan lain yang sedang berju4ng untuk terus hidup.

Perbuatan buruk ibu bapa mungkin terpalit pada anak tetapi jika dia tidak mempunyai kesed4ran hingga akhir hayat. Bagi aku, sebagai Ibu bapa perlu sangat – sangat mendedahkan keburukan dan akibat daripada perbuatan d0sa – d0sa yang mereka telah lakukan supaya anak tidak mengulanginya.

Bagaimana Ayah aku boleh pulih 100%? Must4hil kan.. Ya, aku juga beranggapan begitu. Tapi kalau Allah berkehendak, siapalah kita menidakkan. Semoga Allah tetapkan hati ayah untuk terus istiqomah dalam perju4ngan beliau.

Ingin aku kongsikan serba sedikit perjalanan ayah meninggaIkan naj1s d4dah. Selepas beberapa hari AADK buat serbuan, pastinya keadaan bertambah keruh. Eg0 seorang lelaki pastinya terc4bar. Pertengk4ran sem4kin menjadi – jadi sehingga Ibu hampir dipukuI dengan helmet.

Pada waktu itu, aku masih di Universiti begitu juga adik no.2. Kami berdua hanya mendengar berita tentang situasi tersebut setelah semuanya kembali tenang. Yang melalui saat getir itu hanyalah ibu, adik no 3, 4 dan 5. Alhamdulillah, Allah cekalkan hati mereka.

Pada hari ayah ingin memukuI Ibu, adik no.3 berg4duh dengan ayah demi mempert4hankan Ibu. Setelah itu dia melarikan diri ke sebuah parit bagi menenangkan diri diikuti dengan adik no 4 & 5. Adik seorang yang baik. Tidak pernah meninggikan suara terhadap ayah dan ibu.

Selepas dia berbuat sedemikian perasaannya bercampur – baur memikirkan tindakan dia betul atau salah. Kemudian, agaknya ayah risau jika anaknya buat perkara di luar jangkaan seperti bunvh diri atau sebagainya jadi beliau pegi mencari dan terjumpa adik – adik aku sedang duduk di tepi parit sambil menangis.

Pada ketika inilah berlakunya perbualan dari hati ke hati. Adik – adik aku selama ini hanya mendiamkan diri tak berani menegur perbuatan salah ayah. Yang sering bersuara hanya aku dan adik no 2. Tetapi aku bersuara melalui pena.

Aku tidak berani berhadapan kerana air mata lebih laju daripada kata – kata. Inilah buat pertama kali mereka bersuara. Ayah menitiskan air mata. Barangkali air mata penyesalan. Jadi, keempat anak beranak membuat perjanjian.

1. Ayah mesti berubah dan tinggalkan sepenuhnya naj1s d4dah.

2. Adik no 3 akan buat yang terbaik dalam SPM.

3. Adik no 4 akan berusaha buat terbaik dalam upsr dan masuk asrama penuh.

4. Adik no 5 berusaha jadi anak yang baik.

Dengan termaterinya perjanjian tersebut, maka masing – masing berusaha memenuhi janji yang dibuat. Ayah tersiksa selama beberapa bulan. MenggigiI tapi bukan dek kesejukan. Kesan apabila tinggalkan d4dah badan akan jadi panas yang merimaskan. Jadi ayah kerap mandi. Apa yang aku lihat cara ayah lupakan d4dah adalah dengan,

1. Solat. Ini yang menguatkan. Jangan tinggal solat.

2. Penuhi hari dengan zikir.

3. Banyakkan mandi.

4. Sokongan penuh isteri dan anak – anak.

5. Tinggalkan kawan ‘seperju4ngan’. Perlu diputvskan silaturrahim demi kebaikan.

6. Singkirkan ingatan tentang laluan – laluan ke port.

7. Banyakkan aktiviti dengan keluarga.

8. Pergi ke mana sahaja mesti ditemani ibu.

9. Taat dengan arahan doktor.

10. Jangan salahgunakan metadh0ne. Minum ikut jadual dan sukatan yang diberikan doktor.

11. Istiqomah (hanya ayah yang tahu bagaimana caranya).

Ini adalah serba sedikit perjalanan ayah tinggalkan d4dah yang aku nampak. Sewaktu pergi minum methad0ne di kIinik, Ibu akan teman ayah. Ibu takkan biarkan ayah keluar bersendirian. Kerana di kIinik juga boleh menjadi peluang ayah ‘reunion’ dengan rakan – rakan lama.

Sejak ayah tinggalkan d4dah, kawan dan sahabat ayah hanyalah ibu dan anak – anak. Ayah bekerja juga ditempat kerja yang sama dengan ibu. Jadi ayah tidak mempunyai peluang untuk kembali ke takuk yang lama. Sehinggalah suatu hari Allah hantarkan lagi ujian kepada Ayah.

Ayah kemaIangan di tempat kerja dan tumitnya h4ncur. Ayah tak boleh berjalan selama beberapa bulan dan dijaga 100% oleh Ibu. Hikmah ayah diuji sebegini adalah ayah terus tak boleh bergerak ke mana – mana bahkan tidak ada daya langsung untuk memikirkan dan pergi ke ‘port’.

Setelah ayah sembuh, Alhamdulillah ayah sudah berjaya keluar dari Iembah naj1s d4dah. Kuatnya ayah. Kadang – kadang aku kagum dengan ayah sebab berjaya mengotakan janjinya walau hanya ditermateri dengan bersaksikan sebuah parit.

Dan adik no 3 berjaya cemerlang dalam SPM dengan keputvsan 7A sebagai anak pen4gih d4dah ianya pencapaian yang sangat membanggakan. Adik no 4 berjaya masuk ke sekolah berasrama penuh begitu juga no 5. Mesti tertanya – tanya bagaimana ayah hendak membiayai persekolahan dan pembelajaran kami.

Membawa nama sebagai pen4gih d4dah adalah sangat sukar untuk diterima bekerja. Tiada majikan yang berani mengambil risik0 walaupun sudah meninggaIkan naj1s tersebut. Allah hantar seorang h4mba yang berbangsa cina yang murni hatinya mengambil Ayah bekerja.

Tetapi ayah tak mampu bekerja lama, akibat daripada kemaIangan. Allah permudahkan lagi urusan kami. Alhamdulillah, adik – adik aku yang masuk ke sekolah asrama penuh mendapat tajaan dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan sehingga kini.

Dan duit ptptn aku serta adik no 2 digunakan sebaiknya agar dapat membantu menampung perbelanjaan rumah dan persekolahan adik – adik. Kini, aku dan adik no 2 sudah memegang segulung ijazah dan menjalani dunia pekerjaan.

Adik no 3 sedang menyiapkan ijazah dan dua lagi sedang berjuang dengan PDPR. Alhamdulillah, syukur sangat dengan nikmat hari ini. Ayah sudah berehat di rumah sambil ditemani Ibu dan masih terus diawasi oleh Ibu. Ke mana sahaja pasti ada Ibu di sisi.

Doakan ayah terus istiqomah dan sihat sejahtera. Umum tahu bahawa pasti terdapat kesan buruk akibat d4dah pada kesihatan. Aku hanya mampu berdoa supaya kesihatan ayah sentiasa baik selebihnya aku berserah kepada Allah swt.

Terima kasih semua yang membaca luahan aku. Semoga Allah swt mendengar doa kita semua dan dipermudahkan urusan. Kadangkala, ujian dalam hidup yang penuh pahit getir yang menjadikan kita kuat seperti sekarang. Akhir kalam, jauhi naj1s d4dah. SayangiIah keluarga anda. – Nani (Bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.