Suami mulanya setuju untuk pindah dan jaga ibu aku. Sehinggalah family mertua masuk campur dalam urusan kami. Ibu mertua cemburu dan kata suami lebihkan keluarga aku. Dan sekarang, suami sibuk suruh aku jaga ibu mertua yang s4kit..
#Foto sekadar hiasan. Salam pembaca semua. Aku dan suami akan bercerai. Semuanya setelah apa yang aku pendamkan bertahun – tahun. Semuanya bermula dengan aku berg4duh dengan suami aku sebab, “Siapa nak jaga ibunya?”
Tiba – tiba teringat aku dengan kisah aku beberapa tahun lepas tentang, “Siapa nak jaga ibu aku?” Perihal tentang aku. Aku merupakan anak perempuan pertama. Adik aku lelaki seorang beza setahun dengan aku. Adik perempuan seorang beza beberapa tahun dengan kami. Takdir hidup aku.
Aku pelajar cemerlang tapi aku tidak dapat kerja tetap. Kerja sambilan ada sahaja untuk mengumpul duit kahwin dan membeli hadiah kepada ibu aku. Jodoh aku sampai dulu sebelum kerjaya tetap aku. Dan ditakdirkan aku mengandung bunting pelamin dan sejak itu aku tidak pernah bekerja.
Aku bersyukur ibu tidak merungut kerana ibu aku juga bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri tapi dia cuma risaukan masa depan aku. Selepas aku melahirkan anak. Ibu jatuh s4kit. Str0k lebih tepat. Aku buntu sebab aku tidak boleh menjaganya di hospitaI sebab aku ada baby.
Adik lelaki aku bekerja di luar negeri. Adik perempuan aku pula masih pelajar universiti. Aku ada baby yang masih merah. Ayah aku? Faham – faham saja jika seperti suami Miera Liyana tapi kerja kerajaan lah, tak mengharap harta isteri keduanya.
Isteri keduanya juga suri rumah. Ibu hanya ada kami untuk berg4ntung kasih. Aku kira dengan memilih suami satu negeri hanya berlainan daerah aku akan dapat menemani ibu. Tapi salah tuan puan. Selepas berkahwin isterinya hak suaminya. Suami kata jaga anak.
Orang lain kena faham nanti siapa nak jagakan anak. Aku akur. Dan adik aku yang di universiti ulang alik menjaga ibu kami. Syukur universiti adik satu negeri dan satu daerah dengan hospitaI. Cuma perjalannya agak jem.
Adik lelaki membantu dari segi financial. Adik perempuan membantu dari segi kudrat. Aku? Aku hanya mampu berdoa. Selepas ibu keluar hospitaI, adik lelaki aku berhenti dan mencari kerja berhampiran rumah ibu.
Alhamdulillah rezeki dia mudah. Adik perempuan aku di universiti. Selepas beberapa tahun kesihatan ibu bertambah baik. Adik lelaki aku pun berkahwin. Isterinya orang satu negeri juga dan berlainan daerah. Seperti aku cuma dia bekerja jauh di negeri lain.
Ditakdirkan dia juga bunting pelamin dan dia memerIukan suaminya di sisinya. Adik meminta tolong aku untuk berpindah dan tinggal di rumah ibu. Aku memohon dengan suami aku. Tolonglah. Suami pada mulanya setuju dengan aku sehinggakan kami sudah memindahkan sesetengah barang ke rumah ibu.
Hanya berbaki sebulan deposit untuk tinggal di rumah sewa. Sehinggalah family mertua masuk campur dalam urusan kami. Rumah mertua berdekatan dengan tempat kerja suami. Tapi kami selama ini tinggal menyewa asing sebab dah beranak pinak.
Pada masa tu aku dah ada dua anak. Jarak tempat kerja suami dengan rumah ibu hanya 30 minit. Kata ibunya, “Oh! Rumahnya tidak boleh dibuat tempat kerja. Bersepah nanti. Kata ipar aku, “Oh! Di rumah ini tidak ada bilik yang cukup untuk kami? Kalau hendak menumpang tidur kena duduk di luar sajaIah. Tiada bilik.”
Ibunya seperti merajuk seakan suami melebih- lebihkan keluarga aku jika bersetuju tinggal di rumah ibu. Yelah sebab aku dulu pun tidak tinggal serumah dengan mereka sebab rumah mereka tidak cukup bilik. Suami aku buntu dengan sikap dingin keluarganya terhadap kami.
Lagipula suami aku kerjanya dengan bisnes family. Sikap dingin mereka menyusahkan suami aku untuk mencari rezeki. Aku nampak kebuntuan dan kerisauan di fikiran suami. Harus memilih antara cadangan aku atau cadangan familynya.
“Dah elok – elok dapat rumah sewa dekat dengan tempat kerja, nak duk jauh buat apa? Buat letih je nak ulang alik”. “Tanggungjawab jaga ibu ayah adalah tanggungjawab anak lelaki.” Kalau orang perempuan kena bertanggungjawab kat suami. Maknanya mereka berdebat kenapa adik lelaki aku yang tidak berkorban.
“Dah elok – elok dapat kerja dekat dengan rumah ibu, kenapa nak ikut isterinya kerja jauh di ibu kota.” Aku hanya mampu menangis dan menangis. Dahlah anak – anak masih kecil. Suri rumah pulak. Simpanan pun takde.
Hanya mengharapkan belas ehsan suami. Tapi suami tidak mahu membantu. Biarlah tidak boleh jaga ibuku di hospitaI sebab anak – anak. Tidak boleh juga jaga ibu di rumahnya sebab jauh. Dan isteri kena jaga suami.
MentaI rasanya aku. Hubungan aku dengan adik beradik aku dingin. Akhirnya, suami tak jadi pindah. Dan urusan ibu diselesaikan oleh adik perempuan aku. Adik perempuan aku lah yang menjaga ibu, sehinggalah ibu kena strok kali kedua dan meninggaI.
Walaupun keputvsan degree dia tak cantik tapi aku selalu doakan dia berjaya dengan hidup dia. Walaupun dia ada juga berg4duh dengan aku disebabkan aku tidak dapat membantu langsung.. Langsung. Terkadang aku tertekan sehingga fikir yang bukan – bukan.
Kalaulah aku takde anak, aku boleh jaga ibu aku kan. Masa tu aku terbayang untuk buat benda tak elok pada anak – anak aku. Alhamdulillah masih ada iman. Walaubagaimanapun suami aku tidaklah jahat sehingga tidak memberi aku balik langsung.
Setiap hujung minggu kami balik menceriakan ibu dengan telatah anak – anak aku. Cuma sahaja aku terkilan di saat adik beradik yang lain meminta tolong tapi aku tidak boleh menolong sebab anak – anak dan suami.
Dipendekkan cerita, apa yang berlaku terhadap aku berlaku terhadap family mertua. Dan aku tak tahu harus sedih atau gembira tapi yang pasti aku takjub dengan kebesaran Allah yang mendengar doa orang yang dizaIimi.
Malah lebih dahsyat aku boleh katakan kerana mereka kehilangan dua anak sekaligus. Seorang berkahwin dengan orang jauh, seorang lagi meninggaI. Dan kini “Siapa yang nak jaga ibunya? ” Dulu suami aku meminta haknya.
Isteri kena jaga suami dan anak – anak. Maka sekarang aku meminta hak aku untuk tidak serumah dengan mertua. Kata suami, aku tidak akan menang bercerai di mahkamah dengan alasan ini. Aku takut juga sebab nanti lepas cerai pun rujuk hak suami. Aku terp4ksa balik ke pangkuannya walaupun aku tidak mahu. – Suri (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Abidatul Akmaliah : Dekat Malaysia ada undang – undang. Tt boleh rujuk dengan peguam. Ada peguam yang pihak mahkamah sediakan kan. Cara penulisan tt agak memeningkan. Tt dah cuba untuk buat DASS test ke?
Mungkin tt sendiri mend3rita secara em0tionally. Kalau bab cerai tu better tt rujuk dengan pihak pejabat agama dan peguam untuk check semua undang – undang yang berkaitan. Setahu saya kalau nak rujuk di Malaysia perIukan persetujuan isteri jugak.
Atisam Hahs : Maaf tt.. saya tak tau la kalau ayat saya ni salah. Kalau dulu peluang TT tak boleh jaga mak sendiri. Sekarang ada peluang jaga mak mertua. Tak duduk sekali pon masih ada peluang berbakti yang dipanggil ibu.
Boleh niat pahala tu sedekah untuk ibu TT. Tak dapat bahagiakan di dunia boleh bahagiakan cara itu. Tapi terpulang juga atas TT kalau bercerai boleh membahagiakan kerana alasan bercerai yang kukuh adalah mudharat kalau bersama atau nafkah tak ditunaikan. wallahua’alam.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.