Masa isteri dlm p4ntang dia suruh saya berpuasa sampai anak 4thn, skrg bila anak umur 4thn ini yg berlaku

Isteri selalu cuai, dia biarkan anak seawal 8-10 bulan, yang baru dapat belajar duduk berendam seorangan di dalam besen di tandas, meletakkan p1s4u memasak atau gunt1ng di merata – rata rumah. Akibat tekanan, saya mula berkawan dengan seorang wanita..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Saya Zairil, berusia 37 tahun, telah berkahwin selama 5 tahun dan di kurniakan seorang anak perempuan berusia 4 tahun. Saya dan isteri (37 tahun) berasal dari Alor Setar, Kedah dan kami menetap di Skudai, Johor.

Saya bekerja di sektor penerbangan, manakala isteri pula seorang penuntut ijazah (penyelidikan) di sebuah universiti berdekatan. Setelah setahun mendirikan rumah tangga, kami dikurniakan seorang cahaya mata. Saya bersyukur dan sangat sayangkan anak saya.

Titik permasalahan rumah tangga saya bermula semasa isteri saya sedang berp4ntang, dengan nada yang serius memberi tahu saya supaya untuk berpuasa (dari nafkah batin) sehingga anak kami berumur 4 tahun.

Mungkin beliau masih terasa kep3ritan semasa bersalin sehingga beliau berkata sedemikian, ia juga mungkin sekadar gurauan, dan saya pun tiada niat untuk meminta pada isteri yang masih berp4ntang. Saya membaIas dengan sedikit senyuman dan tawa melihat isteri.

Saban bulan, melihat anak sem4kin membesar, hubungan kami menjadi sem4kin keruh kerana saya sering menegur sikap kecuaian isteri saya kepada anak saya, sehingga menyebabkan anak tr4uma dan ced3ra seawal 5 bulan dari kecuaian isteri.

Saya sebagai suami faham, membantu dan menasihati isteri, tetapi apabila saya bertugas di luar negara, sering kali menerima rungutan isteri tentang anak. Perkara seperti membiarkan anak seawal 8-10 bulan, yang baru dapat belajar duduk, tetapi dibiarkan berendam seorangan di dalam besen di tandas, meletakkan p1s4u memasak / gunt1ng di merata – rata rumah (sikap yang masih tidak di ubah sehingga kini),

Mengh3rdik anak kecil, dan banyak lagi tidak cukup untuk saya luahkan disini. Ya, saya nampak dan saya bantu, tetapi bagaimana pula jika saya tiada di rumah? Oleh itu saya sering menegur sikap kecuaian beliau.

Tidak saya jangka lama kelamaan wujud perasaan benci dalam diri beliau terhadap saya. Saya juga telah beberapa kali cuba berbincang untuk mendaIami masalah beliau, tetapi sering kali tidak diendahkan dan kadang kala berakhir dengan pertengk4ran.

Beliau juga langsung tidak teragak untuk berkeIahi di hadapan anak yang baru berusia 2 tahun terceng4ng melihat kami. Akibat hilang sabar saya, saya telah men3puk bahu kiri isteri selepas dih3rdik oleh isteri.

Anak saya terk3jut dan berlari ke tengah untuk menghentikan perkeIahian kami, saya tergamam melihat anak yang kecil lebih memahami. Saya mengambil anak dan mendukungnya masuk ke bilik.

Ia diikuti oleh jeritan m4kian daripada isteri yang memukuI dan menend4ng saya dari belakang. Saya beristighfar dan masuk ke bilik. Jika diikutkan nafsu dan kudrat saya, sudah pasti lain jadinya. Akibat dari seringkali bertengk4r, saya kadang kala hilang rasa hormat dan mengeluarkan kata kesat akibat tertekan.

Ini belum lagi soal layanan isteri, yang meminta saya berpuasa sehingga anak saya berumur 4 tahun, ternyata itu benar. Sehingga kini anak saya telah pun masuk usia 4 tahun, dan sepanjang 4 tahun ini, kurang dari 5x kami bersama dan lebih tepat sudah hampir 3 tahun saya tidak menyentuh isteri saya.

Pelbagai alasan diberikan untuk menolak permintaan saya, kadang kala saya menegur, tetapi saya masih bersabar dan tidak memarahinya. Segala kemahuan beliau saya tunaikan, segalanya, hanya sebut, saya sediakan, hendak berniaga, saya hulurkan, bermacam – macam, tetapi hanyalah hangat – hangat t4hi ayam dan hanya membazir.

Program ijazahnya pula telah berlanjutan sehingga ke semester ke-9. Masa di rumah lebih banyak dihabiskan menonton drama melayu di internet termasuklah kisah drama melayu perpecahan rumah tangga yang beliau sering kali terbawa2 ke realiti.

Keadaan menjadi sem4kin kritikaI setelah saya diberhentikan kerja tahun lalu oleh sebuah syarik4t penerbangan dan hilang pekerjaan selama 7 bulan. Mujurlah saya masih mempunyai simpanan dan pelaburan semasa tempoh menganggur.

Hubungan juga menjadi sem4kin keruh ketika saya menganggur, apabila meminta isteri untuk fokus pada pembelajaran beliau atau meringankan beban dengan bersama mencari sumber rezeki bersama.

Banyak wang telah dihabiskan untuk menampung program ijazah beliau, yang telah beberapa kali diberi amaran oleh supervis0r beliau. Tetapi ia menjadi sia – sia, dan tidak diambil peduli. Akibat dari tekanan hidup, dia telah mengidap s4kit jantung dan d4rah tinggi seawal usia 36 tahun.

Jika ada berlaku pertengk4ran, beliau kini sudah tiada rasa hormat pada saya, dan tidak teragak untuk meminta pencer4ian. Selepas bertenang beberapa hari, beliau buat seperti biasa tanpa ada rasa bersalah.

Saya sungguh tertekan dan tersepit, saya terlalu sayangkan anak saya dan tidak sanggup melihat anak saya membesar dalam keadaan ibu dan ayah bercer4i. Malah hubungan saya dan keluarga isteri juga sangat baik.

Paling saya tertekan, apabila secara tidak sengaja terbaca message isteri di lockscreen telefon bimbit. Beliau memburukkan keluarga saya, ibu saya kepada kawan baik dan juga kakak beliau. Mujur kenalan beliau juga saya kenal, dan saya telah menerangkan secara baik untuk tidak menjadikannya lebih keruh.

Beliau sering berpura – pura baik di hadapan keluarga saya, tidak seperti mesej buruk yang dihantar kepada kakaknya. Saya kini baru mendapatkan pekerjaan baru di negara jiran, dan tinggal berjauhan.

Akibat dari tekanan, saya telah mula berkawan dengan seorang wanita, tetapi saya telah berhenti dalam hubungan itu setelah sedar perasaan suka saya kepada wanita itu sem4kin mendaIam. Saya ingin mengelak dari bertambahnya masalah.

Tiada seorang pun yang saya luahkan hal ini melainkan dengan Allah swt, saya tertekan sehingga ada saat saya ingin membvnvh diri. Mujur saya mempunyai seorang dua rakan baik. Akan tetapi sampai bila saya perlu t3mpuhi semua ini?

Saya tertekan tetapi saya sayangkan anak saya lebih dari segalanya. Banyak lagi yang ingin saya ceritakan, tetapi cukuplah setakat ini. Saya mohon nasihat dan bimbingan anda. – Zairil Iskandar (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Tee Zatee : Kesian juga pada tt. Tapi bila fikir balik isteri PJJ dia luang lebih banyak masa dengan anak. Tu baru sorang kalau 2-3? Tambah lepas bersalin em0si lagi la kena jaga, macam mana dia berp4ntang dan adakah sebagai suami tt ambil mudah apa yang dia hadapi.

Takut tekanan dalaman dan boleh jadi juga p0st p4rtum depr3ssion. Kadang – kadang perempuan bila cakap banyak nak sembang tapi suami buat taktau pun dia jadi str3ss. Tt kena main peranan, PJJ kan?

Selalu mesej ayat manis – manis kata semangat atau tanya apa dia buat hari – hari. Dia mesti akan hepi. Ni risau dah m4kin teruk nampak gaya. Better dapatkan kaunseIing untuk depr3ssion kalau takde kaitan bincang duduk sama – sama.

Anis Rahiman : Mengkinkah wife awak p0stp4rtum depr3ssion? Sebab awak selalu outstation luar negara tinggal dia sorang – sorang jaga anak kecikkan? Mesti penat, tak cukup tido, str3ss dan sebagainya.

Dan awak pulak slalu marah dia sebab cuai masa jaga anak sedangkan dia tak sengaja. Fikir sewajarnya. Jangan cuba – cuba nak curang dlu.

Atikah Jamaludin : Kalau itu yang isteri mahu (perpisahan), berpisahlah dengan cara baik. Tak semestinya perpisahan boleh bagi kesan negatif kepada anak. Andai kata setelah menasihati, mengambil hati isteri pun tidak berjaya melembutkan hatinya, mungkin perpisahan jalan yang terbaik.

Isteri nampk ada ego yang tinggi. Bagi dia masa, bagi dia balik rumah mak pak dia untuk berfikir apa salah dia. Andai masih ada j0doh, adalah. Kalau takde j0doh, carilah bahagia yang baru untuk diri awak.

Aton Omar : Saya tak faham bila masih ada nasihat suruh berbincang, suruh ambik hati isteri, bercinta semula. Macam suami pulak yang salah. Sudah confessor kata di situ berbincang sudah, nasihat sudah, tolong kerja rumah sudah, mengalah masa berg4duh.

Dear confessor, rujuk pejabat agama la, dapatkn nasihat pr0fessional kat situ, biar dorang pulak bagi kaunseIing kat isteri awak. Kalau tak jalan jugak, awak tahu apa yang perlu dibuat. Sebab sayangkan anak lah, awak kena jauhkan dia dari lihat kekusutan dalam rumahtangga awak.

Nur Amalina Jamaludin : Saya pernah rasa dan aIami apa yang isteri confessor ni lalui. Saya berkahwin dengan suami seorang pilot yang sangat sibuk. Saya pulak pada tahun ketiga phd saya, bertunang dah lama, so tekanan dari hubungan sms tunang telah bawak ke selapas berkahwin.

Saya terus turn off dan slalu mood swing. Pada masa yang sama kejar nak dapat anak dan susah nak mengandung, memang kerap g4duh. Selepas dua tahun anak sulung lahir, rasa kepayahan dan susah tu hanya Allah sahaja yang tahu.

Pernah banyak kali putvs asa dengan kesibukan suami dan sukar untuk faham kerja beliau. Mungkin dalam diam anx1ety dan depr3ssion tu ada tapi kita tak luah pada sesiapa dan saya tak sedar pun saya ni bermasalah.

Bila cek pakar dr wanita, memang saya hadapi horm0n imbaIance. Keje memang rasa nak g4duh je dengan suami. Tekanan phd waktu tu tiada siapa yang faham pun. Sebab kita sentiasa berseorangan dalam perjalanan study kita.

Saya mohon confessor untuk bawak isteri pergi berubat, bawak ke jalan agama semula. Banyakkan masa bersama isteri dan anak. Semoga ia membantu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?