Aku masih ingat kejadian masa aku berumur 9 tahun, hanya kerana satu kesilapan mak ‘sumpah’ aku. Dia sumpah aku takkan ada jodoh sampai m4ti. Dan kini mak lah yang sibuk carikan aku jodoh. MaIangnya..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Confession ni sekadar untuk meluah isi hati yang dah lama pendam. Sebelum tu saya perkenalkan diri saya dulu lah ye. Saya W, berumur 27 tahun, lelaki. Bekerja di sektor swasta.
Ceritanya saya sekarang masih bujang dan belum pernah melalui apa – apa hubungan romantik. Ceritanya mula macam ni. Saya datang daripada keluarga yang kacau – bilau dengan bapak entah hidup entah m4ti (tak pernah jumpa dia mungkin la ada masa kecil – kecil dulu tapi sejak – sejak boleh ingat ni tak pernah nampak batang hidup) dan mak pula selalu bertukar – tukar suami.
Saya membesar dengan bapak tiri yang boleh tahan menyusahkan, kaki botol dan kaki perempuan. Disebabkan persekitaran hidup kami macam tu jadi saya sebagai anak sulung ni lah jadi tempat lepas geram mak bila dia berg4duh dengan bapak tiri tu.
Lupa nak bagitau, saya juga ada dua orang adik seorang 23 tahun, lelaki dan lagi seorang 18 tahun, perempuan. Alhamdulillah semua lepas untuk sambung belajar dalam bidang yang diminati masing – masing. Berbalik kepada cerita tadi, mak ni boleh dik4tegorikan sebagai “women always right” dan “men always wrong”.
Jadi, bila mak berg4duh dengan bapak tiri, dia akan lepaskan geram kat saya dengan kata – kata seperti “jantan memang semua sama – sama beban”. Itu tak kisah sangat, yang paling membuatkan saya sebagai anak termakan hati bila ada satu hari tu saya ada terbuat per4ngai (waktu ni mak saya baru bercerai dengan bapak tiri kedua daripada 5 dan ye itu memang salah saya. Saya juga masih dalam lingkungan 9 – 10 tahun waktu tu)
Mungkin dia geram sangat sampai dia sumpah supaya saya tiada jodoh sampai m4ti, kalau saya ada girlfriend ke atau ada perempuan yang minat saya ke dia akan cuba sedaya upaya untuk pisahkan kami. Lebih kurang macam tu la yang dia cakap.
Dalam beberapa tahun kemudiannya, mak diterima bekerja sebagai seorang peguam dan kehidupan kami mula baik. Bila mak dah banyak simpanan, mak pula mulakan perniagaan sendiri dan masih dalam circle berkahwin dan bercerai selang 2 tahun.
Waktu ni kehidupan kami sudah pun harmoni tanpa ada apa – apa lagi konflik keluarga. Alhamdulillah. Bila saya pun dah bekerja dengan gaji 5 angka ni mula la mak buat ayat teringin nak timang cucu dan sebagainya sedangkan anaknya ini masih tiada calon dan tak pernah ada pengalaman dalam perhubungan romantik jadi saya macam terpinga – pinga juga la.
Awal – awal tu layan la juga dan anggap benda ni sebagai satu jenaka tapi bila dah bertahun – tahun dengar dia cakap macam tu (kitaorang ada rutin di mana setiap petang waktu saya dalam perjalanan balik ke rumah kitorang akan saling membaIas panggiIan antara satu sama lain) rasa lain juga.
Saya pun dah banyak juga termakan hati bila disoal bila nak kahwin sebab setiap kali disoalkan perkara tu terus datang déjà vu yang dia pernah sumpah supaya saya tiada jodoh. Sekarang mak suka ship – ship kan saya dengan anak kawan – kawan dia dan siapa – siapa je dia rasa ok dengan saya (ship – ship pun tetap tiada jodoh)
Bagi sesiapa yang tak faham maksud ship tu, ship ni istilah tidak formal yang membawa maksud perbuatan sesebuah pihak yang berfantasi terhadap 2 pihak lain di mana dalam fantasinya 2 pihak ini adalah sebuah pasangan kekasih / suami isteri.
Sekarang ni saya berada dalam kecelaruan bila dikenakan soalan bila nak kahwin. Perasaan celaru bercampur benci sem4kin membuak – buak bila soalan tersebut ditujukan. Saya dah banyak beristighfar dan cuba untuk memaafkan tapi saya juga manusia.
Secara jujurnya, saya juga nak rasa ada pasangan hidup tapi tiada rezeki. Mungkin salah satu sebab kenapa saya masih tiada jodoh selain daripada kata – kata mak mungkin sebab bila saya tengok orang perempuan macam tak ada apa – apa.
Tengok siapa – siapa pun nampak biasa je sehingga pernah dituduh suka kaum sejenis pula. Mungkin ni baIasan kepada saya kerana nakal waktu kanak – kanak dulu. Saya tak minta apa – apa pun dengan para pembaca, sekadar mahu meluah isi hati sebab saya juga seorang yang agak pendiam jadi tak ada kawan untuk cerita masalah – masalah peribadi. Kawan – kawan yang ada pun sekadar berkawan demi kepentingan masing – masing. Sekian.. – W (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Fazidah Abdul Kadir : Bagi tau mak kenapa awak tak rasa nak kahwin tu, suruh dia mohon ampun pada Allah untuk kata – kata dia tu. “Tersumpah” bukan sengaja. Mungkin mak pun dah lupa TAPI betullah kata – kata akan beri kesan yang mendalam jadi macam makbul jugak doa mak walaupun tanpa sengaja.
Mintak mak doakan yang baik – baik untuk tt dapat jodoh depan tt jugak. Insyaallah semoga tt dapat maafkan mak tt tu dan hilang segala tr4uma dalam diri. Semoga Allah permudah segala urusan dunia dan akhir4t tt.
Nurashikin Mustapa : Dik, nanti masa sembang dengan mak (kena cari masa yang sesuai contohnya lepas solat maghrib ke) cakap dekat mak, mak ingat tak mak pernah doakan saya takde jodoh sampai m4ti dulu. Mungkin doa mak tu Allah makbulkan, jadi mak tolong la doakan pula supaya saya ditemukan jodoh yang baik dan solehah, doakan saya juga agar jadi anak dan suami yang soleh dan bertanggungjawab. InsyaAllah doa mak makbul nanti.
Linn Comel : Berdamai je dengan masa lalu. Mungkin masa kena sumpah tu, hati terasa s4kit atau Iuka. Jadi maafkan dan berdamai dengan situasi tersebut. Ramai yang nasihat supaya terus terang dengan mak. Mungkin TT boleh cuba, memandangkan sekarang hubungan TT dengan mak dah baik kan. Minta mak tolong doakan dipermudahkan medapat jodoh yang baik dan solehah.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.