Masa keluarga angkat dtg ambik adik, abang bawak kami pergi sungai takut kami menangis

Kami 11 orang adik beradik, nak dapat bekal duit 20sen pun abah tak mampu nak bagi. Masa mak mengandungkan adik, nurse dekat situ kenalkan mak dengan seorang cikgu. Dia nak ambik adik lepas mak bersalin. Abah cakap abah nak duit buat belanja anak – anak yang lain. Cikgu tu ingat abah nak jual anak..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca dan juga admin. Sebenarnya tak tahu nak mula dari mana. Aku perkenalkan diri aku dulu, orang panggil Amir (bukan nama sebenar). Aku berusia 24 tahun. Aku tak pandai nak buat ayat macam mana dan nak cerita macam mana.

Tak kisah lah janji korang faham apa yang nak aku sampaikan. Aku ni dilahirkan bukan dari keluarga yang senang, sejak kecil lagi hidup susah, ibubapa aku susah sampai tahap tak boleh nak bagi 20 sen kat kitorang untuk bawak bekal sekolah.

Mak aku ni anak angkat pada arw4h nenek aku, nenek aku jaga anak cina mana entah dan sampai sekarang tak tahu asal usul mak aku dari mana. Sekarang bukan nak cerita pasal mak aku. Nak cerita pasal adik aku yang mak dan abah aku bagi nama Syafiqah / shafiqah binti ***off.

Syafiqah ni adik beradik kitorang yang ke 9, lupa dah lahir tahun bila sebab masa tu aku kecil lagi. Masa orang datang rumah nak ambik syafiqah ni jadi anak angkat pun kitorang dibawa keluar dari rumah sebab takut kitorang menangis.

Abang yang sulong bawak kitorang tepi sungai sebab takut sedih sebab syafiqah ni ada orang nak ambik. Kalau tak silap tahun 1997 – 1999 macam tu, Nak tanya abah takut abah sedih. Nak tanya mak lagi la mak sedih. Amir tahu mak abah buat semua ni bersebab, sebab susah sangat kehidupan masa tu.

Abah hanya kerja kampung je, mak pula tak kerja, dengan nak sekolahkan abang – abang lagi masa tu, semua kecik – kecik lagi, paling sulong pun umur 20++ , tu pun tak sekolah habis sebab abah tak ada duit. Mesti korang tertanya – tanya macamana mak ayah kau sanggup bagi anak sendiri kat orang lainkan.

Dalam hal ni kitorang tak pernah salahkan mak dan abah. Kami faham keadaan masa tu. Abang sulong terp4ksa berhenti sekolah sebab nak kerja bantu abah jaga adik – adik, abang antara top student kat sekolah yang sanggup k0rbankan masa depan dia demi adik – adik yang lain.

Abah je ikut orang ke laut tangkap ikan, kadang – kadang ada rezeki, kadang – kadang takde. Depends pada rezeki. Mak kat rumah jaga kitorang adik beradik. Alhamdulillah semua diberi kasih sayang yang cukup oleh mak dan abah.

Sepanjang mak mengandung, mak selalu pergi checkup dekat 1 kIinik daerah rumah kitorang, di situ lah mak kenal sorang nurse ni. Nurse tu la yang kenal kan mak dan abah dekat sed4ra dia yang jaga Syafiqah ni. Sepanjang mak checkup nurse ni la yang selalu tolong apa – apa.

Sampai tiba – tiba dia mintak izin mak untuk jaga anak dalam kandungan tu untuk sed4ra dia, katanya seorang cikgu. Dulu abah ada simpan no phone cikgu tu, tapi sekarang dah hilang, nurse tu pun dah tukar kIinik lain.

Masa nak ambik syafiqah tu, cikgu tu ada tanya abah nak apa – apa. Abah cakap la nak duit sikit untuk belanja anak – anak yang lain. Mungkin cikgu tu ingat abah nak jual anak ke apa sebab sampai sekarang dia tak pernah bawak lagi si syafiqah tu jenguk keluarga asal dia.

Mesti ramai yang marah kenapa mak abah aku sanggup buat macam ni kan, Kepada siapa – siapa yang tak merasa kehidupan kitorang sekeluarga tak perlu nak buat andaian sendiri. Abah baik, abah tak berjvdi, abah tak minum, abah tak main perempuan, abah jaga kitorang adik beradik 11 orang sehingga berjaya dan buat dia bahagia.

Syafiqah ni anak ke-9 dalam adik beradik kitorang. Sekarang dia dah besar, dalam umur 18 – 20 macam tu. Pernah jugak tanya abah, tak nak cari balik adik syafiqah, teringin nak kenal adik syafiqah, masa cikgu tu ambik pun syafiqah baru beberapa hari keluar hospitaI, sebab tu mak sedih sampai sekarang, em0si terganggu.

Kami adik beradik mampu berdoa setiap hari agar ditemukan semula adik syafiqah. Mesti mata sepet macam mak macam adik beradik lain. Ya Allah.. jika adikku syafiqah masih hidup, kau temukan lah kami adik beradik semula.

Aku tahu hanya dengan berdoa kepadaMu aku akan dapat segala sesuatu. Sebelum aku mengundur diri, minta maaf kalau setiap yang aku tulis buat kalian pening membaca nya, coretan ni spontan keluar dari hati.. Assalamuakaikum. – Amir

Komen Pembaca :

Putry Aziz Khalid : Harap tuan tanah baca komen saya ni. Sekadar cadangan, tapi hasilnya insyaallah cepat. Saya cadangkn amir pergi ke JPN, dan minta bantuan pegawai JPN tersebut untuk jejaki adik kandung amir. Atau email terus ke CUSTOMER CARE / HQ JPN untuk minta bantuan.

Kalau parents ade simpan surat beranak syafikah tu lagi senang. Sebab ade details alamat dan lain – lain. JPN akan trace no. i/c syafikah dan kat mana dia berada sekarang. Saya cakap macam ni sebab saya sendiri pernah bantu suami (10 tahun lepas) mencari keluarga kandungnya yang sudah terpisah selama 20 tahun.

Suami terpisah dengan keluarga kandung sejak umur 2 hari. Sebelum ni merata dia mencari keluarganya tapi tak berjaya, jadi saya ajak dia terus ke JPN untuk cari keluarga kandungnya. Alhamdulillah.. Sekejap je pihak JPN dapat bantu kami mencari keluarga kandung suami saya.

Saya doakan semoga amir dan keluarga dapat bertemu dengan syafikah. Aamiin.. Jangan putvs asa mencari ye. Allah sentiasa ade untuk permudahkan urusan kamu sekeluarga.

Asmidar Ghazali : Mungkin mak ayah awak susah dan mungkin sama dengan mak ayah saya tapi saya pun sama dengan adik awk syafiqah tapi nama saya berlainan. I am the one of adopter tapi saya bersyukur dijaga oleh mak dan ayah angkat saya yang meIimpah ruah kasih sayang.

Cuma tipu lah kalau rase tak terkilan dengan mak ayah sebab saya selalu persoalkan kenapa saya yang dibagi tapi kenapa adik beradik saya yang lain mak saya jaga??? Kenapa bawah saya masih ada lagi adik. Kenapa diorang tak pernah cari saya, jumpa saya almost 20 years old untill i married.

Entahlah, nak kata redha, memang redha tapi perjalanan tu rase susah. Saya nak kahwin baru saya jumpa adik beradik kandung saya tapi tetap rase janggal dan tak baik dengan adik beradik kandung sebab rasa macam orang lain. Saya lebih rapat dengan adik beradik angkat saya dan sed4ra mara angkat saya.

Nur Hidayah Abu Bakar : Yang ringan jari taip menghvkum; lebih baik stop sebab anda langsung tidak akan bantu menyelesaikan masalah dia. Kalau nak educate pasal merancang etc, do it nicely. kisah ni kisah lama. Tak payah nak b4sh sangat. Banyak faktor menyebabkan situasi ini (kemiskinan, lack of education, exposure etc). So kalau rasa nak bukak post or komen mendidik, do it nicely. Takyah nak mengeji.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?