6 minggu kami berg4duh, berkali – kali aku jelaskan dan aku minta maaf. Tapi isteri aku ungkit semua, tentang kerja, tentang kahwin dengan aku, tentang ramai orang lain nak dekat dia. Akhirnya, sekarang kami berada di mahkamah..
#Foto sekadar hiasan. Bukan niat aku nak meluah kat sini. Tapi kejadian baru ni betul – betul buat aku rasa sedih. Tambah lagi bila beberapa posting aku baca dalam ni pasal suami isteri yang bersatu hati nak capai impian.
Cemburu sebenarnya dengan pasangan macam ni sebab rumahtangga aku tak macam tu.. Malu dengan diri sendiri jugak sebenarnya. Sebabnya, sebagai seorang lelaki, aku macam tak mampu bimbing isteri aku. Aku cerita sikit supaya pembaca faham macam mana kami kenal. Cuma panjang la sebab luahan berbulan – bulan.
Aku kenal isteri dalam satu apps. Pada awal nya aku tak tahu dia siapa. Sekadar chat macam tu ja. Dia memang sangat cantik, free hair. Lama dia rahsiakan pekerjaan dia. Sekejap ada sekajap tak de. Tapi dia rajin chat di wasap..
Kami dua – dua dah mula sayang. Lepas tu baru dia cakap yang kerja dia pramugari. Dia kata awal – awal taknak cakap, sebab dia nampak aku agak spektical dengan pekerjaan orang perempuan. Aku macam ‘h4ng’ jugak la.. Dia kerja dengan mas.
Tapi dia cakap, dia dah nekad, kalau dah kahwin dia akan berhenti ja kerja ni. Aku pulak, kerja biasa – biasa ja la. Jauh pangang dari api kalau nak bandingkan dengan dia sebenarnya. Lama dia cuba pujuk aku untuk terima dia.
Dia kata dia akan pakai tudung lepas kahwin. Dia kata dia jugak jaga solat walaupun pakaian kerja dia macam ni. Akhirnya kami bersama jugak la. Awal – awal tu dia masih kerja lagi sebab dia ada commitment dua buah rumah, kereta dan lain – lain belanja dia la. Dia mintak masa untuk setup semua tu.
Jujurnya gaya hidup kami tak sama.. Ya la, dia dah biasa dengan benda – benda mahal. Aku pun tak pernah complaint apa – apa pasal tu sebab dia guna duit sendiri. Lepas tu aku mula mendesak dia suruh berhenti kerja sebab dia asyik cover flight luar negara. Jarang ada masa dengan aku.
Lepas tu dia berhenti jugak la dan kerja dengan satu syarik4t cina. Gaji dia mungkin kurang banyak berbanding pramugari dia. Aku ada bagi nafkah tapi tak tahu la dia cukup ke tak. Tapi itu ja yang aku mampu. Nak tanggung komitment dia, aku tak mampu sebab tu dia kerja untuk komitment dia.
Tapi dia tak pernah complaint apa – apa bab nafkah sebab dia memang sedia tahu pasal kewangan aku dari sebelum kahwin lagi. Sebenarnya dia isteri yang baik ja untuk aku. Tak pernah merungut apa – apa pun. Walaupun dia agak garang, tegas, ego, degil, keras kepala tapi aku tak nampak sangat la semua tu.
Sebab dia sekali pun tak pernah petik soal kelemahan aku. Bila hidup dengan dia, aku rasa semuanya perfect. Sehingga la lama – lama dah bersama, kita mula nampak satu – satu per4ngai pasangan kita. Dua benda yang aku tak boleh terima pasal dia.
1. Dia takut pada kesalahan. Contohnya dia tak akan buat apa – apa keputusan sebab dia taknak orang salahkan dia kalau keputusan tu ada masalah. Kalau plan percutian. Dia akan suruh aku plan. Dan time tu kena cuaca tak baik. Dia akan bising kata aku plan tak kena masa.
Senang kata dia perIukan aku untuk jadikan tempat dia lepas perasaan tu. Even nak isi minyak kereta pun dia tanya aku. “Awak rasa saya patut isi minyak sekarang ke tak eh?” Kalau aku cakap isi ja la. Dia akan cakap, tapi half tank lagi.
Aku cakap dah tu tunggu bila dia nak isi la. Dia tanya bila nak isi bila? Aku cakap tunggu tingal 2 bar. Bila dah tingal 2 bar dia meng4muk, sebab risau minyak tak cukup. Padahal bukan hari ni dia bawak kereta. Kenapa lepas kahwin nak isi minyak kereta dia pun aku kena fikirkan??? Sebelum ni elok ja kan dia pandai isi sendiri.
Kalau aku suruh dia buat sendiri, dia taknak. Tetap suruh aku fikir. Bab cuti – cuti ni pernah jugak dia plan benda tu jadi tak kena.. Time tu ada keluarga dia jugak. Dia hanya diam ja. Kami pun tak de la c0ndem apa – apa. Kita bukan tahu ke depan nak jadi apa.
Tapi dalam bilik dia akan meng4muk kat aku. Dia kata, “awak serah semua kat saya. Apa salahnya awak study cuaca ke, hotel ke. Bla bla bla.” Bila kita buat pun serba tak kena walaupun dah bincang dengan dia. Tetap dia akan cari salah aku.
Tapi kalau dia buat salah tak pe.. Alasan dia, salah tu terjadi kerana salah aku. Astaga.. Jadi, dia perIukan aku sebagai pvnching bag dia kan. 2. Dia selalu kemas barang tak ingat letak mana dan cari barang pun tak jumpa. Padahal depan mata dia ja.
So itu pun dia akan salahkan aku. Dia cakap aku tak bantu dia. Aku bukan tahu apa dia buat kat rumah. Banyak kali kami g4duh pasal perkara ni yang aku rasa remeh ja pun. So untuk elak masalah ni, aku dah banyak buat ubah suai dalam rumah. Contoh ni rak untuk letak beg awak.. Kunci awak.
Barang pun aku banyak kemas. Nampak jugak la berkesan walaupun dia suka jerit panggil aku. Abang mana kunci saya, mana kasut saya yang w4rna hitam tu. Mana kerongsang kucing saya. Padahal semua tu dia yang guna.
Kadang – kadang aku letih nak hadap dengan per4ngai perempuan ni. sebab dah sediakan semua pun tetap dia tak ingat dia letak mana barang tu. Mungkin sebab aku membesar dengan melihat mak dan kakak aku uruskan rumah dengan perfect. So bila ada bini macam ni, aku macam serabut sikit.
Tapi aku cuba hadam ni ujian rumahtangga. Pasangan tak semestinya macam kita harap. Pasangan kena saling menglengkapi tapi baru ni berlaku satu benda, aku macam sangat sedih dengan kata – kata dia. Cerita dia macam ni.. Aku ada satu sepupu yang aku agak rapat.
Ujian mereka, cousin aku tu kemaIangan.. Isteri dia memamg tak kerja. Anak tiga orang kecik – kecik. Satu hari dia mesej aku nak pinjam 2 ribu sebab nak t3bus emas isteri dia. Dia janji akan bayar balik lepas duit insurance dia masuk.
Masa tu aku pun takde duit jugak. Aku cakap nanti aku tanya isteri. So aku tanya bini nak pinjam 2k. Aku kata nanti aku bayar 2 kali. Dia cakap ok. Dia terus transfer duit kat aku. Lama dah kejadian tu berlalu. Aku pun dah bayar dah hutang dia.
Cousin aku pun dah bayar dah duit tu. Satu hari kami buat makan – makan. Jemput la family semua. Masa tu agaknya la kot isteri sepupu aku cakap terima kasih kot kat dia sebab bagi pinjam duit hari tu. Sebab mereka kan tau tu duit sapa.
Masa tu aku perasan muka isteri aku macam ketat ja.. Asyik jeling kat aku. Habis kenduri orang dah lengang, dia ajak aku masuk bilik. Masa tu ada adik aku. Lepas tu mak dan ayah mertua aku. Pastu ada lagi sapa tah. Aku mula macam tak mau la masuk bilik.
Aku ingat dia nak ajak aku buat tu. Segan la family masih ada. Lepas tu dari tingkat atas dia jerit panggil nama aku. Terk3jut la aku ingat kenapa. Dia terus meng4muk. Dia kata aku buat apa duit hari tu. Aku cakap bagi pinjam kat sepupu.
Berdas – das la dia tak puas hati. Dia cakap tahu tak meminjam orang untuk tolong orang tu tak betul. Perbuatan aku tu salah. Macam – macam lagi la dia ungkit. Dia kata dia m4ti – m4ti ingat aku nak pinjam untuk kegunaan aku.
Dia kata dia tak kisah aku nak bantu. Tapi kenapa tak bagitau dia dulu. Sekarang ni apa masalahnya. Benda dah selesai pun kan. Sebenarnya sesi perg4duhan tu sangat panjang hanpir 6 minggu. Aku pun tak tahu apa masalahnya.
Dia asyik ulang tu ja.. Aku pun kata ok la aku mintak maaf. Lepas ni tak buat lagi. Dah mintak maaf pun dia masih ungkit lagi. Habis segala benda dia ungkit. Pasal kerja dia la. Pasal dia nak kahwin dengan aku la. Pasal ramai ja orang nak dia, tapi dia hanya nampak aku la.
Jadi ego aku macam terjentik la. Aku tanya dia nak cakap apa sekarang ni. Menyesal kahwin dengan aku ke. Padahal dia yang pujuk aku suruh kahwin. Bukan aku beriya nak dia. Dia cakap dia menyesal bila tau aku ada habit meminjam kononnya nak bantu orang lain.
Bantu orang ikut kemampuan, bukan berhutang untuk bantu orang. Kesabaran aku ada limit. Aku dah terangkan, aku dah jelas, aku dah mintak maaf. Apa lagi tak puas hati. Aku tanya dia ada tak puas hati apa – apa ka dengan family cousin aku tu. Dia cakap tak..
Kalau tahu nak bantu diorang, dia sendiri akan bagi ja duit tu. Tak perlu bayar. Pointnya, aku menipu dia. Aku kata aku bukan menipu. Aku cuma tak cakap nak buat apa duit tu. Dah dia pun tak tanya. Dia ungkit. Aku pun ungkit. A
khirnya kami berdiri di mahkamah sekarang ni.. Dia kata otak aku kena kaunseling sebab otak dan fikiran aku dah rosak. Aku kata sekali tu ja aku pinjam dia tapi dia kata macam – macam. Sedangkan kelemahan dia punya banyak aku terima ja. Dekat pejabat agama kami g4duh lagi.
Tapi sampai sekarang aku tak dapat jawapan, apa yang dia tak puas hati sebenarnya. Ya Allah str3ss saban hari fikir pasal ni. 6 minggu tu bukan tak cuba nak damai. Dia akan mintak maaf sebelum tidur. Tapi lepas mintak maaf ungkit lagi. Sampai bila nak macam ni.. Macam takde kesudahan.. – Sirap (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Faizah Kamaruddin : Masa pinjam duit tak bagitau tujuan tu memang tak berapa betui sebab tak terus terang dengan dia. Fyi biasanya isteri tak suka dia dapat tau cerita dari orang lain. Saya nampak kebaikan dia di situ – sanggup pinjamkan 2k.
Pasal dia minta awak buat planning bercuti dan lain – lain tu, rasanya bukan isu besar. Mungkin dia jenis yang tak suka ambil tanggungjawab (dipersalahkan) sebab dia jenis perfectionist (susah terima kekurangan diri). Mungkin juga cara dia dibesarkan menyebabkan dia begitu. Bincang la elok – elok.
Deana Shazli : She still love her job. As stew4rdess tu. So itulah cara dia melepaskan perasaan yang terbuku di hatinya. Dia memang bersedia untuk meninggaIkan dunia pekerjaan stew4rdess tu. Full of glam, travel around the world, high salary. Tapi tinggalkan pekerjaan tu dalam keadaan terp4ksa. Cuma tidak terucap dengan perkataan tapi tergambar dengan perbuatan dan emosi.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.