Masa masih bersekolah, aku kena fitnah dengan anak paklang. Aku nangis bila ibu bawa aku pergi jumpa ustaz berubat

Rumah aku dengan paklang dekat je. Setiap kali paklang lalu depan rumah, dia akan tengok kereta aku ada ke tak. Pernah waktu berkumpul sekeluarga beIah mak, pak lang sindir aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, tolong hide profile aku. Nama aku, Rissa (bukan nama sebenar). Aku berumur 28 tahun dan telah pun mendirikan rumahtangga. Di sini aku ingin berkongsi cerita tentang pak lang sekeluarga.

Aku sangat b3nci kan pak lang sekeluarga. B3nci yang sangat membuak. Pak lang mempunyai 3 orang anak perempuan, pertama Z, kedua T Dan ketiga Q. Anak – anak pak lang aku ni kuat berg4duh. Pak lang ni suka bandingkan anak – anak dia.

Kira tak adil kat anak dia. Dan keluarga pak lang ni suka mengata orang kat belakang. Jika orang tu berpangkat dia akan layan dengan rapat sekali, jika orang tu tahap biasa – biasa jer, nak pandang pun tak nak apa lagi nak rapat.

Isteri pak lang iaitu mak lang, dia ni jenis suka menyibuk hal orang, apa lagi tentang pakaian orang, atas bawah dia tengok. Waktu tu dalam tahun 2004, Masa majlis kak long aku, ayah aku s4kit dan berada di hospitaI. Mak aku suruh mak lang rahsiakan tentang ayah Aku.

Tapi mak lang cerita kat keluarga beIah pengantin lelaki. Ya, Aku sendiri terdengar dia cerita kat keluarga pengantin lelaki. Masatu aku budak lagi, jadi aku diam kan jer. Tapi kalau waktu tu aku dah besar, memang dah kena sound dah setepek mak lang aku tu.

Masa aku masih sekolah rendah lagi, anak pak lang Si T tu fitnah Aku, dia kata salah seorang guru aku cakap, yang aku ni ada masalah kat sekolah dan suka termenung. Mak aku terus bawak aku jumpa ustaz berubat. Masa jumpa ustaz tu aku menangis sebab aku difitnah, aku hanya budak time tu. Menangis je lah.

Masa aku masih menengah dan university anak – anak pak lang rapat dengan aku sebab ketika tu aku dimewahkan oleh mak ayah Aku. Jadi  takde lah nak dibanggakan sangat sebab mak ayah yang tanggung. Duit mak ayah.

Ketika rapat dengan anak – anak pak lang ni aku kenal sangat dengan per4ngai mereka ni, mereka suka mengumpat orang, menghasut dan  sebagainya. Yang mereka suka mengumpat ialah tentang anak mak ngah aku, sampai aku pun dia ajak mengumpat dan hasut tentang anak mak ngah, padahal anak mak ngah tak pernah ganggu mereka langsung.

Masa dah habis degree, aku belum lagi dapat kerja, jadi aku sambung master dan kerja part time. Ayah aku bagi lah aku drive. Bermula di sini anak – anak pak lang mula benci dan pulaukan aku secara meng3jut tanpa aku ada buat salah.

Yelah jarang jumpa dah waktu tu. Heran bin ajaib . Mungkin aku bebas nak pergi mana kot tapi aku pergi ke mana – mana pun untuk kerja, makan dan study, takdelah nak merayap sampai tengah malam buta. Untuk pengetahuan semua, anak – anak pak lang tidak dibenarkan oleh pak lang untuk pergi bersuka ria lepak dengan kawan, pada waktu cuti mereka hanya terperap jer kat rumah.

Sebab pak lang control 100% anak dia walaupun dah besar panjang. Pernah pada waktu tu berkumpul sekeluarga beIah mak, pak lang sindir aku “tak pernah lekat kat rumah”. Dia pulak yang sibuk, mak dan ayah aku tak cakap apa – apa pun kat aku, mereka tahu apa yang aku buat itu betul.

Kenapa aku cakap pak lang ni sibuk Hal Aku? Kan rumah kitorang dekat jer, setiap kali dia lintas rumah aku, di akan tengok kereta aku ada ke tak. Pada waktu aku ambik master, aku terjumpa lah jodoh aku. 2 tahun kenal terus kahwin, suami aku ni boleh dik4takan bekerjaya dan gaji tinggi.

Pada waktu kami nak kahwin tu pak lang kata yang kami ni nak mengalahkan anak dia. Sebab anak dia juga nak kahwin pada waktu tu. Tapi kami potong que. Bukan nak berlumba dah ada rezeki nak kahwin mana boleh tolak. Aku bukan tuhan. Takdir aku dah nak kahwin dulu dari anak dia.

Dalam persiapan nak kahwin tu dugaannya hanya Allah saja tahu, betapa sedih nya Aku. Mak aku meninggaI dunia tak sempat mak nak lihat aku bersanding. Masa majlis, yang s4kit hati tu pak lang sekeluarga sibuk pulak nak bandingkan majlis aku dan bakal majlis anak dia.

Mereka langsung tidak membantu apa – apa ketika majlis tu. Boleh dik4takan majlis sanding Aku grand sikit buat kat hotel. Tapi semua tu family aku yang bantu kerana duit arw4h mak yang arw4h nak guna masa majlis aku dikebas oleh pak su tanpa tinggalkan satu sen untuk kami.

Lagi aku s4kit hati sangat, kami tak dijemput langsung majlis tunang anak pak lang. Waktu majlis anak dia, kakak aku nak masuk kat rumah nak tengok majlis, tapi mak lang tak bagi, kata mak lang sempit. Tetapi saud4ra kami lain dapat masuk.

Siapa yang tak terasa di buat macam tu? Mantang – mentanglah mak kitorang dah takde sampai hati pulak dia buat macam tu. Jadi lepas tu saya janji kat diri sendiri, apa – apa majlis pak lang, aku tak akan datang langsung. Benci pak lang!

Panjang pulak cerita aku ni, sorry ye korang. Di sini lah saje tempat aku selesa meluahkan yang lama terbuku di hati ini. Ntah lah tak tahu sampai bila lah aku nak b3nci pak lang. Setiap majlis beIah mak, aku rasa malas nak datang, tak suka tengok muka pak lang sekeluarga.

Tapi kalau beIah ayah, aku semangat betul datang walaupun jauh. Sebab keluarga beIah ayah sungguh baik dan beragama. Tidak membandingkan yang kaya dan miskin. Mereka jenis yang terbuka dan tidak suka memburukkan sesiapa.

Masa majlis aku, mereka lah yang banyak membantu tapi beIah mak aku cuma meny4kitkan hati saja. Nasihat kepada semua ibu bapa di luar sana, tolong lah banyak didik anak tentang agama, jangan ajar anak tentang harta sahaja.

Kerana anak ini mencerminkan cara kita mendidik mereka dan cara mereka bergaul dengan orang. Sama berlaku adil lah dengan anak tanpa mengira kehebatan mereka. Terima kasih semua kerana sudi membaca cerita saya ni, Komen buruk baik saya terima sahaja.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.