Masa mengandung anak kembar mak mentua bagi saya makan nenas muda dan tomyam pedas

Biasalah bila mengandung alahan tambah lagi saya anak kembar tapi mak mentua kata saya berlakon je. Masalahnya sekarang suami tak nak pindah keluar dia kata dia bukan kerja boss senang – senang nak duduk rumah sewa. Sekarang memang saya sorang je tengah kumpul duit untuk sewa rumah. 

#Foto sekadar hiasan. Saya nak mintak pendapat ni, saya ada dua orang anak kembar yang baru berusia 3 bulan dan memang kuat sangat nak berkepit. Saya tak ajar pun dukung semua, lagipun kembar mana larat nak dukung dua – dua, saya pulak kecik orangnya. Dari mula kahwin sampai sekarang saya duduk rumah mak mertua, masalahnya saya memang tak selesa duduk dekat sana.

Pertama mula – mula kahwin saya dah dim4ki sebab mak mertua penat so dia lepas dekat saya cakap saya tak jaga makan pakai suami sebab mak mertua saya pernah jemur baju saya dan suami tapi bukan saya suruh, dia yang pergi jemur padahal saya dah cakap biar saya yang jemur lepas dah siap masak.

Ingatkan tolong ikhlas la kan tapi ha tengok la sampai dim4ki macam tu depan abang kakak ipar saya. Memang menangis la, bukan saya tak tolong buat kerja lain, baju saya basuh lipat, masak kemas saya buat. Pagi raya pulak tu kena m4ki. Suami cuma cakap sabar la mak memang macam tu. Saya rasa macam maru4h dipijak – pijak.

Kedua, lepastu saya mengandung, alahan saya memang sangat kuat, anak perempuan pulak tu kan. kuat sampai pergi hospitaI doc cakap kandungan lemah sebab tak sampai makanan and nasib baik saya cepat pergi hospitaI. Masa tu pulak mak mertua dapat tahu yang saya warded.

Mak mertua cakap saya mengada – ngada je. Padahal doctor cakap kalau anak kembar memang banyak risik0, banyak benda kena jaga. Allah je tahu s4kit saya time tu macam mana, nak makan tak boleh apa semua. Bila dah discharge malam saya balik rumah mak mertua, masuk ikut dapur, time tu ayah mertua tengah masak. Masuk – masuk terus munt4h sebab tak boleh bau dapur.

Lepastu mak mertua sound cakap tak payah nak berlakon boleh tak mak nyampah tengok, mak mengandung anak 8 orang elok ada je. Awak je yang lembik sangat tak boleh tahan. Saya terasa sangat tapi pend4m, suami pun diam je. Disebabkan kerap munt4h time tu, malam tu juga saya balik rumah mak saya. Tu pun mak mertua marah suami sebab tak halang saya nak balik sana.

Masa saya hamil mak mertua pernah nak bagi saya makan benda benda yang taj4m macam nenas muda, tomyam pedas sedangkan doctor cakap elakkan makanan taj4m, bergas, makanan segera dan pedas sebab saya mengandung anak kembar. Bila dah bersalin saya ingat mak mertua ok, tapi sama je nak suapkan anak saya air waktu 1 bulan, suap bubur nasi waktu 3 bulan.

Saya mengadu dekat suami, suami cakap air kumbahan elok je buat minum. Pasal bubur tu dia cakap saya buat cerita. Lepas dari itu saya kerap balik rumah mak saya sebab memang saya dah jemu tengok muka mak mertua. Marah sangat – sangat. sampai mak mertua boleh buat saya putvs asa dengan hubungan saya dengan suami.

Lepas dari tu saya tengok ceramah ustaz ustaz pasal mak mertua, ustaz tu cakap suami tak boleh p4ksa isteri duduk rumah mertua kalau isteri tak suka sebab perangai mertua yang tak elok. Lepas tu ustaz tu cakap cuba suami di tempat isteri, kena hadap muka orang yang kita tak suka seharian. apa akan jadi? Jadinya kena elakkan dari apa yg kita tak nak benda tu jadi.

Sekarang mak mertua saya suruh saya duduk sana sebab rindu cucu, saya pun balik sana jugak pagi, petang balik rumah mak saya tidur sini. tapi mak mertua tak bagi saya duduk rumah mak saya. Sekarang memang saya sorang je tengah kumpul duit untuk sewa rumah, bila saya tanya suami pasal rumah sewa memang suami marah sangat sebab suami cakap dia bukan kerja jadi boss senang – senang nak duduk rumah sewa.

Saya selesa duduk rumah mak saya sebab adik – adik boleh tengokkan anak saya. dekat rumah mak mertua, suami memang bebas nak melepak la, main futsal la. Anak memang jarang sangat dia jaga. Tahu jela anak kembar cab4ran macam mana. Balik kerja dah maghrib, balik tu kalau tak tidur mesti keluar. Balik semula pun masa saya dengan anak dah tidur, mak mertua pun biar je tak ada nak nasihatkan.

Saya dah puas cakap yang saya penat, gilir – gilir la jaga anak. Suami mesti marah sebab dia cakap dia esok kerja takkan tak rehat asyik nak jaga jer. Bila duduk rumah mak saya, suami macam tak selesa la kalau balik lewat – lewat mak saya fikir lain pasal dia. Sebab tula dia kerap suruh saya balik duduk rumah mak dia.

Komen Warganet :

Hirza Zahir : Dalam keluarga saya, kalau yang lelaki nak kawin, confirm kena dengar tazkirah pasal tanggungjawab suami. Yang selalu dipesan, bila nak kahwin kena pastikan dah bersedia nak pikuI tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Kena mampu segala segi.  Jangan harap duit isteri, maknanya jangan nak ingat,

“Aku bayar rumah dan bil – bil. Bini aku bayar kereta dan barang dapur”.

Kalau isteri bagi kira bonus. Kalau isteri kerja untuk bantu ekonomi rumah tangga, suami kena bantu isteri buat keja rumah. Jangan naik tangan atas isteri. Tu kalau lelaki yang nak kahwin. Kalau perempuan pulak, kena patuh kat suami kecuali suami tu suruh benda yang salah di sisi agama. Kena bantu suami dari segi kewangan. Yang penting hormat suami atau isteri, hormat keluarga mertua. Dan lepas kahwin pegi sewa rumah asing!

Ct Hamna : Mak mertua ko sekej4m mak mertua kassim selamat. Tt tolong bawa anak ko kuar dari rumah mak mertua ko sebelum innalillah. Lelaki ko bagi tinggal situ jela. Apalah mak mertua macam ni, ya Allah jauhkanlah. Itu lah lebih baik kahwin dengan anak yatim piatu.

Mak mertua ni ada gak yang sebaik baik mak mertua tapi jarang yang boleh anggap kita macam anak sendiri. Kadang mak mertua baik menantu h4ntu, ada plak mak mertua h4ntu menantu m4ti kutu, suami macam batu. Bukan ke lebih elok sebelum kahwin halanglah anak tu kalau tak suka pilihan dia tu. Dari kau siksa anak orang.

Farhana Mohd Fauzi : Haaa yang suami tu tahu pulak tak selesa duduk rumah mak mertua. Macam tu la perasaan isteri. Apa salahnya sewa rumah murah – murah yang penting duduk asing. Belajar berdikari. Ni tahu nak buat anak je anak malas nak jaga. Kalau rasa nak enjoy hidup bujang tak yah la kahwin. Hadoiiii..

يان سولايمن : Betol, dok rumah mak sendiri lagi baik dari rumah mak mertua. Buat keje macam nak m4ti tetap kene cop pemalas. Kita cuba berbaik – baik orang tetap kata kita tak elok, siap diumpat di belakang. Suami pulak tak habis alasan tak mampu sediakan rumah, terp4ksa duduk dengan keluarga sebab gaji kecik la.

Masa nak kahwin tak fikir plak untuk sediakan tempat tinggal pada isteri tu tanggungjawab dan ada dalam turutan kewajiban suami.. Yang hairan menantu jugak yang asyik dicari salah. Anak sendiri tak jaga rumah tangga, tak solat, tak cukup makan pakai isteri anak – anak. Tak tahu pukuI berapa nak ada di rumah tolonglah isteri apa yang patut. Langsung tak ditegur kesalahan anak tapi menantu plak yang dicop tak pandai nasihat laki, perabis duit laki.

Bila nak marah atau tak puas hati pada anak sendiri menantu jugak yang jadi m4ngsa lepas geram mak ayah mertua. Habis tu sampai bila menantu perlu sabar? Hari – hari berendam air mata, belum beranak sibuk suka nak ada cucu. Cucu berderet dah d1katanya menantu ni keje beranak je, tak reti jaga anak. Tak faham sungguh orang tua ni.

Haryani Wan Hamad : Kalau tak mampu nak sediakan rumah untuk anak isteri, sila jangan berbini. Paling menyampah perangai jantan yang suka duduk bawah ketiak mak pastu jadi tunggul kayu, bini kena buIi pun buat bod0.

Beruk pun pandai backup bini lah. Pompuan pls la, kalau nak kawin pastikan bakal suami dah sediakan rumah, tak kira la rumah sendiri ke rumah sewa ke janji duduk rumah sendiri, bukan menumpang mak ayah sendiri mahupun mak bapak mertua.

Lagi satu hentikan la tabiat tumpangkan adik beradik atau sed4ra mara ataupun berkongsi rumah. Itupun boleh jd punca berantakan atau perseIisihan faham di kemudian hari. Bila dah berkahwin, pastikan ada kediaman cukup untuk satu keluarga. Tak perlu besar pun, kecik pun takpe. Yang penting, susah senang hadap sama – sama.