Masa muda suami baik, setia. Masuk umur 50 dia bercinta dengan perempuan muda sebaya anak kami

Anak – anak sem4kin marahkan ayah mereka, bukan kerana susah nak dapat duit belanja nak belajar, tetapi malu bila kawan – kawan bertanya kenapa ayahnya tak duduk sekali. Dah bercerai ke? Atau ayah kahwin lagi. Yang paling tertekan anak bongsu saya, umur baru 16 tahun tak mahu sekolah lagi…

#Foto sekadar hiasan. Dari pengalaman pahit saya ini boleh anda buat tauladan. Jangan terlalu percaya pujukan suami terutama kepada yang baru kahwin dan jangan mengharap kepada suami dan percaya janjinya kononnya akan, ‘petik bintang bintang di langit menghiasi tubuh badan kita.’

Kerana terlalu percayakan dendangan cinta suami, ramai gadis mengharapkan perkahwinan mereka nanti boleh membahagiakan mereka hingga ke Jannah. Dan mereka mengharapkan gunung emas dari suami. Sedarlah bahawa bukan semua perkahwinan itu membawa kebahagian, walaupun suami anda dari keturunan bangsawan, jutawan dan mempunyai pekerjaan yang baik serta berpangkat tinggi.

Sebaliknya sem4kin tinggi kedudukan suami anda sem4kin rapuh perkahwinan anda, terutama apabila suami senang dengan hidup bebas dan ramai kenalan. Saya tidak bermaksud menakutkan anda supaya jangan pilih suami kaya raya dan berjawatan tinggi.

Sebenarnya dugaan dan c4baran dalam perkahwinan juga berlaku dalam kehidupan golongan sederhana, malah lebih teruk hingga membawa kepada pend3ritaan kepada isteri, dari mula berkahwin hinggalah bercerai. Lebih teruk sudahlah diceraikan mereka langsung tidak mahu bagi nafkah.

Saya selalu terbaca kisah isteri ditipu suami ada yang bergadai bergolok bantu suami, pinjam duit bank bagi kat suami dan pikul semua tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan oleh suami. Tetapi saya tak boleh marahkan mereka seratus peratus, sebab saya juga pernah jadi macam mereka satu ketika dahulu.

Punya lah percaya pada suami, akhirnya saya kena cerai juga bila suami kahwin lain. Cuma beza antara saya dengan wanita zaman sekarang, saya tertipu setelah berkahwin lebih 20 tahun, tetapi wanita sekarang kahwin tak sampai 8 tahun mereka sudah mend3rita kena tipu suami, bukan sikit – sikit dibelit hutang, malah ada yang kena pukuI sebab tak dapat penuhi kehendak suami.

Saya simpati dengan nasib mereka. Khususnya ibu – ibu tunggal yang masih punya anak kecil kecil lagi, mereka terp4ksa bekerja keras, ada yang terp4ksa mencari kerja untuk terus hidup. Membesarkan anak – anak sendiri, sementra suami hilang entah ke mana.

Berbanding saya ketika anak – anak dah bersekolah menengah dan masuk kolej suami mula buat hal, bercinta dengan anak gadis sebaya anak sendiri, sedangkan umur dia ketika itu dah dekat 50 tahun. Walaupun beban membesarkan anak – anak tak seberat mana, tetapi malunya hanya Allah yang tahu, terutama malu kepada anak – anak sendiri kerana ayah dah tua buat hal.

Itu belum masuk ditanya jiran tertangga dan disindir kaum keluarga, macamkan saya dah tua sangat hingga tak pandai nak layan suami, hinggakan suami cari perempuan lain. Bekas suami saya, Musa lambat tunjuk belang sebab ketika mula bekerja dulu, dia cuma buruh kasar saja, gaji kecil, gaji saya lebih daripada dia, tetapi dia rajin bekerja dan dia tahu lebih banyak selok belok kerja di kilang, maka dia cepat naik pangkat.

Dari buruh jadi kerani, penyelia, dan akhirnya jadi penolong pengurus, ketika usianya hampir 50 tahun. Agaknya ketika tak berduit dia setia kepada keluarga dan jalankan tanggungjawab dengan baik, tetapi bila pendapatan dah meningkat dia mula berubah.

Mungkin itu punca Musa bercinta dengan anak gadis dan ada skandal dengan isteri orang. Allah malunya saya bila ceritanya terbongkar. Kerana terlalu yakin dengan Musa setelah berkahwin lebih 20 tahun, saya tak pernah curiga dengan kelakuannya.

Tetapi apabila kilang bertambah besar tanggungjawab tentulah besar dan dia sering diarahkan membantu cawangan kilang di negeri lain, sama ada di selatan ataupun di pantai timur. Ketika sibuk dengan tugasnya saya tak pernah ada syak wasangka, kerana saya percaya Musa, sebab dia baik dan bertanggungjawab.

Tetapi saya tak sedar bahawa suami kita juga manusia biasa dan akan berubah mengikut keadaan dan tanpa kita sedari. Kerana kerap dihantar bertugas di pantai timur di situlah Musa berkenalan dengan Wan, seorang gadis kerja di kilang tersebut.

Sejak itu Musa sering ke pantai timur saya fikir pasal kerja, jadi saya tak banyak bertanya. Jika Musa kata dia nak ke pantai timur, saya siapkan pakaiannya kerana saya yakin dan percayakan dia. Tetapi lama kelamaan saya terasa pelik, sem4kin kerap ke pantai timur, sem4kin kerap Musa tak berduit.

Sepatutnya dia dapat banyak kerja lebih masa, atau tuntutan elaun kerana kerja luar pejabat. Tetapi peliknya Musa sering minta pinjam duit saya, apa dah jadi? Kerana fikirkan dia perlu duIukan duit untuk pejabat dan boleh tuntut kemudian saya beri.

Tetapi akhirnya terbongkar apabila satu hari bos Musa telefon tanya kenapa Musa tak datang kerja, dia s4kit ke? Terk3jut saya. Bila saya beritahu dia ke pantai timur mereka pulak terk3jut. Mereka pulak tanya saya buat apa Musa ke sana?

Bila balik saya tanya Musa. Katanya dia demam tak boleh balik. Kerana pelik dengan alasannya sebagai isteri, naluri saya mula fikir sesuatu yang buruk sudah berlaku pada Musa. Bila saya siasat dengan bantuan kenalan di pejabat Musa maka terbongkar cerita bahawa Musa diper4ngkap oleh Wan.

Konon cerita Wan mengandung dan dia suruh Musa bertanggung jawab dan mesti beri dia duit RM500 setiap hujung minggu. Selain minta belikan dia cincin dan gelang, jika mahu rahsianya tertutup. Tentulah saya meng4muk.

Kawan Musa yang bantu buat siasatan pun hairan bagaimana Musa boleh terper4ngkap konon Wan hamil. Dengan bantuan kawan ini juga masalah Musa dapat diselesaikan dengan baik. Dan nama baik Musa tidak tercemar.

Akhirnya terselamatlah Musa dari per4ngkap Wan. Sejak itu Musa memerap di rumah, mungkin dah insaf. Memang dia takut dengan Wan yang mem4ksa mereka segera kahwin. Sejak peristriwa itu, Musa hanya di pejabat.

Dan saya kalau dulu tak pandai berleter dah pandai berkhutbah pada Musa pulak sejak peristiwa itu. Tujuan saya supaya dia insaf tak buat hal lagi, malu pada anak – anak. Memang setahun lamanya Musa berubah baik seperti dulu.

Tapi taubat Musa macam orang makan sambal belacan. Entah macam mana lepas setahun Musa buat hal lagi, mudah sangat dia lembut hati bercinta dengan Kham, janda anak 3. Kata orang Kham mengaku dia janda, tetapi suaminya kata mereka belum sah bercerai lagi.

Saya tahu kes ini bila suami Kham telefon beritahu. Terk3jut beruk saya. Ada skandal pulak. Peliknya sejak skandal Musa terbongkar, Musa mula jarang balik rumah. Sejak itu memang hidup saya tak tenteram, kami sering bertengk4r.

Sapa tak s4kit hati ketika umur dekat nak pencen sepatutnya kami merancang hendak hidup aman tenteram setelah bersara. Kini Musa buat hal lagi. Saya bimbang Musa rancang nak keluarkan duit KWSP konon nak besarkan rumah, tapi sekarang mana duitnya?

Dua tahun lamanya saya bertahan dengan per4ngai Musa. Agaknya kerana hasutan Musa tinggalkan rumah pindah duduk menyewa rumah lain, akhirnya, saya berterus terang saya minta cerai. Sebab mereka merancang hendak kahwin dan saya tak mahu bermadu.

Ketika anak – anak sem4kin marahkan Musa, bukan kerana susah nak dapat duit belanja nak belajar, tetapi malu bila kawan – kawan bertanya kenapa ayahnya pindah rumah? Dah bercerai ke? Atau ayah kahwin lagi. Yang paling tertekan anak bongsu saya, umur baru 16 tahun tak mahu sekolah lagi.

Anak – anak sepakat sokong saya bercerai, sebab mereka tak mahu saya lebih mend3rita kalau ayah mereka berpoIigami. Kata mereka, biarlah ayah jalani hidupnya sendiri, jika itu pilihannya, dan orang yang giIa nak kahwin tidak makan nasihat, dia cuma ikutkan kehendak hati. Memang tepat. Kerana nak kahwin sangat, Musa ceraikan saya.

Saya memang kecewa sudahlah hutang duit saya tidak berbayar, sementara duit KWSP dia buat belanja kahwin. Kesalan saya siapa sangka suami yang baik ketika tak berduit, tetapi berubah setelah hidupnya bertambah senang. Oleh itu nasihat saya kalau kasih dan sayangkan suami biarlah berpada pada, supaya hidup kita tidak mend3rita akhirnya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.