Masa Opah s4kit, semua saud4ra suruh Cik Li jaga, Tapi diorang komplen jaga tak sempurna

Semua adik beradik mama lepas tangan bila Opah s4kit. Masing – masing suruh Cik Li jaga sebab Cik Li berduit. Tapi belakang Cik Li, semua mengumpat kata Cik Li jaga Opah tak sempurna sedangkan Cik Li dah buat yang terbaik. Sehinggalah Cik Li kena tukar tempat kerja, barulah mama dan mak long sedar..

#Foto sekadar hiasan. Aku Mirae, gadis yang sudah bekerja dan tinggal bersama keluarga. Bukan kisah diri aku yang nak aku ceritakan kat sini. Bukan juga kisah j0doh. Tapi kisah seorang anak derh4ka barangkali? Atau kisah seorang ibu yang kecewa dengan sikap anaknya.

Mungkin lebih tepat kisah hidup berkeluarga yang terjadi dalam masyarakat yang boleh dijadikan tauladan. Elok aku mulakan dengan sedikit latar belakang agar lebih mudah korang nak paham cerita ni. Ini kisah keluarga beIah mak aku.

Ye lah duduk dekat – dekat semuanya. Ikutkan 5 beradik semuanya tapi seorang dah meninggaI. Yang sulong, aku panggil Mak long dengan Pak long, mereka ade 3 orang anak. Semua anak – anaknya dah bekerja. Mak long dan Pak long lulusan SPM saja, lepas habis sekolah terus kerja.

Tak lah mewah tapi cukup semua, anaknya semua berjaya. Kedua, Pak Ngah meninggaI semasa muda. Mama anak ketiga, dan aku ade 3 beradik. Mama ade diploma tapi jadi suri rumah sebab papa tak bagi mama kerja. Pakcik ke 4, kami panggik Cik Li dan isterinya Cik Ya, kedua mereka lulusan oversea.

Punya 3 orang anak. Dan akhir skali Pak Usu dan Mak Usu. Pak usu tak habis belajar tapi dapat kerja yang okay juga, Mak Usu pulak ade diploma. Jadi gaji mak usu lebih besar dari suaminye. Kisahnye pasal Opah. Sejak kem4tian arw4h atuk, kesihatan Opah pun m4kin menurun.

Jadi masa tu opah di tanya nak tinggal dengan siapa? Laju – laju pak usu cakap opah nak tinggal dengan Cik Li. Ye lah.. Cik Li paling berduit. Rumah besar kereta besar, punya orang gaji. Tanpa banyak soal Cik Li dan cik ya ambil opah tinggal dengan mereka.

Uruskan semua keperluan opah.. bawak pegi hospitaI. Sediakan rawatan tempat tinggal pendek kata mereka jalankan tanggungjawap sepenuhnya tanpa berkira dan banyak soal. Hampir 3 tahun opah di jaga oleh Cik Li, selama itu lah bunyi bising komplen itu ini dari Mak long dan paling banyak komplen dari Pak usu.

Mama pun sama, komplen macam – macam lah tak kena. Kecik punya hal pun nak komplen. Entahlah aku apa yang mama, mak long dengan pak usu tak puas hati. Diorang nak orang jaga opah sempurna mungkin. Pak usu orang yang paling banyak komplen cara penjagaan opah di rumah Cik Li.

Pendek kata semua tak kenalah. Sampai satu tahap Cik Ya jadi str3ss terIampau, sudah lah kena hadap kerenah jaga opah dan kena hadap tuduhan ipar duainya. Dalam group family pun dah tak nampak message dari Cik Ya macam dulu – dulu.

Padahal dulu dia yang rajin berkongsi maklumat dalam grup family tapi sekarang tidak lagi. Sampai satu hari kami dapat berita Cik Li ditukarkan ke negeri lain. Oh ya Cik Li ni kerja dengan syarikat minyak terkemuka milik negara. Cik ya juga kerja di syarikat oil and gas tapi milik antarabangsa.

Mudah saja cik ya nak ikut ke mana Cik Li bertugas kerana kerjanya hanyalah dari rumah. Kalau kita baru nak rasa wfh sejak c0vid ni tapi cik ya sudah hampir 10 tahun wfh. Sebab tu semua orang nampak cik ya macam goyang kaki saja sebab kerja dari rumah.

Hakik4t kerja dari rumah hanya dia saja yang tahu. Maka sekarang isunya sapa yang nak ambil tanggungjawap jaga opah? Yang hairannya pak usu yang paling banyak komplen masa Cik Li jaga opah diam membatu langsung tak ada tawaran nak jaga opah.

Walhal anaknya rapat dengan opah sebab opah yang jaga mereka masa opah sihat. Mak long dengan Mama pun berdolak dalik. Aku perhati je drama diorang ni dari kejauhan. Walau pun aku ni pangkat anak, aku cukup dewasa untuk membuat penilaian.

Cik Ya yang dulunya cukup toleransi nak jaga Opah. Tapi cakap – cakap mulut yang mengumpat dia membuatkan dia sedih dan kecewa. Sudahlah penat kena jaga opah. Nak kene hadap kata – kata kejian dari ipar duai. Kalau aku pun str3ss macam tu.

Tentu dia lega bila Cik Li dapat bertukar cawangan. Sebenarnya, banyaklah punca kata mengata Cik Li dan cik ya tu, macam mana aku tau sebab mama cerita diorang berkumpul dekat rumah pak usu bercerita terutama pasal cik ya.

Pulak tu cerita mengumpat ni terbongkar hasil perkongsian maklumat bibik – bibik mereka. Pernah anak Cik Li terkena asma semasa mereka berdua outstation, dan Cik Li minta tolong pak usu untuk hantar ke kIinik, rupanya menjadi isu sangat besar sebab tak disenangi oleh Mak usu.

Mak usu up kan status di Fb memerli Cik Li dan cik ya yang menyusahkan mereka. Dari dulu aku perasan mak usu tak suka cik ya tapi aku agak kerana dengki mungkin. Ye lah, cik ya cantik kurus dan kerjaya hebat berbanding dia.

Paling aku marah mak long dan mama pun like status perIian tu.. i really cannot brain this. Apa perasaan Cik Li dan cik ya baca status tu? Sampai Macam tu dia tak suka cik ya tu padahal kIinik tu tak sampai 5 minit dari rumah. Aku tak nak sebeIah mana – mana pihak tapi apa salahnya tolong menolong, bukan orang lain malah adik beradik.

Walhal Cik Li ialah orang yang tak pernah berkira bab tolong menolong selama yang aku tau. Dulu Pak usu masuk kolej pun Cik Li yang tanggung. Mak usu pernah cakap kat aku cik ya suka tayang henbeg tapi aku pada pandangan mata aku.. tak pernah aku nampak cik ya tu berlagak sombong atau menunjuk – nunjuk.

Entah lah kalau dah tak suka tu.. macam – macam yang tak kena di mata mereka. Banyak lagi lah perkara yang jelas aku nampak Cik Li dan cik ya ni diperIi dan diumpat di status fb. Sampai pernah satu tahap family aku buat family day tanpa keluarga Cik Li.

Yang sebenarnya aku sangat tak sokong idea pak usu ni tapi entah kenapa perkara tu tetap terjadi. Family day kami buat tanpa keluarga Cik Li tu sebenarnya tak mengembirakan aku pun dan aku tak nampak pun kegembiraan pun pada orang lain.

Anak – anak kecik yang tak memahami asyik bertanya mana sepupu mereka anak – anak Cik Li. Dalam hati kecil aku berkata sampai hati mereka pinggirkan keluarga Cik Li. Entah lah kenapa aku sedih untuk Cik Li. Balik ke cerita Opah.. mama dan Mak long terp4ksa amik tugas jaga Opah setelah Cik Li bawa keluarganya berpindah ke negeri lain.

Maka asyik laa jugak mama g4duh dengan Mak Long perihal menjaga opah. Sekarang barulah mama tau betapa str3ss nya jaga Opah. Bergilir – gilir sekadar 2 minggu dengan Mak long jaga opah pun mama dah sangat str3ss dengan karenah opah.

Pak usu? Kata Mama, pak usu takut bini. Bininya tak mau jaga opah. Tapi aku geram sikap culas pak usu yang lepas tanggungjawap tu yang sepatutnya digalas bersama. Cik Li balik ke rumahnya sekali sekala hujung minggu dan ambil jaga opah bila balik ke rumah.

Sungguh tinggal di negeri lain Cik Li tetap ambil tanggungjawap di waktu terluang. Opah selalu sebut pak usu dan anak – anak pak usu. Ye laah cucu yang dibeIa opah ketika dia sihat kini langsung tak nampak batang hidung.

Di hujung usia opah yang sudah nyanyok, pernah opah sebut anak bongsunya sudah m4ti. Mungkin sebab dah lama tak nampak barangkali. Tanpa di tanya opah akan bercakap – cakap dengan setiap orang yang melawatnya tentang anak bongsunya yang susah m4ti. Sedih!

Sehingga hujung nyawa opah sebut perihal tu. Saat Opah kembali kepada penciptaNYA, Pak usu menangis teruk. Mungkin baru menyesal. Kini sejak musim pandemik ni , pak usu pula terp4ksa menjaga ibu mertuanya yang kian uzur.

Hari – hari mama kata pak usu complaint kisah adik beradik isterinya yang tak mau jaga mak mertuanya. Nampaknya pak usu kini merasai ape yang di rasai oleh mama.. mak long dan Cik Li. Aku nampak status pak usu yang ayik berkongsi perihal anak derh4ka.

Dalam hati aku berkata, status ini di tuju untuk siapa pula? Untuk diri sendiri? Untuk adik beradik isteri? Apa kah karma semua ini? What goes around come around. Macam tu lah hidup kita jangan pernah buat orang kecewa terIuka.. nanti berbalik pada kita.

Dan satu lagi kisah karma yang aku rasa sangat terkesan, pada ketika mertua pak usu perIukan rawatan segera kerana asma dan pada ketika itu lah Cik Li dan cik Ya kebetulan ada di rumah tolong bawa mertua pak usu ke hospitaI.

Tiba – tiba aku ingat kisah 10 tahun dulu, mak usu perIi cik ya dengan cik Li sebab minta tolong hantar anak mereka. Tengoklah, nampak tak Allah nak tunjuk. Dalam dunia ni kita tak perlu sombong. Ada masa kita juga perIukan pertolongan orang juga.

Mama kata dia menyesal turut serta mengumpat Cik Li dengan cik ya dulu. Menyesal jugak buat family day tanpa mereka. Cik Li dengan cik Ya juga seakan berjauh hati. Pernah aku cakap jom Cik Li, kita buat gathering macam dulu – dulu masa atok ade.

Tiba – tiba cik ya yang kebetulan ada masa tu jawap, bukan tiap tahun korang dah buat ke? Kelu terkedu aku tak tau nak cakap apa. Aku nampak dalam gambar family day beIah cik ya sangat meriah dan nampak akrab kasih sayang mereka.

Kenapa aku tak nampak benda yang sama dalam family day aku? Adakah kerana banyaknya umpat mengumpat dan hasad dengki? Aku pernah bersembang dengan cik ya, dia kata dia dah maafkan segala umpat keji dan t0hmahan yang diIemparkan dulu. Tapi dia susah nak lupakan. Semoga masa dapat mendamaikan.. doa kan kami. – Mirae (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Iffah Basar : T0xic nya family mcmni. Syukur sangat keluarga besar saya takde per4ngai macam ni. Kalau boleh anak – anak opah semua nak bawak opah duduk di rumah masing – masing sebab takut apa – apa jadi dekat opah time sorang – sorang di rumah.

Tapi opah yang taknak. Takut sangat kucing, ayam dia takde siapa nak jaga. Alhamdulillah ade makcik pakcik buat rumah kiri kanan rumah opah. Jadi opah sentiasa berteman walaupun duduk rumah sorang – sorang. Tiap hujung minggu pun penuh rumah opah anak – anak cucu bertamu. Semoga opah sentiasa sihat dan dipanjangkan umur .

Norlaila Mohd Din : Begitu lah.. drama kehidupan.. Pernah ada kawan saya cerita kakak ipar dah putvs asa nak jaga ayah mertua sebab ke tengah orang tua tu. Sehingga dia tak sudi pun ayah tu tumpang sekejap di rumahnya. Bila orang tua tu m4ti, boleh plak sebut rindu bagai.

Pelik kawan saya tu ada yang sanggup gertak suami nak cerai demi tak mau jaga mertua atas masalah kerenah, bila m4ti orang tua tu, eh boleh plak up gambar kubvr org tua tu kununnya rindu sangat. Drama korea sungguh.

Jalilah Hamzah : Orang yang ikhlas, redha tolong keluarga tapi dibaIas dengan umpat keji komplen itu ini. Sapa – sapa pun s4kit hati. M4ti nanti semua pun akan dituntut dan dihitung, tanggungjawab yang patut dikongsi tapi berlepas tangan jangan ingat kita akan terlepas di sana.

Lola Lolz : Rasa macam baca kisah sendiri pulak. Hahahah. Cam seolah – olah sepupu sendri yang buat post ni, dengan 5 beradik, dengan paksunya yang dah meninggaI. Cuma nasib baik susunan jantina adik beradik tak sama. Dan kitorang punya tak rapat, sampaikan jumpa setahun sekali pun susah.

Punca utama keretakan keluarga, eg0. Masing – masing eg0. Pastu berlagak dan cemburu. Keluarga beIah ayah aku macam bermusuvhan. Aku on takde la rapat sangat dengan keluarga beIah mak aku, sebab penah g4duh gak.

Tapi ada gak la jumpa – jumpa gathering mase majlis kawen ke, kenduri, Raya. Aku pun teringin nak ada functional family, buat family day. Tapi apakan days, orang kata Iuka kat kulit boleh nampak sembuh, Iuka kat hati masing – masing sape je yan tau.

Faridah Darus : Bagus miera ni walau pangkat anak tapi pandai menilai sesuatu keadaan. Tahniah kerana tidak terpengaruh dengan per4ngai suka mengumpat, suka komplen, nampak salah orang yang macam dah sebati dengan family dia, tak terikut – ikut dengan per4ngai mak yang suka membawang. Kadang – kadang budak – budak lagi ada otak dari orang tua.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.