Saya failkan cerai suami buat drama nak telan minum r4cun

3 tahun saya kena tipu, rupa2-nya suami dah kahwin dengan janda anak 1. Saya baru je tahu bulan 8 ni. Apa yang lagi sedih, selama ni keluarga mertua tahu mereka dah kahwin. Nak tahu tak macam mana suami keluar bergilir jumpa bini kedua. Bapak mertua sama2 tolong bagi t4ktik dekat suami..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Mohon admin hide FB saya. Saya selalu baca tentang krisis – krisis dalam rumah tangga dekat dalam FB. Banyak kisah – kisah yang boleh saya dapat di page ni. Tapi kali niĀ  saya nak ceritakan tentang krisis dalam rumah tangga saya bukan bemaksud untuk buka aib tapi sekadar untuk mintak warga – warga netizen di page ni mendoakan saya menjadi seorang yang sabar, tabah dan kuat.

Saya dah berkahwin hampir 12 tahun, dan mempunyai 2 orang cahaya mata sepasang, anak yang sulong berumur 10 tahun dan sorang lagi baru berusia 2 tahun. Dan saya berumur 31 tahun, seorang wanita yang bekerjaya.

Cerita saya bermula pada tahun 2015, suami saya berlaku curang di belakang saya dengan seorang janda anak 1, janda yang lebih tua dari suami. Pada saat tu hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa s4kitnya hati saya bila dapat tahu yang suami berlaku curang.

Saya ringkaskan cerita pada Tahun 2015 juga saya dapat tawaran belajar yang disponser sepenuhnya, saya mengambil keputvsan untuk sambung belajar atas sebab saya perlu ada kerjaya saya sendiri supaya bila apa – apa yang berlaku akan datang saya dah ada masa depan.

Selama 3 tahun saya belajar, suami berjanji takkan contact dah dengan janda tu dan saya bagi peluang kedua untuk dia. Suami saya memang seorang yang bertanggungjawab dan seorang ayah yang baik untuk anak – anak. Saya bagi dia peluang kedua sebab saya fkir apa kebaikan yang dia pernah buat untuk saya.

Pada Bulan 8 tahun ni, satu lagi dugaan yang begitu hebat dan dasyat dalam hidup saya bila suami terkant0i dan sebenarnya suami dah berkahwin dengan janda anak 1 tu pada Tahun 2017. Sepandai – pandai tupai melompat jatuh ke tanah jua.

Hebat sangat hebat permainan antara suami dan janda tu. Mereka perb0dohkan saya, permainkan saya! Suami saya telah mnipu saya selama 3 Tahun! saat tahu suami kant0i disebabkan saya minta suami statement bank dan dari situ saya nampak nama perempuan tu transfer duit dekat suami,

Saya desak suami kenapa perempuan tu transfer duit. Dan akhirnya suami mengaku yang dia dah kahwin. YA ALLAH betapa h4ncur hati saya! Sebagai seorang isteri yang telah ditipu suami dan dimadukan secara sayap. Apa lagi yang boleh saya lakukan.

Saya rasa benci, rasa jijik, rasa s4kit hati, kecewa sebab ditindas macam ni! Saya minta dilepaskan, saya mintak diceraikan. Saya tak sanggup! Tapi suami saya tamak, dia tak nak, dia tak nak ceraikan saya. Dia nak dua – dua. Buat pegetahuan semua suami saya tak mampu untuk beristeri 2.

Gaji saya lebih tinggil dari gaji suami! Saya yang banyak keluar duit untuk anak – anak dan keperluan dalam rumah. Suami hanya bayar duit rumah sewa, bil api air. Sebab balance gaji suami bila tolak semua hutang hanya berbaki rm300.

Mampu ke macam tu untuk beristeri 2? Sedangkan pakaian untuk anak bini pun jarang sekali beli. Kebanyakannya saya beli sendiri! Di mana kemampuan awak wahai suami? Adakah mampu dari segi batin sahaja? Perkara yang paling saya tak boleh nak terima, mentua saya dah tahu dari tahun lepas lagi yang suami dah berkahwin!

Tapi diorang tak nak masuk campur sebab diorang cakap kalau la saya tahu diorang kesian kat saya! Suami saya berkahwin dengan janda tu tanpa pengetahuan sesiapa termasuk mak bapak janda tu. Adakah ini takdir atau pilihan mereka berdua, kenapa mesti berkahwin tanpa pengetahuan mak bapak janda tu.

Sebab tu saya cakap mereka berkwin atas dasar NAFSU!! Saya ada contact dengan mak bapak janda tu dan mereka memang sangat marah dan tak restu hubungann mereka. Mak bapak janda tu cakap suami saya hanya nak mempergunakn anak diorang sebab anak diorang kerja kerajaan!

Lagi mereka pun baru tahu hubungan diorang tahun lepas. Cuma saya je yang baru tahu bulan 8 baru ni. Satu – satu petunjuk yang ALLAH bagi kepada saya. Terlalu banyak suami menipu. Depan saya begitu baik tapi belakang saya macam – macam dia lakukan.

Start PKP bulan 3 perempuan tu dah kuar rumah dari rumah mak bapak dia dan menyewa dekat dengan perumahan saya. Baguskan. Pandai mereka berdua merancang! Nak tahu bagaimana cara suami saya guna t4ktik bahagikan masa sebelum saya tahu dia berkahwin lain.

T4ktik suami dan bapak mentua saya. Bapak mntua saya cakap suami ada kerja malam, kerja jaga. Jadi mintak kebenaran saya boleh ke tak. Saya ni cakap terpulang sebab fikir suami nak cari duit lebih. Jadi selama ni dalam seminggu ada 3 kali dia akan kerja JAGA!!

Tapi sebenarnya bukan kerja tapi dia balik rumah janda tu! Banyak lagi sebenarnya pnipuan secara halus. Tapi saya kongsikan sikit sahaja. Sebagai seorang isteri yang ditipu oleh suami yang dianggap setia, baik dan penyayang. Saya dah buat permohonan cerai dan TARIKH bicara bulan 9 tapi dalam tempoh saya tunggu saya dilepaskan macam – macam yang berlaku.

Suami sampai sanggup nak minum r4c0n, buat perkara bukan – bukan sebab tak nak ceraikan saya. Saya tak tahu apa sebenarnya dalam hati suami. Sini sayang, situ sayang. Suami cakap dia nak jaga saya sampai m4ti, dia tak nak saya

Ada lelaki lain! Adil ke untuk saya? ALLAH datangkan lagi ujian untuk saya, rupanya saya mengandung. Saat saya tahu saya dimadukan saat tu juga ALLAH beri rezeki anak untuk saya. YA ALLAH hebat percaturanmu. Tapi saya jahiI saya tak boleh nak terima apa – apa lagi sebab yang saya tahu, saya nak bercerai.

Saya dah taknak ada apa – apa kaitan dengan suami. Saya gugurkan kandungn saya. Ye, saya tahu saya berd0sa. Saat saya gugurkn usia kandungan saya baru nak masuk 5 minggu. Dalam keadaan saya str3ss, saya kecewa, saya tak boleh nak hadap ni semua.

Sebab Tu masa tarikh perbicaraan bulan 9 saya terp4ksa tarik kes sebab saya baru lepas gugurkn kandungan saya. Selepas ni saya serah semua takdir saya pada ALLAH. Sekarang ni kehidupan saya dah tak macam dulu. Selalu saya suruh suami lepaskan saya. Saya kuat cemburu.

Saya benci, saya tak suka kalau suami call / pergi rumah perempuan tu! Dan sekarang kalau saya shift malam baru suami akan tido rumah perempuan tu bawa anak – anak sekali. Hari – hari lain suami banyak masa dengan saya. Perlu ke saya pert4hankan lagi rumahtangga saya?

Semua boleh bercakap, suruh redha la, sabar la, tapi yang lalui saya sorang. Apa sebenarnya perempuan tu nak sedangkan perempuan tu pun banyak kuar duit dia sendirii. Dia tahu suami saya tak mampu tapi kenapa masih nak juga!

Oh ya buat pengetahuan semua perempuan tu jadi janda disebabkan bekas suami dia juga kahwin senyap – senyap dan dia tak nak dimadukan sebab tu mereka bercerai. Tapi sekarang sanggup plak nak bermadu. Kenapa dulu tak sanggup bermadu?

Tolong warga netizen doakan saya kuat dan sabar merghadapi segala dugaan dalam kehidupan saya. Untuk kaum lelaki, tolong la jangan s4kitkan hati isteri anda. Jangan menipu isteri anda. Kasihanilah mereka. Jangan terlalu ikutkan nafsu dan kehendak dari sendirii. Kalau mampu beristeri lebih dari 1 takpe. Ini ada isteri 1 pun tak mampu. Terima kasih admin sudi siarkan.

Komen Warganet :

Alex Lim : Boleh kenal suami TT ni. bukan apa. saya ni m4ti – m4ti cari seorang pasangan pun susah. single sekian lama. Macam mana cara dia boleh pik4t perempuan owh. By the way, kamu sayang tak rumah tangga kamu ni.

12 tahun ok bukan masa yang singkat. Jangan nak terburu – buru buat keputvsan. mungkin kamu tak tahu apa petanda yang kamu dapat hamil masa kamu tahu suami ada isteri di luar. Walaupun agama sy dan kamu adalah beza tapi saya percaya manusia yang rancang tuhan tentukan.

Sebab tu dia hadiahkan baby bagi kamu. Walaupun suami kamu di luar ada isteri dia bagi hadial besar untuk kamu pert4hankan. Ya memang salah suami kamu. Saya lelaki pun tak sokong dia. Tapi kena ingat cinta tu buta. Sebab dia tak mampu dari segi kewanagan tapi dia mampu bagi bahagia.

Tanggungjawab sanggup tipu untuk jalankan tanggungjawab dia. Apa kata kamu bawa madu kamu tu bincang baik – baik. Jika betul sama cinta suami kamu. Cuma untuk terima dia kah. Kalau betul tak dapat memang susah lah.

Bukan apa 12 tahun perkawinan jangan disia – siakan demi seseorang. Fikir balik masa gembira sama suami. Jangan ada masalah asyik fikir kesalahan dia saja. Dari sudut berlainan untuk berfkirkan. Jangan pakai perasaan dengki atau kemarahan untuk buat keputvsan.

Lis Sandra : Minta lah cerai. Mungkin perpisahan adalah yang terbaik sebab puan pun tak rela bermadu tak redha apa yang berlaku ke atas diri puan. Jangan biarkan em0si bertindak akan BANYAK tindakan luar fikiran yang akan berlaku. SayangiIah diri sendiri kerana suami yang curang puan buat d0sa dengan menggugurkan kandungan ALLAHUAKBAR. BERTUABAT LAH.

Farhah Simard : Suami you sebenarnya nak menjana ekonomi aje dengan bini – bini dia. You kerja best, sorang kerja kerajaan so dia hanya profit bini – bini dia aje. Mungkin soon no 3 dan 4, tambah kaya your husband, hidup senang ditanggung bini – bini. Smart guy.

Nur Syaqielah : Hebat, 6 tahun bertahan dengan kecurangan suami, memang lah dia taknak ceraikan kau sebab kau adalah h4mba dia. Sedangkan kau sedia segala – gala dalam rumah tangga malah dia berseronok dengan orang lain.

Baik bertanggungjawab tang mana pun aku tak tau lah sebab apa yang aku baca semua keperluan rumah dan anak – anak kau yang setel. Sekali kau bagi peluang dengan manusia yang curang bermakna kau sudah sediakan berjuta – juta peluang. Redha dan bertahan hidup dalam keb0dohan.

Raja Norkhairani : Awak berhenti tolong suami bayar semua keperluan rumah tangga. Biar dia yang keluarkan duit untuk segala – galanya. Baru la suami tahu yang dia sebenarnya tak layak nak berpoIigami sebab tak mampu nak tanggung walaupun sorang isteri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.