Masa suami tidur, aku call skandal suami, siap pasang loud speaker. Suami terk3jut, masih nak menipu. Ini kali ketiga dia curang

Aku masa tu sambil tengah pregnant dan tunggu masa untuk bersalin. Suami aku mengaku semua benda dan paling mer0bek hati aku yang mana hubungan mereka dah seperti suami dan isteri. Perempuan tu sangat biadap..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin andai confession ini disiarkan. Hopefully dengan luahan aku dekat sini, aku boleh terima pandangan dan pendapat dari pembaca semua. Macam tajuk aku ‘Dicurang Berkali – kali’, aku seorang isteri dan ibu kepada 2 orang anak.

Suami aku seorang yang bertanggungjawab terhadap aku dan anak – anak. Tapi adat manusia, tak semua manusia sempurna. Aku sering kali dicurangi. Tak tau mana salah dan silap aku. Pertama kali dicurangi, saat aku melahirkan anak yang pertama iaitu ketika 9 tahun lepas.

Aku dapat tangkap, tapi nasib hubungan tu baru nak menular, belum tahap tangkap cintan. Kali kedua pun sama macam situasi yang pertama cuma bukan dalam keadaan aku melahirkan anak. Yang ketiga adalah yang perit, yang mana suami aku ketika itu ditugaskan ke luar kawasan. Negeri di pantai timur.

Waktu tu aku tengah pregnant anak yang kedua. Tinggal lah aku berdua di KL bersama anak aku yang pertama berumur 7 ketika itu. Mengandung tanpa suami di sisi adalah sangat susah sebab emosi selalu tak stabil. Sering kali berg4duh walaupun on the phone.

Dipendekkan cerita, setibanya husband aku di KL setelah berbulan – bulan di negeri pantai timur itu, ketika suami sedang tidur entah macam mana tergerak hati aku nak check phone Dia. Aku sangat terk3jut masa tu bila nampak satu mesej “berpapa mama”!

Sungguh remuk hati aku! Menangis sorang – sorang dalam bilik. Aku nekad untuk call perempuan tu dan aku buat loudspeaker, suami terus terbangun sebab dengar ringtone girlfriend dia. Aku terus tanya siapa perempuan tu semua dan biasalah lelaki, mana pernah mengaku.

Sampai satu saat aku mintak untuk diceraikan, baru suami aku mengaku semua benda dan paling mer0bek hati aku yang mana hubungan mereka dah seperti suami dan isteri. Sungguh tak kuat aku masa tu sambil tengah pregnant dan tunggu masa untuk bersalin.

Allah sahaja yang mengetahui dan aku merahsiakan segala aib suami aku dari parents aku. Aku terima diri nya kembali walaupun hati aku perit. Dan sekarang selepas 2 tahun, benda yang paling aku takut, jadi lagi. Kali ini, dengan perempuan Indonesia.

Berkenalan di wechat, yang mana apps wechat pun aku tak tahu suami aku ada. R3muk sangat hati aku! Kantoi sebab aku nampak satu Whatsapp text dari perempuan tu “bangun sholat pah” dan “good night love”. Hati aku r3muk – ser3muknya.

Aku macam biasa kumpul semua bukti, screensh0t di handphone aku untuk aku email sebagai bahan bukti. Fikiran aku blank. Aku keluar rumah tinggal anak – anak dan pergi budget hotel dekat dengan kawasan rumah aku untuk aku tenangkan fikiran.

Aku mesej perempuan tu tapi petang baru reply. Bila perempuan tu reply, aku hati aku membuak – buak nak jumpa suami aku and confront. Ternyata, suami aku menipu lagi, Bila aku kata aku tau semua benda baru dia berterus terang.

Masa ni aku rasa dunia macam tak adil untuk aku. Kenapa aku yang selalu diuji macam ni. Dan perempuan tu sangat biadap Sebab seolah – plan berbangga dapat suami aku. Aku minta dilepaskan lagi kali ni. Tapi suami tak nak. Sayang akan hubungan ni.

Aku depr3ssed sepanjang tempoh kawalan ni. Aku confront dengan suami, apa salah aku sampai aku dibuat macam ni. Alasan suami sebab aku selalu bertindak kasar dengan dia di mana aku str3ss dekat tempat kerja aku membawak ke rumah.

Bagi aku tu bukan alasan untuk dia cari lain. Suami cakap dia cari lain just untuk hilang bosan Dia. Aku hilang arah. Aku frustrated dan str3ss melampau. Siang malam aku menangis. Sungguh aku tak kuat sebab hubungan aku dan suami lebih Sepuluh tahun.

Aku ikhlas sayang kan dia. Walaupun dia buat aku berkali – kali tapi entah kenapa aku tak sampai hati nak tinggalkan dia. Aku akui, bab wang ringgit dan tanggungjawab dia tak pernah Culas. Ada ketika time tu suami menang lucky draw kat tempat kerja Dia RM6800, dia bagi aku dan anak – anak seorang seribu. Ada rezeki Lebih, dia akan relocate lebih untuk aku.

Aku mula salahkan diri aku sendiri. Suami aku minta untuk sama – sama berubah. Aku maafkan suami aku tapi hati aku amat s4kit. Teringat pasal perempuan tu. Dear readers, please bantu aku bagi pandangan. Aku sayang akan suami aku. Aku sayang akan family aku.

Anak – anak aku rapat dengan beliau. Bila dia ada dekat rumah, nampak anak – anak sangat suka dan gembira. Jauh sudut hati aku, aku sangat s4kit. Please bantu aku. Jangan kecam aku sebab aku pilih untuk stay dengan husband aku. Ambil lah teladan dari kisah hidup aku. Aku doakan kalian yang be rumahtangga agar hidup saling berkasih – sayang antara satu sama lain.

Komen W4rganet :

Shima MJ : Bila puan terlalu baik dan selalu memaafkan, suami akan ambik kesempatan. Pada dia puan ni takkan berani nak tinggalkan dia, setakat mintak cerai di mulut. Pada saya, baik bawak suami ke kaunseling pejabat agama.

Bukan untuk bercerai, tapi untuk cari halatuju perkahwinan yang sebenar. Tnggungjawab rumahtangga bukan hanya pada duit dan kelengkapan zahir sahaja, yang penting keharmonian tu. Takkan sampai m4ti nak telan per4ngai macam ni?

Cik Adiera : Kalau saya dipihak akak, saya akan mintak cerai. Biarlah orang kata apa pun, kita hidup berhak bahagia. Untuk apa kita bersama kalau sepanjang hayat memendam rasa. Nak melupakan bukan mudah, nak memaafkan lagi payah.

Kalau kata kesian anak – anak, akak sanggup ke tengok anak akak membesar dengan penipuan seorang ayah yang meny4kiti ibunya? Bukan mudah nak ubah lelaki yang kaki curang. Sekali curang, selamanya curang. Saya tak nak nanti saya pulak dapat peny4kit.

Saya lepaskan jela, biarlah dia bahagia. Tidur setilam sebantal tapi fikiran nafsu semua pada orang lain. Apo. Kita pun berhak bahagia. Kalau akak pilih untuk stay, sabarlah banyak – banyak kak. Pilihan di tangan akak.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.