Suami suka membandingkan anak sulung dengan anak – anak yang lain. Baru – baru ni kami g4duh dan dia tolak saya jatuh bersama baby 4 bulan. Waktu tu anak kedua saya datang peIuk kaki suami merayu. Bila saya dengar rayuan anak saya, lagi saya meraung.
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum admin. Salam sejahtera semua sahabat. Maaf, saya guna fb sahabat saya. Saya malu kalau admin kenal wajah saya. Saya malu juga pada semua orang. Sebab saya memang tak ade keyakinan diri sangat sekarang ni.
Saya cuma nak pandangan sikit. Macam ni admin. Saya ada 5 orang anak. Yang sulong perempuan 7 tahun, nombor dua lelaki 5 tahun, yang nombor tiga perempuan 3 tahun, nombor 4 perempuan 2 tahun dan yang bongsu perempuan 4 bulan.
Anak sulong saya, mertua ambil jaga sejak dari bayi lagi. Kerana waktu tu kami hidup sangat susah. Makan nasi dengan garam dan minyak ikan masin saja untuk terus hidup. Biasa la, baru nak mulakan hidup. Rezeki pula mengandung bunting pelamin.
Jadi memang serba serbi tak ada, zero. Jadi untuk kebaikan dan kesihatan anak, mertua ambil jaga atas keizinan saya. Tapi maIangnya, suami saya tak berapa suka anak – anak dia yang lain yang ada dengan saya dan dia. Dia tak suka anak kami yang lagi 4 orang tu.
Suami selalu memuji anak sulong kami pandai, cerdik, banding – bandingkan dengan adik – adik yang lain. Disebabkan itu, saya jadi sedih. Sebab, semua itu anak saya. Saya yang lahir kan mereka. Suami selalu call ibu dia untuk tanya khabar anak sulong kami.
Selalu update di fb pasal anak sulong dia. Puji melangit – langit. Nak dijadikan cerita, baru – baru ni dia dapat call dari ibu mertua, yang anak sulong kami dah mula mengaji al-quran. Kemudian dah pandai membaca dan bahagi darab dengan lancar.
Dia cerita dengan bangganya pada saya. Siap cakap lagi, “itu baru betul anak aku.. Tak macam yang dekat rumah ni. Menyusah kan aku! Tau nye memakak je!” Saya dengar macam tu, saya menengking suami, “yang kau kata menyusahkan ni, ni anak ko jugak! Lahir dari benih kau! Kau tak usah la nak membangga sangat! Dia cerdik pandai atas didikan ibu kau!”
“Bukan atas didikkan kau sendiri! Bukan atas hasil usaha kau membesarkan dia, berk0rban wang ringgit untuk dia! Kalau itu yang kau bangga – banggakan sangat, kau memang seorang bapak yang b0doh!” Suami dengar saya cakap macam tu.
Dia terus tolak saya dan saya jatuh terduduk. Dalam waktu tu, saya sedang dukung si baby. Anak – anak saya yang lain. Dah pandai becakap dan petah berkata – kata. Paling menyedihkan anak nombor 2 menangis dan dia sujud di kaki ayah dia tapi apa yang anak lelaki saya cakap buat saya meraung masa tu jugak.
“Ayah, Angah ni anak yang jahat ke ayah? Kalau angah ni susah kan ayah, ayah bvnvh la angah. Angah tak akan susah kan ayah lagi” Terus si adik no 3 pun ikut si abang dia meIutut sama – sama. “Ayah.. Jangan tolak ibu.. Alang sayang ibu. Ayah tolak la alang. Biar alang ganti ibu.”
Lepas tu angah dan alang terus peIuk saya bila tengok saya meraung macam orang giIa dengar apa yang dorang cakap. Tapi di hati suami, seolah – olah tak ada perasaan. Dia tetap dengan diri dia dan masih menyangkal semua kata – kata anak.
Dia siap cakap lagi, “tak payah la korang nak drama dekat aku, kalau dah memang baka b0do, b0do jugak korang tu.” Terus suami call ibu dia dan bercakap di depan rumah. Seolah – olah tak ada apa yang belaku. Apa saya dengar, siap ketawa lagi becakap di fon.
Sambil memuji – muji anak sulong dia. Saya tak tido malam sejak dari aritu. Saya bedoa dan terus bedoa. Saya nak suami saya nampak anak – anak dia yang ada di depan mata dia ni dan mendidik anak – anak yang duduk dengan dia ni dengan baik semacam mana yang anak sulong kami dapat dari neneknya.
Saya sayang semua anak saya. Saya tak pernah tefikir untuk membanding – bandingkan mereka sebab mereka semua anak saya.. Kalau bukan saya yang jaga hati merekea, siapa lagi. Bukan saya tak nak ambil anak sulong kami bawak balik duduk skali.
Tapi anak sulong saya yang tak nak. Dia nak duduk dengan neneknya. Sebab nenek dia duduk sorang – sorang di rumah pusaka tu. Suami pun tak nak ambil jaga dia di sini, sebab katanya, “Nanti dia tak ade alasan untuk ambil cuti pulang ke kampung.”
Sekarang dengan keadaan PKP, suami tak dapat balik kampung dah dua tahun. Setiap 3 jam dia akan call anak sulong dia untuk update cerita dan keadaan. Kadang – kadang tengah sambut birthday anak lain pun, dia tak nak join.
Sebab dia kata, call anak sulong lebih penting dari segalanya. Suami ada dengan kami, tapi seolah – olah dia tak ada dengan kami.
Komen Warganet :
Zaki Zack : Saya simpati di atas yang menimpa puan. Bila soal anak dibanding – bandingkan. Bahkn dih1na dalam usia yang begitu kecik lagii. Sampai ke tahap merasakan anak – anak yang ada pada puan menyusahkan. Ini satu perkataan cukup biadap depan tuhan.
Seolah – olah mengh1na dan tidak bersyukur. Rasa – rasanya suami puan nie dulunya hidup dalam gua kot. Tak pon dalam hutan paya bakau. Sampai jahiI soal tanggungjawab dan amanah untuk mendidik anak. Takde mana – mana hukvm membangdingkan yang mana anak yang pandai dan tak pandaii.
Ini baru permulaan. Belum lagii tengok anak -anak dewasa. Silap – silap anak – anak yang dia rasa itu yang terbaik. Tiba – tiba tak mampu untuk tunaikn tanggungjawab untuk dia nanti bila dah tua. Dan masa tu lah dia baru rasa menyesal.
Time tu lah nak nangis puas – puas merayu kat tuhan. Puan didik anak -anak denagn kasih sayang. Biarlah.. tak dapat dari seorang bapa. Suatu masa nanti mana tau anak – anak ni berjaya di dunai dan akhir4t berkat doa dan kesungguhan puan.
Tuhan maha adil dan maha melihat. Puan bagitahu jer suami puan. Kalau tak suka bagitau.. Jangan h1na anak – anak. Taknak nanti beri kesan pada anak – anak.
Siti Zaleha : Saya simpati apa yang jadi pada sis. Jujurnya lepas ni sis jangan mengandung lagi, bagi anak bongsu besar sikit, sis bangkit buat sesuatu. Maksud saya cari pendapatan sendiri untuk diri sis dan anak – anak. Sis bagi anak -anak sis pelajaran secukupnya biar mereka pandai dan berjaya kemudian hari.
Ingat sis, dulu sis susah bagi anak dekat mertua tu salah siapa, bagi saya tu salah dan keb0dohan suami sis juga sebab tak mampu. Abaikan kata – kata suami sis yang b0doh tu sebab dia lagi b0doh. Anak tak mampu nak jaga. Bangkit sis demi sis dan harta – harta sis dunia akhir4t.
Noor Aina Izshah : Sis tt kena buat sesuatu. Berusaha untuk ada pendapatan sendiri. Jujur saya katakan kalau sis bertahan yang terani4ya anak – anak sis. Diorang akan rasa str3ss. Tak elok untuk tumbesaran mereka. Didiklah sebaik mana pun tapi jika hari – hari hadap dengan ayah sebegini tetap ada Iuka yang dalam pada mereka.
Raja Norkhairani : Suami awak tak sayang anak – anak yang awak jaga. Dia cuma sayang anak sulong yang mak dia jaga. Kesian anak – anak yang lain ada ayah macam tu. Diorang pun tak sanggup dih1na. Tapi kalau awak tak sanggup berpisah, hadap la keadaan macam tu setiap hari. Fikir – fikirkanlah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.