Bisnes dia sem4kin berjaya, rumah baru, kereta baru sedangkan saya pula m4kin susah. Rumah usang, banyak kena repair. Bumbung bocor sana sini. Saya jaga ibu yang uzur. Baru ni saya minta dia bayar hutang 15K tapi dia soal saya ada hitam putih ke hutang tu. Dia c4bar saya suruh Iawan dia di makamah..
#Foto sekadar hiasan. Bukan kecaman saya harapkan dari confession ni. Tapi komen yang positif yang boleh tenangkan minda saya. Yang boleh terangkan pada saya melalui point keagamaan yang boleh leraikan sekejap kekusutan saya.
Saya mengaku iman saya sangat lemah. Saya solat, saya mengaji, tapi saban hari terasa akidah saya sem4kin lemah. Mungkin juga kerana str3ss yang melampau, sy4itan m4kin galak mer4cuni fikiran saya. Bila saya berzikir berwuduk, nak solat, m4kin kuat perasaan tu datang.
Akhirnya saya akan menangis macam orang giIa mempertikaikan apa yang tertulis dalam agama. Sebenarnya saya str3ss sebab kawan saya tak nak bayar hutang saya. Benarlah orang kata kerana duit adik beradik pun boleh terputvs hubungan inikan pulak hubungan persahabatan.
Orang kata hidup macam roda, satu ketika dulu dia susah, memandangkan hanya dia saja satu – satunya sahabat yang saya ada. Maka saya banyak membantu dia ketika dia perIukan wang dan bagi modal untuk dia mulakan perniagaan.
Apatah lagi masa tu saya mampu dari segi kewangan dan teringat segala kebaikan dia pada saya saat saya susah dulu. Masa tu memang niat saya bukan nak suruh dia bayar terus. Bila – bila dia mampu saya suruh dia bayar.
Alhamdulilah lepas tu kehidupan dia m4kin baik. Dia mulakan perniagaan dan maju sangat. Dalam masa setahun ja boleh nampak kemajuan dalam hidup dia yang sangat ketara. Kereta baru, rumah baru. Semuanya serba baru.
Saya tumpang gembira dengan kejayaan dia walaupun lepas tu nampak la sikap dia jugak turut berubah. Tapi pun saya tak pernah buka mulut soal hutang, even langsung tak terfikir pasal tu. Kami masih berkawan tapi ibarat hai – hai bye – bye, dah tak akrab seperti adik beradik lagi. Dia hanya sesekali reply mesej saya ja.
Tapi dia sendiri tak pernah dah contact saya sejak dia berjaya. Saya faham dia sibuk. Tapi sejak kebelakangan ni hidup saya rasa susah. Rumah usang, banyak kena repair. Bumbung bocor sana sini. Kos barang mahal, dan kerja saya sebagai kuIi bawahan buatkan semuanya saya rasa berat.
Saya menjaga ibu yang uzur jugak. Kos susu beras semuanya naik harga. Tapi pendapatan saya sama ja, pendek kata terp4ksa kais untuk makan pun. Ujian datang bertubi – tubi. Masa ni la motor pun nak rosak. Nak bergerak ke mana pun susah.
Masa tu saya terfikir nak mintak hutang saya dari kawan. Tapi tak sangka dia terus mendiamkan diri. Saya call mesej memang tak nak jawab sejak dia baca wasap saya mintak hutang. Sedangkan amount hutang dia tu bukan besar pun untuk dia pulangkan. Dalam 15k ja.
Akhirnya saya mesej secara kasar kat dia, bila mesej secara baik tak nak jawab. Tak sangka pulak dia baIas mesej kasar saya. Dia soal saya ada hitam putih ke hutang tu. Dan c4bar saya suruh Iawan dia di makamah kalau berani dan kemudian dia terus blok saya dari semua sumber.
Terdiam terus saya dengan ayat dia. Saya ni bukan orang senang, bukan orang pandai pun. Dah sah – sah saya juga tak de bukti. Mana mungkin saya nak bawak dia kemakamah. Tak terfikir dek otak saya. Tambahan dia dah ada ramai kenalan hebat – hebat berpangkat tinggi, dengan modal apa saya nak Iawan dia.
Puas saya merayu dah pun mintak dia kasihan kan mak saya. Tetap di jawab sinis not my business. Saya sangat terkilan dengan cara dia dan tak sangka macam ni rupanya per4ngai dia. Tapi saya fikir Allah ja tempat saya memintak.
Puas dah saya berdoa tahajud, hampir 3 tahun dah. Sekali pun saya tak miss hajat saya yang satu tu. Saya mintak Allah bagi dia rezeki dan lembut hati untuk pulangkan duit saya. Tapi tak de tanda – tanda dia nak bayar balik duit.
Baru – baru ni mak berhajat nak pergi mekah.. Sebagai anak saya rasa gagal tak mampu tunaikan permintaan mak. Andai dia bayar hutang saya, duit tu pasti berguna untuk benda baik. Akhirnya saya rasa putvs asa. Dalam islam kata doa orang dizaIimi Allah cepat makbul. Tapi saya tak nampak pun doa saya di makbul.
Malah orang yang menzaIimi saya hidup aman bahagia tak de apa – apa kesusahan pun. Jadi saya tak faham di mana keadilan untuk saya dalam islam? Saya rasa berd0sa fikir macam ni. Tapi saya tak mampu nak hentikan fikiran macam ni.
Tiba – tiba teringat seorang pakcik saya. Hidup dari muda kerja menipu orang ja. Rasanya sejak saya kecik dok dengar orang kampung atau orang dalam keluarga bercerita tentang kezaIiman pakcik saya kat orang. Malah mak ayah saya pun kena tipu. Tapi parents saya halalkan semua tu.
Dari skim cepat kaya, sampai macam – macam skim dia ani4ya duit orang. Saya dari kecik sampai sekarang melihat kehidupan dia. Dan dia selalu juga datang tengok kami dan menceritakan kejayaan dia melebarkan sayap perniagaan di merata tempat.
Sampai sekarang dah hampir 30 tahun kalau tak silap saya la. Elok ja hidup dia. Tak de 1 kemud4ratan pun. Dari bujang anak sampai 4 dah dapat cucu dah. Tapi elok bahagia kaya ja hidup dia.. Hidup anak – anak dia pun senang.
Duit orang dia pinjam pun tak bayar jugak. Sampai orang – orang yang bagi dia pinjam duit pun dah m4ti. Dulu masa kecik saya ingat lagi, satu family ni datang sumpah dia depan rumah.. Tapi apa jadi pada sumpahan tu semua? Tak jadi apa pun.
Mungkin semua yang dia zaIimi dah maafkan dia dan halalkan hutang dia kot. Tu yang dia hidup bahagia ja.. Cawangan restoren dia bertambah – tambah. Bukan cakap sebab dengki, demi Allah tak.. Tapi saya tak boleh relate di mana konsep adil tu?
Ok, abaikan kisah pakcik saya. Saya anggap semua orang maafkan dia halalkan dia. Tapi saya tak halalkan hutang kawan saya pun. Saya menuntut dan berharap dia bayar. Jadi di mana doa orang dizaIimi di dengar? Di mana bukti orang yang berhutang ni hidup dia tak kan senang?
Bukti depan mata saya hidup senang lenang siap boleh menyumpah kita menc4bar kita. Entah la saya rasa tak terdaya sangat. Orang boleh cakap nanti di akhirat mereka akan dapat baIasan, apa yang mereka dapat sekarang adalah istidraj.
Tapi di dunia ni pun kita juga kena teruskan hidup kan. Macam mana hak kita yang dizaIimi ni di dunia? Kami yang dizaIimi ni tak mampu ke untuk tuntut hak kami di dunia. Ya Allah ampunkanlah aku… – Pend0sa (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Fazidah Abdul Kadir : Salam tt, memang orang boleh ambil harta kita dan ani4ya macam – macam. Dulu moyang saya pernah kena jugak, dia percaya orang sampai simpan barang kemas nenek di rumah kawan (satu peti besar bukan sikit – sikit), kalau nak pakai baru dia suruh ambik.
Akhirnya bila dia meninggaI semua harta dan emas dilarikan kawan ke kampungnya di perak. Bila nenek pergi cari dia tak mengaku. Itu tak termasuk kedai di chowrasta penang yang orang lain rampas, rumah yang disewakan di ambik penyewa kononya sewa beli.
Banyak harta di songlap sampai nenek jatuh miskin, tak pernah dah hidup senang lepas tu. Tapi hidup mesti terus, kita diberi hidup susah supaya di akhirat nanti, malaik4t tak dapat halang kita dari masuk syurga tanpa hisab dan azab. (refer ceramah ustazah asma harun)
Nenek meninggaI dalam usia yang lanjut tapi wajahnya penuh dengan senyuman. Hidup susah didunia ni sebenarnya satu dari cara Allah muliakan kita di akhir4t. Mungkin ramai yang tak perasan sebesar manakah akhir4t berbanding dunia?
(Boleh rujuk ceramah – ceramah dari ustaz dan ustazah yang berilmu) dunia pernah diibaratkan seperti:
1. Setitis air dilautan yang luas
2. Bangkai anak kambing yang dah busuk
3. SebeIah sayap nyamuk
Kalau tengok semua benda – benda di atas tu memang tak ada nilai lah dunia ni sebenarnya. Semoga semua urusan tt dipermudahkan, diberi ketenangan jiwa, kesabaran, ketabahan, dan iman yang kuat menghadapi kekurangan harta hingga sampai waktunya nanti. Semoga digantikan dengan yang lebih baik insyaallah. Sesungguhnya nak dapatkan iman kena ada ilmu.. belajarlah lagi tentang hakik4t dunia dan akhir4t.. all the best tt.
Yazmin Omar : Hai adik.. kita sekapal dalam sudut menunggu orang bayar hutang. Jangan kerana hal t4ik begini, keimanan kita pada Allah jadi longgar. Jangan sekali hatta sedetik pun. Sebenarnya kita boleh je petik nama penghutang kita ni di sini.
Mentioned nama dia, nama company dia, viralkan dalam socmed tapi kita tak buat pun. Entah kenapa kita tak buat.. tertanya – tanya juga. Tapi selepas jumpa sorang kawan lama, asbab nasihat dia buat saya sedar. “Sebab kita bukan orang macam tu” katanya.
Saya fikir – fikir balik.. ye. Sebab kita manusia yang baik, yang asalnya berbuat baik pada orang lain. Sampai orang buat t4ik pada kita pun, kita masih baik. Mahu saja aku doakan seluruh burung – burung kat Malaysia ni ber4k atas kepala penghutang tu tapi fikir – fikir balik aku bukan macamtu. Kita ni baik. Tak rugi jadi orang baik. Doa saja yang baik – baik.
Haziq Fitri : 1. Cuba buat tuntutan kecil di mahkamah. Try masuk group “peguam kebajikan” di fb ni tanya situ. Mana tau masih valid case untuk ambil duit.
2. Kalau memang tak boleh, u mesej dia dengan doa semoga Allah baIas. Contohnya begini.
” ya Allah, aku diani4ya oleh.. dia berhutang dengan aku dengan jumlah dan aku bersaksi demi Allah aku tidak menipu dan jika aku menipu Allah akan Iaknat hidupku.. ya Allah, semoga kau baIas kejahatan kerana menipu, kau panjang umurnya, berikan dia kefakiran seluruh keluarganya dan jangan biarkan dia hidup mewah atas penipuan kepada orang lain..”
Kau tambah la sikit lagi bagi doa yang menggerunkan. Kalau dia ada iman insyallah mesti dia akan takut baIasan daripada Allah.. kalau tak, kau kena redha biar Allah baIas segala perbuatannya. Bersabar dengan ujian Allah. Semoga Allah permudahkan urusan.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.