Aku masih tadika, buat apa aku nak cui duit ibu sedangkan aku tak tahu nak guna duit. Ibu dan abah langsung tak percaya. Malam tu aku tidur dengan badan berbirat, ungu. Aku tahu, ada orang lain yang ambik..
#Foto sekadar hiasan. Salam para pembaca.. Nama aku Puteri, bukan nama sebenar. Berusia 30-an. Sudah berkahwin dan mempunyai zuriat. Alhamdulillah perkahwinan ada pasang surutnya. Setakat ni masih kekal. Baru – baru ni ada isu dekat satu stesen radio di mana mereka membuat topik ‘childhood tr4uma’.. Aku terpanggil untuk berkongsi kisah childhood tr4uma aku.
Kisah ni dah bertahun – tahun sebenarnya. Dan sampai ke saat ni, aku masih tidak tahu siapa pelakunya. Cerita dia begini.. Kejadiannya sewaktu aku tadika dalam usia aku 5 atau 6 tahun macam tu. Masih segar dalam ingatan sampai sekarang.
Ade satu pagi tu waktu aku dan adik beradik sedang bersiap – siap untuk ke sekolah, ibu aku meng4muk tiba – tiba. Rupa – rupanya dompet dia hilang. Dia soal kami adik beradik siapa di antara kami yang mengambil dompet dia. Namun tiada seorang pun yang mengaku termasuk aku.
Yalah, kami sendiri tak tahu itu perbuatan siapa dan aku juga yakin yang aku bukan lah pelakunya juga. Untuk apa aku ambil dompet ibu aku sedangkan waktu itu aku masih bersekolah tadika dan masih tidak tahu cara membeli apa – apa menggunakan wang.
Jadinya lepas tiada siapa yang mengaku, abah aku cakap okay tak apa semua pergi sekolah, nanti abah akan siasat apa yang terjadi. Adik beradik aku semua ke sekolah dan aku ke tadika macam tak ada apa – apa berlaku. Waktu tadika aku dah tamat dan aku mula kemas beg untuk pulang.
Sebaik saja aku bukak zip beg bahagian belakang, aku benar – benar terk3jut yang dompet ibu aku ada dalam beg aku. Aku buka dompet ibu untuk aku tengok isi dalam, tapi kosong! Duit semua dah tak ada. Lepas tu aku simpan semula dompet ibu aku.
Itu kesilapan aku sebenarnya. Sepatutnya aku buang je dompet ibu aku tu kat mana – mana tong sampah. Tapi sebab kan aku masih tadika, naif, polos, aku pergi simpan balik dompet ibu aku dalam beg. Sekarang bila ingat balik, aduhai b0d0hnyeee rase.
Bila pulang dari tadika, aku masuk rumah. Ibu aku ambik beg tadika aku dan buka. Dia buat spotcheck dekat beg aku. Dan terjumpalah dompet ibu aku. Masa tu tuhan je yang tahu. Ibu aku menyoal aku berpuluh – puluh kali..
Mana duit dalam dompet dia. Banyak kali jugak aku jawab, aku tak tahu. Sebab bukan aku yang ambik. Tapi ibu aku tak percaya. Dia cakap kalau bukan aku yang ambik, macam mana dompet dia boleh ada dalam beg aku.
Sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah aku dituduh mencuri, lepas tu dituduh menipu pula. Ibu aku hanya marah, tapi sebab dia mak – mak asia, suara dia marah aku kedengaran sampai ke rumah jiran – jiran. Sampaikan ada sorang dua jiran ni datang rumah dan tanya kenapa kenapa.
Lepas tu ibu aku pergi cerita kat kawan dia yang aku mencuri dan menipu. Hmmm tuhan je yang tahu betapa aku sedih bila ibu kandung sendiri yang menuduh aku sebegitu. Siapa adik beradik aku yang ani4ya aku sampai macam ni.
Ambik duit ibu lepas tu letak dompet ibu dalam beg tadika aku untuk biarkan aku jadi kambing hitam. Aku masih tadika kot waktu tu. Aku tak tau cara nak cari bukti siapa dalang semua ni. Bila waktu malam, abah aku balik kerja, ibu aku cerita yang aku yang curi dompet dia, habis semua duit hilang.
Readers, masuk akal ke. Budak tadika mencuri duit yang aku tak tau berapa ratus nilai dia. Zaman 90an waktu tu, henfon pun tak ada. Online banking pon tak ada. Kalau aku ambik, kat mana aku nak simpan pun aku tak tahu.
Tapi tanpa dengar penjelasan daripada aku, aku terus dipukuI dengan tali pinggang, dengan h4nger. Sampai berbirat muka, tangan, badan, kaki, berbirat yang warna ungu tu. Adik beradik aku, hanya pandang, diam bila aku kena macam tu, yang aku pasti salah seorang daripada mereka pelakunya.
Nak pergi tadika pon malu dengan tangan dan muka berbirat. Sekarang ni waktu aku tengah menaip ni, aku menangis bila terkenangkan memori pahit tu.. Nak mandi pun pedih bila air terkena pada kesan Iuka aku kena beIasah tu.
Aku menangis sorang – sorang dalam bilik air. Waktu malam aku rasa bisa, aku menangis sebab tahan pedih. Takde siapa kesiankan aku. Bukanlah aku ni disisihkan, ibu dan abah aku bukan jenis pilih kasih. Cara mereka, siapa buat salah, pasti akan kena. Tapi dalam kes ni, aku tak buat pon.. Tapi takda siapa percayakan aku.
Childhood tr4uma tu memang wujud dalam hidup aku. Kesan dia, aku kurang rapat dengan family. Aku kurang bercakap dengan family.. Tapi kalau ade gathering, makan – makan, raya ke, puasa ke, berkumpul, memang kami akan berkumpul dan bersembang macam biasa.
Cumanya, kalau nak kata bonding kuat, memang tak.. Biasa – biasa je.. Dan sampai sekarang, aku paling kurang rapat dengan abah.. Entahlah.. Abah memang tegas dan garang sejak kecik.. Tapi untuk memukuI anak jika anak tak bersalah dan tak bagi peluang langsung untuk dengar penjelasan anak, aku sangat – sangat benci dengan semua ni.
Sekarang ni aku dah berkahwin, ada anak.. Aku dan suami juga tegas dalam mendidik anak.. Tapi aku takkan didik anak aku sampai Iuka – Iuka berbirat. Suami aku juga kalau pukuI anak dia, dia ambik baju, pukuI kat tapak kaki je.. Atau paling garang pon, jika suami marah, saya pujuk.
Kalau saya marah, suami pujuk.. Bukan dua dua bantai anak menyebabkan anak hilang bonding dengan ibu bapa. Dan sampai sekarang, saya masih tak tahu siapa pelakunya yang meletakkan dompet ibu dalam beg saya yang menyebabkan saya jadi tr4uma, introvert dan susah nak percaya orang lagi. Yang masih tr4uma, – Puteri (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Mieya Mieya : Citer tt lebih kurang aku..Tapi citer aku bukan pasal dompet tapi pasal baju. Baju kerja ibu aku koyak masa nak siap pegi kerja, ibu aku perasan baju dia koyak sebab kena gunting. Sapa gunting aku tak tau.
Kebetulan aku pegang gunting untuk siap – siapkan barang sekolah untuk pendidikan seni. Terus ibu aku tuduh aku yang gunting. Tapi time tu aku tak mengaku aku buat. Dan aku menjawab kalau tak ada bukti jangan tuduh – tuduh.
Pastu ibu terus kata aku ni anak kurang ajar. Lepas tu 3 hari ibu aku Palau aku.. oh aku masa tu umur 8 tahun. Dan aku ni anak yang dipilih kasih juga. Biarlah mereka menjawab depan Allah nanti. Kita ni tak ada pilihan nak pilih sapa mak bapak kita tapi mak bapak kita yang berakal patut pikir macam tu.. Semoga terus kuat and buang tr4uma tu jauh ye.
Syahirah Omar : Childhood tr4uma ni walaupun orang tua kita dah minta maaf sekalipun, tetap s4kit kalau kita tak belajar untuk pulihkan. Kadang – kadang bukan perkataan maaf yang kita perIukan dari orang yang meny4kitkan tu. Sebab maaf saja tak cukup untuk hilangkan semua peristiwa yang tersimpan dalam tubuh badan kita.
Saya Baik : Aku pernah berada kat tempat tt ni. Tapi bezanya bukan mak ayah. Aku duduk asrama. Tiba – tiba aku bukak beg baju ada wallet senior aku yang hilang. Aku bukak tengok ada ic dan ada duit. Dengan lurus bendul aku pon bagi.
Tapi dia meng4muk – ng4muk kata ada duit hilang. Sebab dia d3ndam dengan aku pasal sehari sebelum aku tinggi suara dia. Lepas kjadian tu bila ada duit hilang orang mesti nak tuju aku. Tr4uma dan memaIukan. Sekolah jenis aliran agama tapi per4ngai pemfitnah. Aku memang tak maafkan.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.