Tak pasal – pasal terjumpa kertas nombor dan t0to dalam kocek seluarnya. Patutlah selalu takde duit. Saya perhatikan adik beradik suami yang lain. Sah! abangnya pun kaki jvdi, lagi terk3jut. Ayah dia pun suka berjvdi hingga pencen..
#Foto sekadar hiasan. ZAMAN maklumat di hujung jari sekarang, kita dapat banyak ilmu dari telefon melalui Tik T0k lah, FB, PCast dan sebagainya. Dan saya amat tertarik dengan pandangan seorang ustaz yang saya dengar dari TT katanya, wanita paling ramai masuk ner4ka sebab derh4ka kepada suami.
Bukan saya bantah, kerana sejak kecil lagi saya dah tahu, tambahan bila nak kahwin banyaklah nasihat kita dengar. Mesti ikut cakap suami, jangan engkar, jangan bantah nanti masuk ner4ka. Jadi kalau nak masuk syurga mesti ikut cakap suami. Faham.
Tetapi setelah berkeluarga bila anak bertambah, pengalaman sem4kin luas, bacaan bertambah banyak, ilmu sem4kin mudah dicari, maka kita pun mula bertanya diri sendiri. Apa sebenarnya tugas suami dalam keluarga?
Pertanyaan saya bersebab, pertama, setahu saya suami bertanggungjawab beri nafkah, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya, kepada isteri, bila dah beranak pinak tugas suami bertambah tetapi mengapa suami saya catu nafkah yang diberikan kepada saya dan anak – anak?
Semasa belum ada anak, suami sering jangan makan malam di luar. Ok! Tapi saya yang bayar. Bila ada anak, saya minta sedikit duit untuk beli susu dan pampers anak, tetapi suami mengelak. Alasannya, belum pergi bank.
Kalau beri pun tak lebih RM500 sebulan, sedangkan upah pengasuh anak mencecah RM300 sebulan, tak masuk susu dan lampin anak, serta bil utility yang suami sering lupa bayar. Nasib saya kerja, ada sikit simpanan, maka saya penuhi semuanya, supaya anak ada susu, ada lampin dan pengasuh tak masam muka kalau lambat bayar upah.
Bila anak bertambah dua tetapi per4ngai suami tetap tak berubah, keadaan kita sem4kin teruk, nak hulur pada emak ayah pun susah. Suami tetap dengan per4ngainya. Mintak duit memang susah, silap hari bulan kena tengking, sedangkan apa yang saya faham, menjadi tanggungjawab suami menafkahkan anak – anak dan isterinya.
Apa salahkah yang saya dengar dan baca tentang tanggungjawab suami selama ini? Bila keadaan ekonomi saya sem4kin terdesak, saya minta suami bantu, pastilah kena marah, tetapi takkan saya kena meminjam kawan untuk beri anak makan?
Lagi siksa suami selalu tak berduit. Mana pegi duit gajinya, bagi siapa? Kalau hari raya lagi siksa bila balik kampungnya nun jauh, saya disuruh sediakan duit tol dan minyak tak kurang RM300, sedangkan dia mengaku akan beli kuih raya dan ayam untuk beraya di rumah emak ayah.
Terk3jut saya bila tengok dia cuma beli 3 balang kuih raya dan ayam dia suruh adiknya sediakan. Masalahnya adiknya bersungut tuduh saya tak berhati perut. Kerana tak cukup duit jugalah saya tak beli sebarang kuih untuk emak ayah saya di kampung.
Bila berada dalam keadaan seperti inilah membuat saya meng4muk berd3ndam pada diri sendiri. Suami tak bagi duit, bila minta kena marah. Dan kita tak boleh Iawan cakap suami berd0sa nanti masuk ner4ka. Namun bila keadaan terlalu mendesak mulalah kita terfikir sampai bila nak jadi b0doh.
Memang meIawan suami masuk ner4ka, tetapi suami jenis macam mana? Pasti bukan jenis suami saya yang tidak bertanggungjawab ini. Jadi buat apa ada suami? Lebih tak payah kahwin! Oleh kerana terlalu lama diperb0dohkan, kita pun cari jalan nak buktikan kesalahan suami supaya dia tak tuduh kita durh4ka dan ahli ner4ka.
Dalam berfikir itulah Allah bantu kita celek yang selama ini kabur oleh keb0dohan sendiri. Tak pasal – pasal terjumpa kertas nombor dan t0to dalam kocek seluarnya. Terk3jut berok kita, barulah kita sedar bahawa suami kita kaki jvdi, patutlah selalu tak berduit.
Jadi patutkah saya mesti berdiam diri lagi. Tetapi sebelum saya bongkar kes jvdi ini, saya perhatikan adik beradik suami yang lain. Sah! abangnya pun kaki jvdi, lagi terk3jut. Ayah dia pun suka berjvdi hingga pencen, patutlah emak mertua selalu minta duit anak – anak sebab tak berduit.
Memang meng3jutkan, siapakah patut disalahkan, apakah keluarga kurang didikan agama, sebab ayah sendiri tunjukkan teladan tak baik. Jadi kalau dalam keluarga sendiri kurang ilmu agama bagaimana nak lahirkan anak anak yang berakhlak baik?
Keadaan ini juga membimbangkan saya kerana suami memang malas solat, solat Jumaat pun dia ponteng kalau tak bekerja, waktu bekerja tentulah tak pergi langsung. Solat terawih memang tak pernah pergi. Saya pernah tanya tapi kena tengking. Nak nasihat memang tak berani takut pinggan mangkok melayang.
Jadi sekarang setelah anak bertambah dua, saya jadi keliru, mengapa gadis sahaja dinasihatkan supaya jangan engkar perintah suami nanti masuk ner4ka. Apakah anak lelaki yang tak solat tak masuk ner4ka? Pada pandangan saya ibu bapa jangan terlalu takutkan anak – anak perempuan supaya taat kepada suami, jangan durhaka nanti masuk ner4ka, sepatutnya nasihatkan anak – anak gadis supaya bijak dalam berumahtangga.
Tahu tanggungjawab masing – masing, terutama anak lelaki jangan biarkan mereka lepaskan tanggungjawab mengurus keluarga kepada isteri semata – mata. Beri nafkah kepada anak isteri itu wajib. Jangan fikir bila si isteri bekerja maka si isteri mesti sama sama pikul tanggungjawab urus keluarga.
Amat menyedihkan ada ibu nasihatkan anak – anak lelaki kalau nak kahwin cari isteri bekerja supaya si isteri boleh tolong suami bila susah selain urus makan minum keluarga. Sedih. Kurang ilmu berkeluarga menjadi punca ramai lelaki cabut lari enggan beri nafkah anak – anak setelah bercerai.
Tak percaya cuba tanya ibu – ibu tunggal. Itu belum tengok kes tuntut nafkah yang bertimbun dalam mahkamah Syariah, kata kawan saya ibu tunggal yang suaminya tak bagi nafkah dah 3 tahun. Bila anak sulung berusia 7 tahun, saya buat keputusan tak mahu jadi b0doh dan tak mahu masuk ner4ka, jadi saya minta cerai.
Pasti dia meng4muk, tapi per4ngai tak berubah juga, setahun lagi saya bersabar, keadaannya tetap sama. Suami fikir saya takut bercerai, tapi dia lupa saya bukan wanita 10 atau 20 tahun dulu yang tetap tunduk walaupun kena sep4k ter4jang. Lagi pun saya tak mahu lagi tanggung suami berjvdi.
Saya suruh dia fikir, setelah berbincang dengan keluarga, saya buat keputusan tuntut cerai, sebab saya tak mampu nak sara keluarga, gaji saya bukan banyak sangat. Saya bukan pegawai tinggi, pekerja biasa. Nak bercerai memang susah, jadi lepas tuntut di mahkamah saya keluar rumah.
Sebab saya tahu bukan mudah minta cerai. Yang penting saya tak s4kit hati simpan d3ndam sendirian, dip4ksa bayar sewa rumah, utility, dan makan minum kami. Saya tak mahu g4duh dan tak mahu Iawan suami nanti masuk ner4ka.
MaIangnya dah 2 tahun tuntut cerai masih belum selesai, saman dia ke mahkamah tapi dia tak pernah peduli, apa lagi nak datang. Bercakap pasal nafkah, patutnya hakim mahkamah nasihatkan suami bahawa dia wajib bagi nafkah anak. Tetapi mengecewakan.
Setakat ini saya dengar 2 orang ustaz sahaja nasihatkan kaum lelaki tentang tanggungjawabnya bagi nafkah anak isteri, iaitu Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Kazim. Ustaz lain kata wanita paling ramai masuk ner4ka sebab engkar pada suami.
Kata kawan, saya sangat penyabar tak meIawan dan sanggup hadap per4ngai suami kaki jvdi, tak bagi nafkah setiap bulan dan sebagainya. Jawapan saya mudah, saya tak meIawan takut masuk ner4ka. Namun saya bersyukur emak ayah terima saya dan mahu bantu jaga anak – anak ketika saya bekerja.
Dan mereka faham mengapa saya tuntut cerai. Sebenarnya ramai lelaki lupa dan taktahu tanggungjawab dia dalam keluarga, kerana itu ramai masih berg4ntung kepada isteri.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.