Masa ayah meninggaI, aku tak menangis. Aku masuk tandas pura2 nangis. Aku nampak ada lauk ayam masak merah

Sepanjang menguruskan jen4zah arw4h ayah, aku tak menangis. Sehinggalah arw4h ayah dikebuumikan. Aku hairan kenapa aku tak menangis??? Sepanjang arw4h ayah hidup, aku tak tahu pun yang dia sayang aku. Sehinggalah ibu cerita tentang lauk ayam masak merah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, apa khabar? Semoga sihat sentiasa hendaknya. Aku perkenalkan diri sikit. Aku lelaki awal 30-an. Aku bekerja sendiri sahaja dan sebelum ini aku merupakan bekas pegawai kerajaan.

Sudah berkeluarga dan mempunyai seorang anak. Itu sahajaIah pengenalan diri aku ini. Aku dah lama nak menulis di sini tapi oleh kerana kekangan waktu dengan tanggungjawab rumahtangga, aku tangguhkan dulu. Waktu sekarang jam 11.20 malam. Anak dan isteri aku sudah pun masuk tidur.

Aku masih menatap skrin komputer dengan kerja – kerja online dan mengemas kini kedai Sh0pee aku. Tiba – tiba hati aku sedih dan rindu itu mula bertandang. Satu per satu memori indah itu keluar, izinkan aku meluahkan di sini.

Siapa yang aku rindui? Arw4h ibu ayahku. Arw4h ayah aku meninggaI kerana s4kit jantung ketika beriadah pada tahun 2006. Beberapa minggu lagi aku akan menghadapi ujian PMR. Kem4tian yang meng3jut. Masih aku ingat suasana petang itu.

Aku baru sahaja pulang daripada bermain bola sepak bersama kawan – kawan sekolah. Sampai sahaja di rumah aku melihat arw4h ibu sedang sibuk mengemas baju – baju dan beberapa barang keperluan. Aku bertanya ringkas,

“Kenapa ibu? nak pergi mana?” Bilang ibuku Haji Bohari (kawan ibu dan ayah) mengatakan ayah di hospitaI lantas menyuruh aku bersiap kerana nanti ada orang jemput untuk ke hospitaI. Arw4h ibu memang tak pandai memandu kereta.

Kalau hendak ke mana – mana memang berg4ntung kepada ayah. Arw4h ibu seorang penjawat awam dan arw4h ayah merupakan pesara kerajaan. Aku pun tak fikir apa. Panik pun tidak. Aku tenang – tenang saja. Mungkin salah satu sifat arw4h ayah menurun pada aku.

Arw4h ayah seorang yang tenang – tenang aja, pendiam, cool, tak cepat gelabah. Aku lihat ibu pun takdalah menunjukkan reaksi panik. Aku pun bergegas nak mengambil wudu’ sebab waktu tu aku belum lagi solat asar. Namun belum sempat pun aku tunaikan kewajipan, datang anak kepada kawan ibu.

Aku lupa namanya (aku namakan kak A) tapi duduk berdekatan dengan rumah kami. Dia datang berkereta. Fikirku mungkin nak hantarkan kami ke hospitaI. “Mak cik… mak cik tak tahu ke.. suami mak cik dah terbaring di kedai kat simpang bawah tu” terketar – ketar Kak A menjelaskan kepada kami.

Aku bagaikan kaku. Ibu pula bagaikan tak percaya. Kedai yang dimaksudkan itu ialah kedai mamak yang selalu aku dan arw4h ayah kunjungi yang berada dengan berdekatan rumah kami. Kenapa Haji Bohari kata ayah aku berada di hospitaI?

Rupa – rupanya Haji Bohari tak sampai hati nak sampaikan berita itu.. Tanpa berfikir panjang kami terus menaiki kereta Kak A menuju ke kedai berkenaan. Sampai sahaja di kedai berkenaan kami lihat ramai orang berkerumun.

Kulihat terdapat juga kereta peronda polis di situ. Kami turun dari kereta. Aku memimpin ibuku. Kami melihat sekujur tubuh terbaring di hadapan kedai. Ibuku berteriak, “Ya Allah…” Kakinya mula longlai dan aku sempat memapah ibu.

Apa perasaan aku ketika itu? Aku tak sedih dan tak rasa apa – apa. Aku bagaikan kaku. Berita kem4tian ayah terselit di dalam akhbar. Sepanjang menguruskan jen4zah arw4h ayah, aku tak menangis. Sehinggalah arw4h ayah dikebuumikan.

Aku hairan kenapa aku tak menangis??? Aku cuba menangis di dalam bilik air. Aku rasa tangisan aku itu dibuat – buat atau palsu. Aku sedih tak? Ya aku sedih tapi tak boleh menangis. Sejak kem4tian arw4h ayah, aku tinggal bersama ibu.

Aku hanya ada kakak seorang dan waktu tu dia sedang mengambil diploma di sebuah universiti. Jadi hanya aku dan ibu sahaja yang duduk di rumah itu. Untuk pengetahuan pembaca, aku ini seorang yang malas mengaji, tak solat.

Tapi pada tahun itu ketika aku berada di tingkatan 3 kerana aku tertarik dengan bacaan al quran Qari Syeikh Saad Said al-ghamidi di radio IKIM. Aku mula mengaji (walaupun tak lancar), solat dan rajin puasa sunat. Aku selalu juga solat malam.

Aku cerita ni bukan nak bangga diri tapi nak kata yang arw4h ayahku beritahu pada ibu yang dia suka dengan perubahan aku. Inilah yang arw4h ibu sampaikan. Sewaktu arw4h ayahku hidup, aku selalu buka radio IKIM sebelum tidur sebab ada bacaan al quran tengah malam dan lantunan zikir.

Kadang-kala aku tertidur dan arw4h ayah la yang selalu tutupkan radio di bilik aku. Arw4h ayah aku ni memang pendiam saja orangnya. Kalau marah pun takda m4i hamun menc4rut. Arw4h ibu aku cerita lagi. Sebelum arw4h ayah aku meninggaI petang tu dia ke pasar bersama ibu.

Arw4h ayah tanya pada ibu, “nak beli ayam tak? boleh masak lauk kegemaran anak”. Ya.. pada hari kem4tian dia, aku nampak lauk ayam masak merah di dapur yang telah dimasak tapi aku tak sempat jamah lantaran menerima berita yang meng3jutkan tu.

Aku cerita benda ni sebab bagi aku ini memori indah. Sepanjang arw4h ayah hidup, aku tak tahu pun yang dia sayang aku macam tu sekali. Kalau ibu tak bercerita memang sampai sekarang la aku tak tahu kisah ni. Ok sekarang aku nak cerita mengenai arw4h ibu pula.

Selepas arw4h ayah meninggaI, ibu rasa hilang semangat. Separuh nyawanya bagaikan hilang bersama ayah. Berbulan juga kami rasa seperti arw4h ayah hidup dan menunggu dia pulang ke rumah. Ibu masih bekerja sebagai penjawat awam. Tinggallah kami berdua di rumah itu..

Aku masih ingat sewaktu aku pulang ke rumah membawa keputvsan PMR. Aku berpura – pura sedih di depan ibu seolah – olah keputvsan peperiksaan yang aku dapat ni teruk sangat. Ibu cakap kata – kata yang cukup indah dan aku ingat sampai sekarang.

“Takpalah. result tak baik pun ibu terima. Lagipun dah buat yang terbaikkan..” Aku rasa terharu. Aku bersyukur sebab ibu ayah aku ni tak pernah nak bandingkan anak – anak. Aku sebenarnya dapat keputvsan yang memuaskan iaitu 6A (terbaiklah bagi aku).

Aku memang berniat nak sambung ke SMKA Bandar Penawar sebab cita – cita aku nak ambil aliran agama. Namun pada waktu itu aku terp4ksa batalkan hasrat aku kerana ibu tinggal keseorangan kalau aku pergi ke sekolah tu.. aku rasa sedih.

Aku kalau balik sekolah jalan kaki saja. Waktu petang memang aku sorang jela kat rumah. Buat kerja sekolah atau ulang kaji pelajaran. Setiap kali balik sekolah memang akan ada bungkusan makanan di pagar yang dikirim ibu melalui kawan sepejabatnya.

Aku memang tak reti masak dan takda kesed4ran nak belajar masak waktu tu. Arw4h ibu pula waktu kerja memang takda masa nak balik rumah. Kereta pun tak pandai memandu, pergi kerja naik prebet sapu saja. Kereta arw4h ayah, akulah yang bawa pusing – pusing sekitar taman perumahan aku.

Dengan takda lesennya tak bolehlah jalan jauh – jauh huhu. Owh kan aku ada cerita yang ibu jadi hilang semangat (down), bersedih sebab kem4tian arw4h ayah. Pada penghujung tahun 2007 (aku tingkatan 4) kesihatan ibu mula merosot.

Ibu jadi kurus. Kadang kala nak bangun dari kerusi pun perlu bantuan aku. Waktu tu ibu memang dah ada k4nser payu d4ra dan selalu berulang alik ke hospitaI ditemani aku. Kesihatan yang sem4kin merosot dan tubuh menjadi terlalu kurus menyebabkan ibu akhirnya terlantar di katil sahaja.

Rupa – rupanya selain k4nser ibu juga menghidap peny4kit p4rkins0n. Ibu sebagai penjawat awam dapat cuti s4kit bergaji kerana b4rah selama 2 tahun. Ibu sukar bergerak sehingga nak halau nyamuk di tangan juga perIukan bantuan aku.

Aku tidur di sebeIah ibu setiap malam. Aku uruskan ibu. Makan, pakaian, mandi, ber4k k3ncing juga aku yang cucikan. Ibu sudah memakai lampin dewasa ketika itu. Setiap kali ke hospitaI, akulah yang mendukung ibu dan menyorong kerusi rodanya.

Aku selalu tidak hadir ke sekolah kerana menjaga ibu. Guru – guru ada yang memahami dan ada pula yang mula jemu dengan alasan aku. Mujur waktu tu ibu masih mendapat gaji dan mengupah orang untuk menjaganya waktu pagi hingga tengah hari sementara menunggu aku balik dari sekolah. Selepas itu giliran aku pula menjaganya.

Waktu tu aku rasa waktu yang sukar buat diri aku namun sekarang aku rasa itulah memori yang terindah. Kadang – kadang sebelum waktu tidur tu selalu saja berborak dengan arw4h ibu. Cerita itu dan ini. Indah betul. Aku tak tahulah aku belajar dari mana sehingga boleh uruskan orang s4kit seperti ibu.

Panjang betul cerita aku kat atas ni. Aku pendekkan sikitlah ya. Aku nak luah semua… malas nak luah buat kali kedua. Selepas tamat SPM, keputvsan SPM aku tak berapa baik. Aku ada ambil subjek Syariah Islam dan Bahasa Arab Tinggi secara persendirian.

Marah betul pengetua aku sebab takut jejaskan peratus lulus sekolah sebab aku sorang saja yang ambil subjek tu kat sekolah. Alhamdulillah subjek tu aku lulus, takda pula dia ucap tahniah ke apa. Aku tak dapat tawaran sambung belajar ke IPTA.

Aku rasa kecewa sangat. Rasa masa depan yang kelam. Sementara itu aku masih menjaga ibu. Kesihatan ibu juga sem4kin merosot dan mula bercakap sesuatu yang tak dapat difahami. Macam meracau gitulah. Tak lama selepas itu, aku dapat tawaran tingkatan 6 dalam aliran agama di SMKA Bandar Penawar.

Sekolah yang aku idamkan nak masuk sewaktu tingkatan 3 dulu. Namun sekali lagi aku terp4ksa tolak kerana tiada siapa yang boleh jaga ibu. Kakak aku pula masih belajar di universiti. SMKA tu pula jauh dari rumah dan memang kena duduk asrama di sana.

Maka dengan bantuan ayah saud4ra aku, kami turun naik PPD bagi uruskan pertukaran sekolah. Aku akan teruskan pengajian tingkatan 6 di sekolah lama aku. Urusan pertukaran ni pun ambil masa sekitar 2 bulan. Maka 2 bulanlah aku tak ke mana – mana duduk rumah bersama ibu sahaja.

Dalam kes4kitan dan keadaan n4zak ibu aku itu pun dia masih bertanya, “Macam mana urusan tukar sekolah? Dah selesai?” “Baju sekolah dah beli?” Akhirnya aku dah boleh mula bersekolah di sekolah lama. Baju sekolah semua dah beli siang tadi.

Esoknya aku akan mula bersekolah sebagai pelajar tingkatan 6. Malam itu.. ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Seolah – olah urusannya sebagai seorang ibu juga turut selesai… Sejak dari itu aku mula tinggal bersama kakak.

Kakak aku tidak menyambung ijazah dan mula bekerja. Dipendekkan cerita aku tamat tingkatan 6 selama setahun setengah. Sepanjang peperiksaan aku selalu gagal dan dapat CGPA tak lebih 2.00. Susah beb waktu tu. Tapi takdir Allah aku dapat 3.58 dalam STPM dan salah seorang pelajar terbaik ketika itu.

Lepas tamat STPM, akak aku mula berkahwin dan duduk asing bersama suami. Dia ada juga mengajak aku duduk dengan dia tetapi aku menolak kerana tidak mahu ganggu privasi. Lagi pun aku lelaki yang dah dewasa. Aku memilih untuk duduk di rumah pus4ka ini.

Gais. sekarang dah 1.10 pagi. Perlu ke aku tamatkan cerita ni? Banyak lagi aku nak cerita sebenarnya sebab lama dah aku pendam. Patut ke aku sambung dalam confession akan datang atau tak perlu? Kalau tak perlu takpalah, biarkan aku pendam sahaja… Wassalam.. – Mencari Halawah (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Shohaida Ahmad : Merawat orang yang tersayang memang memori indah, begitu juga saya seorang jururawat memori memori indah bersama pes4kit – pes4kit yang  hebat, dari s4kit yang kr0nik menjadi sihat, dari berguling – guling s4kit senyum simpul ucap terima kasih bila discaj.

Dari kaki p4rah dah bolih berjalan, dari kud1s yang berulat dapat Iuka yang sudah baik. 40 tahun jadi jururawat banyak kenangan yang indah – indah bersama pes4kit. Hanya jururawat tua ni yang kadang – kadang masih teringat memori indah.

UmmiAnan Naim : Beratnya ujian yang Allah berikan dan aku pasti kau kuat menghadapinya dik. Ketahuilah jika berat yang kita rasakan ada orang lagi hebat di uji.. Samalah seperti aku yang hilang ayah dulu, terlalu meng3jut.

Tanpa s4kit tahu – tahu sebelum aku sampai ke bumi di mana dia berada dia dah pun meninggaIkan kami 3 beradik. Barulah pend3ritaan kami anak yatim bermula. Mungkin ini ujian untuk menguatkan kau. Kuatlah hadapinya dengan tabah. Aku pastu kau boleh. Berceritalah pada kami bila – bila saja kau mahu.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.