Memang suami ni tak reti fikir nak tolong buat kerja rumah ke? Kenapa kena suruh dulu baru buat. Aku tak faham..

Orang kata, suami ni kena kita kena cakap elok – elok, suruh dia tolong. Suami memang auto rasa urusan rumah tu atas bahu isteri sorang je ke? Sama – sama bekerja, sama – sama penat, kenapa hal urusan rumah tu tanggungjawab isteri semata. Aku penat ni..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Dah lama aku cari masa nak hantar coretan ini. Tolong aku, aku dah lama sangat nak tahu apa sebenarnya yang para suami fikirkan dalam otak dorang ni. Untuk pengetahuan pembaca, aku seorang isteri dan ibu kepada seorang cahaya mata.

Usia perkahwinan kami menganjak ke tahun ke-5. Aku bekerja di syarik4t swasta untuk salah satu projek mega di Malaysia juga. Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Bermula dari persahabatan yang terjalin bertahun – tahun lamanya sebelum membuat keputvsan untuk hidup bersama.

Kami honeymoon 3 tahun sebelum mempunyai anak, sebab aku nak faham dan menjalani hidup berdua dengan suami dulu. Awal perkahwinan, semuanya okay. Kami menyewa di KL, dekat dengan tempat kerja aku. Dari segi kewangan, aku banyak contribute, sewa rumah bahagi dua, aku bayar api air, perabot kebanyakan duit aku, barang dapur pun boleh katakan aku yang keluarkan duit dan sebagainya.

Sebagai isteri yang gaji lebih tinggi dari suami, aku awalnya happy dapat bantu meringankan beban. Bercuti sana sini pun aku yang akan initiate dulu dan 80% memang aku yang keluar duit. Tapi takpe, sebab aku happy dapat luangkan masa, bercuti dengan suami.

Suami aku seorang yang baik, soft spoken, rajin membantu buat kerja rumah juga, tak pernah merungut bila aku minta tolong apa – apa. Kami memang soulmate. Tapi lama – lama, aku jadi penat juga. Aku sentiasa tertanya – tanya, apa yang suami aku fikir pasal rumah tangga kami?

Hari-hari aku fikir to-do-list urusan rumah, kerja apatah lagi. Bangun tidur nak kena panaskan bekal suami, sediakan sarapan ringan. Dekat tempat kerja aku akan fikir balik nanti nak masak apa, lauk apa lagi yang ada, baju nak kena tiba masa basuh, lepas basuh sidai, cadar nak kena basuh juga, rumah nak kena vacuum, baju kerja kena gosok.

Ini cerita sebelum ada anak ye. Setiap hari memang aku yang akan sampai rumah awal. Jadi bila suami aku balik, semuanya dah siap. Dia cuma basuh pinggan je. Hari – hari macam ni. Biasanya bila aku rasa malas atau tak larat nak buat, memang aku akan cakap kat suami. Dan dia akan buat.

Persoalannya, mesti kena minta tolong dulu ke baru nak tolong uruskan? Sampai bila isteri kena sentiasa bagi tahu baru nak buat? Kenapa tak sama – sama fikir pasal rumah macam yang aku setiap hari fikir? Contohnya check sendiri lauk dalam peti ais ada lagi ke tak, beras ada lagi ke tak, baju dah boleh basuh ke tak, cadar dah boleh tukar ke tak.

Semua ni kalau dia fikir, malam atau hujung minggu dia boleh uruskan tanpa aku suruh. Itu lah persoalan aku, apa yang para suami fikir sebenarnya hal rumah? Korang memang auto rasa urusan rumah tu atas bahu isteri sorang je ke?

Sama – sama bekerja, sama – sama penat, kenapa boleh ada rasa yang urusan rumah tu tanggungjawab isteri semata ye? Korang bantu bila diminta. Kalau nasib baik macam aku, suami tak merungut pun walau kau kena bersuruh.

Tapi kalau nasib tak baik dapat suami malas nak tolong? Cuba bagi tahu, apa yang korang fikir sebenarnya? Lama – lama penat sebenarnya nak tunggu disuruh baru nak tolong. Kenapa korang pun tak ada fikir benda yang sama macam isteri fikir?

Kalau dekat tempat kerja korang boleh perform, boleh baca fikiran bos korang, auto propose idea and buat kerja laju dan sebagainya sebab nak jaga reputasi, kenapa dalam rumah tangga tak boleh buat benda yang sama? Bukan ke bantu ringankan tugas isteri dekat rumah dan buat dia happy tu lagi wajib? Apa yang korang fikirkan sebenarnya?

Belum masuk bab ada anak, isteri lah kena fikir cari pengasuh, nak hantar dan ambil pukuI berapa, apa yang kena sediakan sebelum hantar, pampers dan susu dah habis ke belum, apa barang yang nak kena topup sebagainya.

Kenapa KENAPA isteri yang kena lebih berfikir? Kenapa tak sama – sama untuk berfikir? Memang autom4tik semua urusan atas bahu isteri ke? Sama – sama bekerja, sama – sama buat anak, sama  – sama duduk dalam satu rumah yang sama kan. Kenapa? Apa yang korang fikir sebenarnya?

Aku pernah komunikasi benda ni dengan suami, kitorang memang tak ada masalah komunikasi. Aku akan all out je semua. Dia pun sedar dan faham. Tapi masih benda yang sama. Dan lama – lama aku pun penat bila asyik nak cakap benda yang sama.

Untuk pengetahuan korang, aku pernah duduk sekejap dengan kakak aku yang dah kahwin. Aku tabik sangat dengan abang ipar aku. Boleh katakan dia memang ringan tulang. Dia tahu apa yang perlu dibuat, apa yang tak setel lagi kat rumah tu.

Kebanyakan semua benda dia yang akan mula buat dan tanya kakak aku dulu. Beras ada lagi? Bila last basuh cadar? Lauk nak kena topup dah? Pampers anak cukup berapa hari lagi? Aku happy sangat tengok kakak aku. Dan kakak aku pun memang autom4tik jadi isteri yang terbaik untuk abang ipar aku.

10% effort yang abang ipar aku bagi, 100% kali ganda kakak aku baIas. Bila makan bersama pun memang minda dorang macam ada telepati. Makanan kakak aku sampai je, abang ipar aku terus ambil anak dia. Rapatkan cawan dekat dengan kakak aku, ambilkan tisu.

Senang cerita aku kagum macam mana abang ipar aku berfikir untuk senangkan kakak aku dalam apa jua keadaan. Tengokkk, ada je suami yang macam tu walau satu dalam seribu. Sebab tu lah aku nak tahu sangat – sangat, apa yang korang para suami fikirkan berkaitan hal rumah?

Memang korang depends pada isteri korang uruskan semua benda ke? Ke aku yang salah selama ni? Atau menjadi isteri kena sentiasa berlapang d4da buat segalanya walaupun penat? Bantu aku bagi tahu apa yang korang fikir. – Awan Mendung (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Hana Nur : Sebenarnya kena berhenti dari bandingkan dengan suami orang lain. Cara orang dibesarkan berbeza dan personaliti tak sama, ilham tak sama. Basically suami puan takde inisiatif. Since puan kata takde masalah komunikasi, buat family meeting tergempar yang betul – betulserius, bagi ultimatum.

Bahagi tugas siap – siap secara kekal. Contohnya suami sahaja handle bab basuh baju. Puan tak payah sentuh langsung bab baju. Kalau dia tak buat, biar je baju tu jangan basuh. Nanti dah habis baju, pandaila dia uruskan.

Biar dia faham erti consequences. Ni kes sebab terlalu dimanjakan, dah masuk zon selesa. Berhenti selalu remind dia, cara tu akan buat puan rasa burnout dengan runahtangga. Nanti kalau anak ramai, nak kena remind sorang – sorang pulak. Kena buat step beri ultimatum.

Hajar Badri : Lelaki jadi macam tu sebab selama dia membesar hal rumah semua mak dia yang fikir dan selesaikan. Bila dah kahwin jadi b0doh tak boleh fikir. Sampah nak kena suruh buang. Cadar? Jangan harap tolong fikir.

Semua kena bersuruh macam budak kecik. Hal rumah semua lepas kat isteri. Dia fikir pasal kerja dia je . Rumput kalau tak ingatkan p0tong jadi hutan lah rumah. Salahnya balik pada kita perempuan. Manjakan sangat lelaki. Jadi bila ada anak tolonglah didik elok – elok.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.