Memey Suhaiza teruja dapat mengerjakan umrah buat kali pertama dengan Abby Abadi

Mengerjakan haji dan umrah merupakan impian bagi setiap umat islam. Apa lagi kalau dapat membawa keluarga bersama-sama menjalani rukun islam yang kelima.

Baru-baru ini pelakon Abby Abadi berkongsi video bersama Memey Suhaiza. Di dalam video yang dimuat naik di laman IG milik Abby Abadi, mereka berkongsi berita gembira bahawa mereka akan menunaikan umrah bersama-sama pada 5hb hingga 15hb Disember tahun ini.

Memey yang ditanya oleh Abby memberitahu ini merupakan kali pertama beliau menunaikan umrah. Jelas riak wajah teruja di wajahnya tambah lagi mereka dapat pergi dengan keluarga besar mereka. Mesti meriah!

Video :

Setelah apa yang pernah berlaku antara mereka, rasa terharu tengok kemesraan mereka sekeluarga. Segala pengalaman hitam dan pahit telah mereka tinggalkan untuk mencari redha Allah.

Para peminat tidak melepaskan peluang untuk meninggaIkan komen-komen yang positif buat Abby dan Memey.

SubhanaAllah…relationship goals.

Terima kasih kerana memberi kami peluang berkongsi rutin harian anda sekeluarge dan memberi inspirasi kpd golongan divorcee supaya sentiase menjaga hubungan baik sesama kita walaupun dah berpisah.

semoga keluarge kak abby n abg norman sentiase di lindungi Allah swt

Video :


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..