Menantu skrg ni degiI, boleh lepas makan dia suruh anak lelaki saya angkat sendiri dan basuh pinggan

Saya mempunyai dua orang menantu yang tinggal bersama saya. Bila suami masing – masing nak makan, air basuh tangan saya suruh ambilkan, tapi menantu sorang ni suruh suami dia pergi la basuh kat singki. Sangat – sangat meny4kitkan hati. Kenapa ye menantu zaman sekarang tidak seperti menantu dulu – dulu.

#Foto sekadar hiasan Kisah 1 : Maaf jika cerita saya amat keterlaluan. Saya mempunyai dua orang menantu yang tinggal bersama saya. Kedua – duanya rajin, tapi adakalanya malas juga sehingga mereka rajin keluar membeli lauk siap.

Saya cuma cakap pada mereka kalau ada duit tu simpan la sama, kedua mereka nampak degiI. Kita kata jangan, yang itu la dorang akan buat seperti tidak menghiraukan kata – kata mak mertua. Kenapa ye menantu zaman sekarang tidak seperti menantu dulu – dulu.

Kalau menantu dulu – dulu bangun je tidur terus masak. Tapi menantu saya pulak bangun – bangun terus main henpon. Suami balik dihidangnya makanan beli dari luar. Kalau saya suruh anak saya bawak bini dia keluar dari rumah ni, siapa pula yang nak tengok – tengokkan kami berdua yang dah sem4kin tua.

Bila suami masing – masing nak makan, air basuh tangan saya suruh ambilkan, tapi boleh pulak menantu sorang ni suruh suami dia pergi la basuh kat singki. Sangat – sangat meny4kitkan hati, anak lelaki saya cuma diam ja malas nak berg4duh la kot.

Selepas makan dia suruh anak lelaki saya angkat sendiri dan basuh pinggan. Dia kata lelaki kena pandai berdikari. Jika ditegur mula la tarik muka. Beza orang dulu dengan orang sekarang sangat – sangat berbeza.

Suami banyak sangat bagi dekat muka, isteri naik minyak la. Minta maaf ye bukan semua anak menantu sekarang macam tu, cuma saya nak minta pendapat macam mana saya nak ajar mereka supaya rajin – rajin la jaga suami tu.

Komen Warganet :

Nurul Zurainee Zubahir : Saya ada 2 orang anak lelaki, dari mereka kecik saya dah ajar mereka, sebelum makan cuci tangan, selepas makan angkat pinggan dan cuci sendiri. Sebab apa, saya tak mau ajar mereka terlalu merjadi raja, belajar mergemas rumah, kelak apabila dewasa boleh sama – sama membantu isteri atau ibu bapa bila dah tua nanti.

Linda Zul : Kenapa salahkan menantu, diorang tu dah bosan kut duduk dengah mertua. Itu tak boleh, ini tak kena. Macam ni lah, mereka suami isteri jadi jangan kita pandai – pandai nak atur kehidupan mereka.

Saya ada menantu perempuan 2 orang, saya tak kesah lihat anak lelaki saya jemur baju, basuh pinggan, sapu rumah sebab saya dah didik anak lelaki saya dari kecil tolong saya kat dapur. Saya cakap kalau nak rumahtangga kita aman sama – samalah buat kerja rumah.

Suami isteri bekerja dan saling tolak ansurlah. Mereka lihat suami saya selalu tolong saya kat rumah, saya masak, suami basuh pinggan, jemur kain. Jadi anak – anak kita jadi ringan tuIang tolong isteri. Jangan samakan cara kita dengan cara orang kalau tak nak org tak suka kita.

Izza Azlina : Banyak lagi isu yang besar dekat sini.

1. Ambil air basuh tangan hanyalah adab, elok juga bagi badan bergerak cuci tangan di sinki yang hanya beberapa langkah tu je.

2. Lepas makan angkat sendiri pinggan. Lagi baik basuh terus. Bukan apa, meringankan beban sesama sendiri. Kalau ada anak, anak tengok, kan bagus. Sebab akhir zaman, mak jadi h4mba kepada anak sendiri.

Jadi eloklah ajar anak – anak lelaki (yang dalam masyarakat Melayu suka dimanjakan sangat) buat kerja rumah dan bantu isteri. Dah mak sendiri tak nak ajar, isteri ada. Kenapa? Takdelah kek0k nanti bila isteri jatuh s4kit atau tiada.

Takdela beruIat pinggan mangkuk dekat sinkikan. Nak jaga ibu bapa pon mudah sebab dah biasa buat kerja rumah. Kamu berkahwin dengan anak perempuan orang bukan untuk BUATKAN KERJA kamu ya suami. Tapi isteri, tolonglah bantu sebagai kasih sayang hidup berkongsi.

3. Bab malas – malas tu ye elok ditegur. Kecuali memang menantu tu ada pekerjaan yang memenatkan. Dia nak rehatkan badan juga. Kita kan ada anak sndiri, biarlah anak sendiri ambil alih apa yang patot sementara isteri berehat. Suri rumah pon ada masa penat, s4kit juga. Nak mengadu mungkin segan.

4. Beli makanan di luar tengok keadaan juga. Adakala teringin nak makan sesuatu yang lalu laIang kat FB ni. TerIiur, tak salah pon. Lagipon berkongsi rezeki dengan yang menjual.

5. Utamakan dulu tanggungjawab suami iaitu anak kita dalam pemberian nafkah dan keperluan asas. Dah nak kahwin sangatkan. Tegur dulu solat 5 waktu cukup ke tak, perkara – perkara wajib anak kita tu dulu, dia buat ke tak. Kalau anak kita cukup lengkap dan elok, insyaAllah dia boleh bimbing isterinya. Semua wanita ada impian. Dia kadang – kadang berk0rban kerana cinta. Bertolak ansurlah

Sabariah Ahmad : Yang baiknya kita mertua ni jangan masuk campur hal rumahtangga anak menantu. Lebih baik duduk asing dengan anak yang dah berumahtangga. Bagi mereka peluang uruskan hal rumahtangga mereka sendiri.

Masa kita dah berlalu sekarang bagi mereka pulak merasa Manis, pahitnya hidup berumahtangga. Kita sebagai mertua doa yang baik – baik untuk mereka. Bahagia mereka bahagialah kita. Ok mertua – mertua semua.

Fauziah Ahmad : Saya pun baru dapat menantu. Tapi sebelum kahwin lagi saya dah pesan dekat anak lelaki saya supaya rajin tolong isteri. Sebelum kahwin lagi saya ajar anak – anak lelaki saya buat kerja rumah dan ajar memasak supaya nanti bila dah kahwin jangan jadikan isteri mereka macam h4mba.

Saya sendiri, suami saya seorang yang sangat ringan tuIang. Walau pun saya surirumah tapi suami saya tetap bantu saya buat kerja rumah. Suami saya kata dia tak mampu gajikan bibik untuk saya jadi biar la dia jadi ganti bibik untuk bantu saya.

Begitu juga dengan anak – anak lelaki saya, kami asuh perkara yang sama. Bukan setakat kerja rumah sahaja tapi nafkah untuk isteri pun saya tanya. Perkara yang wajib untuk disediakan oleh seorang suami semua saya dan suami selalu tanya dan arahkan anak buat.

Kisah 2 : Assalamualaikum warga FB.. Saya duduk dengan mertua dah masuk 2 tahun lebih iaitu sejak kahwin lagi. Memandangkan suami anak yang bongsu jadi suamilah yang tanggung mertua. Anak – anak lain jauh di perantauan, mereka hanya akan balik ketika musim cuti sekolah. Mertua saya dah berumur 76 tahun, seorang yang suka berIeter, cerewet dan pembersih.

Semua dia nak nampak sempurna di mata dia. Mula – mula saya bekerja tetapi atas kehendak suami saya berhenti kerja kerana ingin menjaga anak. Masa mula – mula saya berhenti kerja dalam 2 bulan duduk di rumah semua nampak ok.

Tetapi langit tak selalunya cerah kan, ada masanya gelap.. Suami saya pernah berg4duh dengan mertua kerana disebabkan suami guna kuali yang terg4ntung di dinding untuk memasak telur. Mertua marah kerana ambil kuali tanpa basuh dahulu sebelum guna. Padahal kuali tu saya dah basuh selepas guna.

Untuk pengetahuan semua mertua pernah ajar saya macam mana cara nak basuh periuk, basuh beras, basuh sayur dan sebagainya. Suruh ikut sebijik apa yang dia buat, sedangkan saya dah buat semua tu ikut cara saya yang diajar oleh ibu saya.

Baru – baru ini saya amat terasa hati kerana ibu mertua saya pasang radio zikir dengan kuat sekali. Pada masa yang sama mertua solat di dalam bilik dia yang jauh sedikit daripada radio itu. Saya yang mahu solat berasa terganggu dengan bunyi radio lalu saya perlahankan radio tersebut.

Selepas itu mertua tutup radio dengan mer3ntap wayar radio seolah – olah marah dan bawa radio itu masuk ke dalam bilik. Saya cuba terangkan situasi sebenar tetapi mertua terus masuk ke dalam bilik tanpa sepatah kata.

Adakalanya saya rasa tidak tertahan lagi untuk bertahan duduk bersama tetapi apakan daya takkan nak tinggalkan mertua tinggal seorang diri. Saya tahu saya tidak mampu jadi menantu yang baik dan sempurna tapi saya cuba untuk jaga hati dan perasan mertua mahupun suami..

Saya hanya mampu berdoa dan mengadu pada Allah. Saya juga berharap pembaca – pembaca agar mendoakan saya kuat dan diberikan kesabaran dalam menghadapi dugaan dan c0baan yang akan datang. Maaf jika ayat berterabur..

Komen Warganet :

Filzah Adilah : Kalau mentua buat itu ini, semua nak terasa tak tahan. Hidup memang macam tu. Nenek saya sendiri pun per4ngai macamtu jugak, umur pun lebih kurang. Nak masak, nak basuh sayur semua kena ikut cara dia.

Tapi takde siapa pernah komplen atau pernah merungut sebab tu nenek sendirikan.. Memang rasa str3ss rasa tak puas hati, tapi anggaplah mak mentua pun macam mak sendiri, bukakan hati..

Shafinaz Nordin : Sebelum tu saya nak mohon maaf kalau saya ada silap kata atau nampak macam biadap. Ini hanyalah pendapat saya, bab kuali kena basuh sebelum goreng tu, ada betulnya. Walaupun kita dah basuh, tak must4hil ada cicak atau Iipas yang akan lalu dekat kuali tu.

Tapi kalau bab nak ikot “seketul” cara mentua dan apa yang dia suka, saya tak setuju sebab kita dilahirkan dari keluarga yang berbeza, cara didikan yang berbeza. Kena saling hormat menghorm4ti, saya kalau berada di tempat sis, memang tak la nak ikut semua “rentak” mentua.

Asal semua bersih kemas, itu dah cukup. Apa pun semoga sis dipermudahkan segala urusan dan diberi kekuatan, aamiin.

Aida Sofia : Menunduk je ikut cara mertua, kenapa? Terasa macam kena p1jak kepala ke? Kat sini awak cuba perbetulkan niat, niat yang nak buat apa sahaja untuk keredhaan Allah swt dan ambil kesempatan sekali untuk pelaburan pahala akhir4t kelak, inshaa Allah.

Masa mertua tegur itu ini awak akan terasa ringan je untuk ikut sebab awak tahu niat awak pertama untuk Allah swt, kedua untuk suami..

Paizah Yusoff : Saya tak fahamlah orang tua yang jadi mertua ni suka buat per4ngai. Tak payahlah kita dah tua – tua ni buat jelah apa yang patut. Tak perlu campur tangan sangat urusan anak menantu.

Duduk diam – diam dalam bilik solat, mengaji, berzikir, baring – baring dah. Tahulah anak menantu tu buat kerja, bila dipanggil makan, makan. Tak payah sibuk – sibuk.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?