Mengalir airmata PakNil dengar luahan doktor. Dengarlah apa nasihat PakNil, habis merayu dah tu.

Sudah masuk hari ketiga perintah kawalan pergerakan yang telah disarankan oleh pihak kerajaan, namun hingga hari ini kita dapat lihat masih ramai lagi rakyat Malaysia yang ingkar arahan yang diberikan. Masing-masing menganggap ia hanya perkara kecil tetapi hakikatnya akibat yang bakal kita hadapi amat besar.

Ia bukan sahaja akan melibatkan kem4tian tetapi akan melumpuhkan ekonomi dan sesebuah negara itu sendiri. Anggota polis juga sudah keluar untuk membuat rondaan dan menasihati golongan-golongan ini. Para selebriti juga turut mengambil kesempatan ini untuk memberikan nasihat serta kesedaran buat para peminat dan pengikut mereka di laman sosiaI.

Pengacara nombor satu Malaysia PakNil memuat naik beberapa video menasihati rakyat Malysia agar akur dengan perintah yang telah dikeluarkan kerajaan untuk kebaikkan bersama. Jelas dapat lihat wajah kesal dan sedih PakNil melihat perangai segelintir manusia yang pentingkan diri sendiri.

KALAU NAK JUMLAH KES TURUN, BESOK PUN BOLEH!

Ini bukan ujian perseorangan. Kita lalui ini bersama. Setiap perlakuan kita ada kesan pada orang lain. Kalau kita bersatu, besok pun jumlah kes boleh turun! Takbir!

Selain itu PakNil juga ada menghubungi staff kakitangan yang bekerja di salah sebuah HospitaI dan juga seorang oktor untuk menerangkan apa yang berlaku. Sesungguhnya wabak ini adalah perkara yang sangat serius dan kini kakitangan doktor dan nurse juga tidak mencukup kerana mereka ini juga terp4ksa dikuarantin atas sebab sikap pentingkan diri oleh pesakit COVID19.

NI PAKNIL BERCAKAP DENGAN KAKITANGAN & DOKTOR YG TERLIBAT!

Kasihani lah jugak Wira2 yg menggadai ny4wa untuk menyelesaikan masaIah Covid 19 ini. Tolonglah faham dan ikut arahan pemerintah!

Kami harap dengan perkongsian yang dibuat oleh PakNil dan juga beberapa selebriti yang lain dapat membuka mata dan hati mereka-mereka diluar sana. Ini bukanlah tentang hak individu ini adalah untuk kesejahteraan dan keselamatan semua rakyat Malaysia.

Kongsi Artikel Ini :