Ayah selalu menangkan menantu dia, yalah menantu kaya, kerja elok apa semua. Gaji pun mahal. Kakak ipar m4kin besar kepala. Ayah aku ni dia macam takutkan anak lelaki dia buang dia. Yelah, kalau kena buang nanti siapa nak belikan dia baju mahal, minyak wangi original
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Pertama sekali aku kenalkan diri aku sebagai Rara. Aku asal dari negeri yang kome deme. Aku dah berkahwin dah dah ada anak. Aku seorang suri rumahtangga, dan suami aku hanyalah pengawal keselamatan.
Walaupun suami aku hanya berkerja sebagai pengawal keselamatan, tapi suami aku ada ijazah sarjana muda dengan kepujian. Alhamdulillah, dia tak memilih kerja. Itu je rezeki yang ada buat setakat ini. Aku dah tak ada emak, emak aku telah meninggaI dunia, lebih kurang 5 tahun lepas macam tu lah, masalah kegagalan jantung.
Aku ada seorang ibu tiri, adik 1 bapa lagi 3 orang, 1 emak ada 3 orang. Kalau dicampur kami adik beradik kandung 6 orang, seorang lelaki dan 5 orang perempuan. Mulanya semua ok. Sehinggalah adik aku nak berkahwin, semua pandangan aku ditolak mentah, aku ni kuat member0ntak, bukan member0ntak sebab apa, kiranya aku tak setuju warna baju keluarga pakai untuk majlis kahwin dia.
Adik aku lebih suka dengar cakap kakak ipar aku, kakak ipar aku tu, dia berg4duh dengan aku, puncanya dia tak reti bercampur dengan emak dan bapa saud4ra aku, semua mengata dia, aku sampaikan kat adik aku, tapi adik aku menyampai kat abang aku, sampailah abang aku buang aku, padahal bukan aku yang mengata, tetap aku kena. Aku tak kisah sebab kami tak rapat.
Ayah aku diam seribu bahasa bila abang aku buang aku, dia tetap sebeIahkan abang dan kakak ipar aku. Aku terasa hati lah juga, tapi tetap aku yang disalahkan, tetap dia menangkan menantu dia, yalah menantu kaya, kerja elok apa semua. Gaji pun mahal, beza dengan kami bagai langit dengan bumi.
Kakak ipar aku besar kepala sebab ayah aku selalu sebeIahkan dia. Ayah aku ni dia macam takutkan anak lelaki dia buang dia. Tak faham aku, yelah kalau kena buang nanti siapa nak belikan dia baju mahal, minyak wangi mahal, original.
Emak tiri aku pun satu hal, masa raya haritu, malam raya, aku dan suami serta anak aku pergi rumah ayah aku, yelah malam rayakan. Tapi kami disambut oleh muka masam adik sebeIah sana, termasuk muka mak tiri aku, aku tak tahu apa puncanya, sebab sebelum ni kami baik – baik saja.
Masa di muka pintu, adik – adik aku nampak muka kami terus naik atas lari, dengan muka masam. Untuk pengetahuan semua, hubungan kami baik saja, tak ada berg4duh apa. Sebabkan esok mereka nak balik kampung sebeIah mak tiri aku, aku buatlah muka manis, mana nak tahu, esok – esok jadi apa kan. Aku siap naik atas tengok adik aku tu, dia buat – buat tidur, sebab tak mahu bersembang dengan aku.
Aku boleh tahu dia buat buat tidur sebab masa aku turun tangga aku dengar handphone dia bunyi dan dia jawab “hello, haa ni ada penyibuk ni kat rumah kita.” S4kit hati dengar tapi aku masih buat muka manis dan senyum.
Turun bawah muka tiri aku tu dah ok sikit, masa nak balik tu dia kata nanti dia nak singgah kat rumah kejap dari kampung dia, aku pun kata oklah kan. Tetamu ni bawa rezeki. Suami aku pun dengar mak tiri aku tu cakap macam tu.
Sampailah hari yang dik4takan nak singgah tu, malam tu aku masaklah sikit untuk sambut tetamu tetamu sekalian. Banyak jugak sebenarnya. Macam macam aku buat untuk sambut tetamu. Walaupun aku dilayan kurang elok, tetap aku buat macam – macam.
Aku tunggu dari pagi, sampai ke petang, sampai ke malam, mereka tak munculkan diri. Sampailah aku tengok status whatsapp mak tiri aku tu, aku pun reply, kata nak datang, buang saja makanan yang rara masak. Anak dia reply guna handphone dia, “bila mak cakap nak datang, tak cakap pun.”
Aku punyalah s4kit hati, habis aku masak banyak – banyak ni untuk siapa makan? Suami aku muka lain dah. Dia marah lah jugak. Sebab aku guna duit dia beli bahan – bahan apa semua. Kami pun bukan orang senang mana, kalau tahu lebih baiklah kami beli benda keperluan lain.
Aku whatsapp ayah aku, bagitahu hal ni, dia tetap diam seribu bahasa, baca saja. Suami aku marah aku, puncalah kami berg4duh. Lepas dari kejadian tu, aku pulun isi borang spa9, mana ada jawatan kosong, aku isi kat aku dengan suami aku.
Aku nak baIas d3ndam dengan cara macam ni, kerja elok, duduk rumah lebih elok, kereta elok, sebab sebelum ni keluarga aku h1na aku, sebabkan suami aku kerja biasa – biasa saja. Yang suami kerja hebat – hebat, pegawailah.
Harap pembaca doakan aku dan suami aku berjaya dengan pemohonan jawatan kosong yang kami minta. Harap ada terselit rezeki anak buat kami. Moga doa kalian berbalik semula pada kalian. Aku sekarang lebih suka diam, walau aku diperli di status whatsapp sebabkan tanya bila nak datang, habis kecoh.
Aku cakap Allah itu ada, mak tiri aku tu memang dah, dia kalau cakap memang tak akan mengaku. Aku selalu doa biarlah kami duduk jauh, suami aku kerja tetap, kami mampu beli rumah sendiri dan kereta sendiri, harap pembaca doakan kami sekeluraga ya. Terima kasih semua. – Rara (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Shida Zakaria : Mentaliti tahun berapa ni, nak hidup senang kena keje kerajaan sahaja. Nak hidup senang kena usahalah, kerja swasta pun ok. Tingkatkan kemahiran diri. Pastu, sebelum masak – masak tu, apa salahnya ringankan mulut, tanyalah mak tiri tu. Confirm balik, jadi ke datang rumah. Ingatkan dia kot terlupa. Orang tua kan, kadang – kadang pelupa. Kita yang muda pun kadang – kadang pelupa. Lagi lah orang tua.
Arrissa Ashieyqin : Ubah sikap dan per4ngai puan. Orang tak suka bukan sebab hidup susah, keje biasa, gaji sedikit, kadang – kadang mungkin punca dari diri kita sendiri. Apa – apa teguran terima dengan lapang d4da, fikiran terbuka.
Mungkin mereka buat macam tu sebab tak nak buat keadaan jadi lagi teruk. Cuba selami balik kejadian yang lepas – lepas, mungkin dari situ puan akan dapat jawapan. You ubah sikap, ubah per4ngai, buang yang negatif. Cuba ambil dari sudut positif.
Di sebalik keburukan mesti terselit sedikit kebaikan, cuma sekarang ni puan kena berlapang d4da. Yerima setiap teguran, in shaa allah mesti ada kemanisan. Semoga dipermudahkan semua urusan puan dan kita semua.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.