Mentanglah saya janda, pelik bakal mak mertua asyik minta gambar saya, nama dan nama ibu saya untuk ‘siasat’

Masa saya tengah lunch, tiba – tiba mak dia message minta gambar saya, nama penuh dan nama ibu saya. 3 kali mak dia message tanya benda tu. Katanya nak tak tahu latar belakang saya nak tilik kami serasi atau tidak..

#Foto sekadar hiasan. Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum. Sedikit pengenalan tentang diri saya, seorang ibu tunggal (2 anak), bekerja freelance dan orang selangor. Saya bercerai dengan bekas suami secara fast track.

Hubungan kami masih baik je walaupun dah divorced, dia pun ayah yang baik kepada anak – anak saya. Selepas setahun menyendiri, saya berkenalan dengan seorang lelaki (bujang), orang kelantan yang bekerja sebagai penjawat awam di putrajaya.

Pada awalnya (setahun pertama berkenalan) saya berkawan macam biasa, takde la message hari – hari ke on call ke jumpa hari – hari ke. Tapi dia sebaliknya. Hari – hari akan message saya, call saya dan hari – hari akan tanya bila nak jumpa.

Oh, dia memang sedia maklum akan status saya masa tu and dia okay je. Memang saya sukakan dia sebab dia seorang lelaki yang baik, menjaga solat dan tak pernah mengambil kesempatan di atas status saya. Tapi tu la kan, masa tu belum ada perasaan lagi dan tiba – tiba lepas tu saya macam lost contact dengan dia dalam berapa bulan.

Tahun lepas, masa saya scroll balik mesej mesej lama, terjumpa balik message dia. Dan saya tergerak hati nak bertanyakan khabar dia. Terus dia reply dan kami jadi rapat sampailah sekarang. Nampak la dia sayangkan saya dan anak – anak. Tapi, langit tak selalunya cerah kan?

Suatu hari, saya tanya dekat dia, ade tak keinginan nak kahwin. Yelah, dah berkawan lama haruslah ada tujuan kan? Dia macam banyak berdolak dalih, banyak alasan. Saya cakap dengan dia, kalau tak nak, cakap tak nak jadi takde la masa saya terbuang menunggu benda yang tak pasti.

Sampai berg4duh – g4duh jugak la masa tu sebab saya macam suspicious sangat. Sebab yelah.. Dah la tak tak pernah kenalkan saya dengan kawan – kawan dia, achieved message – message dekat whatsapp, takut nak angkat call saya kalau dekat tempat kerja (waktu break).

Kalau keluar dengan saya tak nak dekat area putrajaya sebab takut officemate nampak, post gambar saya dekat instagram tapi hide semua kawan – kawan dia supaya dorang tak nampak. Sampaikan saya terfikir, entah – entah dia ni husband orang kot? Semua benda nak sorok – sorok, hahaha.

Lepas dah g4duh – g4duh tu, dia pujuk dah saya bagi syarat dekat dia. Saya suruh dia bagi tahu parents dia pasal kami. Tapi bukan la bagi tahu pasal nak kahwin pun, suruh bagi tahu pasal dia tengah berkawan dengan seseorang je.

Sebab kan, masa kami baru – baru rapat tu. Ayah dia ada tanya dia bila dia nak kahwin. Kalau takde calon ayah dia dah jumpa someone la from negeri yang sama nak kenenkan dengan dia. Tapi dia cakap masa tu belum ade calon lagi??

Saya masa tu okay je yelah baru je rapat – rapat balik kan tak tahu la berjodoh ke tak. Okay sambung balik pasal syarat tu, okay. Dia janji nak bagi tahu parents dia. Hari berganti hari, minggu berminggu sampai berbulan dia dok skip – skip je tak bagi parents dia. Banyakkkkkk giIa alasan sampai ann0ying saya.

Bila saya malas nak layan, cari saya menangis – nangis macam orang giIa. Yelah, ann0ying tapi sayang kan. Bagi je la peluang sampai la baru – baru ni mak ayah dia datang KL. Sebelum mak ayah  dia datang tu dia dah janji nak bawak saya jumpa mereka, nak kenalkan la gewe dia siapa kan.

Haha, saya excited laaa, siap beli dress baru sebab nak jumpa. Tiba hari yang ditunggu, dia tiba – tiba senyap… 1 hari tak message saya, saya pun macam aik, mana dia ni. Jadi ke tak nak jumpa kan. Esoknya masa mak ayah dia balik kelantan baru la dia message, masa tu memang saya marah la kenapa tiba – tiba senyap.

Sekurangnya bagi tahu la kan, jadi saya takde la jadi tunggul menunggu 1 hari. Dia minta maaf la kata busy bagai. Tapi dia cakap dia dah cakap dengan mak dia berdua dalam kereta, pasal kami. Mak dia okay je and tak kisah tapi minta dia buat la solat istikharah kan.

Saya pun okay laa tak banyak tanya. Esoknya, masa saya tengah lunch dengan dia, tiba – tiba mak dia message dia minta gambar saya, nama penuh dan nama ibu saya. 3 kali mak dia message tanya benda tu. Saya suruh la dia tanya mak dia kenapa dia mintak semua tu, mak dia kata mak dia saje je mintak sebab tak tahu latar belakang saya dan lagi sekali minta dia buat solat istikharah.

Mak dia pun akan buat sekali solat istikharah sebab nak tengok dia serasi tak dengan saya. Saya pun okayy, lepas tu lepas lunch tiba – tiba kakak dia call pulak, cakap bende sama. Banyak kali jugak la suruh dia buat solat istikharah dan fikir masak – masak sebelum nak kahwin dengan saya.

Kakak dia pun ada cakap pasal aur4t dengan anak – anak perempuan saya. Pasal cakap nak kene tanggung anak – anak saya sekali la apa lah. Masa tu saya sedikit badmood, seolah – olah macam berkahwin dengan saya ni suatu yang menyusahkan.

Dia pulak masa tu banyak diam je tak cakap pape pun dengan kakak dia. Lepas dia habis cakap dengan kakak dia tu, saya terus tunjuk pasal hukvm aur4t ayah tiri dan anak tiri. Terus terdiam la dia. Lepas tu, pasal dia kena tanggung anak – anak saya tu.

Saya dah cakap banyak kali sebelum tu memang pasal anak – anak saya tak perlu risau, memang dia takkan perlu tanggung anak – anak saya sebab bekas suami saya masih ada dan seorang bapa yang bertanggungjawab. Entah la, dah banyak kali discuss pasal benda – benda macamni pun masih boleh jadi issue.

Esoknya, ayahnya pulak message. Message ya berbunyi begini. “A, ayah nasihatkan supaya A fikir masak – masak. Suami dia kaya raya boleh bercerai, tak tahu sama ada dia atau suami dia yang bermasalah. Dia ada anak. Dia ore S ore Jawa. Apapun mintaklah pada Allah sebab Allah tempat kita mengadu. Ayah akan buat solat istikharah”.

Kat situ dah nampak sangatkan, nampak macam saya dah kena reject? Huhuu. Tapi macam biasa la dia macam blur tak tahu buat apa. Dia kata dia akan balik kelantan untuk pujuk family dia. Sekarang dia dekat kelantan dah, tak tahu apa terjadi sebab dia tiba – tiba senyap.

Sekarang ni tak tahu la saya nak buat apa sebenarnya. Saya tahu dia macam stuck dengan antara dan family dia tapi sekurangnya bagi tahu la saya jangan buat saya tertunggu. Entah la, doakan la saya ye. – Any (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Akrima Abu Bakar : Kalau akak la kan, tak perlu panjang – panjang cerita. Nak tunggu kepastian ke ape ke. Stop je terus kat situ. Masa terlalu berharga untuk dibazirkan dengan hal – hal ketidakpastian ni. Nampak macam family dia berat hati nak terima menantu berstatus ibu tunggal.

Kita berkahwin bukan dengan dia je, tapi seluruh keluarga dia. Cukup lah perkahwinan pertama jodoh tak panjang pastinya sebab ada masalah. Takkan perkahwinan kedua nak bermula dengan masalah juga. Jangan sampai dah keluar mulut harimau masuk mulut buaya pulak.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.