Mereka haIau kata aku mengandung anak binatang. Bila anak dah besar, mereka tuntut tapi aku tak b0doh

Dari kecik aku diduga kena tinggal dengan mak ayah dan tinggal dengan pakcik. Dia jaga aku sampai dia meninggaI dunia dan sebab itu orang kata aku anak siaI. Nak plak aku dir0goI oleh sed4ra sendiri sampai mengandung, lagi kuat h1naan. Masa umur anak 4 tahun, aku balik kampung waktu tu semua orang puji anak aku sebab..

#Foto sekadar hiasan. Hai semua, terima kasih telah siarkan luahan aku ni. Sedikit perkenalan tentang aku, aku Yie  (bukan nama sebenar), berumur 26 tahun, aku anak sulung dari 5 adik beradik, mak ayah masih ada dan masih sihat.

Aku ada seorang adik perempuan dan tiga adik lelaki dan of course seorang anak perempuan 8 tahun. Aku ni tak lah cantik pendek je, haha. Tak sesuai jadi ibu kata teman – teman aku. Aku tak tutup – tutup diri aku tak juga terlalu terdedah sangat cukup lah aku kata aku dari Ranau, Sabah. Cukup la nanti panjang pulak introduced aku ni.

Mungkin luahan aku ni agak panjang jadi bersabar lah ye semua. Aku tertarik untuk meluahkan apa yang aku simpan selama 26 tahun aku hidup. Bukan membuka aib sesiapa cuma sekadar meluah dan kalau ada yang tersilap mohon buang dan yang baik ambil lah sebagai pengajaran buat semua.

Berbalik pada tajuk dekat atas, masa aku kecil umur lebih kurang 3 tahun lebih aku dah ditinggalkan oleh kedua orang tua, maksudnya bukan m4ti ya. Aku dijaga oleh pakcik aku, abang kepada mak aku. Sampailah aku masuk sekolah darjah satu, mak dengan ayah aku tak balik. Tak pernah tengok aku sekali pun.

Untuk pengetahuan semua pakcik aku tu tak beristeri dan tak bernikah sampailah meninggaI dia jaga aku je. Aku dijaga penuh oleh arw4h dan aku anggap aku ni anak yatim piatu je masa tu. 2004 tahun paling berat buat aku masa tu masa cuti sekolah, aku balik – balik je dah ada kereta polis depan rumah, aku tak lah faham sebab baru darjah dua.

Aku nampak banyak pula orang dalam rumah sampai ke luar rumah orang. Aku pun masuk la, masuk je dengar orang menangis, ya pakcik yang jaga aku dari kecil tu meninggaIkan aku buat selama lamanya. Aku menangis masa tu, baru darjah dua aku dah tau macam mana rasa kehilangan orang yang aku anggap macam orang tua aku.

Lepas je semua tu aku dah berpindah tangan yang jaga aku, nenek aku ambil alih. Nenek aku tu dah tua masa tu tapi tetap jaga aku. Mak ayah? Entah aku tak tau. Aku ikut ke mana nenek aku pegi, nak tidur rumah kampung sebeIah pun aku ikut.

Masa tu aku dah tak fikir pasal mak ayah dah sebab aku dah ada nenek yang jaga aku. Masa tu aku pernah ikut nenek tinggal dekat kampung sebeIah sampai 3 tahun, sebab tak ada tempat nak tinggal dan tanggung sekolah aku.

Rumah yang aku tinggal tu pun adalah kepunyaan cikgu aku dekat sekolah rendah dulu. Masuk sekolah menengah aku tak tinggal asrama sebab mak ayah aku tak bagi duit dan dekat kampung pun mana nak cari duit untuk tampung perbelanjaan aku.

Jadi aku tinggal dengan anak bekas cikgu sekolah rendah dulu sebab anak dia, cikgu aku di sekolah menengah. Di sini lah bermula semua aku rasa tak adil bagi aku sebagai anak sulung. Aku tak pernah jumpa adik – adik aku yang lain apatah lagi mak ayah aku.

Langsung tak balik jenguk aku. Aku pun nak rasa juga seperti mana anak – anak yang lain. Masuk form 3 aku mula s4kit perut aku sebeIah kiri. Aku kerap pengsan dekat sekolah tapi masa tu keluarga aku dekat kampung tak tahu pun.

Kalau korang nak tahu aku dari kecil memang kena pulau sebab aku pernah dik4takan anak pembawa siaI sebab tu mak ayah tinggalkan aku dan sebab aku juga pakcik aku meninggaI. Aku percaya dengan apa yang orang cakap.

Aku dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah tak ada kawan. Mungkin aku dari kecil tak ada kawan. Masa aku s4kit tak ada siapa tahu sampai satu hari tu aku pengsan dekat sekolah dalam tandas pula tu. Masa ni aku form 3 lagi.

Cikgu yang tempat aku tinggal tu suruh aku pergi kIinik untuk cek kesihatan aku, tapi aku tak nak, yelah tak s4kit mana pun aku rasa masa tu. Sampailah aku masuk form 4, aku tak ambil pusing sangat tentang kesihatan aku sebab aku nak berjaya, aku nak buktikan aku bukan pembawa siaI dalam keluarga aku.

Ya itu matlamat aku. Masa tu sudah kerap aku pengsan tak kira tempat. Sampai pengetua pun risau dengan aku. Aku kat sekolah dikira budak pandai juga cuma tak nampak sebab aku tak ada teman. Ke mana aku pergi seorang diri je.

Masuk form 5 tahun yang paling perit buat aku masa tu, awal tahun aku dah masuk hospitaI gara – gara aku kerap pengsan di sekolah. Aku dah tak ditanya nak hantar ke hopitaI atau tidak, aku bangun – bangun je dah dalam kereta yang tengah berjalan menuju ke hospitaI.

Tahun tu je aku masuk hospitaI 3 kali. Dalam ward pun bukan sehari dua ni paling minimum seminggu, sebab aku kena x-ray banyak kali. Ntah aku masa tu tak tahu aku s4kit apa sebab aku bukan tau pasal medical pun. Masa terakhir aku dekat hospitaI tu pun aku tak dapat ambil last paper SPM, sebab aku pengsan petang tu.

Terus aku dihantar ke hospitaI. Pagi esoknya aku menangis nak keluar sebab aku nak ambik paper last SPM tapi doktor tak bagi sebab keadaan aku dah lemah, masa tu berat aku tinggal 38 kg je, bayangkan dah macam pen4gih.

Ouh ya untuk pengetahuan semua masa aku tingkatan lima aku dah pindah tempat tinggal dengan sepupu mak aku, aku panggil pakcik jugak la. Aku masa tu dah kenal sedikit pasal mak ayah aku sebab diorang balik masa hujung tahun 2012 dan adik aku yang bongsu dah lahir.

Jadi mak aku bagi tinggal dengan sepupu dia dengan adik aku perempuan, adik aku masa tu darjah 6. Kami tinggal dekat situ macam orang gaji dah. Aku yang SPM, adik aku UPSR masa tu s4kit pening kami, diorang tak ambil tahu.

Pakcik aku tu muslim jadi bila diorang puasa kami pun ikut puasa sekali. Kami bukan muslim. Dah lah aku pergi kelas petang, kelas malam tak hantar. Lepas balik dalam pukuI 10 tu, dah di suruh buat kuih raya pula. Sampai dekat aku nak meng4muk sakan.

Memang bulan puasa tapi kami yang bukan muslim pun nak kena p4ksa puasa memang lah tak biasa. Satu hari tu aku dengan anak pakcik aku yang muda setahun dari aku balik sekolah. Petang tu aku tidur sofa dekat tv tu, anak pakcik aku tu naik atas tidur dalam bilik dia.

Kami dalam rumah tu tinggal bertiga dengan anak kecil pakcik aku umur 2 tahun sebab dorang suami isteri ke kampung sebeIah tanam padi sawah. Di situlah bermulanya masa depan aku h4ncur. Aku tak tau keberanian apa yang ada, tiba – tiba aku dapat rasa badan aku seperti ditindih sesuatu berat sesak nafas aku, cepat – cepat aku membuka mata.

Terkaku aku sebab yang di atas aku tu adik kepada isteri pakcik aku. Aku menjerit tapi tangannya lagi cepat menutup mulut aku. Nafas aku dah tak teratur sebab aku panik. Badan dahlah besar, badan aku ni dah lah kecik kurus lagi dah s4kit pula tu.

Nak meIawan aku tak mampu, nak putvs nafas aku masa tu. Sampai nak menjerit pun rasa telan pasir. Aku menangis tapi air mata je keluar sebab suara dah hilang. Aku gigit tangan dia masa dia sibuk nak tarik seluar aku. Aku terlepas, aku nak lari tapi dia sempat tangkap aku sampai aku terhempap dekat lantai simen.

Aku nak jerit tapi tak dapat suara sebab aku takut sambil menangis, aku terlepas lagi. Aku dah sampai anak tangga naik atas tapi kaki aku ditarik lagi habis berd4rah hidung aku terh4ntuk di bucu anak tangga tu. Dia tidak peduli dia c3ngkam leher aku tarik rambut aku sampai di sofa balik.

Dia tarik seluar aku sampai k0yak. Dia tak peduli hidung aku berd4rah. Aku nak jerik tak dapat, leher aku ditekan nak nafas pun dah tersekat – sekat mata dah nampak rabun aku cuma tau masa tu aku m4ti lebih baik. Korang faham lah ya. Tak perlu saya jelaskan.

Ya lepas je dia rosakkan aku, dia tinggalakn aku dengan seluar koyak hidung berd4rah. Aku masih blur dengan apa yang berlaku, aku kumpul sisa tenaga yang aku ada dari badan kering aku tu. Aku naik atas terus ke bilik tidur sepupu aku, meraung aku macam orang giIa.

Terk3jut sepupu aku baru lah aku perasan dia guna earphone. Patut lah tak dengar apa – apa. Aku cerita semuanya pada dia, menangislah kami berdua. Keesokan hari, ujian aku merosot habis, dah semua merah results aku sebab masa tu dah nak habis tahun memang setiap minggu pelajar SPM ada ujian.

Aku takut. Sedih. Malu. Nak m4ti pun ada, aku tak ceritakan pada sesiapa kejadian tu sebab aku malu. Malu yang terIampau. Sampai lah aku masuk hospitaI yang aku tak dapat last paper. Masuk 2014 aku rasa mual yang sangat teruk masa ni aku dah balik rumah mak ayah aku, aku tak tahu apa – apa.

Sampailah mak aku bawa pergi hospitaI dan di situ aku disahkan pregnant dah dua bulan lebih. Aku terk3jut. Nak pengsan pun ada. Otak aku kosong. Gelap. Doktor tanya aku ada suami ke? Aku cakap, tak ada. Siapa temankan?

Aku cakap, mak. Terus doktor cakap nak jumpa dengan mak. Aku keluar je aku bagi mak aku masuk. Lebih kurang 1 jam mak aku dekat dalam merah mata dia. Ya, mak aku menangis. Di sinilah bermula permusvhan dan segala kejian m4kian aku dapat.

Keluarga aku sendiri haIau aku. Saud4ra aku tak ada satu pun tolong. Aku depr3ssion sangat – sangat. Orang kampung aku? Ya begitu la disebarkan ke seluruh kampung sampai satu mukim kenal aku sebagai anak kiriman ner4ka.

Dalam keadaan aku mengandung, aku s4kit dan baru habis belajar, aku bawa diri ke rumah sepupu aku yang memang tinggal dekat pekan. Ya mereka saja menerima aku. Walaupun suaminya tidak setuju. Menangis aku berminggu – minggu.

Berkurung dalam bilik. Meraung. Ketawa. Menagis. Hist3ria. Ya aku alami semua tu. Sampai aku pandang lama – lama kipas yang terg4ntung di atas siling bilik aku. Otak dan hati aku celaru. Tertekan. Buntu. Sampai aku tak makan, tak mandi, tak keluar bilik nak giIa dalam bilik tu.

Sampailah satu hari aku tidur aku termimpikan pakcik aku yang dah meninggaI tu. Dia suruh aku kuat jaga anak dalam kandungan tu. Tapi aku tak sanggup aku tak kerja aku baru habis SPM. Tapi pakcik aku kata jangan risau semuanya akan baik – baik sahaja.

Aku terbangun. Entah kekuatan apa aku miliki aku keluar dari bilik dan mandi makan aku jalan ke rumah ibadat. Sehari suntuk aku di sana berdoa meminta petunjuk dan membuka hati aku menerima segalanya dengan terbuka hati.

Ya aku menerima denga terbuka hati. Tapi sekeliling aku? Ya begitu lah semua memandang h1na. Aku tebalkan hati. Kandungan aku mencecah 5 bulan aku tak balik dekat kampung sampailah sepupu aku di kampung bagi tau lelaki tu ada belikan aku ubat gugvr tapi sepupu aku tak bagi dekat aku.

Syukur lah dia tak nak bersubahat. Mesti korang tertanya – tanya kenapa tak lapor polis? Hahaha dah pernah tapi ditolak mentah – mentah sebab yang terima laporan aku masa tu abang kepada pakcik yang aku tinggal tu.

Bukan sekali tapi banyak kali aku naik turun balik tapi tidak ada hasil. Aku urus semua sendiri masa dekat kampung, biar la aku tebalkan muka balik kampung. Aku bincang dengan ketua kampung. Keluarga aku? Mak ayah aku?

Tak, dorang datang masa pembicaraan tu tapi sikit pun tak pert4hankan aku. Kakak lelaki tu cakap, “aku tak percaya itu anak adik aku! Aku nak buat ujian DNA!” Ya, tuhan.. Aku siapa di mata mereka, sampai begitu sekali katanya.

Mak kepada lelaki itu pun tidak kalah keji mulutnya, “Saya tidak mau anak aku dip4ksa kahwin dengan perempuan ada anak tak sah taraf!!” Berderau d4rah aku masa tu. Nak membidas pun aku tak kuat. Aku diam je, aku jawab dalam hati, tuhan mengetahui segalanya.

Aku balik rumah mak ayah aku ambil baju dan balik rumah kakak sepupu aku semula. Aku tak pandang belakang lagi dah. Dah sah – sah anak dalam kandungan ni dianggap seperti binatang. Mulai dari itu aku tak percayakan sesiapa pun terutamanya lelaki.

Aku tak samakan semua lelaki ya, tapi percaya tu langsung tidak. 17 julai 2014 bayi perempuan comel aku melihat dunia, aku menangis masa tu sebab syukur aku tak terfikir nak gugurkan dia. Tak pernah terlintas di fikiran aku.

Umur aku masa tu 18 tahun yang masih dikira budak mentah. Tapi aku dah jadi ibu sedangkan kawan – kawan aku yang lain semuanya sudah glow up dan belajar ke menara gading. Pihak hopitaI nak aku serahkan anak tu ke badan kebajikan tapi aku tak nak.

Aku berkeras nak jaga dia walaupun aku tak tau apa yang akan aku hadapi di masa depan. Aku cuma nak anak aku bersama aku. Sehabis pantang aku, aku kerja, aku bagi sepupu aku jaga anak aku sebab sepupu aku suri rumah sepenuh masa dan anak dia pun sama masih kecil lagi.

Suami dia pula kerja lain daerah jadi jarang balik. Selama aku di sana makan pakai aku tak pernah kurang walaupun suami sepupu aku ni tak berapa suka pada mulanya tapi sekarang dah okey semua. Dia belikan anak aku baju baru.

Apa dia belikan untuk anak dia, dia belikan juga untuk anak aku. Mereka saja ikhlas menerima aku. Keluarga yang lain, mak ayah aku? Dah buang aku balik. Habis je pantang aku kerja, aku balik di sekolah lama aku ambil results SPM aku.

Hahaha dah berhabuk results aku dekat sekolah tu. Ambik je results melompat aku sebab aku dapat keputvsan cemerlang. Cemerlang yang tak aku sangka – sangka. Aku banyak plan untuk masa depan aku dan anak aku.

Aku dapat je results tu terus aku cari makcik aku sebeIah bapa yang memang tau selok belok tentang pendidikan, dia tanya kau betul – betul nak sambung belajar? Aku kata, ya dan aku dapat kolej kedoktoran di bandar. Aku memang melompat masa tu hilang segala perit aku seketika.

Aku balik rumah peIuk civm anak aku masa tu. Aku daftar tahun tu juga sebab pengambilan tu bulan September. Syukur dipermudahkan segalanya. Aku ditanggung sepenuhnya oleh makcik sebeIah ayah aku. Aku bawa anak aku, semua diuruskan dengan mudah sekali, tempat tinggal aku 10 minit dari tempat aku belajar.

Aku duduk rumah sewa yang makcik aku cari. Bagi aku, ni rezeki anak aku. Mula – mula aku upah pengasuh tapi aku sangat sibuk sampai aku habis belajar, pengasuh tu pun cepat – cepat nak balik. Umur aku masa tu dah 19 tahun.

Belajar, nak cari duit, nak jaga anak, nak jaga kesihatan aku, semua buat aku tertekan sampai aku ikut anak aku menangis. Masa aku buat assignment masa tu pula anak aku menangis, dah mana aku tak str3ss dalam rumah tu kami tinggal berdua je tambah pusing kepala aku.

Satu hari tuan rumah datang melawat aku, nak kenal lah siapa sewa rumah dia semuakan. Dia tanya suami mana. Aku cakap tak ada. Berkerut dahi makcik tu. Aku tersenyum pahit. Dia tanya aku belajar ke. Aku jawap, ya. Anak ada orang jaga ke?

Aku cakap, tak ada sebab aku dah berhentikan pengasuh sebelum tu sebab kulit anak aku Iebam – Iebam. Mak cik tu cakap kalau tiada nanti ‘nenek’ boleh jaga. Ya tuhan, baiknya hati dia. Dia cakap tak payahlah bayar sebab tolong ikhlas dan juga anak – anak dia sudah tak tinggal sekali sebab dah berumahtangga, suami pun dah meninggaI, sayu aku dengar. Aku pun setuju bagi dia jaga anak aku.

Hari isnin tu, awal pagi lagi dia dah datang. Hahah.a. Dia cakap takut terlambat nanti aku pula tak ada masa nak bersiap ke kolej. Dia masakkan aku bubur weyy, mak aku pun tak pernah masak bubur untuk aku. Masuk setahun anak aku, rezeki aku dapat sambung belajar luar negara terkabul.

Aku tak nak pisahkan ‘nenek’ tu dengan anak aku tapi apa daya semua harus terpisah juga. Aku sambung belajar di Australia. Syukur murah rezeki aku masa tu. Makcik aku beIah bapa tu sediakan semuanya siap hantar aku sampai Australia menginap selama seminggu.

Pihak kolej sedia maklum aku berkeluarga ada anak kecil, jadi aku direkomen tinggal dekat rumah berdekatan dengan taska, makcik aku tinggalkan kami bila semuanya sudah selesai dan aku selesa. Di sinilah bermula semua ujian aku.

Aku s4kit teruk anak mula merengek dengan assignment bertimbun. Aku penat kadang – kadang aku tidur 3 jam. Masa anak aku s4kit lagi teruk dan siap susukan sambil membaca buku nak belajar. Penat betul wei. Dah lah di negara orang, aku tiada sesiapa. Ibubapa jauh sekali.

Syukurlah aku berteman dengan orang tidak memandang siapa kita. Kawan – kawan aku semuanya baik – baik belaka, mereka hormat aku. Tak bawa aku buat benda – benda jahat, mereka sendiri datang rumah aku bila belajar, mereka bersilih ganti dukung anak aku kalau anak aku merengek.

Mereka bawa aku ke pantai bila hujung minggu dengan anak aku sekali. Aku tak bebas macam anak remaja lain sebab aku ada tanggungjawab besar. Aku langsung tak balik Malaysia sampailah umur anak aku masuk empat tahun.

Sebab kontrak aku dah habis tempoh, aku konvo diploma di Malaysia. Pertama kali aku bawa anak aku balik di kampung semua cakap anak aku dah macam anak mat salleh. Haha. Pekat BI dia. Orang kampung, macam tu la seperti biasa, tak ada berubah selama 4 tahun aku tak balik.

Mak ayah aku dah okey dah menerima baik aku dan anak aku. Kemudian aku sambung degree tapi sampai sekarang masih belum habis. Hihi. Anak aku sekarang dah darjah 2. Suami? Sekarang aku sudah bertunang. Dia menerima semua kekurangan aku dan anak aku.

Aku dah boleh buktikan aku bukan anak pembawa siaI. Aku boleh buat rumah sendiri tanpa bantuan orang lain, aku ada kereta tanpa bantuan orang lain, aku ada semua tu sebelum aku bertunang. Aku lebih dari cukup dan mampu nak tanggung belajar adik – adik aku dekat sekolah.

Aku buka kedai kek sendiri. Aku mampu sewa kedai besar walhal aku sendiri masih belajar tapi aku terc4bar dengan orang yang mengata bahawa aku tak mampu besarkan anak aku selayaknya. Sekarang aku senang, orang yang buang aku semua datang minta makan dekat aku, aku bukannya mengungkit tapi aku terasa.

Masa aku dalam keh4ncuran semua buang aku. Masa aku dalam keadaan tiada apa – apa semua benci aku. Masa aku dalam kekalahan tiada yang hulur tangan pun untuk tumpangkan aku. Oh lupa pasal lelaki yang rosakkan aku, dia dah kahwin tapi belum punya anak.

Sampai datang rumah aku melutut minta dikembalikan anaknya. Amboi sedap mulut. Macam minta sedekah pula minta anak orang. Dah sedap tinggalkan. Bila dalam keadaan macam ni baru tau minta anak. S4kit hati aku.

Sebelum aku pergi Australia aku dah minta cek DNA anak aku masa tu memang dah sah – sah tu anak dia. Lagi pun aku tak b0doh pasal hospitaIity sebab aku kerja bahagian tu. Bukan nak meninggi tapi keluarga bapa anak aku tu meIampau.

Sampai cakap aku tak jaga anak aku dengan baik sebab tu diorang nak ambil. Ya tuhan, jahatnya mulut. Panjang ke luahan aku? Haha. Sekarang dah dua tahun bapa anak aku tu tuntut anak aku tapi tak ada bukti. Memang DNA tu milik dia tapi tu la bila naik mahkamah dia tak mampu nak jawab soalan peguam aku.

Korang tau lah kenapa. Sebab dah tak tau nak buat apa. Ada isteri tapi lelaki tu yang dah manduI. Sebab buang anak, cakap anak dalam perut aku masa tu anak anjing. Kan dah kena karma. Haha. Aku hidup bahagia dengan anak aku dan bakal suami aku. Doakan ya teman – teman, doakan kebahagiaan aku. – yiyie

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?