Suami kata anak2 dia setuju kami kahwin. Tapi mereka langsung tak layan saya dan saya terdengar sesuatu masa keluar bilik

Lepas seminggu kahwin, anak-anak tiri datang berkumpul di rumah desak suami ubah semua harta milik suami dan arw4h ibu mereka seperti rumah dan tanah atas nama mereka 5 beradik. Malah rumah yang kami duduk pun mereka nak tapi mereka bagi kami menumpang buat sementara waktu..

#Foto sekadar hiasan. Kadang kala saya merasa pelik walaupun umur sem4kin meningkat, tetapi masih ramai yang menasihatkan saya supaya segera kahwin. Macam – macam kata perangsang mereka menggalakkan saya supaya berumahtangga, kata mereka kahwin ini ibadah, sunnah nabi, nabi tak suka umatnya tak kahwin, macam – macamlah kata mereka yang menggalakkan saya supaya segera kahwin.

Tentang calonnya, inilah yang menggelikan hati saya. Mereka cadangkan saya supaya kahwin dengan duda yang sudah bersara dan sudah berumur lebih 60 tahun, yang kem4tian isteri. Sebab sesuai dengan usia saya. Kata mereka banyak pahala kalau kita kahwin duda berumur sebab, kita boleh berbakti menjaga mereka.

Maklum umur sudah banyak, peny4kit pun dah bertimbun – timbun. Daripada tinggal sendirian, lebih baik berkahwin, paling tidak ada orang yang boleh tanggung makan minum kita, boleh tengokkan kalau kita s4kit pening, dan yang paling penting kita ada teman berbual pada usia yang sudah meningkat ini.

Itu nasihat kawan – kawan terutama sesama geng kaki surau dan masjid.’’ Sebenarnya saya langsung tak berminat nak kahwin, walaupun emak dan adik beradik bising pada awalnya, ketika saya masih muda belia lagi.

Tetapi apabila umur sem4kin meningkat, mereka langsung tak kisah, mereka seolah – olah faham per4ngai dan kehendak saya, kerana saya seronok sendirian bersama kawan – kawan, kerana ketika itu saya bekerja. Tetapi setelah bersara awal, ketika berusia 50 tahun, sebab dah malas dan penat bekerja.

Saya mula menukar minat saya suka ke masjid mendengar ceramah agama, belajar mengaji dan berkawan dengan ramai wanita yang lebih tua daripada saya, ketika itulah mereka cadangkan supaya saya berkahwin. Tetapi saya tolak. Kerana saya lebih suka bersendirian.

Tetapi entah macam mana setelah usia mencecah 53 tahun, hati saya mula terbuka untuk berkahwin. Sebab kawan yang mencadangkan saya berkahwin itu kawan baik saya sendiri, dia juga kahwin dengan duda kem4tian isteri, katanya dia rasa lebih selesa dan tak ada masalah kerana dia diterima oleh keluarga terutama anak – anak suaminya.

Mulanya saya rasa hairan, mengapa dia sanggup tinggalkan 2 orang anaknya yang belum kahwin di rumah peninggalan arw4h suaminya dan berpindah ke rumah suami barunya. Lagi pelik, mengapa dia mahu mengik4t hidupnya yang bebas selama menjadi ibu tunggal setelah kem4tian suaminya lebih 6 tahun untuk berkahwin lagi dan kemudian mengik4t hidupnya dengan urusan rumahtangga dengan suami baru yang dia belum kenal rapat.

Alasannya dia bosan duduk sendirian walaupun ada anak cucu. Katanya lagi, biarlah anak buat hal mereka sendiri bersama anak mereka dan dia ingin memulakan hidup baru bersama suami barunya yang dia harap boleh beri dia kasih sayang dan lebih bertimbang rasa.

Dari luar saya lihat dia hidup bahagian, dan anak – anaknya bebas datang ke rumah bapa tirinya, dan hubungan suaminya dengan anak – anak tirinya juga baik. Ketika itu suaminya sudah berusia lebih 68 tahun sedangkan dia baru 54 tahun.

Kata kawan saya dia bukan lagi mengharapkan hubungan s3ks semata – mata, tetapi ada kawan berbual dan berbincang dan boleh bertanya mana – mana yang dia tak tahu. Suaminya juga baik memberikan layanan yang memuaskan, malah mereka sering juga berjalan makan angin ‘cuti – cuti Malaysia’ hingga sampai ke Padang Besar dan Langkawi.

Cara hidup dan hubungan baik mereka suami isteri membuka sedikit pintu hati saya untuk berkahwin, sebab itulah bila kawan ini cadangkan saya berkahwin dengan kawan suaminya, saya setuju. Pertama saya setuju sebab anak lelaki tersebut hanya 5 orang, 4 orang sudah berkahwin dan tinggal di rumah masing – masing, sementara seorang sahaja tinggal bersama ayah mereka.

Mengikut cerita suami kawan saya, lelaki tersebut Kamil namanya lebih 5 tahun menduda, anak – anakya menggalakkan dia berkahwin sebab mereka mahu ada orang yang boleh jaga dan perhatikan ayahnya. Sebab mereka sibuk bekerja.

Lagi pun ayah mereka berpeny4kit d4rah tinggi sering lupa makan ubat. Dan mereka bimbang kesihatannya terganggu. Memikirkan semua anaknya bersetuju, maka saya setuju berkahwin. Pernikahan berlangsung di rumah kawan saya, bukan di rumah Kamil.

Alasan Kamil dia tak ada orang yang tahu menguruskan pernikahan mereka, tak tahu nak panggil catering, dan macam – macam lagi. Dan kawan saya suka sangat dia dapat menguruskan pernikahan kami di rumahnya.

Memang meriah, ramai saud4ra mara kawan saya hadir. Tetapi peliknya tak ada seorang pun anak – anak Kamil hadir apa lagi saud4ra mara. Pelbagai alasan Kamil berikan anak – anaknya sibuk, ada kerja luar daerah dan ke luar negeri.

Saya dengar antara percaya dengan tidak. Betul ke? Takkan seorang pun saud4ra Kamil tak dapat hadir. Benar sekali seperti yang saya duga apabila saya sampai ke rumah Kamil, saya lihat semua anak menantunya hadir.

Terk3jut saya, dan saya lihat tak ada satu muka pun yang kelihatan gembira menyambut ketibaan saya. Bukanlah harapkan mereka sambut saya macam pengantin baru, paling tidak ucapkan selamat datang dan bersalaman dengan saya, tetapi tidak.

Masing – masing menunjukkan reaksi yang tidak senang dan tidak selesa dengan kehadiran saya. Selepas menunjukkan bilik tidur kami, Kamil meminta izin untuk bertemu dengan anak – anaknya, kata Kamil lagi, kalau saya lapar saya boleh masak sebab semua makanan sudah tersedia dalam peti sejuk, minuman pun ada.

Saya tak menjawab, sebab saya tergamam dengan gambaran yang saya baru lihat sebentar tadi. Bila Kamil keluar saya dengar anak – anak Kamil bertanya mengapa ayahnya kahwin, sebab selama 5 tahun selepas kem4tian ibu, merekalah yang jaga Kamil.

Hantar ke hospitaI kalau s4kit dan belikan makan malam. Jadi untuk apa ayahnya kahwin lagi? Terk3jut beruk saya dengar. Barulah saya tahu rupanya apa yang diceritakan oleh Kamil kepada suami kawan saya itu adalah bohong semata – mata.

Kamil yang hendak kahwin, sedangkan anak – anaknya tidak suka. Ketika itu saya betul – betul menyesal dengan perkahwinan ini, langsung saya tidak menduga ini yang terjadi. Tetapi mengapa anak – anak tiri kawan saya suka pulak ayah mereka kahwin.

Kalau nak diikutkan bermasalah, lebih besar masalah kawan saya sebab dia ada anak, dan setiap minggu dia balik ke rumahnya melihat keadaan rumah dan anak – anak yang ditinggalkan sambil berkumpul dengan anak cucu yang datang seminggu atau dua minggu sekali.

Berbanding saya langsung tak ada tanggungjawab, sebab saya belum pernah berkahwin saya Andalusia. Tetapi mengapa saya diterima dalam keadaan seperti ini. Apabila saya tanya Kamil, mengapa dia berbohong ketika hendak berkahwin sedangkan dia tahu anak – anaknya tidak suka dia kahwin.

Katanya dia tak terfikir anak – anaknya begitu berani meIawannya. Dan anak – anak tak faham keperluan ayahnya. Lepas seminggu anak – anaknya datang berkumpul lagi di rumah mendesak Kamil mengubah nama semua harta milik Kamil dan ibunya seperti rumah dan tanah atas nama mereka 5 beradik.

Saya tak terdengar jawapan Kamil, tetapi mereka terus mendesak, dan sebulan selepas pernikahan kami Kamil tukar pemilikan nama rumah dan tanah atas nama anak – anak. Bagaimana pun Kamil dibenar tinggal di rumah tersebut.

Tujuan mereka sebab tak mahu saya dapat pus4ka jika Kamil m4ti. Kereta Merc Kamil juga dijual dan Kamil diberikan kereta kecil milik anak mereka. Jadi Kamil tidak ada satu harta pun kecuali pencen yang dia dapat setiap bulan.

Sebenarnya saya nikah dengan Kamil bukan kerana nak kejar hartanya, saya cuma mahu ada teman berbual dan paling tidak kami boleh tolong menolong sesama kami jika ada yang s4kit pening, dan jika saya jatuh pengsan adalah orang yang hendak hantar ke hospitaI, nasihat kawan saya agar saya tak m4ti sendirian di dalam rumah.

Nak jadikan cerita hubungan saya dengan anak – anak Kamil memang tak mesra langsung, kami tak pernah berbual, makan bersama pun tak pernah, sebab mereka tak suka makan makanan yang saya masak. Kalau mereka hendak makan bersama ayahnya mereka bawa makanan yang mereka masak sendiri, atau beli di kedai.

Hinggakan mereka tak minum minuman yang saya sediakan. Bertegur sapa memang tak pernah. Anak – anak Kamil cuma berbual atau berbincang dengan ayahnya sahaja. Oleh kerana kehadiran saya tidak disenangan, maka tempat yang paling layak saya bila mereka datang duduk dalam bilik.

Kini walaupun tidak aman, tidak selesa, tidak harmoni dan tidak disukai, saya masih lagi jadi isteri Kamil hampir 5 tahun sekarang. Saya perhatikan keadaan mereka seperti ini sebab Kamil sendiri terlalu tunduk dan takut kepada anak – anaknya.

Dan saya perhatikan anak – anak Kamil kurang mendapat didikan agama, saya tak bercakap pasal pakaian dan penampilan mereka, tetapi perkara yang wajib pun mereka buat lupa. Dan Kamil tak berani tegur. Sejak akhir – akhir ini perasaan benci anak – anak tiri kepada saya sem4kin menjadi – jadi.

Dan Kamil banyak mendiamkan diri, jadi saya rasa sungguh tidak selesa untuk tinggal lebih lama di rumah ini. Saya pernah ajak Kamil pindah sewa rumah murah, tapi Kamil menolak. Katanya dia lebih selesa duduk di rumahnya.

Kamil tidak pernah memikirkan perasaan saya tinggal di rumahnya, ketika anak – anaknya tidak sukakan saya. Sejak hari pertama melihat penerimaan anak – anak Kamil saya sudah merasakan saya tidak boleh tinggal lama di rumah ini.

Patutkah saya tinggalkan Kamil, sebab saya pernah minta cerai supaya Kamil boleh dijaga oleh anak – anaknya sendiri, tetapi Kamil enggan ceraikan saya. Ini yang membuat fikiran saya lebih buntu. Hidup saya tak ubah seperti pembantu rumah, uruskan makan minum, cuci pakaian dan bersihkan rumah.

Kalau saya tidak ada mungkin anak – anak Kamil boleh gajikan pembantu rumah dengan bayaran paling kurang RM800 sebulan, tetapi dengan adanya saya, sesin duit Kamil tidak keluar selain beri saya makan dan belikan saya pakaian. Jadi rasanya jadi pembantu rumah lebih beruntung daripada jadi isteri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.