Saya tahu mertua ada duit, rumah mewah, kereta berbiji – biji tapi dia sengaja tak nak bayar hutang 100k. Suami dipecat kerja kerana nama masuk list bankrap. Baru ni mertua bagitahu kereta BMW dia dah rosak, dia nak beli mini cooper..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua, saya sekadar nak meluah melepaskan str3ss. Saya dan suami berumur 37 tahun. Berkahwin 12 tahun dan ada 2 orang anak. Merupakan seorang pegawai kerajaan. Saya nak bercerita tentang seorang ayah. Sanggupnya seorang ayah mengh4ncurkan masa depan anaknya sendiri.
Dan lagi perit sebab kehidupan saya dan anak – anak terpalit. Itulah ayah suami saya. Suami saya Y, peribadi sangat – sangat baik, bertanggungjawab dan kuat bekerja. Sedikit pengenalan, keluarga suami saya bisnes sendiri dan boleh dik4takan gah di mata orang. Memiliki rumah terbesar di taman dan beberapa kereta mewah.
Sebelum berkahwin, ayah dia berjanji untuk memberikan sebahagian daripada bisnesnya untuk kami kendalikan. Selepas berkahwin, saya dan suami menghabiskan lebih kurang RM15k duit simpanan untuk membangunkan bisnes tersebut daripada segi apps dan teknologi yang memudahkan bisnes.
Siang malam bertungkus lumus saya ingat lagi tidur atas toto je kat kedai. Sedihnya bila ingat dengan saya mengandung anak pertama nak tolong suami punya pasal. Selepas bulan ke-2, sistem dah okay dan nampak sales meningkat melebihi daripada main bisnes ayah dia.
Kami berniat nak daftar nama baru sebab ayah dia dah janji untuk serahkan semua. Sekali rupanya ayah dia tak nak serahkan bahagian tu sedangkan semua modal kami yang keluar. Berg4duh sakan anak beranak sampai last (staff beritahu) ayah dia tumbvk dia (tapi part ni suami saya tak cerita dan saya pun tak tanya).
Suami saya balik rumah cerita dia str3ss sangat dan cakap suruh lupakan bisnes tu dan terus book ticket ke luar negara untuk bekerja. Minggu depan dia tinggalkan saya yang masih mengandung anak sulung. Fast forward, suami saya terp4ksa balik daripada luar negara tergesa – gesa kerana ayah dia s4kit. Tak ambil gaji dan terus balik.
Sampai – sampai Malaysia rupanya terpeleot bahu je. Tapi takpela disebabkan saya pun dah nak bersalin waktu tu. Tahun lepas saya diuji dengan k4nser. Saya menyaksikan betapa ikhlasnya suami saya dan airmata dia bersama saya.
Tahun 2023 terlalu banyak tangisan, alhamdulillah selepas hampir 7 bulan, sudah habis rawatan dan saya berjanji untuk hadiahkan suami saya ke negara favourite dia dan kami pun hampir 8 tahun tidak keluar negara. Sampai masa nak renew passport, terkedu sebab tak boleh.
Dia minta ke jabatan insolvensi. Suami saya pelik sebab memang dia tak pernah berhutang. Check punya check rupanya hutang ayah dia RM100k dan lagi sedih ayah dia bankrupt termasuk suami saya sebagai penjamin dijatuhkan bankrup sekali.
Minggu tu minggu kedua sedih selepas diagnosis k4nser saya, seminggu kami laki bini menangis. Suami saya hanya kelulusan SPM jadinya perlu training untuk ke doha semenjak 3 tahun yang lepas untuk jawatan yang dia minat.
Bila declare bankrupt company terp4ksa pecat dia sebab memang perlu training ke luar negara. 3 tahun training, sia – sia. Saya jadi lagi marah dengan sikap ayah dia sebab ayah dia just simply tak nak bayar hutang sebab umur ayah dia dah 60+.
Tapi kami. Kami anak beranak ni abah, anak baru umur 3 tahun. Saya tahu keluarga dia banyak harta sebab semua suami saya uruskan dulu. Rupanya sebelum decide nak bankrup diaorang dah tukar semua nama. Dan saya tahu diorang memang ada duit cuma just tak nak bayar hutang tu.
Dan diorang tahu yang bakal bankrup tapi suami saya tak tahu apa – apa kerana semua surat menyurat tak sampai. Berg4duh punya berg4duh akhirnya ayah dia suruh suami saya plak yang bayar hutang tu. Padahal dia yang amik hutang tapi tak nak selesaikan.
Nak tau lagi sedih? Semua adik beradik dia dapat harta rumah / tanah tapi suami saya satu habuk pun takde. Takpela saya tak mintak harta cuma minta tolong clearkan nama suami saya. Dia bekerja keras untuk bisnes famili sejak daripada dia belasan tahun lagi tapi akhirnya tak dapat apa – apa pun siap kena declare bankrupt lagi.
Raya lepas, bercerita nak beli kereta baru cash. Bmw lama dah rosak. Nak beli mini cooper katanya. Saya sumpah tak tahan nak nangis waktu tu. Suami dah nampak saya lain, terus mintak diri dan balik. Balik tu kami sambung menangis sampai bengk4k mata.
Saya sangat sayangkan suami dan mak mertua. Memang sangat – sangat baik. Adik beradik dia yang lain saya tak rapat sangat sebab hidup mewah tak duduk rumah. Semua pun banyak bersosiaI di luar. Ntahla tak faham.
Sekarang ni, suami saya masih struggle untuk mencari kerja baru. Ade buat here and there, tapi masih tak cukup. Sejujurnya saya memang tak boleh balik rumah diorang sebab terlalu mewah sedangkan kami terlalu d3rita.
Ayah dia membesar dengan keluarga yang besar. 15 adik beradik termasuk tiri. Datuk ayah mertua saya ntahla kahwin berapa kali lost count. Tapi akhirnya, ayah dia sendiri membesar tanpa ehsan dan kasih sayang. Ayah dia tak pernah bersembang – sembang dengan anak. Macam kera sumbang.
Harap ada pembaca boleh berikan kata – kata semangat dan ada sesiapa tahu untuk percepatkan proses untuk settle bankrap ni. Saya cuba untuk tidak str3ss tapi bila saya berada dalam keadaan s4kit kritikaI dan mungkin nyawa tidak panjang,
Sekurang – kurangnya saya nak pergi dalam keadaan saya tahu suami saya ada pekerjaan tetap yang boleh menampung perbelanjaan anak – anak. Semoga yang indah – indah ganjaran dia kurniakan buat kami. Doakan kami kuat ya! – arla (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Fyda Radzy : Tt yg budiman, 1) Solat sunat taubat dan hajat. Mohon Allah bukakan jalan yang terbaiki untuk kamu laki bini settlekan masalah. 2) Try runding dengan insolvensi, untuk pembayaran bulanan yang mampu dibayar. 3) Belajar lagi pengalaman, jangan sesekali jadi penjamin pada sesiapa pon. Semoga segalanya Allah permudahkan dan buka jalan yang terbaik pada kalian.
Farhana Abdul Majid : Move on, sedih jangan lama. Bangkit. 1. Pergi insolvensi, bagitau nak settlekan. Nego bayar monthly, serendah RM50 pun boleh rasanya, bincang baik – baik. Then dia akan bagi buka akaun bank untuk bekerja.
2. Cuba jumpe semula majikan lama tu, bagitau tengah usaha dengan insolvensi dan mintak insolvensi buat surat yang bagitau husband mula bayar dan ada bank akaun. Certain majikan boleh accept since dah ade akaun bank.
Hasbunallah wa’nimal wakil, nikmat maula wa’nimal nasir. Semoga diberi kesembuhan dan diberi jalan keluar dan rezeki yang tak disangka – sangka untuk selesaikan segala hutang.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.