Mertua cakap aku sengaja ber4k tak pam, buat dia macam orang gaji pamkan n4jis aku

Hari terakhir kami dekat rumah mertua, suami aku masuk bilik sambil menangis. Dia suruh aku kemas barang dan masuk kereta. Rupanya ibu cakap, aku buat dia macam orang gaji masa dia datang rumah aku. Sebab aku ber4k tak pam, harapkan ibu yang pam. Tapi cerita sebenarnya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama aku R, bekerja dalam industri penerbangan, menetap di negara Z. Suami H bekerja dalam industri perkapalan, dan seorang anak, 3 tahun. Kami dah 6 tahun berkahwin dan jujurnya H adalah kawan aku masa kami kahwin.

Tiada langsung rasa cinta masa tu, sebab aku dah penat nak kenal mana – mana laki untuk melalui fasa bercinta sebelum kahwin. Jadi bila H lamar, aku terima saja lepas mak abah aku bagi restu. Aku tak tahu ibu H restu ke tak perkahwinan kami, sebab masa melamar, ibu datang seorang diri, hanya bertemankan adik H.

Aku tak fikir banyak pasal ni, tapi tak lama lepas kami kahwin, ibu H bagitahu aku tentang betapa dia lebih sukakan menantu dari selatan berbanding utara. Aku dan keluarga berasal dari utara. Ibu juga ada menyatakan perihal dua pupu H yang juga menetap di negara Z, bekas graduan luar negara dan kerjanya setaraf dengan kerja H.

Plan ibu H adalah untuk jod0hkan dua pupu itu untuk H, tetapi hajatnya tak kesampaian bila H pilih aku untuk jadi isterinya. Bila aku tanya H pasal ni, H jelaskan perkara ni tak jadi sebab H tak setuju. Aku hanyalah graduan universiti tempatan dan pemegang diploma.

Aku terp4ksa tolak sambung ijazah sebab taknak susahkan mak abah aku. Abah pesara kerajaan, mak kerja kerani dalam badan kerajaan serta aku ada 6 orang adik yang masih belajar masa tu. Jadi, aku nekad ke Z, seorang diri, dan alhamdulillah dah 15 tahun aku kat sini, dari bujang sampailah berkeluarga.

Rezeki yang aku dapat selama bekerja di negara Z, aku pastikan separuh darinya untuk kegunaan aku dan keluarga, manakala separuhnya lagi aku simpan. Aku tak pernah guna kad kredit atau ambil pinjaman bank.

Alhamdulillah rezeki tu sentiasa cukup bagi aku. Dari zaman bujang lagi aku dah amalkan macam ni, sebab aku tahu andai tiba – tiba aku pulang ke Malaysia, ini sajalah bahagian aku untuk dinikm4ti masa tua. Aku tak pernah lokek nak belikan hadiah untuk keluarga, hulur – hulur pada yang memerlukan, dan sentiasa bawa keluarga jalan – jalan atau makan besar, sekali sekala bila aku pulang bercuti ke Malaysia.

Jadi bila dah berkahwin aku berkongsi pulak rezeki dengan keluarga H. Andai masa bujang aku sentiasa belikan mak abah hadiah, sekarang aku belikan juga untuk ibu H dan sentiasa dahulukan ibu H untuk pilih mana berkenan, dan apa yang tinggal itu aku beri pada mak abah aku.

Aku cuba lebihkan pada ibu H, yelah dah nama pun mak mertua kita. Macam mak sendiri jugak. Asal dia happy, anak dia mestilah happy, aku pun lagi lah happy kan. Sebelum aku mengandung, aku ditawarkan untuk bekerja dengan keluarga diRaja negara Z.

Aku berpeluang bekerja kontrak sekejap dan seterusnya terp4ksa menolak tawaran kerja sepenuh masa waktu tu demi keluarga. Pada aku, andai sudah berkeluarga, agak susah nak meneruskan kerja dengan kerabat sebab jadual yang cukup padat.

Tambahan pula H macam dah petunjuk, dah sampai masa untuk kami fikirkan hal anak.  Bagaimanapun, aku tolak rezeki dengan kerabat, sebab aku fikirkan insyaAllah rezeki aku pada anak dan keluarga pulak lepas ni.

Aku ingat panas sampai ke petang. Lepas saja aku habis cuti beranak, anak aku masa tu 8 bulan, H hilang kerja dan punca pendapatan. Dia adalah antara pekerja yang dibuang masa rec3ssion 2017-2018. 6 bulan pertama habis semua gaji dan simpanan H digunakan.

Lepas tu, setahun setengah kami bertahan guna simpanan dan gaji aku. Simpanan aku sepanjang 12 tahun. Sejak dari tu, berkali – kali H rasa bersalah pada aku, dan setiap kali tu dia janji akan ganti setiap sen yang dia guna daripada simpanan aku, bila dia dah dapat kerja nanti.

Pada masa susah kami ni, aku baru nampak, urusan kewangan H sangat c4ca m4rba. Aku tolong selesaikan hutang H belajar di 0versea dulu, hutang ASB H, hutang rumah H di Malaysia, hutang kereta H di Malaysia yang ibu H guna, hutang kad kredit H dari 3 bank berbeza.

Duit belanja untuk ibu H dan mak abah aku, bayar gaji pekerja (masa ni kami ada perniagaan kecil tapi perniagaan tak menjadi sebab langsung tak ada untung malah aku keluarkan duit sendiri sebab kasihankan pekerja yang juga adik H), bayar sewa kedai dan bil air elektrik internet kedai, bayar sewa rumah di negara Z (sebulan dalam rm5k), bayar kereta di negara Z, bil air elektrik internet di negara Z, dan perbelanjaan keluarga.

Masa ni kami betul – betul dalam keadaan susah. Tambah pulak sejak H hilang kerja, H hilang kelayakan untuk menaja diri sendiri dan anak kami. Kerja aku pula tak melayakkan untuk menaja H dan anak. Maka, setiap sebulan, aku, H dan anak akan terbang ke negara sebeIah, dan pulang pada hari yang sama.

H dan anak masuk kembali ke negara Z menggunakan visa pelawat. Anak aku masa tu 9 bulan dan masih menyusu badan. Aku gigih temankan H sebab aku tak sampai hati biarkan H seorang uruskan anak kecil. Dan aku kasihankan anak aku jugak.

Setiap bulan, inilah rutin kami. Penat tu tak payah cakap, tapi aku gagahkan jugak. Kami tak pernah nak mintak tolong dari keluarga kat Malaysia. Aku tak nak mak abah aku risau. H pun aku nasihatkan jangan risaukan ibunya.

Kadang – kadang perbelanjaan untuk ibu, mak abah kami terkurang, atau terlepas. Tapi H akan mesej mohon diorang faham keadaan kami masa tu. Masa kesusahan kami ni, hadiah – hadiah dah berkurang, duit hulur – hulur pun berkurang, lalu aku nampak siapa kawan, siapa Iawan.

Awal 2019, H dapat tawaran kerja, tapi di negara N. Alhamdulillah. Walaupun gaji yang ditawarkan kurang banyak dari gaji sebelum H dibuang kerja dulu tapi sekurangnya kami ada pendapatan lebih. Anak aku pun akan mula persekolahan pada hujung tahun ni, maka 2 kerja lebih baik dari satu kerja kan.

Dan H pun mula kotakan janjinya masa kami susah dahulu. Jujurnya aku tak harap, tapi aku ambil dan simpan pemberian H. Mana tau andai kejadian dibuang kerja berulang, sekurang – kurangnya kami ada la jugak sedikit simpanan.

Pada masa yang sama, sejak H dah takde kat negara Z, aku terp4ksa mintak tolong mana – mana ahli keluarga aku yang sanggup datang ke sini untuk jaga anak aku masa aku kerja. Nak upah pembantu, syaratnya memerlukan aku tinggal dalam rumah 2 bilik, sekurang – kurangnya.

Aku masa tu mampu sewa studio saja. Menjadikan aku tak layak upah pembantu. Keluargalah harapan kami. Aku sebolehnya tak nak susahkan keluarga, tapi masa tu kami betul – betul terd3sak. Maka ibu H, mak aku, dan adik – adik aku yang tengah cuti belajar, menawarkan diri.

Maka bergiIirlah antara yang menawarkan diri ni datang ke Z untuk jagakan anak aku. Aku gunakan kelebihan kerja dalam industri penerbangan ni untuk bergiIir bawak keluarga aku dan ibu H, untuk tengokkan anak aku kat sini.

Aku elakkan untuk hantar anak aku pulang membesar kat Malaysia, sebabnya aku sendiri membesar jauh dari mak abah aku, membesar bersama tok dan pak dan mak saud4ra. Sampai sekarang aku merasa terpinggir dan agak berdikari dalam keluarga.

Aku tertanya jugak kenapa cuma aku, kenapa tak adik beradik lain? Dan aku tak nak anak aku melalui perasaan sama. Sekurang kurangnya aku kat sini, keluarga kami hanya tolong tengokkan anak aku sepanjang aku bekerja saja.

Habis kerja, aku yang jaga. Dan aku hulur sikit untuk ahli keluarga yang datang tolong. Kerja aku ni ikut jadual yang berubah ubah setiap bulan, dan masa kerja aku tak tentu siang malam pagi petang. Bab makan aku tak cerewet.

Kalau tak sempat masak, aku beli luar. Aku tak suruh memasak pada keluarga kami yang datang tolong. Keutamaan aku cuma anak aku. Tak perlu pening kepala pasal rumah dan lain – lain hal yang melibatkan aku. Kalau diorang tolong masak dan mengemas, aku bersyukur dah.

Kalau tak, samada aku masak atau beli luar, dan aku kemas rumah bila cuti. H pun dah terbiasa dengan cara ni sebab dia faham kerja aku sangat – sangat penat. Kadang kalau kerja teruk sangat, lepas kerja, aku balik tidur tak keluar bilik, abai makan abai anak, hanya sekadar berehat untuk syif kerja seterusnya.

Bukan aku nak kata kerja aku paling teruk, kerja semua orang pun teruk. Tapi sebabkan masa kerja aku agak tak normal, mentaIIy and physicaIIy exh4usted tu dah macam makanan bagi aku. Baru – baru ni, kami sekeluarga pulang ke Malaysia.

Sampai je KLIA, kami balik selatan. Itu memang rutin, andai kami balik Malaysia, selatan dulu kami tuju. Masa hari terakhir kami di selatan, sebelum kami berangkat balik ke utara, aku dik3jutkan dengan H menangis masuk bilik, dan suruh aku kemas barang dan masuk kereta.

Aku tergamam cuba mintak H bertenang tapi H berkeras suruh aku keluar. Masa nak keluar rumah dalam keadaaan terpinga – pinga, aku cuba salam dan peIuk ibu, tapi ibu elak dan katakan ibu tak pernah d3ngki iri hati busuk hati apa – apa dengan aku.

Aku betul – betul I0st masa tu. Apa yang ibu cuba bagitau? H dah kat luar, dok suruh aku masuk kereta. Aku masih tak berganjak selagi aku tak salam tangan ibu. H hilang sabar, masuk semula ke rumah dan minta ibunya ulang kembali apa yang baru disampaikan pada H sebentar tadi, yang membuatkan H menangis.

Aku ni tergamam tengok drama dua beranak ni. Ibu seolah – olah cuba elak berhadapan dengan situasi. H desak jugak ibu untuk berkata jujur. Akhirnya ibu meluahkan apa yang dirasa. Ibu cakap H dah berubah. Ibu merasakan aku melarang H sayang peIuk civm ibu macam dulu.

Dia merasakan H banyak berubah kerana aku hasut dan aku d3ngkikan hubungan H dan ibu. Ibu merasakan aku melayannya seperti orang gaji sepanjang sebulan keberadaannya di rumah kami di negara Z. Aku terduduk bila dengar ibu H cakap macamtu. Aku cuba bertenang dan tanya, ‘bahagian mana yang ibu rasa R ni layan ibu macam orang gaji?’

Ibu tengok muka aku dan jawab:

– Aku ber4k tak pam dan harapkan ibu yang pam.

– Aku suruh ibu pesan-beli makanan sendiri.

– Pernah sekali aku dan anak aku seharian tiada s4kit perut cir1t b1rit, sedangkan ibu cakap dia makan apa yang aku dan anak aku makan, tapi dia seorang cir1t teruk. Ibu seolah nak cakap dia kena sih1r dan cuba menyalahkan aku dalam hal ni.

H langsung bangun pert4hankan aku. Dia sedia maklum dengan keadaan t4ndas rumah kami, yang masa tu sentiasa rosak. Kadang dah pam pun, t4hi keluar balik. Aku akui ada sekali ibu tegur pasal tu, dan aku cakap dah pam dan agaknya terkeluar balik dan aku terlepas pandang hal tu.

Aku ada maklumkan pada H pasal hal kerosakan tu. Kami dah bagitahu pihak pengurusan studio, tapi tak boleh buat apa katanya pasal tekanan pam rendah. Itu alasan diorang, tapi ibu tak jelaskan pun pasal ni, dan kejadian tu jadi sekali je, terus kena macam ni ke? Seri0usly pasal ber4k tak pam?

Dan pasal pesan, beli, ia memerlukan kad dan phone aku untuk pesan-beli. Mana mungkin aku suruh ibu pesan sendiri. Reti ke dia nak guna app pesan makanan dan walhal app dalam phone aku. Sump4h tak masuk akal. H pun sedia maklum dengan aku yang kalau bab makanan, aku ni sentiasa beli lebih.

Dapur sentiasa penuh. Tak pernah aku kedekut hal makanan. Silap aku bila aku mintak ibu bagitahu pada aku apa ibu nak makan, jadi aku boleh order. Tengok pamphlet mana yang ibu nak, nanti aku orderkan terus dari app untuk dia makan.

Mana aku tau ibu nak makan apa. Bila ibu cakap ibu kenyang dah masak dan makan, aku ikut cakap dia dan tak order apa – apa. Sekarang benda ni jadi isu dekat dia. Masa ni aku faham apa kaum laki rasa bila tanya gf nak makan apa dan gf jawab tak lapar, Ia bagai satu per4ngkap.

Bila ibu sebut je pasal ibu seorang cir1t dan aku dan anak takde apa – apa, aku menggeIetar hilang sabar. Aku tanya balik, apa yang ibu maksudkan? Ibu diam. Ibu cuba cakap, aku ni guna sih1r ke? Ibu diam. Dan dia kemudiannya bagitahu yang pada hari dia cir1t tu dia berpuasa dan berdoa pada Tuhan andai aku ni ada d3ngki pada dia, tunjukkanlah.

Makanya dianggap cir1t tu sebagai tanda aku ni d3ngki pada mak mertua sendiri. Aku hilang sabar. Aku dah menangis – nangis masa tu. Fitnah aku menyih1r ni aku tak boleh terima. Abah aku s4kit dari muda sampai tua pasal orang menyih1r rebutkan jawatan, rebutkan tanah, aku faham s4kit disih1r orang tu macam mana.

Sejahat – jahat aku, aku tak giIa lagi nak bersekutu dengan s3tan. Aku menangis – nangis hilang akal sampai bersump4h kalau betul aku yang sih1r mak mertua aku, Allah tarik je nyawa aku dan anak aku masa tu. Ya Allah s4kitnya rasa bila kena fitnah.

Aku betul – betul kecewa sangat masa tu. Aku hilang langsung pertimbangan. Ibu jadi m4kin gaIak bila tengok aku hilang akal. Masa aku terduduk menangis sambil dukung anak aku, dia datang depan aku dan jari telunjuknya di tunjuk – tunjuk depan muka aku sambil cakap tak payahlah menipu.

Dia tau aku ni hati busuk. Penipu. Kuat d3ngki. D3ngkikan dia. Busuk hati pada dia. Hip0krit. Ayat ni berulang ulang dia cakap depan anak aku dan H. H menangis suruh maknya berhenti sambil berusaha pert4hankan aku.

Anak aku masa tu tutup telinga. Bingit kot pag i- pagi terjaga dah kena hadap drama. Aku? Menangis sambil teringat mak abah aku. Aku kumpul kekuatan. Aku menangis mintak H untuk pulangkan aku pada mak abah cara elok.

Aku suruh H balik pada ibu. ‘Syurga awak dengan ibu. Pulangkan saya balik macam mana awak mintak saya kat mak abah dulu’. Aku nekad. H terdiam tengok aku dan istighfar. H ajak aku balik. Ditariknya tangan aku sambil menangis.

Aku turut. Sampai pintu keluar, ibu campak ke tanah duit – duit pemberian H. Dia menjerit – jerit pada aku yang aku perempuan tak elok. Perempuan tak layak dibuat isteri. Disuruhnya H cari isteri lain dan tinggalkan aku.

Diulang – ulang perkataan hati busuk, perempuan tak elok sebagai isteri pada aku. Sisi lain ibu keluar masa tu. Dah macam kena r4suk pun ada. Masa ni, lama aku berdiri depan pintu, membelakangkan ibu sambil telan semua c4ci m4ki dia kat aku.

Aku ingat sebutir sebutir setiap c4ci m4ki ibu kat aku. Sepatah aku tak meIawan. H start kereta, terus gerak. Terhuyung hayang kereta H bawak. Aku suruh H stop tepi. Lama kami menangis sama – sama. Tapi H buat keputvsan untuk patah balik, sebab H nak mintak izin pulang pada ibunya.

Aku tak tau apa jadi lepas tu sebab aku tak dibenarkan H untuk ikut masuk ke rumah. Masa tu aku masih lagi dok tersedu – sedu menangis dalam kereta. Anak aku terdiam kat car seat. Lepas H dah setel urusan dengan mak nya, H keluar sambil menangis.

Terus kami gerak pulang ke utara. Sepanjang jalan kami banyak diam. Kejap – kejap kami berhenti tenangkan fikiran. Aku dengan nangis tak payah cakap la. Jujurnya, aku tr4uma. Sampai sekarang, tiba – tiba aku akan suruh laki aku pulangkan aku pada mak abah aku.

Aku tak mintak kahwin kalau macam ni dramanya. Aku rasa lepas je kejadian kena h1na dengan mak mertua sendiri, aku jadi raIat dengan situasi. Yang buat aku terpikir panjang dan raIat sebenarnya aku dah cukup senang dengan kehidupan aku yang bujang dulu, kenapa perlu aku kahwin dan tambah masalah?

Aku dah tenang aman damai cukup makan pakai, bahagia dengan family aku. Kenapa aku bod0h sangat pi terima nak menjaga anak orang? Ibu rasa H adalah anak terhebat terbaik serba serbi cukup jaga diorang anak beranak, kenapa perlu tambah aku yang bermasalah dan tak belajar tinggi ni?

Disebabkan drama ni la, aku mengaku kat H lepas tu, aku menyesal kahwin. Kalau ada masalah kat H, kenapa aku yang disalahkan? Padahal aku baru hidup dengan H 6 tahun. 30 tahun lebih H bukannya aku yang jaga, kenapa aku yang disalahkan andai H ada buat silap?

Dan H bukannya budak – budak lagi, for G0d’s sake. Selama aku hidup, aku tak pernah berhutang, tapi H ajar aku ambik pinjaman bank, makan r1ba. Sebelum aku kahwin aku hidup bebas hutang berdiri atas kaki sendiri sesen pun aku tak menyusahkan family aku atau orang lain.

Ingatkan lepas kahwin katanya akan ada imam akan tunjuk jalan, bimbing aku ke jalan yang lebih membahagiakan. Sekali kahwin dengan laki yang ajar makan riba lepastu dapat pulak pakej kena h1na dengan mak mertua.

Simpanan aku pun habis licin. Ni kalau mak abah aku tau hal ni, menangis aku rasa. Aku tawar hati sungguh. Aku sedar aku orang luar tapi aku tak mintak pun nak kahwin dengan H. Ambik anak orang elok – elok, kalau dah meIuat sangat, pulangkan cara elok.

Bukan dengan m4ki hamun. Kalau anak – anak ibu pandai cakap suruh paham situasi ibu la bagai, habis aku ni takde situasi? Aku ni anak takde mak bapak ke yang sedap kena h4mbur macam anj1ng? Memang mudah bercakap, ibu yang lahirkan dan besarkan kita, habis aku ni mak bapak aku tak besarkan ke sebab tu sesedap rasa orang luar boleh h4mbur macam – macam?

Aku kecewa amat dan aku takde harap apa lagi dah dalam perkahwinan kami. Jujurnya aku menyerah. Aku tak nak tanggung d0sa jadi menantu h4ntu tapi H tetap taknak lepaskan aku. Aku tak nak H tanggung d0sa sebab tersepit antara aku dan ibu, jadi eloklah aku dilepaskan.

Andai H baca nukilan aku ni, jujurlah pada situasi. Aku tak nak dia menambah d0sa dengan ibu sendiri. Lepaskanlah aku. Aku bukan lahir kat dunia ni untuk jaga anak orang. Biar aku jaga diri sendiri lepas ni. Aku ingat dengan berkahwin ni aku akan diIindung.

Bukan aku yang kena meIindung. Tengok dari keadaan kita sekarang ni, jujur aku penat. Aku mintak, kesiankanlah aku. Lepaskanlah aku. Aku tak nak H tanggung d0sa. InsyaAllah isteri boleh cari lain. Mak kita tu la satu. Awak balik pada ibu awak syurga nan satu. Tolong. Jangan kej4m siksa aku macam ni. Aku tak sanggup. – R (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Fahira Fesal : Kenapa kalau lelaki berubah perlu disalahkan sang isteri atau menantu perempuan. Si anak lelaki punya banyak tanggungjawab. Kesibukan yang membuatkan anak mereka berubah. Tanggungjwb yang dipikuI membuatkan anak mereka sedikit tersasar.

Patutnya sebagai mertua mereka masuk dalam keluarga anak untuk melihat masalah menyelesaikan masalah. Bukan mendatangkan masalah dan menambah masalah. Asal usul dari mana pun tak menjadikan masalah janji anak awak bahagia. Layan la anak seperti menantu dan menantu seperti anak. Insyaallah bahagia keluarga kamu!

Elle Kay : To confessor, your confession rings a bell to me. Adik, baru 6 tahun kahwin. Baru tahu per4ngai mak mertua macam tu. Bukan dari awal tahu. Dah nak give up? Perbetulkan dulu niat tu. Kahwin biarlah kerana Allah semata – mata.

Bukannya sebab nak orang jaga kita. Masa kita single, hidup terlalu indahkan? Bahagia ja rasakan? Siapa yang bagi semua tu kalau bukan Allah. Yakin bahawa Allah yang jaga kita. Bukan orang lain. Kenapa rasa tak puas hati dengan suami, dulu masa gaji banyak tak pula diungkit tentang kelemahan watak dia.

Bila dah macam ni gaji sikit terus nak ungkit? Jangan jatuh dalam per4ngkap sya1tan. Jika buruk yang dilihat, buruk la yang nampak. Cuba senaraikan kebaikan dia. Your husband plus point, dia seorang yang mat4ng. Ingat ya, tak ramai laki kat luar sana yang boleh pert4hankan isteri dari ser4ngan mak dia sendiri.

Tambah pula laki yang tak kisah nak makan apa, yang tak demand rumah kena bersih, yang bayar balik duit kita, yang sedar diri dia terhutang budi dengan kita. Nak lepaskan semua tu? Tepuk d4da tanya selera. Mak mertua? Dia tak duduk dengan awak.

Jauh sangat dengan awak. S4kit hati memang s4kit. GiIa tak s4kit. Zikir la banyak – banyak. InshaaAllah lega sikit kes4kitan tu. Allah tahu awak kuat. Jangan letakkan laki awak di posisi terp4ksa memilih. Dia perlukan sokongan dalam keadaan yang sukar macam ni, percayalah pada dia.

Dia perlukannya lebih dari awak. Mentari tak semestinya bersinar selamanya. Satu lagi pesanan khidmat penaja, buat baik berpada – pada. Dalam dunia ni hanya ada satu emak. Tak akan sama dengan yang lain. Akhir kalam, macam mana seorang ibu yang sebegitu boleh besarkan seorang lelaki yang baik macam tu.

Ikeen AB : Pert4hankan rumahtangga dan bawa suami dan anak jauh dan tidak diketahui keluarga. Jangan balik dulu, tunggu sehingga beberapa tahun sehingga keadaan reda. Dalam tempoh tersebut mengadulah dengan Allah supaya diberi jalan keluar untuk masalahmu dik.

Memohonlah dengan sabar. Allah tidak pernah sia – siakan membiarkan kita. Pasti ada pertolongan yang sampai. Juga jangan lupa dalam doamu dik supaya diberi kekuatan untuk men3mpuh ujian ini. Sekian terima kasih.

Indra Putra : Manusia ni akan lalui fasa – fasa kehidupan. Ibu mertua dia lalui fasa ins3cure dan juga bisikan – bisikan sya1tan. Yang bermasalah tu, ibu mertua, bukan suami atau isteri. Jarakkan diri awak dan keluarga dari mertua.

Saya rasa suami dia seorang yang berpelajaran, sensitif, tahu nilai baik buruk, mat4ng dan boleh dipercayai. Jadi, sayanglah kalau tinggalkan dia. Binalah semula syurga kecil. Sekarang mungkin masih baru lagi ins1den ni, jadi biar dulu.

Awak tengah marah dan kecewa. Apa agama kita ajar, jangan buat apa – apa keputvsan masa em0si dan fikiran belum stabil. Jadi, back to basics, eat choc0late. Buat kerja rutin macam biasa. mulut dan tanggapan manusia bukan dalam kawalan kita kan?

Julia Ismail : Dari pemahaman aku husband dia tak salah pun, dia dh cuba terangkn kekusutan. Jadi, kenapa nak suruh dilepaskan? Keluarga dah harmoni, tolong fikirkn anak. Jangan disebabkan nak jaga hati orang tua, anak sendiri jadi m4ngsa keadaan.

Bawak bertenang, biar masa menentukan, sejuk hati, masing – masing tengah panas lagi ni. Memang tak boleh nak fikir yang baik – baik, sya1tan dok menghasut tu. Cukup la sya1tan dah menang dengan mak mertua. Korang jangan ikutkan sangat, nanti bin4sa.

Jangan cari buruk pasangan. Ingat balik masa susah macam mana korg dok berusaha sama – sama. Doa yang baik – baik untuk tumahtangga awak, inshaAllah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.