Mertua cakap patut la tak ada anak, jaga pokok pun tak pandai, m4ti

Pada usia perkahwinan 6 tahun barulah saya dikurniakan cahaya mata, tetapi ketika itu bekas suami pula yang sudah ada perempuan lain. Jadi dia tinggalkan kami berdua dan ceraikan saya. Bila saya berkahwin buat kali kedua, suami tak mahu anak terlalu awal kerana ekonomi masih tak stabil. Tapi rezeki saya bunting pelamin, suami suruh saya gugurkan kandungan..

#Foto sekadar hiasan. Saya banyak terbaca tentang pengalaman – pengalaman rumahtangga orang, kali ini saya nak kongsikan pengalaman saya pula sebagai seorang isteri. Minta tolong hide profile saya. Saya sudah berkahwin ketika berumur 23 tahun, tentunya pasangan bahagia inginkan cahaya mata.

Namun saban tahun saya menunggu namun tidak ada. Masa di awal perkahwinan saya siap standby banyak pregnancy test, tetapi semuanya negative. Dan saya mengaku saya hampir berputvs asa. Ada yang cakap saya manduI, saya yang bermasalah tak boleh dapat zuriat.

Pada tahun ketiga perkahwinan, saya mengandung tapi sayang sangat saya tak sedar pun. Saya agak pelik sebab tak ada pengalaman cuma satu hari s4kit perut sangat – sangat masa buang air, keluar j4nin. Saya sedih sangat pada masa tu, anak itu harapan saya untuk bahagiakn keluarga kecil saya.

Satu hari mertua hadiahkan saya pokok tapi pokok tu akhirnya m4ti. Mertua cakap patut la tak ada anak, jaga pokok pun tak pandai. Ini adalah antara contoh kata – kata orang terhadap kita yang tak punya anak. Setelah 6 tahun menunggu, saya disahkan mengandung lagi, akhirnya saya jadi ibu ketika berumur 29 tahun.

Bila lihat wajah baby suIong saya, macam hilang segala rasa keperitan dan saya bisikan pada anak saya, “mama sayang awak, mama tunggu awak lama.” Disangka panas ke petang rupanya hujan ditengahari. Suami ceraikan saya setelah dia berjumpa dengan seorang perempuan lain.

Saya ditinggalkn dengan anak yang satu tu. Ketika ini, suami memang dah tiada hati, dia langsung tak rasa sedih dan ceraikan saya dengan taIak satu. Suami juga tak kisahkan tentang anak kami kerana pada mata dia hanya ada perempuan tu saja dalam hidup dia.

Dipendekkan cerita selepas itu, saya berkahwin lagi. Masa berkahwin suami dah pesan awal – awal jangan pregnant lagi, sebab nak kukuhkan kewangan. Saya bersetuju, sebab saya nak honeymoon dulu. Lagipun saya jenis susah dapat anak jadi saya rasa plan saya tu akan berjalan lancar.

Tetapi tak disangka saya telah disahkan mengandung dan orang panggil bunt1ng pelamin. Bila saya bagitau husband, husband suruh gugurkan kalau tak gugurkan tanggunglah akibatnya. Dekat sini bermulalah segala episod duk4 yang entah keberapa kali dalam hidup saya.

Saya nekad teruskan kandungan dengan solat. Baca quran dan zikir. Saya setkan agar minda saya terus positif. Jika suami tidak menjaga saya dengan baik, Allah sentiasa ada untuk saya. Semangat saya ketika itu sangat kuat, semua hanya kerana Allah kerana saya tidak mendapat sokongan dari suami.

Pada usia kandungan 9 minggu saya dah ada buku pink. Saya ulang alik cek kesihatan kandungan seorang diri. Sepanjang mengandung, saya bersyukur saya tiada alahan, HB saya tak pernah rendah. Saya memang fokus dan menjaga kandungan saya dengan baik.

Kadang kala datang sedih dan geIisah, saya akan menangis dan diri saya kuat kembali. Masa mengandung juga, surat mahkamah sampai sebab bekas suami menuntut hak jagaan. Dengan bawa perut, saya hadir ke mahkamah beberapa kali, akhirnya anak di bawah jagaan saya. SETTLED!

Tiba saat bersalin, saya bersalin di hospitaI kerajaan walau suami mampu kat private (kerana dia tak nak anak ini). Saya admit awal masa contr4ction palsu, jadi 4 hari saya ditahan di wad. Tiada yang datang melawat, sebeIah katil saya, orang rohingya.

Saya pandang dia dan saya rasakan saya seperti dia, tiada sesiapa kerana katil wanita lain penuh dengan keluarga. Saya sendiri datang dari keluarga yang berpecah beIah. Keluarga yang tak bersatu macam orang lain kerana ibu dan ayah yang sudah bercerai.

Tiba waktu bersalin, saya seorang diri tanpa sokongan orang tersayang dan Allah izinkn senang saja. Baby push sendiri jadi saya senang keluarkan dia. Alhamdulillah. Saya juga berpant4ng seorang diri di rumah. Setiap hari baby saya tak banyak ragam.

Kalau dia nangis dan bila pujuk dia terus ok. Bila kita tak kisah tentang orang, baik pula per4ngai suami saya selepas baby lahir. Suami sekarang selalu puji aje babynya comel sebab 90% ikut muka dia dan baby ini pula jadi kesayangan dia.

Kadang – kadang pelik juga hidup ni, kenapa orang semua suka buIi kita tanpa bersalah. Bekas suami saya pula masih belum dikurniakan cahaya mata. Sekarang dia mencari – cari anak saya, selalu call dan video call tak lekang. Selalulah bertanya khabar.

Ini juga pelik, diawal perkahwinan suami dan isteri baru, dia langsung tak kisahkan anak. sekarang baru nak tercari – cari anak pula. Walaupun sekarang saya dah bahagia dengan suami dan anak – anak, saya juga tahu, hidup ini ada pasang dan surut.

Jadi saya sentiasa bersedia saja jika ada ujian yang datang. Bila ujian datang, Ingat Allah. Bila buat kerana Allah, kita tidak akan menyesal. Bagi saya, hidup ini tak seperti yang kita fikir. Kadang kita fikir dan harapkan lain tapi lain pula yang berlaku.

Jadi jika kita rasa, anak itu bakal menyusahkan kita, berbaliklah pada Allah. Jika kita rasa, peritnya mengandung, insyaAllah Allah mudahkan. S4kit dan susah sekarang akan dikurniakan pahala yang besar. Ianya ada baIasan di akhir4t, jika bertuah di dunia pun sudah mendapat segala nikmat.

Komen Warganet :

Siti Nor Azreen : Alhamdulillah saya suka baca. Kadang kita rasa kita tak kuat bila sampai masa kita sedar yang kita dah laluinye pun. Percaya pada ketentuan Allah s.w.t. Lalui dengan tabah InsyaAllah semuanye indah.

Siti Rahmah : Tahniah puan, saya rasa bangga bila puan katakan puan tetap memilih bayi puan kerana Allah. Hebat puan ni, moga Allah sentiasa Iindungi puan. Benarkan, kita akan tetap diuji, tak kira la masa suka atau duk4.

Jika ujian tu datang, kita mesti selalu cekal dan banyak sabar sebab sabar la yang akan datangkan kemanisan. Dan dalam hidup keberg4ntungan sepenuhnya pada yang mencipta sebab manusia sebesar mana pun kasih sayang kita, dia boleh bolak balik hati tapi Allah tetap dengan kita apa keadaan pun. Semoga syurga tempat mu wahai kaum hawa ku.

Yah Wan : Hebatnya awak dik, setiap org pasti ada dug4an dan ujian.. Tapi masyaAllah, kuatnya awak, sabar dengan setiap ujian yang Allah bagi. BerbaIoi awak sabar dik.. berg4ntung dengan Allah itu lebih baik dari manusia kan. Tapi tak semua orang mampu buat begitu, termasuklah akak..

Siti Azwa : Seorang yang sangat kuat semangat cekal dan amat sabar. Alhamdulillah semoga ibu ini diberi kebahagiaan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan. Terinspirasi dengan sikap baik sangka dia sepanjang ujian yg diberikan. Sungguhpon adakala dia rebah tapi dia akan tetap gagah. Tahniah anda hebat.

Norlya Ahmad : Betul saya setuju dengan pendapat awak. Bila kita meletakkan Allah di hadapan kita mudah rasa puas dan redha. Kita tak akan banyak berfikir kerana semua urusan kita dah bentangkn di hadapan Allah swt. Tahniah awak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.