Mertua dah tua tinggal dengan adik-adik ipar. Bila kami ziarah, rumah penuh ulat, t4hi kucing dan ayam yang dah kering

Mertua aku dah uzur, kami akan datang jenguk selalu. Sampai satu hari kami terk3jut, rumah mak mertua macam rumah tinggal. Berpasir, n4jis binatang yang sudah kering penuh. Dapur kotor. Singki berlumut, berlendir. Plastik sampah di dalam rumah, lauk berulat..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku Bunga. Aku dah berkahwin, surirumah, ada anak. Coretan ini sekadar luahan isi hati aku, yang tak mampu untuk aku nak ceritakan pada orang lain. Hal kecil dan remeh je sebenarnya.

Coretan yang lebih kepada common sense. Tapi kalau ada pendapat atau kata – kata yang nak diberikan, inshaallah akan aku terima dengan hati yang terbuka. Awal perkahwinan, atas faktor – faktor tertentu, aku tinggal di rumah mertua (alhamdulillah sekarang aku, suami dan anak – anak sudah berpindah ke rumah lain). Tiada masalah. Aman.

Bermula dari beberapa bulan sebelum berlakunya pandemik, adik beradik suami balik dan duduk terus di sini. Jadi aku tinggal di rumah mertua bersama ipar duai. Di sini bermulanya banyak rasa s4kit hati. S4kit bila mana penghuni lain seolah tiada common sense dalam diri. Mertua aku ada bela haiwan.

Tapi bila waktu malam, haiwannya tak nak dikeluarkan dari rumah. Jadi haiwannya membuang merata. Kadang – kadang di ruang tamu, kadang – kadang di depan pintu bilik, kadang – kadang di dapur. Tapi aku hairan, kenapa yang lain seolah tak nampak dan tak hidu.

Rela ke hulu ke hilir keluar masuk bilik, masak di dapur macam biasa.. seolah tak nampak/hidu n4jis haiwan belaaan. Sudahnya, aku juga yang jadi tukang cuci. Hal – hal rumah pun semua aku yang uruskan. Bermula dari menyapu, mop, cuci n4jis haiwan belaan, cuci kipas, kemas dapur.

Sepanjang tinggal bersama ipar duai, tak pernah sekali pun dapat ayat “takpelah harini rehat je, biar kami pula yang buat”. Tak pernah. Adakah sebab mereka bekerja dan aku housewife; takde kerja. Maksud aku, takde kerja yang mendatangkan duit tiap bulan macam mana mereka bekerja.

Tapi setidaknya mereka bekerja, ada waktu rehat. Ada hari untuk cuti. Aku ? Waktu mereka cuti, aku tetap dengan kerja rumah tu. Mereka? Di dalam bilik. Berehat. Aku jadi berkira. Aku tak tahu macam mana nak rasa ikhlas.

Sebab lama – lama aku jadi penat. Masa tinggal dengan mertua aku ok je buat semua tu. Aku takde masalah untuk buat semua tu sebab aku pun tahu aku menumpang. Takkan nak goyang kaki saja pula kan. Jadi aku buat mana yang mampu sebaiknya. Dan mertua aku pun ok je.

Tapi bila ipar duai balik dan duduk di sini, aku mula rasa tak okay. Rasa tak okay sebab penghuni bertambah, tapi kerjanya aku buat sorang. Bukan ke sem4kin bertambah penghuni, sem4kin mudah kerja kita? Itupun bila ada kerjasama.

Suami aku kerja pagi balik petang. Kalau aku penat, aku minta tolong dia buat. Alhamdulillah kadang – kadang dia tolong menyapu. Buang sampah. Basuh baju. Jadi aku tinggal sidai saja nanti. Waktu raya ? Kami suami isteri penat double.

Jujur, lama – lama aku rasa tak seronok beraya di sini, sebab yang penatnya kami. Bermula dari hal siang – siang lauk, p0tong bahan – bahan masak, cuci tingkap, tukar langsir, mop lantai, pasang karpet.. semuanya kami buat.

Masak, ada juga tolong – tolong. Lepastu mereka tinggal macam tu je, masuk bilik. Ada yang sempat tidur. Sedangkan kami suami isteri ni, berjaga risau lauk hangit, kuah kering. Waktu raya, mesti pukuI 1-2am baru dapat tidur.

Kalau ikut hati kami berdua nak je masuk tidur terus, tapi nanti risau kalau takde yang nak tengok – tengokkan lauk di dapur. Air untuk minum pagi raya pun tak buat. Semua tunggu aku buat. Baik air panas atau air sejuk.

Masing – masing macam takde common sense apa yang perlu dibuat. Bentang carpet pun sama, tanya aku nak bentang macam mana bla bla bla sedangkan kerjanya mudah sahaja. Bentang sahajaIah carpetnya. Tapi tak boleh fikir. Mesti nak aku juga yang buat.

Tahun ketiga perkahwinan, aku jadi fed up dan penat sangat. Jadi waktu raya, aku hidang air untuk suami aku saja. Air sejuk cukup untuk keluarga kecil aku minum. Oh di sini walaupun duduk serumah, tapi barang masak minum kami beli sendiri ya.

Garam, gula, teh, milo, susu, lauk, beras.. Pokok pangkalnya apa – apa yang untuk kami makan minum, kami beli sendiri. Asing. Tak pakai apa yang ada di rumah ni. Alhamdulillah suami aku jenis pendengar. Kadang – kadang aku mengadu aku penat.

Ada waktu dia sendiri pun tak bagi aku buat apa – apa, biar adik beradik dia settlekan. Jadi aku akur saja. Dan dia pun kerap nasihat adik beradik dia, untuk jaga kebersihan rumah, itu rumah maknya bukan rumah orang lain.. tapi itulah nasihatnya cuma bertahan seminggu dua, kemudian hilang.

Nak dipendekkan cerita, akhirnya sampai rezeki suami aku bawa keluarga kecil kami berpindah ke rumah lain. Terima kasih suami. Ipar duai masih duduk di rumah mertua aku. Rumah kami, tak jauh dari rumah mertua.

Syukur. Aku tak kisah dekat atau jauh, asalkan sudah tidak sebumbung… ini lebih dari satu rahmat untuk aku. Cuma di sini aku jadi kesal, bila pergi ke rumah mertua… rumahnya jadi sangat kotor. Seolah mertua tinggal sendiri, sedangkan ada anak – anak lain yang tinggal bersamanya.

Beranda rumah, sangat kotor. Seolah rumah tinggal. Berpasir, bert4hi kucing, bert4hi ayam yang sudah kering n4jisnya. Dapur kotor. Singki berlumut, berlendir. Plastik sampah di dalam rumah, kadang – kadang berulat. Dapur gas, kotor berminyak. Ruang tamu, berpasir. Sangat kotor seolah tiada orang duduk.

Sudahnya, kami suami isteri yang bersihkan. Dari dalam, sampai luar rumah. Pakej tandas pun kami cuci. Ini duduk dekat, boleh seminggu 3-4 kali datang jenguk. Kadang – kadang terfikir, kalau suami aku kena berpindah jauh dari sini, macam mana agaknya ya keadaan di sini?

Takkan nak tunggu kami balik untuk kemaskan rumah? Kadang – kadang dalam pada berkira, aku tetap buat tetap bersihkan. Ikut hati nak je buat tak tahu macam mana adik beradik suami buat. Biar sama – sama buat tak tahu.

Tapi itulah, rumah mertua aku ni antara rumah yang sering ada pengunjung yang datang secara tiba – tiba. Malu lah kan kalau orang datang tengok beranda saja dah macam rumah tinggal. Apatah lagi keadaan dalam rumah.

Vacuum viral tu ada. Tapi terg4ntung sepi. Lagipun mereka bekerja, must4hil kalau takde dalam fikiran orang “kenapa aku tak buat, aku kan tak kerja”. Lagipun pada aku, kemas rumah ni jadikan rutin. Buat hari – hari.

Bersihkan rumah seolah ada tetamu nak datang, walaupun takde siapa yang datang. Aku bukan pembersih atau terpaling rajin. Cuma pada aku, setidaknya untuk orang yang ada common sense mesti tahu dan boleh fikir sendiri apa yang perlu dibuat bila nampak keadaan bersepah dah kotor begitu. Lagi – lagi bila hal melibatkan n4jis haiwan peliharaan.

Dan aku tak tahu macam mana ipar duai boleh duduk dalam keadaan rumah yang begitu. Penat kerja? Atau malas? Mertua aku dah uzur, banyak perkara yang dia dah tak boleh nak uruskan sendiri. Kadang – kadang aku fikir mertua aku bukan tinggal seorang diri.

Ada anak lain yang duduk menetap bersama, jadi tanggungjawab aku ke? Kadang – kadang aku beritahu suami, rumah mak you kotor sangat dah. Bila aku mengadu begini, bererti dia tahu aku dah penat. Jadi selepas berehat sekejap selepas pulang dari kerja, suami aku akan pergi ke rumah mak nya, bersihkan apa yang patut.

Kadang – kadang dia pun malas nak ambil tahu sebab di situ ada adik – adiknya. Tapi kalau tengok keadaan luar rumah, sangat kesian. Takkan nak suruh mak yang dah tua tu buat? Aku bukan anak yang baik sangat. Aku pun masih ada orang tua.

Alhamdulillah. Bila dapat peluang balik ke sana, aku manfaatkan waktu yang ada, kemas rumah, basuhkan kain baju, sidai, lipat, cuci dapur, singki, dapur gas. Kemaskan bilik, tukar cadar katil, cucikan tandas, kemaskan fridge.

Tak kira balik sekejap atau lama, aku cuba sedaya upaya buat semuanya supaya sepanjang waktu aku di rumah parents, parents aku boleh berehat saja tanpa perlu buat apa – apa. Ini aku lah. Tapi bila tengok mertua aku, rasa kesian bila tengok keadaan rumah.

Dulu kami duduk di situ, hari – hari aku yang buat, kemas, sapu, mop semua. Bila kami pindah, rumah tu autom4tik nampak macam rumah tinggal. Ada waktu – waktu suami aku kerja luar daerah, dia pesan minta tolong tengok – tengokkan maknya.

Itu arahan, jadi aku akur dan turuti saja. Kadang – kadang dia pesan, kalau rumah kotor and taknak buat, biarkan je. Biar nanti adik beradik dia buat sendiri. Cuma itulah, nak tunggu mereka buat tu aku tak tahu bila. Nak tunggu hari mereka cuti ?

Waktu cuti tak melekat di rumah. Keluar. Tapi sebelum keluar tak kemas dulu apa yang patut. Bila aku pergi rumah mertua, tengok keadaan begitu, aku ajak anak – anak aku buat sama – sama. Tolong mana yang patut. Kadang – kadang petang – petang aku ajak suami aku ke rumah maknya, bakar sampah, sapu daun kering.

Mertua aku dah uzur, tak boleh dibiar sendiri untuk tempoh yang sangat lama. Kadang – kadang bila adik beradik suami pergi ke tempat lain, kami akan ambil alih tengokkan mak nya. Tapi kadang – kadang kesal, bila mereka keluar, tinggalkan rumah macam tu je.

Tak bersapu, tak di mop, tak clearkan singki dulu, tak bersihkan stove dulu. Kadang – kadang beranda penuh t4hi ayam yang dah kering pun, dibiar begitu je. Suami aku kadang – kadang sampai fed up bila tengok lauk di dapur ada yang dah sampai berulat.

Aku penat juga. Suami aku pun penat juga. Aku kalau penat atau nak mengadu aku luah pada suami saja. Aku takkan bercakap apa – apa dengan mertua atau ipar, sebab mulut orang ni lain – lain dan aku tak percayakan sesiapa.

Kadang – kadang kita bercerita tentang hal mee bandung, tapi bila ada penyampai… mee bandung tadi tiba – tiba bertukar jadi mee kari. Sebab aku pernah ada pengalaman. Sebab tu aku ada trust issue sikit dengan orang.

Suami aku pun kadang – kadang dia beritahu direct je dekat adik beradik dia, jangan pengotor jangan pemalas. Rumah tempat tinggal, jagalah baik – baik. Aku tahu kalau terdetik macam ni jadi sia – sia lah apa yang aku buat.

Dapat penat jelah kan. Cuma kadang – kadang terfikir, dulu keluarga kecil kami duduk di situ, wajarlah kalau kami yang buat, yang bersihkan. Walaupun adik beradik suami duduk situ tapi tak menolong, kami tetap buat sebab kami pun menumpang di situ.

Tapi sekarang, keluarga kecil kami dah berpindah ke tempat lain. Dah keluar dari rumah tu. Jadi masih tanggungjawab kami ke untuk buat semua tu sedangkan adik beradik suami duduk situ dan semuanya masih sihat walafiat. Tanggungjawab aku ke?

Dulu duduk situ, suami aku buat juga. Sekarang dah pindah, takkan adik beradik suami masih berharap suami aku untuk buat semua? Kadang – kadang aku selalu berdoa supaya suami aku dipindahkan tempat kerja, jauh dari sini.

Sebab aku penat. Hal kecil je, tapi bila hari – hari hadap benda, orang dan per4ngai yang sama.. aku jadi penat. Jadi sebenarnya aku yang terlalu berkira atau mereka yang terlalu malas? Kadang – kadang aku cuba untuk buat – buat tak nampak, buat – buat tak bau apa – apa, tak nampak ruang tamu kotor, dapur kotor.

Sama macam mana mereka buat tak nampak atau tak hidu. Konon macam berIawan siapa yang takde common sense paling tinggi. Tapi pada akhirnya aku kalah. Sudahnya aku tetap buat. Sebab aku tak mampu. So any tips untuk aku? Thank you.. Yang takde idea, – Bunga (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Novaria Hj Anwar : Doakan mereka kuat – kuat, bagi dengar. Semoga dapat jaga mak mertua dan rumah tempat tinggal tu baik – baik dan bersih.. kesian mak tak larat nak bersihkan rumah tu. Atau ajak je diaorang buat keje sama – sama walaupun diorang baru balik keje.

Walaupun diorang tak sahut.. housewife pun banyak keje juga.. tak ada cuti. Sebab TT tak tinggal situ dah. Geram pula dengan orang macam tu. Punyalah berkira kerja rumah.. pun tempat mereka tinggal bersama. Kesian mak mertua  TT.

Kesian TT dan suami juga. Memang akhir zaman ni, sem4kin kurang empati, common sense pun di tapak kaki. Selain berusaha, meluahkan ni, jangan lupa share. Biar diorang pun baca.. semoga diorang sedar, teruknya per4ngai macam tu. Dulu – dulu, masa akak kecil, kalau nak pergi main keluar, kena pastikan rumah bersih baru keluar.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.