Ibu aku campur je ikan tenggiri dengan bubur dalam rice cooker. Aku tak tahu kenapa mertua aku kena curi – curi makan bubur tu dan kutuk depan anak – anak dan cucu dia masakan ibu aku. “Hanyir, busuk, tawar, tak lalu nak makan!” dengan muka jijiknya.
#Foto sekadar hiasan. Salam, terima kasih admin siarkan confession aku. Aku Mawar. Aku dah berkahwin. Sekarang mengandung anak yang kedua. Anak sulung aku comel sangat sebiji muka aku. Walaupun mertua aku tak boleh terima anak aku ikut muka sebab dia tetap nak cakap ikut muka suami aku. Sedangkan semua orang panggil anak mak. Haha.
Aku lepasan degree dan sekarang bekerja. Perkahwinan aku dah masuk tahun ke-2. Suami aku comel, baik, soft spoken, clingy, setia, sayang aku sangat – sangat. Aku kenal dia masuk tahun ni dah 10 tahun. Cuma tu lah, takkan nak bahagia je kan, aku diuji dengan ibu mertua.
Tahun ke-8 aku kenal dengan suami, kami bertunang. Tempoh tunang ni memang sedih sangat. Hari – hari aku berendam air mata. Bukan sebab perempuan lain sebab masing – masing tak nak mengalah nak settle down mana.
Aku dengan suami aku ni hubungan jarak jauh. Aku tak nak keluar negeri aku, dia pun sama. Habis takkan kau kahwin nak duduk jauh – jauh, baik tak payah kahwin. Biar bujang je lah sampai bila – bila. Yang aku tahu sebab utama dia tak nak pindah keluar sebab mak dia tapi aku takda bukti kukuh.
Masa tu aku cadangkan masing – masing kena try minta kerja, aku minta kat negeri dia, dia minta kat negeri aku. Siapa dapat dulu dia kena tukar. Adil kan? Masalahnya aku je yang beria – ria, dia? Takde tindakan apa – apa.
Jadi setiap kali balik kerja sebelum aku naik bilik sewa aku nangis puas – puas dalam kereta. Takkan aku nak putvs tunang kan. Lagi pun dah kawan lama, frust la orang yang 8 tahun kau kenal, hari – hari cakap nak hidup sama – sama boleh sembang kari.
Aku time tu nak je putvs tunang, ingat aku tak laku sangat ke haaa. Hahaha. Pendek cerita lepas 3 bulan, aku dan suami kahwin juga. Kami PJJ. Hujung minggu je suami aku turun negeri aku. Kesian dia, penat tapi kalau tak jumpa aku dia rindu pula kat aku..
Bila nak balik negeri dia, sama – sama kami menangis, sedih weyh tersiksa tau. Masa Gov umumkan MCO, aku WFH. Jadi , suami aku minta aku duduk dengan dia iaitu dekat rumah mak mertua aku. Huhu. Aku terkandas kat sana dekat setahun.
Masa tu aku dah pregnant 4 bulan. Semuanya ok je. Alah kecil hati, buat muka tu semua aku boleh positive lagi walaupun orang kata pregnant ni sensitip tapi aku ok je sebab aku masih boleh kawal em0si. Suami aku pula jenis melekat je.
Bahagia aku, sebab suami manjakan aku, keluar memana berdua, kadang – kadang mertua buat muka tinggal dia tapi aku buat tak tahu je. Aku layan mertua baik, kadang – kadang aku dengan suami sembang mertua rasa terpinggir aku ajak dia sembang sekali.
Suami aku pesan makanan, aku suruh pesan untuk mertua sekali. Aku kalau boleh nak layan macam mak aku. Tapi tu la mertua aku sayang anak dia je.. Aku bersalin dan pantang kat rumah mertua aku. Aku czer, ibu kandung aku datang nak jaga aku, aku sewa rumah sebuah untuk beberapa hari.
Yeala time ni gaji kepuk – kepuk lagi mampu la. Aku semua benda aku boleh sabar. Tapi jangan test kesabaran aku. Jangan over limit tu je. Masa kat rumah sewa, kelengkapan masak kurang. Semua orang dah isi perut, aku tak makan lagi, ibu aku pun masak seadanya.
Nama pun ibu kandung kan. Ibu aku campur je ikan tenggiri dengan bubur dalam rice cooker. Aku tak rasa teruk sangat food tu janji kenyang yela pantang kan bukan boleh makan suka – suka tapi aku tak tahu kenapa mertua aku kena curi – curi makan bubur tu dan kutuk depan anak – anak dan cucu dia masakan ibu aku. “Hanyir, busuk, tawar, tak lalu nak makan!” dengan muka jijiknya.
Sorry masa ni aku rasa dah over boundary mertua aku ni. Suami aku senyap, mungkin terk3jut dengan kata – kata mak dia sendiri. Aku diam, tahan marah. Sepanjang kat rumah sewa tu, hari – hari mertua aku datang. PukuI 8 sampai 11 malam.
Ibu ayah aku tak selesa sebenarnya. Ye tak bagi can langsung. Setiap kali ibu aku nak mandikan anak aku dah macam berebut – rebut dah. Sian ibu aku, dah la datang jauh 400km lebih tapi nak uruskan anak aku untuk beberapa hari pun kena berebut – rebut dengan besan. Tapi ibu aku cool je.
Ibu aku ni lembut orangnya. Aku ni ikut ibu aku la tapi kau jangan bagi aku marah je. Lubang hidung kau pun aku tak sudi nak tengok. Habis tempoh menyewa, aku dah kuat sikit. Aku balik rumah mertua. Rumah mertua aku jenis rumah tinggi.
Aku naik perlahan – lahan. Aku sebenarnya tak faham kenapa mertua aku ni cemburu dan tak puas hati dengan ibu aku. Sedangkan ibu aku tak pernah cakap buruk, kalau aku ada complain mertua aku pun mesti ibu aku sabarkan aku.
Ibu aku pun bukan jenis cucuk – cucuk aku. Masa kat rumah mertua aku, mertua masuk bilik aku dan complain biskut m4yat mak aku bagi tu “tak sedap, tawar, keras, mak tak suka”. Aku diam, aku cuma berkata – kata je dalam hati.
“Itu biskut orang pantang, bukan orang sihat… siapa suruh makan, sebuk nak makan”. Suami aku diam. Mertua aku ni dia suka control orang, nak orang dengar cakap dia. Sampai aku nak panggil anak aku apa pun dia betulkan, bagi pakai bedak tak boleh, bagi pakai baju kat anak aku pun dia pertikaikan.
Ada je lah yang tak kena. Semua kena dengar cakap dia. Ann0ying tak kalau orang betulkan perkataan yang kau cakap for every single time. Serious aku cakap, masa ni memang aku rasa nak mer0yan. Dah la jauh dengan family aku.
Masa pantang ni juga, mertua aku akan beli br3akfast nasi untuk suami aku dan diri dia sahaja. Aku? Makan je biskut kering atas meja tu cicah air milo ke kopi ke. Tak kan la tak boleh beli nasi dan ayam goreng sebungkus tanpa kuah lagipun aku dah 2 minggu bersalin.
Aku tengok je dorang makan. Dia kata dulu – dulu dia macam tu makan biskut je. Nasib baik aku berduit aku order nasi kat foodpanda atau grab pagi – pagi. Menangis aku cerita dekat ibu aku. Sampai hati kan buat aku dalam pantang macam tu, sehari dia masak sekali je untuk aku tu pun ikut cara masakan ibu aku, makan la lauk tu waktu tengahari.
Malam kau pandai – pandailah makan biskut kering lagi. Benda ni aku senyap lagi sebab duduk rumah orang kan. Cuma aku ada bagi hint kat suami aku, aku nak pindah cepat – cepat nak rumah sendiri. Suami aku memahami, dia tahu aku tak selesa.
Dia cakap ok tapi bagi masa sikit untuk cakap dengan mak dia. Sebenarnya suami aku penah nasihatkan mertua aku supaya jangan sekecil – kecil cara yang berbeza antara aku dan dia nak diperbetulkan. Tak best kan. Pernah juga suami aku tegur mertua aku kerana selalu jadikan saiz badan aku sebagai jenaka dan macam body sh4ming la.
Suami aku tak suka walaupun maknya sendiri yang sebut. Aku sebenarnya dah buat keputvsan nak berhenti kerja sebelum aku bersalin. Selepas habis cuti pantang aku balik bekerja untuk habiskan notis kerja sebulan, aku ulang alik daripada rumah mak aku ke tempat kerja sebab aku dah keluarkan segala barang kat rumah sewa dulu.
Aku bangun pukuI 4.00 pagi, atas highway pukuI 5.00 pagi, balik keje pukuI 8.00 mlm baru sampai rumah. Penat, sedih, kecewa. Aku k0rbankan kerjaya aku dan gaji yang stabil untuk suami aku dan anak aku. Mak mertua siap boleh cakap, “takpelah keje sini gaji sikit janji ada, daripada takde langsung”.
Nak je aku menjawab, kalau susah dia nak hulur duit ke, tapi ibu ayah aku tak ajar aku jadi kurang ajar. Aku simpan lagi. Sebenarnya banyak benda yang aku simpan dan pendam sebab tu lama – lama jadi nanah dalam hati aku.
Ohh ye, masa aku nak balik rumah ibu aku untuk habiskan sebulan notis berenti kerja. Hari – hari dia akan cakap dengan anak aku yang baru je habis pantang tu, “nanti balik sana jangan lupakan dia, nanti balik sana jangan tak nak kat dia dah, nanti balik sana jangan tak sayang dia dah, nanti balik sana seronok la ada atok wan kat sana pastu lupakan dia”.
Aku memang tak faham kenapa dia kena dengki dan cemburu hati dengan mak aku. Aku cukup menyampah bila orang cakap macam tu dengan anak aku yang tak faham apa – apa lagi. Pengaruh buruk!! Selesai urusan berhenti kerja, aku dan suami uruskan bab pindah rumah.
Masa nak pindah tu, mertua aku memang buat drama dengan ayat – ayat sedih macam suami aku anak derh4ka tak datang jenguk dia dah lepas pindah. Jarak rumah kami tak sampai 10 minit jadi aku tak faham kenapa dia macam tu.
Masalah mertua aku ni seolah – olah aku nak culik anak dia bawa lari jauh padahal aku siap berhenti kerja lagi pindah sini. Dia risau anak dia tak makan masakan dia, tak sayang dia tak jenguk dia. Masa ni aku kerap g4duh dengan suami aku.
Baru aku tahu kenapa suami aku beria – ria tak nak keluar daripada negeri dia sebab ayat yang buat suami aku rasa seperti anak derh4ka. Aku ada confess dan tanya suami sebab itu ke dia tak sanggup pindah. Dia mengaku.
Kami berg4duh banyak sebab mak mertua aku. Sebab aku dah tak tahan dengan per4ngai mertua aku yang suka masuk campur nak ajar itu ini. Masa dah pindah masuk rumah kami, mertua aku kerap call sampai aku laki bini naik rimas.
Salah ke aku nak ada privacy dengan suami aku dan buat keputvsan sendiri tanpa ada orang ajar dan perlekehkan. Aku tak rampas anak dia, aku biarkan suami aku uruskan check up dia, jenguk dia kat rumah dia. Aku tak pernah halang suami aku.
Suami aku ada je adik beradik lain. Tapi malas nak citer larr.. hermmm. Sebenarnya, apa yang mertua aku buat tu betul – betul beri kesan negatif dan mend3ra em0si aku sebab semuanya terjadi ketika aku berpantang ketika tu em0si aku benar – benar tak stabil.
Aku betul – betul terIuka dengan setiap kata – kata dia. Aku sebenarnya masih berjuaang dengan em0si aku sekarang. Aku tak benci mertua cuma aku tak suka sikapnya. Rimas. Aku memang down dan tak boleh lupakan kata – kata yang mengh1na ibu aku.
Sehingga sekarang aku masih cuba memaafkan dan melupakan. Aku pernah terfikir untuk tinggalkan suami aku dan hidup dengan anak aku sahaja. Aku kalau boleh tak nak ada kaitan dengan mertua aku dah, setiap kali aku tengok muka dia hati aku akan tergur1s semula.
Tapi suami aku sangat sayangkan aku, dia selalu pesan jangan tinggalkan dia. Aku kesiankan dia. Aku ingat lagi masa kami dapat kunci rumah sewa aku peIuk dia kuat – kuat, aku cakap terima kasih sediakan rumah ni untuk aku dan anak kami.
Aku hadir dalam hidup suami aku bukan sebab nak r4mpas saumi aku daripada mertua. Aku cuma nak rasa kasih sayang mertua yang layan aku sama macam mak aku sendiri layan aku. Baru – baru ni, aku balik rumah ibu aku.
Aku balik pun 6 bulan sekali sebab kos nak balik tu buat kami fikir banyak kali. Tapi aku betul – betul sedih bila mertua aku push suami aku untuk balik cepat. Mertua aku call suami aku tapi dia tak jawab, kemudian call aku.
Aku angkat dan buat loudspeaker, suami di sebeIah tak sihat dan ambil MC tak mampu drive jauh. Mertua aku tanya tak balik lagi ke, kena balik la kena rehat, ni MC nanti bos bising. Ada je lah ayat – ayat yang aku rasa dia tak suka bila aku balik rumah ibu aku.
Satu lagi soalan yang aku tak faham kenapa dia kena tanya ialah “a** (nama anak aku) ok ke?? Apa expectation answer mertua aku? of course anak aku ok dengan nenek dia. Manja je. Entahlah, banyak lagi benda yang meIukakan dan menggur1s hati aku.
Aku diamkan dan pendam sehingga jadi diri aku sekarang, keras hati. Sebenarnya hati aku dah tawar habis, aku rasa malas nak buat baik dengan orang sebab orang akan over boundary. Aku dah cakap dengan suami aku, aku dan anak – anak boleh hilang terus daripada hidup dia kalau aku tak tahan dengan mak dia.
Aku boleh pulangkan dia kat mak dia kalau mak dia masih tak boleh lepaskan anak dia. Aku muak, penat, str3ss, mentaIIy down, sedih, kecewa. Sekarang gaji aku rendah beza hampir rm700, aku nak beli baju untuk anak aku pun fikir banyak kali.
Dan setiap kali aku tak mampu beri yang terbaik untuk anak aku, aku pasti teringat ayat gaji sikit takpe janji ada. Aku sebenarnya tak tahu macam mana nak terima mertua aku semula seadanya. Dulu aku memang baik dengan mertua.
Tapi sebab aku rasa dia over boundary, aku kena ada gap supaya dia tak senang nak control aku. Aku selalu menjerit dan menangis dalam kereta ke tempat kerja bila teringat apa yang mertua buat kat aku. Anak aku selalu perhatikan aku, perlahan aku usap air mata aku.
Percayalah, setiap orang yang berubah ada sebabnya. Dalam hidup ni tolong jangan control orang, jangan masuk campur urusan anak menantu, jangan ajar itu ini, jangan h1na keluarga menantu terutama ibunya, jangan kerana kita anak menantu boleh bercerai berai.
Itu saja cerita aku. Doakan aku boleh melupakan semua ini dan berlapang d4da. Kalau boleh nak lupa dan layan semula mertua macam dulu tapi aku tak boleh. Memang tak boleh. Aku tr4uma, takut mertua sedihkan hati aku lagi… aku takut bila terlalu rapat dan selesa, mertua akan take for granted. – Mawar (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Rozita Mohd : Mak mertua rasa ins3cure and need more appreciation and validation. Macam tangki em0si tak penuh la. Rasa kurang dihargai dan disayangi. Orang yang banyak tanya – tanya dan nak orang ikut rule dia tu biasa macam tu la.
Bila kita punya pandangan macam tu pada mertua. Kita akan rasa kesian. Imagine macam baby kecik menangis minta perhatian begitulah juga mertua tu. Jadi beri la perhatian dan kasih sayang. Macam kata Prof Muhaya sedekah kan Fatihah semoga mertua diberi petunjuk dan hidayah.
Orang dah penuh tangki em0si dan kasih sayang dia mudah beralah. Orang yang masih needy perlu banyak pujian bagi dorang rasa bernilai disayangi dan dihargai. Mereka sangat perIukannya. Sesekali sembang la dari hati ke hati dengan mertua.
Entah – entah nangis bila dengar kisah sedih terpinggir yang mereka rasa. Jangan judgemental sebelum kita belum kenal hati budi dan tragegy dalam hidup seseorang. Tak semua orang hidup dalam limpahan kasih sayang.
Cik Labu : Aku ni spesis menantu h4ntu gak. Bukan menantu feveret mak – mak mentua la cita dia. Benda – benda yang ko cerita tu benda biasa la yang menantu – menantu kena hadap. Aku cuma tak berkenan bila orang macam ko ni puji – puji laki baik, comel, understanding.. etc.. tapi semua pasal mak mertua buruk saja.
Sebab dia yang beranakkan laki ko tu. Susukan dan didik dia dari kecik. Kalau nak ngumpat mak mertua jangan puji laki lebih – lebih. Rasa bersalah pulak aku baca.. huhuhu
Azman Mohd : Kali ni aku menyebeIah menantu. Mak mertua tu salah. Patut masa menantu dalam pantang dan besan datang dari jauh. Biarlah diorang handle anak cucu. Awak tu buat aktiviti lain macam kemas rumah, bela pokok dan pergi attend mana – mana kuliah agama, jangan lupa berjemaah kat masjid, cari kawan – kawan lain pulak. Besan nak buat bubur nasi dengan ikan tenggiri pon biar je. Jangan dirasa, janganlah dicela.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.