Mertua kemain offer nak jaga dlm pantang, bila anak menangis waktu mlm dia buat xtahu je

Mak mertua mandikan baby waktu pagi. Saya perhati cara dia mandikan baby. Cara dia tu buat saya rasa takut sebab tak sama dengan mak saya. Baby siap nangis waktu mandi. Sedangkan bila dengan mak saya, dia tak pernah menangis pun..

#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Saya nak kongsi pengalaman sewaktu saya dalam pantang. Bila saya teringat pasal ni, autom4tik airmata akan mengalir. Tak tahu nak luah pada siapa. Pendam dalam hati jela jawabnya. Saya baru berkahwin awal tahun lepas.

Dan Alhamdulillah saya disahkan mengandung beberapa minggu selepas kahwin. Bunting pelamin orang cakap. Memang saya dan suami nak ada baby cepat – cepat untuk anak pertama ni. Anak kedua baru planning betul – betul.

Saya selamat melahirkan babygirl pada hujung tahun lepas. Di sini lah bermula pengalaman pantang saya. Anak saya disahkan prolonged jaundice. Setiap hari pergi checkup dekat KK. Saya sendiri yang pergi bawak baby. Saya dan suami PJJ sebab suami kerja jauh.

Suami akan pulang weekend sahaja. Saya letih sebab tak cukup rehat, susu badan pulak kurang, anak kuning setiap hari m4kin tinggi. Baby pulak setiap malam akan berjaga. Saya berp4ntang di rumah mak sendiri. Alhamdulillah mak saya banyak bantu saya uruskan saya dan baby.

Waktu malam memang akan bergilir jaga baby dengan mak. Saya tidur, mak jaga baby. Bila mak tidur, saya pula jaga baby. Macam tu lah rutin saya sampai ada satu hari tu, suami saya ada balik waktu weekend. Kebetulan waktu tu ada pengumuman larangan rentas negeri sebab kes m4kin tinggi.

Sekolah pula diumumkan tutup. Selalunya suami saya akan pulang untuk pergi kerja pada pagi Isnin selepas Subuh. Tapi pada haritu, tiba – tiba mak mertua saya call suami mintak bawakan saya dan baby pulang sekali. Mak mertua saya cikgu.

Dia cakap dia boleh jaga saya dan baby dalam pantang sebab sekolah dah mula tutup. Masa tu ada lagi balance seminggu lebih untuk saya habis pantang. Saya dan suami ada rumah sendiri tapi waktu saya PJJ dengan suami, dia akan balik ke rumah mak mertua saya (mak suami) sebab jarak rumah kitorang dalam 20 minit sahaja.

Waktu tu saya berbeIah bahagi sebab saya sendiri masih lagi kekok nak jaga baby. Mandikan baby pun tak pernah. Selalu mak saya yang akan buat semua tu tapi saya cuma tengok je la untuk belajar. Lauk pantang pun selalu mak saya yang sediakan. Termasuk lah bertungku etc.

Suami saya beria mintak saya dan baby pulang sekali dengan dia jugak hari tu. Masa tu dah tengahari. Saya rasa str3ss sebab barang satu benda pun tak packing. Bukannya sikit.. Dah lah first time nak bawak baby yang dalam pantang berjalan jauh.

Atas highway pada waktu malam pulak tu. Mak mertua saya bersungguh – sungguh mintak suami bawak kitorang. Takde mintak izin family saya langsung. Mak saya sampai hari ni terasa hati dengan keluarga mertua. Akhirnya saya terp4ksa akur dengan permintaan mak mertua sebab suami dah start nak marah saya.

Saya sangat str3ss waktu tu. Berhempas pulas kemas semua barang saya dan baby. Semua barang baby kena angkut masuk kereta. Penat tu tak payah cakap lah sebab saya buat sorang semuanya. Sambil kemas barang, sambil menangis.

Mak dan ayah saya cakap “Takpe lah, pergi jela, nanti ada apa – apa bagitahu kitorang”. M4kin saya nangis. Sepanjang perjalanan nak pulang ke rumah mertua, saya langsung tak bercakap dengan suami. Saya s4kit hati sebab dia tak faham saya.

Saya dah lah penat jaga baby malam sebelum tu. Memang tak tidur langsung. Suami pulak tidur siap berdengkur. Langsung tak bangun buatkan susu anak. Saya sendiri lah yang bangun buatkan susu. Mak saya tak akan tidur dengan saya kalau suami saya ada.

Jadi, saya sorang – sorang yang uruskan. Anak saya waktu tu campur susu formula dan susu badan. Atas nasihat doktor sebab anak saya prolonged jaundice. Saya pulak susu badan kurang. Ada tu ada tapi tak memadai untuk turunkan kuning baby.

Kami sampai di rumah mertua 5 minit sebelum pukuI 12 malam. Saya rasa penat sungguh. Saya riba anak saya selama 4 jam. Banyak kali saya terlelap sambil pegang baby. Bukan tak nak letak dalam carseat, tapi saya dan suami tak sempat nak praktikkan pun nak letak baby dalam tu sebab semua meng3jut.

Saya ingat habis pantang baru nak train baby duduk dalam carseat. Tapi tak sempat. Sampai saja di rumah mertua, mak mertua saya muka happy sungguh sambut cucu. Biasalah cucu sulung untuk both families. Tapi anak saya waktu tu dah tidur.

Saya masuk, saya terus bagi baby pada mak mertua saya sebab dia volunteer nak pegang. Lepas dah bagi pada dia, saya terus masuk bilik, tukar baju dan tidur. Saya sangat sangat sangat penat. Makan pun rasa tak lalu. Rasa mengantuk lagi tinggi dari rasa lapar.

Saya biar saja baby dengan mak mertua. Pandai – pandai lah semua orang. Biar suami pula yang jaga anak. Saya dah malas nak layan sebab masih s4kit hati. PukuI 3 pagi saya terjaga sebab dengar suara baby menangis. Saya terjaga tu rasa macam “eh suara baby ke tu?”.

Saya jadi macam lupa yang sebenarnya tu suara anak saya. Punya lah penat sangat saya rasa. Saya keluar bilik tengok suami dan mak mertua tengah tidurkan baby. Saya ambil baby bawak masuk bilik untuk susukan dia. Saya dah puas tidur dan rehat, jadi saya pulak ambil turn untuk jaga anak saya.

Biar suami yang tidur pula. Keesokkannya, suami saya bekerja. Tinggallah saya dan baby di rumah mertua. Mak mertua mandikan baby waktu pagi. Saya perhati cara dia mandikan baby. Cara dia tu buat saya rasa takut sebab tak sama dengan mak saya.

Baby siap nangis waktu mandi. Sedangkan bila dengan mak saya, dia tak pernah menangis pun. Mak mertua saya cakap waktu tu “Kita try mandi cara macam ni ye, sebab mak pun dah lupa macam mana nak mandikan baby”. Boleh pulak dia nak main try – try.

Tu bukan anak patung. Lepas baby mandi, saya ambil baby dan siapkan pakai dia. Yang ni saya dah pandai sikit – sikit sebab selalu monitor mak saya buat. Saya cuba shortcut kan cerita ya. Pada malam tu, semua orang dalam rumah mertua tidur awal termasuk suami.

Saya jaga baby sorang – sorang. Baby melalak nangis tapi takde sorang yang teman saya. Suami kat sebeIah pun tak celik mata langsung. Saya bawak baby keluar ke ruang tamu. Cuba tidurkan dia tapi tak berjaya. Saya rasa tension dengar baby nangis tak berhenti.

Dari tengah malam sampai nak azan subuh, saya berjaga sorang. Saya menangis sorang – sorang waktu tu sebab saya rasa sangat down. Saya penat, tapi takde orang tolong saya. Kalau di rumah mak saya, dia akan tolong jaga baby bergilir – gilir dengan saya.

Saya whatsapp mak saya tengah malam tu. Mak saya belum tidur sebab dia risaukan saya. Takut saya mer0yan. Saya menangis, saya bagitahu mak saya yang saya nak balik rumah mak saya sangat – sangat. Anak saya menangis melalak teruk tapi takde orang bangun.

Must4hil masing – masing tak dengar. Suami saya lagi lah. Sungguh saya terasa hati sangat dengan suami padahal tu anak dia. Saya pergi ke dapur sambil dukung baby untuk buatkan susu. Sedih sangat saya rasa masa tu. Waktu azan subuh, suami saya bangun baru dia ambil baby.

Mak mertua saya pun lepas solat subuh baru keluar bilik. Buat – buat tanya “baby tak tidur lagi ke dari semalam?”. Allah… S4kit hati saya. Saya tidur sekejap selepas subuh sebab penat terIampau. Banyak kali saya terlelap sambil pegang baby.

Mata saya ni dah tak boleh nak buka. Waktu suami nak pergi kerja baru saya bangun. Mak mertua saya tiba – tiba ke sekolah sebab ada meeting. Jadi, saya ambil baby saya mandikan sendiri. Walaupun takut, tapi saya cuba. Saya gagahkan diri.

Bila mak mertua saya balik dari meeting, dia cakap “Eh baby dah mandi ke? Tu pandai pulak mandikan baby sendiri”. Taktahu kenapa telinga saya rasa s4kit dengar ayat tu. Pantang pun tak rasa macam pantang. Mak mertua saya sibuk layan cucu sahaja.

Saya ni dia biar terabai. Bila waktu malam, masih sama macam malam sebelum tu. Saya berjaga sorang. Masing – masing akan jaga baby waktu malam bila tiba hari weekend sahaja. Mak mertua saya janji dia boleh jaga saya dan baby tapi dia setiap hari sibuk dengan urusan sekolah.

Setiap pagi mesti dia akan ke sekolah untuk meeting. Tengahari baru balik. MentaI dan em0si saya sangat terganggu sampaikan susu badan saya dr0p. Sebelum ni saya boleh pump susu tapi sepanjang di rumah mertua, saya tak boleh simpan susu langsung.

Betapa str3ss nya otak saya masa tu. Bila habis saja pantang, saya terus merayu pada suami untuk pulang ke rumah sendiri. Sampai saya menangis depan suami sebab saya tak tahan. Family mertua setiap masa nak ambil baby.

Kadang – kadang sampaikan berjam – jam diorang pegang. Bila baby nangis, diorang bagi susu botol saja. Tanpa bagi pada saya untuk saya direct feed baby. Sebab tu susu saya drop sangat sangat. Bila saya nak pegang anak sendiri, saya kena keluar bilik pergi minta dengan diorang.

Saya sangat lah tr4uma untuk mengandung lagi. Bila teringat kisah ni, saya jadi takut kalau saya tiba – tiba kena berpantang di rumah mertua lagi. Sampaikan harini pun, anak saya memang jadi tumpuan diorang kalau saya balik rumah mertua.

Nak bagi anak makan pun saya kena pergi minta anak dengan diorang. Bila anak saya demam, laju saja mertua saya datang rumah saya sedangkan masa saya mengandung, tak pernah langsung diorang singgah ke rumah saya padahal saya sorang saja di rumah waktu suami bekerja (saya surirumah).

Bila teringat benda ni, saya jadi s4kit hati tapi bila pandang muka anak saya, saya rasa berbaloi jaga dia sorang sorang waktu malam. Rasa terubat sikit s4kit hati saya. By the way, anak saya dah bebas susu formula since umur 3 bulan.

Since saya pulang ke rumah sendiri, hati saya jadi tenang walaupun saya masih jaga anak sorang waktu malam. Suami saya macam biasa lah, tidur tak sedar apa walaupun baby nangis tepi telinga dia. Mungkin sebab saya dah tak str3ss, susu badan saya ada semula.

Saya pun banyak belajar how to stimuIate susu badan untuk bagi ada semula. Alhamdulillah, saya berjaya. Terima kasih sebab sudi baca luahan hati saya. Lega sikit hati saya bila dah luah dekat sini. Bila selalu pendam benda ni, hati saya jadi s4kit. Doakan saya dipermudahkan segala urusan dalam membesarkan anak saya. – Aisyah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Fizza Munirah : Dik.. akak faham je keadaan dalam berpantang lagi – lagi beranak sulung. Tapi cara adik ni salah sebab adik hanya mengharap suami bangun tolong jaga baby. Patutnya k3jut je suami, pass baby dan adik terus gi tido. Biar suami jaga pulak. Biar sama – sama penat, anak dia juga kan. Satu lagi, pada saya kita yang bersalin. Kita berhak nak pilih kat mana kita nak berpantang.

Tiya Smilove : Suami Puan ni kan. Orang berkeluarga, dia pun nak jugak. Tapi satu apa pun tak reti nak fikir. MIL pulak, bukanlah nak sangat jaga menantu dan cucu dalam pantang, tapi lebih kepada nak mengulit. Sebab nampak dia tak bersedia (contoh : mandikan bayi).

Sedangkan dia pun ada tanggungjawab pada kerja dia. Adoii lahh, jenis keluarga takde common sense ni payah. Puan dah ada simptom PPD. Lebih baik bersuara pada suami. G4duh pun, g4duh lahh. Yang penting hak Puan dan anak dapat dijelaskan.

Lagi satu, bila suami tu tidur. K3jutkan. Jangan pandang dan biarkan je sambil Puan mengeluh sepi. Sedarkan dia tentang tanggungjawab yang perlu digalas bersama. Kalau tidak, per4ngainya akan melarat sampailah ke anak 2, 3, 4.

Tak reti, boleh belajar tapi kalau malas, payahlah. All in all Puan, jangan expect orang luar bantu kita sangat ya dalam hal penjagaan anak. Sebab itu adalah anak Puan bersama suami. Jadinya, tanggungjawab berdua. Bukan mak, bukan mentua, bukan ipar mahupun adik beradik.

Aisyah Farhani Mohd Zabudin : TT please jangan pendam sangat ketidakpuasan hati pada suami tu. Luahkan aje. Takpe lah g4duh sekejap jangan kita membengk4k dalam hati sampai anak tu besar. Nanti hubungan dengan family suami dan suami jadi tawar.

Kalau tak puas hati tengok suami tido m4ti, k3jutkan dia, tarik telinga dia, tepuk – tepuk bahu dia. Minta dia teman kita, ambilkan air ke. Kalau dia bagi alasan esok kerja, cakap je teman kejap je. Orang lain working mother boleh je berjaga malam esoknya kerja. Jadi tu bukan alasan suami boleh tinggalkan isteri layan anak nangis tengah malam. Sama – sama buat anak kan.

Norizan Othman II : Dah terbiasa semua mak buat. Jenis tak pandai berdikari. Pastu harap semua orang tak kira siapa kena buat untuk dia.. haaisshh!!! Beranak pandai.. Pandai – pandailah ko belajar, nama lagi belajar mana ada terus pandai handle.

Baru ko tahu susah senang hidup beranak pinak berumah tangga bersuami isteri. Semua cuople kena lalui benda ni jangan nak berharap semua benda orang kena buat untuk ko.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?