Masa aku balik dari kerja tadi, ternampak kotak aku tu sebeIah dengan tong sampah. Aku terpanik kejap, bila bukak kotak tu aku tengok kosong jer. Rasa macam kena r0mpak. Patut ke aku sound mak mertua aku ni?
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Terima kasih jika luahan ini disiarkan. Bukan berniat untuk mengata, hanyalah ingin kurangkan sedikit beban di hati. Aku punya str3ss level ni tak mampu diselesaikan sendirian, sampai satu tahap tadi aku terdesak sangat pergi buat luahan kat Chat GPT.
Sampaikan Chat GPT pun sarankan aku pergi mintak em0tional support dari kawan – kawan. Masalahnya, aku tak mau kawan – kawan ni anggap aku ni jenis kuat mengata pulak. Mak mertua aku ni baik orangnya. Baik sangat sampai kadang – kadang percaya cakap promoter sebab kesian, beli jugak barang yang tak perlu.
Tapi dua tiga minggu ni aku rasa geram jugak dengan dia, namun nak merajuk pada suami pun aku rasa macam tak layak sebab yelah mak dia… Takkan dia nak backup aku pulak. Masalahnya mak dia ni jenis suka memandai – mandai, tapi niat dia baik.
Contohnya macam 2 minggu lepas, aku susun kotak – kotak kasut aku ni berderet kat lantai bilik aku sebab aku nak masukkan dalam almari ikut jenis kasut. Tapi sebab aku takde masa, aku tangguhkan dulu, planning nak uruskan hal kasut ni lepas balik keje.
Mak mertua aku singgah sekejap petang tu sebelum aku balik keje sebab sajaIah nak singgah. Tapi dia bukan singgah jer. Dia masuk bilik aku tu dan susun kotak – kotak kasut aku tu bertingkat macam Menara Kembar tu.
Masalahnya 13 kotak kasut weh, yang dia susun plak jenis kotak nipis kat bawah, kotak yang berat kat atas. Jadi kasut yang paling bawah tu terpenyek lah sebab kotak dia kemek. Aku balik rumah jer macam filem horror bila Jimmy Choo aku jadi flat kat bawah sekali, dengan kotak – kotak kasut lain bertaburan di lantai dan terkeluar dari kotak sebab structure menara tu dah tak tegakkan.
Macam domino, satu menara jatuh dan landing kan menara sebeIah. Korang bayangkan la perasaan aku bila masuk bilik tengok keadaan camni. Aku nak salahkan kucing jer masa tu, tapi malam tu suami aku cakap yang tadi mak dia singgah kejap, dia cakap rimas, pastu dia susun la kotak – kotak kasut aku tu bertingkat.
Aku pun berterima kasih jer la… Takkan aku nak ajak bertumbvk dengan dia pulak. 3 hari jugak aku proses benda ni sebab geram kasut terpenyek tu satu hal. Lagi satu aku tak faham kenapa masuk bilik aku sesuka hati.
Ok la minggu lepas dia singgah lagi, tapi kali ni dia buat hal lain. Ada sofa buruk yang suami letakkan kat luar sebab dia nak bersihkan sendiri dan pasang cover jenis elastik tu untuk tutup kehodohan sofa buruk tu la.
Dia memang nak letak kat luar tu sebagai tempat tido kucing. Aku tak setuju bab ni tapi asalkan sofa ni tak menyemak depan rumah takpe la kan. Mak dia datang basuh sofa ni simbah air paip pakai hos sebab dia cakap ni jer caranya untuk bersihkan sofa daripada bakteria.
Aku tak pasti ilmu jenis apa ni. Aku panik dan call suami aku yang tengah keje masa tu. Aku suruh dia pergi la tenangkan mak dia tu sebab dah macam orang kena sampuk pulak bersemangat dan berdedikasi sungguh nak bersihkan sofa padahal takde siapa yang suruh.
Hari tu dia memang takde tujuan lain. Singgah sini sebab rimas tengok sofa buruk ni. Macam aku cakap ni la sofa buruk kan, bahagian berkayu kat bawah tu material macam gabus yang serap air. Jadi korang bayangkan la perasaan aku bila tengok pemandangan depan rumah dengan sofa buruk basah lencun bersepah dengan kusyen bersusun kat atas lantai bawah matahari.
Masa suami balik rumah tu, muka dia susah aku nak terangkan tapi jelas la nampak yang dia terkilan jer la kalau terp4ksa buang sofa ni. Bahagian berkayu tu masih lembab dan tak kering – kering, dan ada risiko untuk berkulat dan reput.
Mak dia rilek je dah balik rumah dengan perasaan puas hati dan bahagia sebab keje dia dah selesai. Dan kisah minggu ini iaitu hari ini yang aku tak boleh bersabar dah. Semalam aku dapat kotak parcel tapi aku bukak jer belum belek isi kat dalam sebab konon nak letak elok – elok kat tempat khas untuk alat tulis jer, nak elakkan bulu kucing bertenggek kat situ.
Kain lapik meja jer, tapi material jenis manja ni, aku nak enjoy cari tempat yang paling sesuai, so tak nak la rushing main letak jer. Tadi mak mertua aku singgah lagi. Terus naik ke atas, jenguk bilik sesuatu. Lepas tu dia ternampak kotak tu.
Dia bukak dan letakkan table runner tu kat luar bilik atas almari bersebeIahan dengan barang – barang suami aku yang bersepah dari toolbox dia. Bermakna almari ni berhabuk dan berdebu, dengan spanar dan screwdrivers dan segala benda – benda lain lah yang menyeramkan aku. Semua benda t4jam, berkarat.
Masa aku balik dari kerja tadi, ternampak kotak aku tu sebeIah dengan tong sampah sebab besar sangat nak masukkan ke dalam tong tu, jadi dia letakkan kat tepi. Aku terpanik kejap, bila bukak kotak tu aku tengok kosong jer. Rasa macam kena r0mpak.
Bila aku naik atas, paling terk3jut tu tengok tempat kain lapik tu diletakkan. Dah laa benda tu putih. Bergulung takde plastic wrap ke apa. Banyak benda dalam pemikiran aku tadi. Patut ke aku sound mak mertua aku ni? Aku faham niat dia baik sebab nak ringankan beban aku, tapi aku rasa kalau aku la pergi rumah orang.
Aku takkan pergi bukak kotak dan unbox sesuka hati, bukan hak aku, bukan barang aku. Ada sebab aku letak benda tu dalam kotak dan aku rasa mak mertua aku ada otak boleh fikir sendiri. Takkan aku nak letak table runner putih yang material sangat lembut ni sealmari dengan peralatan besi suami aku.
Takkan sama sekali aku keluarkan table runner ni dari kotak selagi aku tak pasti tempat yang sesuai. Apa yang dia rimaskan barang aku masih berkotak? Aku tido pun dah tak lena ni sebab tak boleh hadam situasi ni. Kalau aku kunci bilik, dia mesti terasa kot.
Aku ada merungut dengan suami tapi dia pujuk macam tu jer lah. Dia cakap memang benda yang mak dia buat tu salah, tapi bersabar jer la. Ada ke patut. Buat masa sekarang ni aku rasa paling berkesan kalau aku letakkan barang – barang penting dalam almari aku sendiri dan kuncikan.
Penat macam mana pun, aku akan tetap cari masa untuk siapkan semua supaya mak mentua aku tak terasa macam rimas dan nak kemaskan. Semangat tolong menolong ni sangat tebal dalam jiwa dia, kalau aku nak marah pun rasa tak sampai hati. Ini jer la jalan penyelesaian yang paling sesuai. – Menantu Kepenatan (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Nora Noraini : Orang lama ni memang susah sikit nak ubah, jadi memang kita patut sabar dan buat tindakan yang dia tak akan terasa. Kunci bilik ke, sedia almari ke. Sabar ya sis, jangan sampai g4duh. Kita pon tak tahu dah tua nanti macam mana.
Sekarang mungkin kita akan cakap kita takkan itu takkan ini, takut tetibe nyanyuk lagi per4ngai dari orang lain. Dengar macam mak mertua sis ni hatinye terlalu suci dan ikhlas cuma tak berapa bijak. Maafkan dia ya
Han Rohana : Alamak.. singgah tatkala tuan rumah tak ade, siap masuk bilik. Memang menc4bar betul tu. Kalau saya usahkan mertua, mak sendiri pon tak selesa kot macam tu. Privacy terutamanya bilik tidur. Camne bole masuk suka – suka camtu? Memang bagi kunci ke camne?
Hmm.. seronok sebenarnya bila mertua atau mak kita datang rumah. Sudi jugak dorang datang kan? Tapi biarla dalam keadaan kita ada untuk melayan. Bincang la elok – elok dengan suami. Jangan sampai mak tu terasa ati.
Cakaplah, seganla mak masuk rumah camtu masa kami takde. Rumah berselerak. Adoi serba salah. Tapi tu la. Cakap elok – elok jangan sampai mak kecik hati. Cakap tak payahlah mak susah – susah nak kemas – kemas ke apa.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.